Tuesday, October 2, 2012

Saya Akan Bernikah 2 :)

Salam dakwah kuungkapkan dalam hembusan nafas kelelahan seorang daie, yang sedang mencari kekuatan hati dalam meniti perjalanan sukar di atas titian Nabi. Semoga Allah mengurniakan kemanisan untuk aku menggerakkan seluruh jasad dan kudratku untuk terus berlari di atas titian nabi hingga hembusan nafasku yang terakhir. Ameen ya rabb.

Lama sungguh saya tidak menitip khabar aksara di atas lembaran maya ini. Terasa sungguh bebalan jari-jari saya untuk menari-menari di atas papan kekunci lantaran ketandusan idea untuk menulis.

Di sini, saya ingin membuat pengumuman. Ehem. Ehem. Dengar ye orang-orang kampung.Hihihi

1) Alhamdulillah, saya telah berjaya melepasi syarat untuk melanjutkan pelajaran ke Melaka-Manipal Medical College (MMMC). Keputusan A Level saya hanya cukup-cukup rempit. Namun alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk meneruskan langkah jihad ini ke India.

2) Kini, saya sudah berada di India sejak hampir sebulan lamanya selepas keberangkatan saya pada 8hb Sept yang lepas. Maaf kepada rakan-rakan yang saya tidak maklumkan tentang perjalanan saya. Saya mempunyai sebab saya yang tersendiri mengapa saya tidak memberitahu berita ini. Mohon ampun ya pakkk. huhu

Dengan restu Allah, MBBS, kupinang kau dengan Bismillah..

*******************************************************


Tentang Intepretasi Cinta

Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari kiamat, “Bilakah hari kiamat itu?” Nabi bertanya, “Apa yang sudah kausiapkan untuk menghadapinya?” Dia menjawab, “Tidak ada, hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Nabi bersabda, “Kamu akan bersama dengan yang kaucintai.”

Anas berkata, “Tidaklah kami gembira dengan sesuatu seperti gembiranya kami mendengar  sabda beliau, ‘Kamu bersama orang yang kamu cintai’.” Anas berkata, “Aku mencintai Nabi SAW, Abu Bakar, dan Umar, dan aku berharap bersama mereka disebabkan kecintaanku pada mereka walaupun belum beramal seperti amalan mereka.” (Dari Anas bin Malik, riwayat Thabrani, Jamiul Ahadits, juz 22, hlm 144).

Kadang-kala, lidah kita segar dalam mengungkapkan rasa cinta kepada Allah dan RasulNya. Ada yang menjadikan qasidah, nasyid, selawat  sebagai sebahagian dari manifestasi cinta mereka. Secara umumnya, setiap kelompok muslim rata-ratanya mempunyai cara yang tersendiri dalam menggapai cinta dan redha Illahi dan mereka juga berlumba-lumba untuk merekrut manusia yang lain untuk mengikuti jalan mereka dalam memahami persoalan mencari keredhaan dan cinta Illahi.Ada yang melalui jalan tariqat tasawuf, ada yang melalui jalan jihad fi sabilillah, ada yang melalui jalan tabligh, ada juga yang melalui jalan pencerahan intelektual. Persoalannya, jalan manakah yang paling benar untuk mengekspresikan cinta kepada Allah dan RasulNya?

Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS 3: 31)

Rasulullah, kekasih junjungan kita, menjadikan seluruh hidupnya berkhidmat di jalan dakwah.Kerana itu, seorang pencinta Illahi yang sejati hanya akan berjaya membuktikan cintanya dengan menjadikan dakwah sebagai sebahagian dari hidupnya. Di antara tanda cinta adalah mengikuti apa yang diinginkan oleh yang dicintainya. Cinta yang sempurna menuntut kesesuaian dengan apa yang dicintai kekasihnya hingga sanggup untuk  berkorban.

Seorang ahli makrifat  ditanya tentang cinta, dia menjawab, “Kesesuaian dengan yang dicintai dalam semua kondisi dan situasi.” Lalu bersyair, “Kalau Anda jujur mencintainya, pasti Anda akan menaatinya, sesungguhnya pencinta itu menaati yang dicintai.” (lihat Syarh Hadits Ikhtishom al-Mala’ al-A’la, juz I, hlm 55).

Al-Manawi dalam kitab Fa’idhul Qadir, juz VI, hlm 345 menyatakan, “Seorang pencinta akan bersama yang dicintainya dalam hal watak, akal, balasan, dan tempat kembali. Barang siapa mencintai Allah, maka dia akan bersamanya di dunia dan akhirat, dia berbicara sesuai  dengan apa yang diinginkan Allah, bergerak juga sesuai perintah Allah, dan bila diam selalu bersama Allah (zikrullah).”

 Visi Cinta Seorang Daie

Seorang daie, perlu mempunyai visinya yang tersendiri yang berpaksikan akhirat. Seorang daie, hatinya sentiasa sarat dengan cinta kepada ummat. Akal dan fikirannya sentiasa berorientasikan dakwah.

Memang seperti itu dakwah. Kerana dakwah adalah cinta. Dan cinta sudah tentu akan meminta segala-galanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.

Dan kini, bebanan dakwah ini semakin lama semakin menyengat kudrat yang kerdil. Sudah tentu, cinta ini akan diuji. Cinta ini pasti akan dilukai. Jasad ini akan terus dikoyak dengan bebanan di jalan dakwah.Namun imannya yang memancarkan cinta... Hinggakan kesakitan ini tidak lagi terasa sakit jika ingin dibandingkan dengan syurga yang begitu indah.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.


“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

(alm. Ust Rahmat Abdullah)

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Ya Muqallibal Quluub, Tsabbit Quluubana Alad dinik wa A'la Thoatiq"

-Musafir Kerdil di Bumi Tuhan-
-1.46 p.m-
-2/10/2012-

p/s : macam biasa, tajuk takde kaitan dengan post. Maaflah tuan-tuan. hehehehe. :D


Friday, April 27, 2012

Saya Akan Bernikah :)


Salam tarbiyyah kuucapkan bersama pelukan iman, semoga hembusan kemanisan perjuangan ini tetap segar terhela dari tubuhku sehingga denyutan nadiku yang terakhir. Amin ya rabb.


Sekeping hati dibawa berlari 
Jauh melalui jalanan sepi 
Jalan kebenaran indah terbentang 
Di depan matamu para pejuang


Tapi jalan kebenaran 
Tak akan selamanya sunyi 
Ada ujian yang datang melanda 
Ada perangkap menunggu mangsa


Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap


Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



*******************************************************************

Seusai Maghrib, aku meluangkan masaku mendengar kuliah tafsir bersama Ustaz Zahazan di IKIM. Sanbil mendengar, aku menyiapkan secawan kopi sebagai persediaan untuk menghadapi serangan virus "mengantuk" apabila sahutan sang pungguk malam menjelma nanti. Mendengar penerangan Ustaz Zahazan tentang kupasan tafsir satu-satu ayat sememangnya mengasyikkan, hampir sahaja kopiku tertumpah lantaran keasyikan mendengarnya. Panas. Manis. Sedap pula kopi ini rasanya.

Satu-satu perkataan yang diungkapkan oleh ustaz aku amati.

"Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Kalau kita mahu bandingkan, Gunung Tihamah ini seperti banjaran Titiwangsa di Malaysia tuan-tuan dan puan-puan"

Aku semakin tertarik untuk mendengar penerangan ustaz seterusnya.

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

Ustaz menyambung lagi, "Kita lihat tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah ini sangat takut andainya mereka tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Rasulullah.Bagusnya mereka ini tuan-tuan, puan-puan"

Ustaz menyambung, "Baginda menjawab pertanyaan mereka,

 “Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Allah.. Allah.. Allah... Air mataku menitik. Astaghfirullah. Aku tak tahu mengapa, jasadku menggigil ketika itu. Terasa seperti aku dipanah dengan tombak tepat mengenai jantungku.

***********************************************************************

Aku seorang daie. Aku seorang mutarabbi. Aku juga seorang manusia.

Ia, itulah manusia. Lupa itu memang fitrahnya.

Aku meneliti diriku sendiri. Zahirnya aku di mata mereka, aku cergas bergerak di medan dakwah dan tarbiyyah. Namun, aku seorang manusia! Lebih-lebih lagi aku pernah melalui transisi jahiliyyah yang pernah mengikat kontrak denganku. Bukan mudah untuk aku mengikis karat jahiliyyah ini.

Kerana masa silamku aku yang begitu kelam, aku tekad, aku tidak mahu berpaling. Titian Nabi ini perlu aku soroti dengan keazaman yang tinggi. Kerana terlalu bencikan noda-noda jahiliyyah ini, kadang-kala aku tersilap langkah dalam perjuangan kerana sikap gopoh aku yang terlalu mengidamkan kemenangan Islam.

