Showing posts with label cintan. Show all posts
Showing posts with label cintan. Show all posts

Friday, October 21, 2011

CintaNya memanggilmu..

cintaNya menyapa lembut disebalik curahan air matamu.
sorotilah air mata itu.
ada kekuatan yang ingin diselami.
pada keutuhan janji-janjimu padaNya,
kau kata kau kuat.
kau kata kau sabar.
kau kata kau tabah.
mana buktinya???

barangkali keredhaanNya tersembunyi disebalik keperitan.
cintaNya berbisik dalam sanubarimu yang ditikam lembut.
Tuhanmu bersuara kepadamu dalam ujian itu.
Hiasilah ujian itu.
kerana ia adalah perhiasan cintaNya.

Bersabarlah wahai jiwa yang lara.
Beristighfarlah.
Tunduklah demi doa-doamu yang sepi berkumandang.
Tunduklah demi penyucian hati seorang hamba.
Tiadalah sebuah pengorbanan itu berlagu indah.
Ia pastinya menuntut sebuah kesanggupan.
dan cintaNya memanggilmu dalam kealpaanmu.
duniamu kelam tanpa rahmat dariNya.
diamlah nafsu penggoda celaka!
diamlah akal pencari kotor dunia!

cintaNya menyapamu.
cintaNya memanggilmu.
sambutlah wahai hati yang sabar.
sambutlah pelukan rahmat dariNya.


bersabarlah wahai hati.
kerana Dia bersamamu.

Monday, June 20, 2011

Tekad Serikandi Agama..

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketensionan membuat issue report biology membuatkan saya ingin melepaskan lelah dengan meneroka ke alam forum. Sudah lama rasanya saya meninggalkan tabiat saya yang suka berforum setelah saya menyambung pelajaran di INTEC. Jika dulu, saya kadang-kala meluangkan masa dengan berforum di Jiwang.org <bukan forum jiwang ok!> dan iluvislam.com. Sekarang, saya merangkak semula ke alam ini tapi di alam yang baru. Yeay~! Di sini >>> klik2!! http://forum.saffmuslim.com/



Apa yang bestnya dengan forum ni? Hehe, ade sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Dalam forum ini , ada satu ruangan khas yang bernama Saff Muslimah.

SaffMuslim.com akan menyediakan satu ruangan khusus kepada para MUSLIMAH, iaitu kategori khusus yang hanya boleh diakses oleh para muslimah sahaja. Antara kelebihan ruangan ini adalah : 
1)      Bebas dari tatapan orang luar, khususnya lelaki. Anda boleh bermesra dan bermanja sesame sendiri tanpa perlu berasa risau apa pandangan user-user lelaki. 
2)      Sesi perkongsian dan luahan perasaan sesame Muslimah. Dapatkan nasihat dari kenselor khas, “Ummi” yang merangkap “ibu angkat” di SaffMuslim yang sedia membantu rakan-rakan muslimah, member nasihat mahupun pendapat kepada para pengguna muslimah.

Haha... bestkan? Bukan main enjoy saya dalam forum tersebut.. hehe..Oppsss..
Erk, ok! Cukup pasal promosi. Marilah sama-sama kta meriahkan SaffMuslim.com. Insya Allah, perkongsian yang matang antara forumer yang terdiri dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia memberi peluang kepada anda untuk menambahkan ilmu. Yeah~
Ok, sebenarnya saya ingin kongsikan beberapa ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kami, moge bermanfaat kepada kita semua khususnya muslimah yang dikasihi.



Tindakanku Bila Diuji Lelaki
Mohon maaf ya, imbuhan “ku” pada tajuk diatas bukan merujuk kepada saya, tapi saya tujukan kepada semua muslimah yang terase hidungnya gatal kerana terkena batang hidungnya. Saya bukanlah penulis bicara cinta yang baik, dan dalam blog-yang-tak-femes ini pon saya cuma menulis hanya satu entri sahaja yang membawakan focus cinta>>> Cintan-Cintun

Namun, kerana menyedari bahawa ramai rakan-rakan muslimah saya yang semakin kecundang dengan taktik lelaki-perasan-macho yang sering berusaha untuk mengambil kesempatan untuk menggugat iman seorang wanita, saya ingin kongsikan petikan ini :

1)    Ingat dan berpegang kepada prinsip, fikirkan masa depam yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah...!!

2)    Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran, segerakan beristighfar dan berzikir. Bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna.
3)    Apabila dia sering menelefon, kalau tidak angkat Nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tak faham Islam, mereka akan terasa hina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah yang terbaik, betulkan niat kerana Allah, berikan kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia takkan menghubungiku lagi. Kalau mereka ada hajat kebenaran, kenalkan mereka nama-nama pensyarah yang soleh dan berpotensi sebagai pendidik.

AWAS !!! Pastikan kau sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar kau tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir.

