Thursday, October 21, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga..

Muslimah,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Muslimahku sayang,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah kejadian lelaki. Seandainya pakaian malu tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

‘Tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mahu penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai muslimahku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita yang solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

‘wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…’

Ya Allah jadikan kami bidadari syurga…

Ameen..

.:.diedit dan diambil dari novel ‘Tautan Hati’ Fatimah Syarha.:.

Saturday, October 2, 2010

Di sini jari mengusik keyboard...

Assalamualaikum wbt.

hmmmmmm...

pejamkan mata.

tarik nafas dalam2...

dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim..

akhirnya sy mempunyai blog sendiri!!!

sebelum sy mencurahkan ilham dlm menukil seribu(hiperbola) buah kisah dan pengalaman dalam pencarian entiti diri, maka molek lah kiranya dulu sy menceritakan bagaimana sy boleh tertarik dan menarikkan diri utk membentuk sebuah blog. yeah!

kisah blog ni bermula di sebuah rumah di ceruk sebuah bandar...

once upon a time.. in a faraway land...

terasa ingin membuka facebook. tp ak perlu mujahadah! jangan buka! nanti kamu akan lalai! lalai dalam menyibukkan diri utk melihat-lihat, mengusha-usha, kisah2 merepek rakan2 yang sentiasa kreatif dlm mencoretkan idea dalam status facebooknya. tp......

ak gagal!
bukaklah facebook yang dah lame tak bersentuh itu..
tiba-tiba...
jeng..jeng..jeng..

ade sesuatu yang menarik. ak tertarik menarik dgn satu application. mungkin ak ketinggalan zaman utk mencuba applivcation ni. nak tau application apekah itu??

"Ketahui Pekerjaan Yang Cocok Untukmu Berdasarkan Tarikh Lahir"

hmmm.. nak try la. mane tau la kan... dapat yg best2 punyer. maka jari yang gatal ini menggerakkan mouse ke button "try this application"..  (buang masa kamu, terima kasih!!)

the result:
1) pengarang
2) ....
3).....
4)....
5)... (kamu letak sendiri la)

hmm. nak diceritakan, takde satu pon pekerjaan tu yang cocok dengan ape yg ak belaja sekarang. tapi ak juz tertarik dgn yg no 1 tu. pengarang. yela. pengarang.

mengimbas kembali kenangan spm. buat essay panjang berjela. tangan lenguh..
ak berfikir. mungkinkah ak mempunyai bakat untuk menulis??

lepas tu, kawan ak, promote blog die.
ak berfikir... apela ko ni.. bile la nak buat blog sendiri.
malam itu, ak memanaskan laptopku dengan senaman jari pada papan keyboard ku.
pantas sungguh jari ini bersenam.....

tamatlah kisahnya.

maka..

begitu la kisahnya.

harap kamu semua mengerti.

saya bukanlah penulis sejati.

tapi penulis semulajadi.

tengoklah grammar dan tatabahasa. (same saje, dwibahasa)

banyak salah kan.

takpe la. perjuangan memperbaiki diri tidak akan pernah berhenti.

perjuangan memperbaiki diri dalam mencapai ketaqwaan.

mencari cintaNya..redhaNya...kasihNya...

moge pemilik jari yang meramas-ramas keyboard ini akan tetap istiqomah dalam mencari makna sebenar sebuah kehidupan.
mencari hikmah di sebalik rahsiaNya.
menggali cintaNya di dalam lubuk UjianNya.
mencari penawar dalam setiap rawatanNya.

walau diri sering tersungkur.. takkan terus ku rebah...
mujahadah itu pahit kerana syurga itu sangatlah manis.

amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...