Aku rancak bermain kata dalam memanifestasikan fikrah islamik. Buku ini telahku baca, buku itu telah kubaca. Wah, mantap betul kefahaman aku! Aku kongsikan pada dunia keindahan hidayah di jalan dakwah ini. Aku pentaskan fikrahku di dunia perdebatan. Aku menangkis hujah mereka yang tak sefahaman denganku. Kata-kata pedas, perli-memerli kadang-kala menghiasi nafsu keislamikan fikrahku. Aku aktif berbalas komen dan berkongsi status dakwah di Facebook, seolah-olah akulah yang hebat di medan dakwah dan tarbiyyah ini. Itulah diri aku. Astaghfirullah.

Malang, seribu kali malang. Aku merupakan seorang daie yang tertipu.Ya Allah, zalimnya diriku.....
Dibelakang, aku masih bergelumang dalam lautan jahiliyyah. Kadang-kala aku tergelincir, namun, aku bersyukur kerana imanku masih memeluk seri. Aku bangkit semula. Seringkali aku mengasah hamasahku dengan perjuangan As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, pencetus inspirasi yang menarik aku untuk terjun dalam perjuangan ini.


Tiap kali aku melihat wajah beliau, dan menatap matanya yang tersinar pengharapan yang agung untuk ummah ini, aku merasa kerdil dengan diriku sendiri. Apa yang aku ada untuk menempah syurgaNya? Jasad yang letih bergerak dalam persatuan dakwah? Lidah yang indah mengumandangkan kalam kefahaman Tuhan? Air mata yang masih tersisa dengan pengharapan kepada dunia? Aku mengharapkan agar amalan-amalan ini tidak menjadi seperti "debu-debu yang berterbangan" seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis di atas.

Astaghfirullah, 
Kerdilnya martabat aku di sisi Allah.
Mungkin sahaja namuku belum pernah menjadi bualan penghuni-penghuni langit.
Lebih hina lagi, mungkin sahaja namaku belum pernah disebut oleh malaikat di sisi Rasulullah s.a.w.

Aku mengaku, aku cintakan jalan ini. Jalan yang bertintakan darah air mata dan perjuangan yang diwariskan Rasulullah s.a.w kekasih agung junjunganku dan para sahabat. Tiada apa yang paling aku takuti dalam jalan ini melainkan aku disisihkan oleh Dia lantaran kealpaan dan keterikatan aku kepada dunia dan seisinya yang masih lagi mencengkam jiwa.

Air mata aku selalu menitis, kerana mengenangkan betapa indahnya kasih sayang Allah yang memilih aku untuk menelusuri jalan ini. Sedangkan, bagi aku, jalan ini terlalu suci untuk orang-orang yang masih bergelumang di medan jahiliyyah nafsu dan tarbiyyah seperti aku! Astaghfirullah. 



“… Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada (agama) Nya, orang yang kembali (kepadaNya).” (QS As Syuura : 13)


Untuk sahabat...

Untuk sahabat-sahabat yang kukasihi kerana Allah, 

Kerana aku terlalu cintakan jalan ini, aku sangat membenci noda-noda jahiliyyah yang pernah mekar menguntum dalam hidup aku ketika dulu. 

Bilamana aku melihat kalian yang seiras-iras dengan diriku yang dahulu, ingin sekali aku memegang tangan kalian, dan membisikkan kata-kata ini,

"Ayuh sahabatku, tinggalkanlah jalan ini, kerana aku mengetahui betapa buruknya jalan ini di sisi Allah. Marilah kita berpimpin tangan ke syurga"

Namun, kata-kata itu kadang-kala hanya tersekat dikerongkong, kerana.... Aku seorang manusia yang sering menzalimi diri sendiri. Ampunkan aku sahabat, kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik kepada kalian. Aku banyak menzalimi hak sebagai seorang sahabat lantaran kesibukan aku pada perkara yang tiada mahar dalam menempah syurga. 

Ingin sekali aku memeluk hati-hati kalian, namun aku sedar akan kekerdilan aku, Allah lah pemilik hati-hati kalian. Aku hanya mampu menjadi penyeru, bukan bukan pemberi hidayah. Namun, aku berdoa agar aku menjadi wasilah yang dapat membawa hati-hati kalian kepada Tuhan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (Al-Maidah : 35)
Namun, aku tegaskan, aku hanya seorang manusia biasa. Kerana itu aku mengharapkan teguran yang dapat membantu dalam meluruskan langkahku untuk thabat dan istiqomah di jalan dakwah ini. Meskipun jalan ini bertitiankan ujian mujurlah rahmat Illahi mengiringi setiap langkah perjalanan. 

Aku ingin memohon seribu kemaafan kepada sahabat yang mengenali diriku, lantaran mungkin ada sikapku yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dalam urusan. Aku amat menyesali kesilapan-kesilapan lantaran ketidakmatangan aku dalam dunia mehnah perjuangan islami. Sifat riak, menunjuk-nunjuk kepandaian, adakalanya mengotorkan jalan dakwah yang aku telusuri ini. Aku menyedari akan kesilapan aku, aku memohon agar Allah mengizinkan aku menebus kesilapan aku dengan membersihkan hati untuk thabat dalam perjuangan ini. Aku sedang berada dalam fasa di mana aku merasakan diri aku sangat teruk kerana kesilapan lalu, semoga Allah beri kekuatan untuk aku menghadirkan hati yang lebih bersih untuk tsabat dan istiqomah dalam perjuangan.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Ali Imran : 146-148)

Salam juang,
Jiwa kerdil yang mencari rahmat Illahi dalam perjuangan,

~Zinnirah Humaira'~
Bumi Tuhan
27/4/2012

p/s : post di atas tiada kaitan dengan tajuk. Saya hanya menggunakan tajuk tersebut untuk menarik perhatian sahabat2 untuk membacanya. Saya mengikut stail Iqbal Syarie, gempak pula rasanya. :p

lagipun saya tak tipu, saya memang akan bernikah cuma tak tahu bila, dan cukuplah bagi saya biar Allah sahaja yang menentukan jalannya. Sedangkan saya masih mempunyai terlalu banyak tuntutan tanggungjawan yang perlu dilaksnanakan. Ibu bapa saya masih belum cukup bahagia dengan saya, macam mana saya nak bahagiakan pasangan saya?? Krik2---


p/p/s : Tajuk entri ini mempunyai kaitan dengan entri yang saya akan tulis tidak lama lagi. Jeng3~

p/p/p/s : Saya akan menduduki peperiksaan A Level bermula 9 May ini. Mohon doa sahabat pembaca sekalian, semoga kecemerlangan akademik mengiringi langkah jihad saya. Amin. :)

p/p/p/p/s : kepada kakakku, Norlina Nasir, tak payahla asyik stalk blog dan facebook adik sangat, segan la adik. :p

Saturday, April 14, 2012

Mujahid ! Apa masalah korang???

Salam dakwah, kuungkapkan bersama kemanisan sentuhan tarbiyyah, semoga nafas perjuangan ini tetap istiqomah untuk terhela dari tubuhku hingga nafas yang terakhir.

Sudah lama jari jemari saya tidak menari-nari di blog ini. Sudah berhabuk dah. Minta maaf blog-blog jiran, andai habuk blog saya mencemarkan blog anda. Jom tiup sikit habuk-habuk ni ke tepi. Fuuuhhh~


Maaf merepek sebentar. Sebelum saya teruskan kalimah perjuangan saya, izinkan saya memberi amaran terlebih dahulu bahawa apa yang bakal saya nukilkan ini bakal menyebabkan anda terjun bangunan tingkat 18. *angkat tangan tutup mata*

*****************************************************************

Luah hati seorang sahabat,

"Ana perlukan seorang ketua! Ana perlukan seorang pemimpin! Seorang lelaki yang benar-benar boleh memimpin!"

Aku terkelu seketika. Menatap wajahnya dalam-dalam. Disebalik sinar matanya itu tersinar sebuah pengharapan yang sangat besar untuk ummah ini. Disebalik suara mujahidah berlesung pipit itu, aku merasakan suatu bebanan yang ditanggung oleh dirinya lantaran bebanan tanggungjawab dakwah yang diperlu dipikul dengan segenap jiwanya. Namun api yang bersemarak pun boleh malap andai ada angin yang bertiup. Lantaran kekecewaan dengan lembiknya para mujahid di medan islami.