Ingatlah Allah takkan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang kau cuba sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai yang rosak peribadinya, mati hatinya.

Bangkitlah menjadi mujahidah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.

4)    Apabila dia ajak keluar, jangan sesekali keluar! Tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali urusan yang betul-betul penting.
5)    Apabila dia kerap sangat menelefon, bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi tak kena pada syariaat. Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tak bertempat. Nanti di salah tafsir.
6)    Apabila ditanya adakah diriku sudah berpunya, berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah untuk Allah semata-mata pada usia ini dan akan dipelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih oleh Allah untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.
7)    Apabila tak disangka-sangka dia dating menemuiku, cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya..!!!!



<dipetik dari novel Seindah Mawar Berduri, Fatimah Syarha Mohd Nordin>

Pesan salah seorang forumer SaffMuslimah kepada muslimat :

Biarlah kita diketawakan kerana mengikut syariat Allah, asalkan tidak diketawakan oleh syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah. 
Sekali wanita tergoda, gugurlah wardah di syurga, sekali wanita ternoda, berdekah-dekah syaitan di neraka.

Sabarlah.. kita di dunia tak lama... Mengeluh.. Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi syurga, kita berehat sepuas-puasnya...


Friday, December 24, 2010

Bagai Pinang Dikerat Dua...OMG! Sweeeeettttttt!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




"sweet giler korang..."
"semoge kekal hingga ke anak cucu.."
"cute giler!"
"OMG! hot babes..."
"tarik tertarik menarik kau mmg the BOOMMM!!"
"hensemnyer.... rase nak cubit2 je pipi tuh"
"ehm...ehm.. ade pape ke korang... alalala~"


saya rasa komen2 merapu sebegini tak asing lebih2 lagi di laman sesawang Facebook. Bilamana si gadis mengupload gambar seorang lelaki atau sebaliknya, atau mengupload gambar kenangan jiwang berkarat sweet+sour+spicy+stinky(erk... ape menda aku merepek ni?), akan berpusu-pusu la segala kengkawan mereka (yang xde keje asik dok stalk orang) untuk mengomen-ngomen gambar tersebut. Ehm.. kadangkala, saya susah jugak ingin memahami mengapa gambar tersebut perlu dipamerkan di Facebook. Ah! Mungkin sahaja mereka ingin menunjukkan merekalah the most sweet couple di dunia ini. Oh! Semoga bahagia ya! erkk...




Cerita Gambar Itu...






Encik Angau : Pergh.. patut aa budak ni kerek dengan ak.. rupanya dah ade.. bla la weh... 
Encik Sporting : Fuyyo.. sweet giler.. kan bagus ak dapat awek camtu gak..
Encik Slumber : Pergh.. ceh.. dah maju budak ni.. bagus2!! Go! Go! Go! Ale3x~! (ala2 lagu bola)
Encik Lelaki beriman akhir zaman : Astaghfirullah.. kenapa dia macam ni.. dulu aku ingatkan die ni gadis baik.. rupa2nya @$&%&*.. (saya pon xpaham ape dalam hati itu)
Encik Bertaqwa : Astaghfirullah, jauhkanlah sahabatku ini dari terjatuh ke jerat syaitan..selamatkanlah dirinya ya Allah..


p/s: antara segala Encik2 kat atas ni, rasa2nya mana satu yang boleh jadi calon suami paling baik? Ah! ape aku merapu ni? Lu pikirla sendiri ! Erk.. kalau lelaki dalam gamba tu.. lain cerita pulok la ye.




Maaf, bukan niat di hati saya untuk mengata pemilik gambar tersebut, first sekali, saya ingin berbicara tentang mereka yang syok sendiri yakni penonton yang tak diundang bak kata nenek2 kita, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong (betol x peribahasa ni)  tetapi saya hanya ingin mengajak kamu untuk berfikir, untuk meneliti akan satu hakikat disebalik sabda Rasulullah , 



Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith;
Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
Aik.. macam kenal punyer hadis. Oh, memangla kenal. Dah Pakcik Sasbadi, DBP, Fajar Bakti banyak kali habaq kat kita akan pesanan Rasulullah ini. Tapi... tapi.. Uh! Ke mana perginya pesanan itu? Masuk telinga kanan tembus telinga kiri? Meh kita ulangkaji sat. Mana tau kerajaan nak suruh budak A Level amik balik SPM ka? (Oh! Tidakkkkkkkkkkk!)
Berdasarkan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu; 
Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan.
Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat.
Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan kemaksiatan tersebut.
Pencegahan terhadap perbuatan mungkar dan maksiat menerusi hati merupakan selemah-lemah iman. Jika tidak ada sedikit pun di dalam hati seseorang perasaan benci terhadap kemungkaran dan kemaksiatan tersebut, maka itu adalah tanda seseorang itu telah tiada imannya.  Jadi, kalau hati kita merasa sweet benar melihat gambar dua sejoli berkepitan tersebut, rasa-rasanya ape cerita ya? 
"Oh! Ala,, kami komen je sweet, tapi hati kami benci dengan maksiat diorg buat tu cik Zinnirah oit! Ko mane tau hati kitorang?? Bla la weh.. Chow!"
Ok beb... bak kata orang, dont judge people by their comments... Alright..Semoga Allah melindungi kita..
Mungkin kita masih ingin menegakkan benang yang basah dengan berpendirian bahawa kita masih mempunyai iman, dengan membenci perbuatan maksiat tersebut. Tapi sejauh manakah kelemahan iman itu meneruskan progressnya? 
Dan bagi mereka yang suka-suki komen pada gambar sweet geli geleman itu, rasa-rasanya Encik Permata Iman di mana ya ketika itu?
Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”

ape lagi kau merepek ni Zinnirah.. tadi cakap pasal gambar.. ni dah pegi majlis maksiat pulok ni. kau ingat kitorang ni kaki joli kat kelab buih ke? 


Apekah ade bedanya jika kamu melihat gambar tersebut di skrin laptop dengan mata kamu dengan kamu melihat maksiat tersebut depan mata kamu di parti cengkerama? Bila mana diyakini maksiat itu wujud maka secara automatiknya maksiat itu wujud di situ! (gambar edit2 copy paste dikecualikan). Jadi, apabila kamu redha dengan gambar tersebut, secara rasminya jatuhlah talak bahawa kamu redha akan maksiat tersebut! (ya Allah lindungilah kami...) atau dalam erti kata lain kamu dua kali lima sama dengan sepuluh dengan pelaku maksiat tersebut! 

dan tak lupa pula kepada pemilik gambar tersebut.
"weh..kitorang mane ade pape.. kawan je la.. tak main la couple2 ni.. haram weh.. xtakot dosa ka?? "
Ok man... bagus hamba Allah ini. Tapi..tapi..tapi... Ya Allah..lindungilah kami..
Wahai sahabat2ku yang kucintai kerana Allah, sesungguhnya gambar yang kau banggakan itu sekaligus telah membuka pintu dosa fitnah kepadamu dan juga dosa2 kepada sahabat2mu yang menjadi penonton tanpa diundang itu.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Iye, mungkin kamu tidak couple, tapi tindakan kamu yang berkepitan bersama ajnabi telah menyebabkan sahabat2 yang lain membuat spekulasi2 yang bukan2 sehingga boleh membuka keaibanmu sendiri. Maka, sekaligus kamu telah menjebakkan diri di dalam sindrom "dosa berjangkit".




contoh, Encik Anakonda melihat gambar Encik Spiderman bersama Cik Catwoman. Lalu Encik Anakonda menyebarkan di dalam Harian Metro mengenai gosip terhangat Encik Spiderman dan Cik Catwoman. Padahal, En Spiderman dan Cik Catwoman tiada apa-apa hubungan. Akibat daripada mulut tak tau saman Encik Anakonda, Encik Batman , kekasih Cik Catwoman telah memutuskan hubungan cinta mereka. Manakala masyarakat Bandar Mulut Becok pula seperti diserang virus jangkitan Encik Anakonda, sibuk mereka cerita yang bukan2 mengenai En Spiderman dan Cik Catwoman sehingga timbulnya pelbagai fitnah. Akhirnya Cik Catwoman menjadi andartu kerana tiada siapa yang sudi menerima dirinya yang dianggap seperi kereta secondhand itu. 


Erk.. sadis sungguh cerita di atas. Iye, mungkin sahaja saya dianggao seperti menghiperbolakan perkara kecil, tetapi berbalik kepada pokok perbincangan kita ialah, MENYEBARKAN FITNAH dan MENYEBABKAN FITNAH merupakan dosa besar. Maka, bila saya kata dosa.... adik kecil di tadika itu akan berkata..


"eee... dosa, mati seksa, masuk api neraka! "


eh, bukan saya kata, adik2 kat tadika yang baru belajar ABC tu yang kata. Erk.. tapi kamu kata apa pula? Ah! Lu pikirla sendiri!

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r. ‘anha bahawa suatu malam Rasulullah s.a.w. terbangun daripada tidur lalu menyebut “Subhanallah” dan baginda bersabda:
“Berapa banyak fitnah yang telah turun pada malam ini! Berapa banyak khazanah yang telah dibuka pada malam ini!  Bangunlah wanita yang ada di dalam ruang lingkup ini kerana kebanyakkan wanita yang berpakaian di dunia ini akan bertelanjangan pada Hari Kiamat!”
(Bukhari Jilid 1, ms. 22)



Akhirulkalam, sekali lagi saya meminta maaf andainya saya ada menghiris hati mana2 pihak. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita mencari redhaNya.. WallahuA'lam. Insya Allah..