Aku menghidu keharuman wangian tarbiyyah yang mengalir di teratak ilmu ini. Melihat semakin ramai muslimat yang datang menunaikan solat jemaah di samping menadah titisan ilmu di surau, subhanallah, tiada pandangan yang lebih indah dari ini. Para muslimat sangat aktif dalam beraktivis menyebarkan fikrah dan dakwah, tidak mengira masa dan ketika, risalah kekasih agung, Rasulullah s.a.w ini perlu diteruskan.

Perjuangan bukanlah satu pilihan. Tapi ia suatu kewajipan. No excuse, okay!


Wadah-wadah perbincangan kritikal yang bukan sahaja berkisar tentang persoalan tipikal para muslimat malahan persoalan isu semasa seperti politik, tanggungjawab dakwah dan perjuangan gerakan Islam mesra mengisi atmosfera Kolej Akasia Sek. 18 ini. Aku bangga dengan ketelusan dan keterbukaan mereka dalam berbicara tentang isu-isu krtikal seperti ini. Alhamdulillah, semoga aku dan mereka akan terus beristiqomah dengan jalan ini.

Sementara itu, dalam keindahan tarbiyyah menghiasi suasana, masih ada insan-insan berjiwa gersang "seberang sana" yang sibuk mencurah perasaan suka-suki, bermimpi-mimpi berbaitul muslim, padahal jiwa masih belum marak terisi, wadduhh, apa korang ingat perjuangan ini hanya sekadar hobi? HAmboiii....

Maksiat lincah bertinju sana-sini, umat Syria berjuang antara menang atau mati, Palestin bertaruh nyawa membela bumi suci, korang pulak meriah bercintan-cintun pendam dalam hati?? Hei.. kamon la brother...

Di mana Saidina Umar dalam diri kamu wahai muslimin?


Aku melihat kuantiti muslimin yang berkecimpung dengan aktif di medan dakwah sangat sedikit. Dan  aku merasakan, dalam kesedikitan ini, hanya beberapa orang sahaja yang layak mendapat pengiktirafan "umph!". Campur tolak dengan mereka yang tersungkur kerana muslimat? Jeng,jeng,jeng. Cuba kira.

Muamalat yang tidak terjaga yang dibawa bersama ke jalan dakwah, aku bimbang kalian (para muslimin) yang akan merealisasikan sendiri sabda Rasulullah s.a.w,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

Berurusan dengan ajnabi melebihi yang sepatutnya, bergambar bersama mesra-mesraan gitu, aku khuatir, produk daie yang bakal dilahirkan melalui wadah ini. Wadah yang tidak diadun dengan acuan taqwa, bagaimana ingin melahirkan daie penerus risalah dakwah di zaman fitnah dajjal ini? Barangkali profesional sering dijadikan alasan untuk mendekati jiwa-jiwa yang gersang, erm, yap. Barangkali anda lebih profesional daripada syaitan yang sangat profesional dalam menjerat jiwa-jiwa gersang untuk terperangkap dalam jerat ikhtilat.

"Wahai umat manusia! sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan KAMI telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha mendalam Pengetahuan NYA." (Al-Hujurat : 13)


Mujahid Harapan?
Aku hampir sahaja tergelak, okay jujur, tak gelak, nangis sikit-sikit, apabila melihat sekumpulan muslimin yang berusrah dengan membawakan tajuk yang berkisar tentang persoalan yang mungkin agak berat. Dan akhirnya, usrah mereka bertukar untuk membicarakan tentang persoalan cinta. Kenapa ye? Katanya, topik itu agak berat. Seberat manakah itu? Mungkin sahaja lebih berat dari topik Calvin cycle dan Kreb Cycle. sila tanya Haji Google kalau tak tau. Mereka tau macam-macam.

Mungkin sahaja mereka kekeringan poket untuk membeli bahan bacaan yang berat untuk membantu pengisian usrah. Yap. Mungkin sahaja kan?

Mungkin sahaja kaki mereka sangat berat untuk menyelongkar buku-buku pemikiran dinamik yang sangat berserabut di perpustakaan. Yap. Mungkin.

Mungkin sahaja otak mereka sudah berat terisi dengan pembelajaran akademik formal hinggakan tiada ruang kapasiti langsung untuk mereka mereka menghubungkaitkan neuron-neuron untuk pembelajaran kritikal. Main game boleh la. Yap. Mungkin kan?

Mungkin. Mungkin. Mungkin. Betapa banyak mungkin? Tolong sambung list saya andai ada lagi "mungkin".

Eh, ada lagi mungkin lah.

Mungkin sahaja mereka bersifat tawaduk dan zuhud, agar segala ilmu yang dipelajari membawa berkat dalam kehidupan mereka. Maklumlah, kita ni kena low-profile. Jangan menonjol sangat. nanti timbul fitnah. Tak baik tau. Dahlah mereka hensem-hensem. *nak muntah*

Ada antara kalian yang lebih zuhud dari Saidina Umar, sehingga syaitan-syaitan juga takut untuk menelusuri jalan-jalan yang dilalui oleh beliau?

Aisyah RA pada suatu ketika melihat sekumpulan pemuda yang berjalan dalam keadaan sangat lemah, pucat dan kelihatan malas. Beliau bertanya: “Siapakah mereka itu?” Para sahabat menjawab: “Mereka itu adalah kumpulan ahli ibadat.” Kemudian Aisyah RA berkata: “Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya Umar bin al-Khattab RA adalah orang yang lebih bertakwa dan lebih takut kepada Allah SWT berbanding mereka itu. Kalau beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat dan tangkas. Apabila bercakap, beliau dalam keadaan berwibawa, jelas kedengaran percakapannya dan apabila beliau memukul, pukulannya terasa sakit.”

Hah, itulah teguran Saidatina Aisyah kepada pemuda-pemuda Islam yang lemah longlai. Jadi, apa masalah dengan kalian??

Kalian sendiri sedia maklum betapa tinggi darjat kalian berbanding wanita di dalam Al-Quran sebagai pelindung wanita. Firman Allah dalam Surah Nisa': 34,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana ALLAH telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka”.

Mengapa Allah memberikan darjat yang tinggi kepada kalian? Kerana kalian telah dikurniakan oleh ALLAH dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Ingat, bahawa kami (para wanita) adalah amanah bagi kalian. Peliharalah sifat malu yang ada pada kami, kerana itulah aset yang berharga yang ada pada diri seorang muslimat. Takutlah kamu akan beratnya amanah ini, seperti sabda Rasulullah,


“Takutlah kamu kepada ALLAH dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah ALLAH.”
(Hadis Yang Diriwayatkan Oleh: Muslim)


Bukan kemachoan kamu yang kami mahukan. Bukan ke"gentle"an kamu yang kami idamkan. Bukan ke"caring"an kamu yang umat ini kemarukkan. Mungkin sahaja benar sifat-sifat ini yang diidamkan oleh wanita, namun cara kamu memanifestasikannya di lubuk fitnah adalah salah! Serius aku kata, salah! *Geleng kepala* Astaghfirullah.

Tahu apa yang diidamkan oleh umat ini?


Mujahid yang tunduk pandangannya kerana hormatnya kepada waniita.
Masanya terisi dengan melunaskannya di atas titian Nabi.
Pembicaraan mereka adalah tentang “jihad”.
Mereka menuntut ilmu hingga terbukalah hijab yang menyelimuti hati mereka, hilang kegelapannya yang diganti dengan fajar tauhid dan terpancar di dalamnya matahari keyakinan.
Jalan di hadapan mereka menjadi terang benderang, malamnya laksana siang.
Hati dan jiwa mereka bangkit memperolehi al-Haq, dan meninggalkan selainNya.




Apa pasal macam high class gila taste kami ni??
Dah kata syurga tu mahal, dan harganya tidak lain dan tidak bukan adalah perjuangan dan pengorbanan untuk mengharap redhaNya.

"Tidaklah seseorang itu menjadi lemah atau terlambat di atas jalan ini kecuali kerana kecintaannya yang sedemikian besar pada kehidupan, keabadian serta kecintaannya pada pujian manusia dan usaha menjauhi kecaman mereka."



Ingatlah, semakin sukar jalan yang ditempuhi ini, berbanggalah, kerana jalan ini semakin mirip dengan titian Nabi. :)


Waraqah bin Naufal pernah berkata kepada Nabi saw :
“Engkau pasti akan didustai, diusir dan disiksa.”
Kemudian baginda bersabda :
‘Tidak seorangpun yang datang sebagaimana yang aku perjuangkan kecuali ia akan mengalami keadaan serupa dengan apa yang ku alami.”



Keperluan Muslimat Berjiwa Besi

Aku mengingati kembali saat aku cuba untuk merangkak di medan dakwah, betapa aku sangat tersepit antara untuk menuruti sifat malu aku ataupun memberanikan diri untuk tampil ke hadapan dalam menyampaikan risalah.Antara rasa takut andai timbulnya fitnah lantaran keaktifan berada di publisiti umum ataupun rasa berani untuk mengorak langkah penerusan langkah jihad amal jami'e.

Namun, melihat kepada para mujahid yang kurang proaktif di medan ini, aku merasakan, penstrukturan semula prinsip aku perlu digariskan semula dengan merujuk Fiqh Dakwah yang sesuai dengan zaman fitnah ini.

Seperti apa yang dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal,


GADIS SEMASA adalah gadis yang hidup di era fitnah Dajjal.

Justeru, zaman memerlukan bukan wanita lemah lembut sopan longlai yang  ’jinak’.

Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pemikirannya tajam. Namun tajamnya tidak sampai meluka!

Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pendiriannya teguh. Tetapi keyakinan dan teguhnya dia tidak sampai jadi taassub.

Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pembawaannya degil. Tetapi degilnya tidak sampai tidak boleh diajar.

Jati dirinya tepat dengan pertimbangan semasa, di atas neraca Al-Quran, al-Sunnah, serta Fitrah kemanusiaan yang diperkasa.

Wah! Hebatnya Gadis Semasa! :)


*********************************************************

Alhamdulillah, ternukil jua apa yang terbuku dalam hati aku sejak sekian lama. Aku bukanlah seorang yang terbaik, aku juga masih merangkak dalam berjuang di medan tarbiyyah dan jahiliyyah. Namun, itu bukan penghalang bagiku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai player dalam medan dakwah. Seperti kata-kata Hasan Al-Basri ,

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan jua yang paling soleh dalam kalangan kamuu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseeorang itu menyampaikan dakwah apabila sempurna, maka tidak akan ada pendakwah, maka sedikitlah manusia yang mengambil peringatan. "




Salam juang kerana Ar-Rahim,

Zinnirah Humaira'
Bumi Tuhan
14/4/2012

p/s : tulisan ini adalah berdasarkan realiti di sekeliling saya. Harap maklum.

Tuesday, March 20, 2012

Doa Untukmu.. Syria.




Pernahkah anda merasakan diri anda sangat tak berguna,
seolah-olah anda merasakan andainya tong sampah itu bernyawa,
tong sampah itu lebih berguna dari anda.
Anda merasakan diri anda umpama jasad malang,
hanya mampu terlopong,
hanya mampu melihat,
hanya mampu mendengar,
hanya mampu berdoa...

Inilah apa yang saya rasakan sekarang.
Meskipun andainya saya hanya berangan.
Saya berangan andainya saya berada di sana.
Menghunus senjata membela mereka.
Menjulang tinggi panji Illahi membela agama.
Alangkah baiknya andai segala kebolehan saya bersilat ini
dapat saya gunakan untuk menerajang mereka.
Berani kamu membunuh saudaraku!!

Bersabarlah saudara-saudaraku di Syria.
Allah sahaja yang menjadi penyatu hati-hati kita.
Semoga kiriman doaku menjadi azimat perjuangan kalian.
Ya Allah, jangan kau tolak doaku hanya kerana dosa kemaksiatanku.
Terimalah taubatku andai ianya berupaya menjadi penebus kemakbulan doaku untuk saudaraku di sana.


Mereka di sana berjuang... Kita di sini bersenang-lenang? Astaghfirullah.
Perjuangan mereka antara menang atau syahid...perjuangan kita antara tarbiyyah dan jahiliyyah? Astaghfirullah.

Kerdilnya kami di sisiMu ya Allah... Sungguh benar, kami tidak pantas untuk berada di sana bersama mereka lantaran kekerdilan roh perjuangan kami..


Bersabarlah saudaraku..... Allah menjadi saksi perjuangan kalian.
Semoga perjuangan kalian menjadi mahar dalam menempah syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

p/s : saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangggaaat terkilan dengan sahabat yang langsung tidak mengambil tahu perihal saudara di Syria dan Gaza. ingin sahaja saya ketuk kepala mereka. Bukankah Rasulullah telah bersabda, "Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

“Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas diri dari orang itu. Dan barang siapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dari mereka (kaum Muslimin)” (Hadis riwayat al-Hakim)

p/p/s: Ayuh kita cakna dengan isu Syria, sentiasalah berbual tentang isu ini di mana-mana sahaja dan pastikan anda berbual dengan agak kuat supaya orang-orang sekeliling anda akan terbangun dari "mimpinya".



Monday, March 19, 2012

Dia Yang Lupa Dia Manusia


Prenote : Sumber kopi dan pasta dari sini.

Dia lebih gemar bercakap tentang keindahan hidayah yang dia dapat berbanding membantu orang lain mencari hidayah.

Dia dapat nikmat tarbiyah, nikmat kesedaran kewajipan berdakwah, tapi dia dustakan nikmat itu. Dia berlengah lengah, dia mengambil rukhsah. Dia enggan berkorban masa tenaga dan harta.

"Facebook kan sudah cukup? Blogging? Jihad internet tahu?"

Dia puaskan hatinya dengan alasan sebegitu. Syaitan juga tertawa sambil menghiasi futurnya.

Dia canangkan kepada dunia teori teori dakwah nya. Fikrahnya mungkin pekat, tapi amal? Tidak pernah terlihat.

Dia bermalasan untuk ke usrah. Hatinya masih teringat dengan kesibukkan dunia yang tak pernah tiada. Masih teragak agak untuk ke daurah. Jika dia pergi pun, dia sentiasa berlengah. Alasan alasan picisan dia simpan, baginya mungkin modal besar untuk satu kelepasan.

Dia jemu membaca. Buku buku fikrah dirasakan sangat berat dan membebankan. Dia lebih rela seharian berdampingan dengan buku buku pelajaran, tapi buka sahaja buku fikrah, terasa miang miang badan.

Dia berpuas hati dengan usrahnya. Binaannya sudah melekat, fikrah semakin likat.
Dakwah fardhiyah yang satu ketika dahulu dia sangat zahirkan, akhirnya hanya menjadi bualan bualan dalam bulatan. Baginya, mutarabbi yang sudah ditangkap dan dibentuk tak perlu lagi didakwah fardhiyah. Tiba masa untuk hanya mewarisi fikrah.

Dia kadang kala giat beramal, memenuhi kemahuan mutabaal amal mingguan. Setiap hari yang baru dia berazam untuk menjadi sebaik baik hamba tuhan. Hatinya gembira bila lihat mutabaah amalnya terisi; qiam, jemaah, hafazan, tilawah, dhuha, riadah, sadaqah, saum, tafsir, bacaan, mathurat dan zikir. Dia suka, namun terus menganugerahkan diri dengan imbalan maksiat. Dia kembali menonton drama drama dan filem, dia mendengar lagu lagu jahiliyah, tak lekang dengan games dan manga dan laman laman bergelak ketawa, dan semua itu kerana dia mahu menganugerahkan dirinya yang sudah petah mengisi mutabaah amal.

Ya, dia tutup amal amal ibadahnya dengan amal amal lagha.

Dia juga gemar bercerita fasal ukhuwah. Ukhuwah yang katanya teras kegemilangan. Ukhuwah yang tak terbeli dengan jutaan ringgit, ukhuwah yang mahal.

Namun padanya ukhuwah terlalu mahal, hingga dia memilih milih untuk berkongsi cinta. Ukhuwah yang teguh dengan akh yang sama jemaah, juga akh yang sama ditarbiyah. Dia memandang serong mereka yang belum disapa dakwah, tak perlu fikirnya untuk bermuayasyah. Malahan dia berkata buruk buruk kepada mereka yang berlainan wadah tarbiyah, mengecam kelompok mereka yang juga berdakwah namun tidak selari fikrah.

Taaruf baginya hanya bila di program program umum. Ketika itu hanya layanan kepada mereka yang ingin dikenali. Dia lupa urgensi taaruf dengan pakcik bas, dengan pakcik pengawal, adik penjual ikan, abang pasar raya. Dia lupa asas dakwah yang dibacanya di kitab kitab lama.

Dia daie, dia juga seorang manusia. Dia menangis, dia juga kadang kala ketawa. Entah seribu satu macam lagi kelemahan diri yang sanggup aku kongsikan, untuk kita ambil pengajaran.

Sebaik baik kita, adalah yang memberi manfaat kepada manusia.



Yang menulis sambil melihat cerminan diri,

Menang atau Syahid Adwa'.

p/s : sangat tersentap bagaikan ditusuk tombak. Allah.....

Tuesday, March 13, 2012

Ghuraba' Dalam Gerabak


Salam dakwah dalam kesegaran hembusan helaaan nafas kerinduan tarbiyyah, semoga nafas ini tetap segar terhela dari tubuhku sehingga nafas yang terakhir. Tertarik dengan keunikan puisi tulisan seorang ukhti. Semoga nilai garapan beliau membawa ibrah kepada kita semua dalam mengekalkan momentum sebagai seorang ghuraba'.

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.
Sekian lamanya, sekembali aku pulang dari bumi United Kingdom, aku menyepi seketika.
Hanya menulis sebuah travelog yang tiada harga buat bacaan semua.

Meniti titian dakwah ini,
tanpa sedar, sudah sekian lama kalau dikira bilangan saatnya.
Betapa berharga setiap saat nyawa dan helaan nafas kita berada dalam jalan menuju redha-Nya ini !

Dalam gerabak dakwah yang terus melaju ini,
kita akui kita tidak mahu lagi tertinggal.

Tertinggal dalam melakukan perubahan.
Tertinggal dalam melakukan anjakan.
Tertinggal dalam melakukan peningkatan demi peningkatan.

Inilah diri seorang daie.
Daie yang diberi acuan tarbiyyah saban hidupnya.
Dengan tarbiyyah, dia memajukan diri.

Dalam gerabak dakwah ini,
kita melewati stesen-stesen manusia yang pelbagai hentinya.
Memahami bahasa tubuh dan gerak-geri mereka.
Cuba untuk menyeru mereka menaiki gerabak dakwah yang sedang melintasi mereka ini.

Tetapi apakan daya,
usaha seorang daie tetap hanya usaha seorang manusia.
Bezanya, usaha kita memiliki semangat ‘ Man Jadda Wajada’.
Kita berterusan usaha bagai tiada hentinya.
Kita berterusan usaha bagai tiada hujungnya.

Bersama-sama kita,
dalam gerabak dakwah ini,
angkatan para dua’t dari pelbagai bahagian dunia.

Ada yang dunia mereka dahulu, mereka ini memang terdiri dalam kalangan manusia yang baik-baik.
Ada yang dunia mereka dahulu, bersimbah jahiliyyah yang pekat.
Ada yang dunia mereka dahulu, telahpun mengenali erti dakwah dan tarbiyyah sejak lahir.
Ada yang dunia mereka dahulu, mereka ini hanya biasa-biasa.
Ada yang dunia mereka dahulu, takut untuk menjadi daie !

Pelbagai.
Unik sungguh bila kita mampu untuk berhimpun dalam satu gerabak yang sama !

Episod demi episod dakwah kita jalani bersama.
Pahit, manis,
Suka dan duka, kita nikmati bersama.

Mungkin berlainan dunia,
tetapi kita jemaah manusia yang sama mimpinya,
sama tinggi iradahnya !

Kita punya gelaran yang sama.
Gelaran yang diberi Tuhan yang Maha Kuasa.
Kita diberi pencerahan untuk memahami hidup sebagai seorang hamba.
Kita ditunjuki cara untuk menjalani hidup sebagai seorang khalifah.

Jauh sekali kita berbangga dengan gelaran ini.
Kerana pada lahiriahnya, kita tetap sama dengan mereka yang di luar gerabak dakwah ini.
Mungkin beza pada hati.
Hati kita yang sudah memahami.
Hati mereka yang masih terkial-kial mencari pintu mana yang boleh dibuka.

” Tolong aku wahai si pulan di dalam gerabak, tunjukkan padaku mana satu pintunya.”

Menjadi tugas kita untuk membantu mereka.
Menunjuk muka-muka pintu kebenaran.

Dan kita terus bergerak melewati masa dan keadaan ummah.
Masa terus berjalan mencemburui kita semua.
Keadaan ummah terus diumbang-ambing seolah sedang  mengugut kita untuk terus berjuang.

Utara Selatan, Timur dan Barat.
Semua sudut bumi belum lagi kita habis jelajahi.
Adakah patut kita mengambil sikap putus asa lalu mengundurkan diri ?

7 hari seminggu, 24 jam sehari.
Semua masa yang diberi ini masih lagi berbaki.
Adakah patut kita mengaku berpenat lelah menggalas segala tanggungjawab yang diberi ?

Orang di luar gerabak masih mencari.
Dan jika mereka tidak pun mencari,
tetap kita harus berusaha untuk menunjukkan pintunya.

Meski kita dipandang pelik dalam arus ‘kemajuan’ jahiliyyah ini,
kita harus memintasnya dengan cepat berbekalkan sendi-sendi yang masih teguh berdiri ini.

As-Syahid Syed Qutb

Jalan yang kita akui payah ini,
terkadang kita sendiri lupa mencari di mana kepayahannya.
Percayalah,
Bila kau diberi kepayahan itu, tandanya kau sedang berusaha.
Bila kau diberi masalah, memang kau telah ditakdir-Nya untuk diduga agar sentiasa dekat pada-Nya.

Berkata payah sahaja tidak mencukupi selagi mana kau tidak merasainya sendiri.
Cuba sekali-sekala mencari kepayahannya.
Kelak akan terasa manisnya.

Barulah kau akan fahami sunatullah jalan dakwah ini.
Ya, payah dan penat adalah intipati jalan ini.

Stesen demi stesen kita berhenti.
Setiap siku dakwah pasti ada kepayahannya yang tersendiri.
Ada manusia yang dahulunya sama upayanya dengan kita, malah dialah pembakar semangat semua.
Tapi kini, dia hilang dikaburi kepentingan-kepentingan dunia yang lain.

Ada manusia yang dahulunya dialah paling malas dan lambat,
tetapi sekarang dia semakin melaju memintas kita !

Ini pula ragam dalam gerabak.
Bukan sempurna semuanya.
Bukan manis madu sahaja yang terasa.

Apa yang aku kagumi pada gerabak cinta ini adalah hammasahnya,
ikatan hatinya,
persamaan fikrahnya !

Biarpun kita asing,
tetapi kita asing bersama-sama.
Andai manusia di luar tidak dapat menerima kita,
sekurang-kurangnya manusia di dalam gerabak ini masih lagi bersama kita.

Dan di tengah-tengah keasingan inilah,
ternyata keadaan ini amat menduga kita.
Pandangan kacau melihat terlalu banyak benda yang kurang selesa.
Hati pula meronta-ronta sambil berkata,

” Selautan manusia ini sasaran  kita semuanya.”

Peluh mula keluar.
Tidak tahu mana satu yang perlu dimulakan dahulu.
Buntu mencanang idea agar kerja yang banyak ini punya satu kaedah yang menjimatkan masa.

Janji yang terlafaz perlu ditunaikan.
Mengangkat telunjuk lima kali kita bersyahadah melafaz kata,

” Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah. Dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Janji ini bukan kerana terpaksa.
Tetapi janji ini demi keuntungan kita semua.
Janji ini bukan beban-beban.
Tetapi janji-janji ini jaminan.
Jaminan untuk kita tercatat sebagai penghuni syurga-Nya !

Dan gerabak inilah menjadi cara untuk melunaskan janji-janji yang terpatri.
Jalan dakwah dan tarbiyyah ini memberi hembusan baru kepada kehidupan biasa yang kita lalui.

Sehingga kita menjadi luar biasa !
Segalanya bisa menjadi indah.

Berada dalam gerabak yang sama.
Di atas landasan yang sama.
Memandang ke luar jendela dengan pandangan yang sama.
Memesan kopi yang sama buat penghias seri perjalanan kita.
Berbicara dengan rentak kalam yang serupa.

Tidakkah manis itu ??

Teruslah berhijrah dengan gerabak ini.
Aku tahu, pasti bermakna.
Aku tahu, pasti berguna.

Kerana dalam gerabak ini, kau akan dapat mencapai impian dengan cara termulia.
Dalam gerabak ini, kau akan kalis cinta-cinta dunia.
Dalam gerabak ini jugalah, kau akan mencipta sejarah kemenangan yang telah tercatat di Luh Mahfuz-Nya.

Meski gerabak ini terlalu banyak likunya,
nampak ‘usang’ buatannya,

tetapi ingatlah,
enjin gerabak ini telah terbakar sejak  lebih 1400 tahun dahulu lamanya.
Bermula dengan utusan yang mulia,
kemudian disambung para sahabat yang tercinta,
sehingga satu ketika dahulu,
gerabak mereka sampai di stesen puncak kemenangan.

Sekarang, kita menjadi golongan yang seterusnya.
Memegang untaian gerabak yang menjadi sisa  akhir zaman ini.
Berada di dalam gerabak untuk mencari semula di mana kemenangan yang menghilang seketika.

Biarkan enjinnya terus terbakar,
Dan kau penuhkanlah gerabak ini dengan jutaan manusia.
Bukan hanya membiarkan ia berjalan tanpa  isinya.
Terus membakar tetapi melepasi pandangan mata begitu sahaja.

Kitalah yang rugi kerana terlepas membeli tiketnya.
Miliki sebelum terlewat.
Beli dengan harga iman.

Perjalanan semakin laju,
jika tidak kau kejar, kau yang haru.





sekian,
mylittlepencil  yang juga di dalam gerabak usang ini……

sumber : Ghuraba' Dalam Gerabak

Teringat Zaman Muda-muda






Salam ukhuwwah fillah wa mahabbah billah.. =)


Tiba-tiba hari ini saya rasa ingin kembali muda
(padahal masih muda, macho lagi bergaya, erk(-_-")
Sekadar coretan ringkas mengenai zaman muda-mudaku...
Peringatan : ini sekadar coretan santai ye! (^_-)



bersama rakan seperjuangan, BADAR 08/09 dan Abi Nizam dan isterinya.. eh, ade sorang hilang, cube teka sape? hehe
gambar : credit to Haziq

Antara ramai-ramai sahabat di MRSMTGB, rasanya manusia-manusia kat atas ni kot yang paling dekat di hati saya. =)
Rasa rindu pula ingin memekak di asrama mengejutkan sahabat bangun sahur dan subuh, mengadakan Halaqah Ilmu , Jana Taqwa dan Tazkirah Jumaat setiap minggu, dan berusrah bersama. Paling tak best walaupun ia suatu kewajipan, membuat rondaan amar makruf nahi mungkar di sekitar maktab. Paling best, bersihkan surau sama-sama. Walaupun letih, saat itulah kami main air di tandas, memekak menyanyi lagu nasyid di tandas,  ah, hilang kepenatan memerah otak seminggu di sekolah. Melihat wajah-wajah sahabat muslimat sahaja, hilang semua rasa kelelahan yang ada. :)


zaman skema-skema dulu.. 501 08/09

Dalam keriangan bersama rakan sekelas...
Dalam kelas, saya boleh dikategorikan sebagai makhluk yang paling diam. (rasanye laa)

bersama sahabat rakan seperjuangan... Atiqah, Hamizah, dan Syura. Gambar ketika Majlis Graduasi.

Inilah sahabat-sahabat yang bersama dengan saya ketika saya hampir jatuh.
Mereka hulurkan tangan, meminjamkan bahu kepada saya untuk menumpang nangis.
Kami juga selalu menyelinap keluar dari asrama senyap-senyap untuk tidur di surau untuk mengulangkaji pelajaran dan qiamullail sama-sama.
Nak diikutkan, kami telah melanggar peraturan maktab, nasib baik tak terkantoi dengan warden dan pakcik guard. :p



Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang amat aku rindui..
Atiqah, Hamizah, Hanim, Syura, Nazirah, Wawa, Ayush, Zati, Amirah, Zu, Azwin, 



jika cintaku pada kalian dpt dikumandangkan,
kuharap ianya berlagu tasbih,
kerana kerinduanku ini bersulamkan cahaya iman,
bukan mudah tautan ini putus walau jarak kte jauh terpisah..
kejauhan itu kedekatan terindah,
saat Tuhan berada di tengah..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Abu Bakar pada Rasulullah,
saat beliau sanggup menanggung kesakitan menahan kakinya dipatuk ular,
lantaran takut andai baginda terjaga dr tidurnya..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Thawban pd Rasulullah,
saat beliau menangis kesyahduan,
lantaran takut berpisah dengan baginda di syurga..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Mus'yab bin Umair d Rasulullah,
saat beliau meninggalkan segala kemewahan dan kemasyuran lantaran cintanya pada baginda..

ya, cintaku ini barangkali tampak kerdil...
tapi ketahuilah sahabat....
izinkan aku melafazkan kata rindu....
bicara hati bukan mudah untuk dipendam sahaja..
akan aku anyam rindu ini menjadi hamparan perjuanganku..
kerna aku yakin, setiap pepisahan kerana Allah,
pasti akan diiringii pertemuan kerana Allah juga..
barangkali bukan di dunia fana.....
 
jika kta bertemu di syurga..
ingin sekali aku bertemu kalian,
dan menyatakan kepada penghuni syurga,
"inilah sahabat yg membawaku ke syurga"
wah, bahagianya tika aku membayangkan saat itu!
 
sungguh, kerinduan ini sangat mencengkam jiwa,
ya Allah, berilah kekuatan kpd kami,
jiwa-jiwa yg saling merindui keranaMu..

p/s : siapa "naik tangga" dulu jangan lupe ajak ye. :p

Sunday, March 11, 2012

Nilai Sehelai Tudung Labuh

tarbiyyah adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah tarbiyyah..

sekalipun tarbiyyah telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika tarbiyyah kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, tarbiyyah ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada tarbiyyah..
dalam menguraikan tarbiyyah,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
tarbiyyah sendirilah yang menerangkan tarbiyyah dan pentarbiyyahan..

Puisi Anna Anthafulnisa tentang cinta, yang diubah perkataan "cinta" menjadi "tarbiyyah" dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih.

Salam tarbiyyah kuhulurkan bersama pelukan iman, semoga hari ini menjelma bersama sebuah inspirasi baru, untuk memburu mardhotillah dalam mencari syurga Illahi. Allahumma amin..

Terasa 5 tahun seperti amat cepat berlalu. Aku tatapi semua detik-detik melangkah ke alam penghijrahan. Bukan mudah untuk menanggalkan karat-karat jahiliyyah yang pernah bertandang bersama nikmat yang amat mengghairahkan bagi siapa sahaja yang cintakan dunia. Tudung pendek yang jarang dibuang, lagu-lagu Western dipadamkan dari kotak memori gegendang telinga, baju-baju pendek disorokkan dalam almari usang, nombor-nombor lelaki ajnabi dipadamkan dari memori telefon bimbit. Ah.. bukan mudah, segalanya memerlukan kekuatan. Kalam-kalam Tuhan kupeluk erat, rahmatNya kujelajah meskipun tersembunyi disebalik ujian. Jika nikmat dunia itu lebih kucintai, mungkin sahaja aku kembali menggenggam aset jahiliyyah yang bernilai dengan harga "sementara". Namun, betapa janji Tuhan itu pasti, ujian kasih sayangNya akan menanti bagi siapa yang benar-benar ingin menghiasi imannya dengan cinta Illahi.

Betapa saat itu kehidupan sedang berbicara denganku. Hampir sahaja aku terjatuh dipersimpangan tarbiyyah dan jahiliyyah. Kedengaran seperti Dia sedang berbisik kepadaku,

"Jangalah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, sedangkan kamulah yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman.. " (Ali-Imran :139)

Maka dalam sisa-sisa kekuatan yang tinggal, kalamNya kupeluk erat.. Allah..

"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selainNya, dan hanya kepadaNya aku bertawakkal.."
 (At-Taubah :129)

Ya, saat itu kehidupan berbicara denganku tentang kekerdilan seorang hamba. Kehidupan sedang mengajarku tentang kebesaran Yang Maha Esa, yang membutuhkan aku untuk tunduk dan berharap sepenuhnya kepadaNya. Kehidupan sedang berbicara denganku dengan menconteng noda-noda jahiliyyah yang pernah terhias indah dalam potret hidup aku. Kehidupan sedang berbicara denganku agar berlumba-lumba mencari rahmatNya yang tersembunyi disebalik setiap ujian. Betapa mahalnya hidayah Allah itu, maka aku tidak perlu untuk berdalih bagi membayar hidayah itu dengan suatu kesusahan.

********************************************************************************

Sebuah Penghijrahan

waaa.. comel-comelnya semua!

Hati aku semakin berbunga-bunga apabila melihat semakin ramai muslimat yang bertudung labuh disekelilingku.. Kakakku juga kini alhamdulillah, telah berhijrah dengan identiti barunya. Maha Suci Allah, segala pujian hanyalah milikMu. Ya Allah, Kaulah Yang membolak-balikkan hati, thabatkan kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu..

Aku mengingati saat pertama aku bertudung labuh yakni ketika aku tingkatan satu semasa menuntut di sebuah sekolah SMKA. Betapa ketika itu jiwa aku memberontak, kerana merasakan pemakaian tudung labuh itu merupakan suatu yang kolot. Setiap hari aku menelefon ibuku agar mengambilku pulang kerana aku tertekan dengan ketegasan disiplin menutup aurat disekolah tersebut. Akhirnya ibuku akur, tak sampai seminggu disekolah tersebut, aku telah berhenti dan meneruskan persekolahan di sekolah biasa sebelum ke MRSM. Pada masa itu, aku merasakan itu adalah berita gembira untukku kerana berjaya melepaskan diri dari undang-undang yang sangat menyekat pada pandanganku.

Namun, Allah mengizinkan aku berbicara dengan hidayahNya ketika aku memasuki menengah atas di sebuah MRSM. Ketika itu, ada beberapa orang sahaja muslimat yang bertudung labuh di sekolah tersebut yang rata-ratanya terdiri dari BADAR. Pada mulanya, aku sering berfikir sendirian, walaupun soalan tersebut sangat lucu sebenarnya.

"Macam mana mereka nak bersukan? Tak leceh ke?"
"Macam mana nak pergi tandas? Macam susah nak asyik angkat tudung!"

Namun, jauh dari sudut hati, aku merasakan mereka seperti mutiara di tengah lautan. Mereka membayar sebuah harga taqwa dengan menjadikan pakaian mereka sebagai perisai malu yang mengekang virus muamalat yang tidak syar'ie. Dalam diam aku berasa sangat kagum dengan mereka. Lebih-lebih lagi selepas menerima tarbiyyah dari kakak-kakak BADAR, aku dapat merasakan aku perlu melakukan keputusan terbesar dalam hidupku demi memburu sebuah redha Illahi. Perlahan-lahan aku berubah, dari tudung yang jarang kepada yang tidak jarang, dari tudung 45" ke 50", dari tudung 50" ke 60" dan akhirnya bertudung labuh bulat.

Bukan mudah untuk melakukan penghijrahan ini. Niat yang ikhlas bersama keazaman yang tinggi melangit yang diluruskan hanya mengharap redha Illahi menjadi paksi kepada perjalanan ini. Bertudung labuh bukan kerana keayuan, tapi hanya kerana itu sebuah tuntutan.



""Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

"Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu..."

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Subhanallah, hebatnya rahmatNya yang berseni dalam mencorakkan kehidupan hamba-hambaNya yang bertaqwa. Pernah suatu ketika aku pulang dari MRSM ku yang terletak di Melaka seorang diri, malangnnya aku ketika itu kerana tiket bas sudah habis, aku terpaksa pulang sendiri dengan hanya menaiki KTM dari Seremban. Sampai di ibu negara, pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Dan aku keseorangan di sana. Sementara menunggu KTM, tiba-tiba aku dihampiri seorang lelaki, yang berperwatakan seperti seorang samseng, memakai jeans yang koyak-rabak, memakai subang ditelinga, baju tanpa lengan. Pada mulanya aku kira dia seorang cina, kerana melihat wajahnya seiras cina, kalau tidak pun mungkin Nyanmar atau pendatang asing. Dalam hati aku berzikir, "Hasbunallahwanikmal wakiil, nikmal maula wanikman nasir.."

Dia mengambil tempat duduk disebelahku. Hampir sahaja aku menggigil ketakutan ketika itu. Tiba-tiba dia bertanyakan kepadaku.

"Nak ke mana dik?" tanyanya, ringkas.
"KL Sentral. " Jawabku, pendek dan tegas.
"Samalah kita... " dalam hati aku mendengus. Tak tanya pun..
"Nama adik ape? " Aku mendiamkan diri. Entah mahu jawab atau tidak soalan itu.
"Nama saya Islam."
Dia terdiam. Mungkin sahaja tersentak. Lantas menjawab,
"Alhamdulillah... " terkejut aku, Islam juga mamat ni rupanya. Selepas itu dia bingkas bangun dan meninggalkan aku. Aku menarik nafas lega, alhamdulillah, imej Islam aku telah menyelamatkan aku dari terus diganggu oleh dia. Aku membayangkan andainya aku memakai pakaian menjolok mata saat itu, apakah yang akan berlaku pada aku. Naudzubillahimin zalik..



Kepada muslimah yang ingin bertudung labuh, tahniah saya ucapkan, kerana kalian sekaligus telah menyelamatkan diri kalian dari golongan yang disebut dalam hadis ,

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mengapa saya mengatakan demikian? Hal ini kerana, seorang muslimat bertudung labuh telah meletakkan harga taqwa yang sangat tinggi pada dirinya, yang secara naturalnya melahirkan rasa takut sekiranya dirinya melakukan dosa yang bertentangan dengan hakikat yang ada pada sehelai tudung labuh. Seorang muslimat bertudung labuh tidak enak dipandang sekiranya beliau memadankan tudung labuhnya itu dengan pakaian yang sendat, kaki yang tidak berstoking, mahupun muamalat yang tidak terbatas dengan kaum ajnabi. Nah, kan saya dah kata, mahal harga taqwa pada sekeping tudung labuh ni!

Pedulikan betapa mahalnya sehelai kain itu.
Pedulikan betapa banyaknya masa yang dihabiskan untuk menggosok tudung itu.
Pedulikan mata-mata yang memandang yang merasakan kamu ketinggalan zaman.
Pedulikan tudung-tudung yang beraneka fesyen yang terpamer di pasaran.

Bukankah redha Allah yang kita harapkan?
Luruskan niat membuat perubahan hanya kerana Allah.
Tewaskan pakcik-pakcik syaitan yang sentiasa berusaha merenggut nilai keikhlasanmu.
Berdirilah atas titian taqwa !
Runtuhkanlah nilai jahiliyyah yang menghiasi potret nafsumu!

Ingatlah.. kita di dunia tak lama... Selepas kaki kita melangkah ke syurga, kita berehat sepuas-puasnya.... :)
Insya Allah. !

Semoga diriku, dirimu dan sesiapapun yang berhasrat untuk bertudung labuh, ayuh, apa tunggu lagi? Bukankah syurga yang luasnya seluas langit dan bumi sedang menunggu kita?

p/s : saya bukanlah ingin bermaksud muslimat yang tidak bertudung labuh itu kurang baik, Allah sahaja lah Yang Maha Mengetahui tinggi rendahnya iman seseorang. Segalanya-galanya bermula dari hati, bukankah baginda telah bersabda, “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” Percayalah, tudung labuh itu akan mendidik nafsu untuk tunduk kepada rasa kehambaan kepada Tuhan. Tak percaya, cubalah. (^_-)




Saturday, February 11, 2012

Facebook Is Hurting My Iman

Assalamualaikum,

This is the first time i write in this blog by using English language, maybe i should start to use English as my medium of writing since actually English is very important for dakwah. You know that there is a lot of non muslims out there that are craving to know about Islam, but because of Muslim lack of fluency to speak English, the message cannot be conveyed. I notice about this because my roommate is an Indian. Sometimes, she is very interested to know about Islam, but unfortunately, my weakness in English make things so complicated. by then, i determine myself to master in English so that i can speak about Islam confidently in front of non-muslim friends.

On top of that, since i need to repeat my IELTS examination (so sad, huh), so, it becomes compulsory that i must put a massive effort to gain competency to speak in English. You know, i notice that there are some people actually do have a quite good commands of English but the problem is, they don't have the confidence to articulate their thoughts in English (like me, huhuhu). Because of my weakness in English, i do feel a sense of inferiority complex within myself. You know, i always think that, it's such a peculiar thing, because majority of the students have learnt English since their childhood, but they are still incapable to communicate in English. Weird right?

Ok, enough about that. Hmmm, for the past few days, there were some of my friends kept asking me a question, guess what?

For sure is is not about marriage anyway. =_="


Erk, do you know that being a twenties really mean that you must start to think about marriage because it has something to do with your future? Oh, please get it clear, what do i imagine about future , of course is all about the continuity of dakwah survival for ummah, not just only about to having a halal relationship with opposite gender. I really mean it. FULLSTOP. 

Back to the question. The question that my friends always ask me is...

"Hayati, why did you deactivate your facebook account?"

Such a very challenging question that i have ever faced in my life. Ever. Ops, sorry, i am just exaggerating. =_="

Ok, first of all, the point that i want to highlight here has nothing to do with the connection between Facebook with Israel or neither Mark Zuckerberg. For me, yes, it is indisputable that Facebook has a lot of benefits. You can strengthen your relationship with your friends, or even make new friends out of it. On top of that, you can even doing dakwah by spreading the Islamic message to your friends. You also can gain a lot of knowledge when some of your friends delightfully make a bunch of notes to share with the friends. And the list goes on.. But beware, do not become over dependent on the Facebook. You will turn your life a mess. Believe me. I swear.

However, i do have a kind of feeling that by facebooking, i feel that my heart has blackened day by day. Yeah, a bunch of people out of nowhere adding you as a friend hoping that you will enliven their day through your attractive status updates. Sometimes i really afraid, if i approve these people, what are the stuffs i am going to see afterwards? You know, in the world of social network, lot of people build their second personality. It would make such a big deal for you to find out who is exactly the person that you befriend in the Facebook. Huhu, maybe i could say that sometimes i also feel that i live in second world whenever i always used a fake name as my default name. uh-huh. Furthermore, I don’t like the way Facebook undermines women’s hijab. I mean, putting up your pictures for the world to see, and having your male ex-classmates from college tell you how good you look and how you haven’t changed a bit! That is why i do not like to put my pictures on Facebook.

Facebook Is Hurting My Iman


facebook


Frankly speaking, whenever i am in Facebook, i often end up hours to explore the stuffs posted by friends. Some of it might be very good stuffs that can elevate your sense of spirituality, and some of it might also seems to be so disturbing that you cannot help yourself out of it. (i guess you know what i mean). I begin to realize that, somehow, over time, my newsfeed was becoming increasingly polluted with obscenity and other content that I disliked. I'd tell myself that it's okay if I just skim over it and seek out the useful news but I actually ended up knowing more about other people stuffs. bak kata orang Melayu,"jaga tepi kain orang". (damn, why there is no english proverb for this?)

Before this, I always unabled the comment and button "like" for my status updates since i find it is so annoying. But after the new style of facebook was introduced, i could not do the same thing since i did not know how. Including the notification thingy that normally include who like our status and comments, i feel that it has great potential to disturb the sense of sincerity whenever we want to share some tazkirah or any good stuffs. Unconsciously, we tend to mess up to know who are the one who always like our comments. Oh, the goldmine stuffs that we are hoping for become such a waste when this kind of thinking come across into our heart. Astaghfirullahal Adzhim.

I must admit that sometimes I always get involve in discussion in Facebook. This discussion sometimes can be positive, but if it is just about pointless matters that has nothing to do with the ummah, I should think twice. We know that the Muslim is a person who possesses right thinking, a pure nature and fine taste. Therefore, he only participates in useful talk with no inclination to indecent deeds or indulging in idle talk. Here, i want to apologize to some of my friends in Facebook especially from PSC INTEC group. I admit that sometimes i am being over-reacting in commenting some stuffs in the particular group. Snap! Uh-Huh?

All above all, after several weeks i make up my mind to take the decision on closing my facebook account, i am now absolutely certain that i have made a right decision indeed. Althought i must admit that i miss some my friends' updates, but i really apologized for the inconvenience that you guys encountered because of me. Anyway, all things that i have written here is just merely my own perspective, maybe Facebook has nothing to do with your Iman degradation. As long as you don't being zhulm to yourself, please utilize the Facebook wisely. =)


“O People who Believe! Fear Allāh, and speak rightly.He will rectify your deeds for you and forgive you your sins; and whoever obeys Allāh and His Noble Messenger, has indeed achieved a great success.” (33:70-71)

p/s : i am so sorry for any grammatical mistakes that i made. i will improve a lot after this Insya Allah.

Saturday, February 4, 2012

Jiwa yang Gersang dalam Meniti Titian Nabi




Aku melihat hari ini
Sebab ia adalah kehidupan, kehidupan daripada kehidupan
Dalam sekejap ia telah melahirkan berbagai-bagai hakikat daripada wujud
Nikmat pertumbuhan
Pekerjaan yang indah
Indahnya kemenangan
Kerana hari kelmarin tidak lebih daripada sebuah mimpi
Dan esok hari hanyalah bayangan
Namun, hari ini ketika aku hidup sempurna
Telah membuat hari kelmarin sebagai impian yang indah
Setiap hari esok adalah bayangan yang penuh harapan
Maka aku ingin melihat hari ini
Inilah salamku untuk fajar.
(Puisi Kalidasa, seorang penyair India)


Demi Tuhan! Engkau adalah junjunganku wahai Rasulullah, dan adapun aku ini hanya ingin meniti di atas titianmu..

Salam juang kuutus kepada sang fajar yang menjelang dinihari, meninggalkan diriku yang sepi menagih sebuah rahmat Illahi, yang dijanjikan kepada hamba-hambaNya yang benar ikhlas berjuang memperbaiki diri. Hari esok bakal menjelang tiba, memujuk jiwa yang bertarung antara kesangsian janji Tuhan kerana sandiwara pancaran duniawi, ataupun jiwa ikhlas mengabdikan diri hanya kerana redha Illahi. Oh, benar, dan sangat benar, betapa lemahnya jiwa seorang hamba, meskipun dikurniakan sekeping hati , namun juga dikurniakan kekerdilan tenaga untuk mengawalnya. Dan benar, betapa kebergantungan seorang hamba kepada Tuhanlah menjadi penentu segalanya yang menjadi rencah dunia yang fana.

Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah ‘Azza wa Jalla. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.” (HR. Muslim)


A048
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan." (Al-Qalam : 48)


Ketakutan
Betapa ramai jiwa yang takut menghadapi dugaan yang mendatang. Kegagalan dalam peperiksaan, tidak dapat "fly", tidak dapat menyiapkan tugasan, dan pelbagai lagi rungutan pengadu yang kemelesetan.

Bukan hanya mereka.
Aku juga seperti mereka.
Aku memang penakut.
Bahkan, barangkali, jiwa ini juga sedang bertarung

Lalu, terbelengkalai segala tugas-tugas medan jihad islami, hanya kerana ingin memfokuskan segala aturan hidup demi sebuah pengabdian diri kepada medan peperiksaan dan juga untuk merealisasikan impian yang berbunga di dalam hati insan-insan yang tersayang.

Maka menguntumlah bibit-bibit keraguan kepada kepastian dan kebenaran janji Illahi kepada para pencinta perjuangan jihad di jalanNya.

A007

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad : 7)

Bukan sahaja ketakutan itu semakin terserlah, namun kelihatannya seperti bibit-bibit ketakutan itu disempurnakan oleh sebuah manifestasi kegagalan insan-insan yang bergelar pejuang. 

"Ah, apakah benar janji Illahi itu?"
"Ah, banyak benda nak kne study, tak de masa nak layan daurah tamrin ni semue!"

Betapa kerdilnya jiwa hamba yang mudah menyerah kepada sebuah ketakutan yang kelihatannya persis seperti sekecil kuman jika ingin dibandingkan dengan dugaan ibtila' para pejuang agamaNya. Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Siapa yang berani meragui janji Illahi? Kita tahu , hati yang meragui janji Illahi, itu merupakan persoalan jiwa-jiwa yang kemelesetan roh perjuangan. 

Janji Tuhan itu memang benar.
Akulah manusia yang telah menzalimi diri sendiri. Kerana aku masih belum benar-benar melayakkan diri aku untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah kejayaan yang dijanjikan oleh Illahi. Jalan yang aku telusuri, belum benar-benar cukup untuk merembeskan peluh dan keringat untuk aku mengakui bahawa inilah titian Nabi.

Masa tidurku lebih panjang dari mereka.
Makan minumku lebih "grand" dari mereka.
Hatiku masih rancak mendeklamasikan parasit rohani.
Lidahku masih cergas menzikirkan kata-kata duniawi.
Jasadku masih lembab untuk pergi ke hati-hati manusia ke jalan Rabb ku.
Jasadku masih berkeringat meniti di titian yang sia-sia.
Dosa-dosaku melebihi pancaran taubatku.
Sandaran duniawiku melebihi kejaran akhiratku.

Ah! Ini semua salahku. Ampunkan aku wahai sahabat seperjuanganku. Ampunkan diri hambaMu ini Wahai Pemilik Jiwa Hamba....

Bawalah jiwaku Tuhanku, dan kurniakanlah aku untuk melihat wajahMu yang Maha Indah. Aku tidak ingin kehidupanku di akhirat kelak gersang hanya kerana kelalaianku dari meniti jalan kekasihMu..

Allahumma solli ala Muhammad...


Ya Tuhan,
Berikan aku kekuatan untuk membuktikan kebenaran janjiMu.
Berikan aku kebersihan hati untuk aku menadah cahaya ilmuMu.
Berikan aku keikhlasan untuk lebih banyak memberi dari menerima.
Berikan aku kegembiraan dalam merasai kehilangan dari kenikmatan.
Berikan aku cinta dari para pencintaMu.
Kerana di sisiMu lah yang lebih aku dambakan dari dunia dan seisinya...


Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah THIQAH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya
(Sebuah petikan puisi yang diadaptasi dari Rukun Baiah Hasan Al-Banna)


Jiwa yang kemelesetan roh,
4.45p.m
4/2/2012




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...