P/s: Argh! cuti nak abes! mana buku bio aku? erkkk.....


Saturday, November 20, 2010

CinTan CinTun...

Dulu aku sendiri..
Kini masih sendiri..
Hadapi hidup ini..
Tiada tempat berlindung..
Tiada tempat mengadu..
Seperti burung kepatahan sayap...
ooooohhhhhhh.....!!!
(lagu ape ntah, sape ntah nyanyi, tadak ingat. tiba2 je terlintas kat kepala. hehe)






       Saya tersenyum sendiri apabila memikirkan persoalan cinta. Cinta. Yela. Cinta. hah! Part ni saya akan membicarakan perkara jiwang2. siapa yang menyampah atau geli-geleman, dengan segala hormatnya, pegila duduk jauh2.. shhhuuhhh!!!!


       Saya kehairanan melihat suasana di *****. Di sini, di sana, di situ, siti sana situ sini... (chewah, mcm lagu siti la pulok!) mata saya sering dicemari dengan pemandangan Romeo dan Juliet berkepitan. Tak kisahlah junior or senior, sama sahaja. Baru-baru ini jugalah, saya sering didatangi oleh rakan-rakan yang mahu meminta nasihat tentang pergolakan perasaan dalam jiwa mereka. Bukan sahaja rakan-rakan muslimah, muslimin juga kelihatannya sedang mencari-cari si Hawa untuk dijadikan penghibur hati di kala sunyi. Tapi ada juga kelihatannya sudah ingin mencari pemilik tulang rusuk sebelah kiri mereka. Oh! Amboi.. Progresif sungguh tuan2 hamba sekalian. Mahu kahwin bila? Poket berat sangat kah? Duit elaun ada? Berapa sangatkah tuan-tuan hamba sekalian? Dan..... soalan yang paling penting, siapakah yang dapat menjamin kesetiaan tuan2 hamba terhadap si Hawa? oh! Jangan bermain dengan api, nanti membakar diri tuan hamba! ee.. pesanan yang sama juga ditujukan kepada kaum Hawa ye!

       Untuk sahabat-sahabat saya, jujur saya nyatakan di sini, saya tak pernah kisah tentang seberapa banyak jam yang telah dihabiskan untuk kamu. Saya tak kisah jika kamu meminjam bahu saya untuk kamu jadikan sebagai sandaran. Percayalah, jika kamu bahagia, saya juga bahagia. Jika kamu sedih, saya juga sedih. Tapi saya akan lebih sedih jika kebahagiaan kamu berpunca dari sesuatu yang melanggar hukum-hukum cinta. Hukum cinta? Cinta pon ade hukum kah? Iye, cinta juga ada hukum. Hukum di sini ialah jika kamu telah meletakkan martabat cinta kamu melebihi dari martabat cinta terhadap Allah, maka kamu telah melanggar hukumNya. Nanti akan saya terangkan kepada kamu. Saya sayang kamu duhai sahabatku. Kerana Allah. Sungguh.


         Kadangkala saya hairan melihat diri saya sendiri, mengapa saya tidak mengalami apa yang sahabat-sahabat saya alami? Eh.. masa kecik2 dulu adalah sekali-sekala tersangkut.. itu lain ceritalah, itu masa saya main injit-injit semut dulu. Tapi sekarang, alhamdulillah, saya harap saya telah mencapai kematangan selaras dengan unur saya. (fyi, saya belum mencecah 20 tahun lagi yeee..) Saya menelaah hati saya sendiri....

Hmmmm...

       Alhamdulillah, saya sudah temui jawapannya. Saya tiada perasaan itu lagi kerana bukanlah saya seorang lesbian ye, tapi kerana saya sangat sibuk dalam mengurus tanggungjawab sehingga tiada masa untuk saya memikirkan tentang persoalan cinta. Dalam seminggu saya akan menghadiri 2-3 kali usrah, 2 kali latihan silat cekak Ustaz Hanafi, kelas saya dari pagi hingga petang, plus minus tanggungjawab saya sebagai hamba Allah. Setiap hujung minggu , masa free jarang sekali menjenguk saya. Selalunya hari Sabtu atau Ahad akan diisi dengan aktiviti rehlah. Alhamdulillah, walaupun dalam hati saya masih belum ada seorang Adam sebagai penghibur hati, tetapi kemanisan ukhuwah yang terjalin antara para sahabat yang solehah menjadi penyeri hidup saya. Kami saling mengasihi antara satu sama lain kerana Allah, bertemu kami kerana Allah, berpisah kami kerana Allah. Oleh itu, saya sering mengatakan kepada sahabat saya, cinta itu tidak perlu dilawan, tapi perlu dikawal. Kawallah dengan menggunakan landasan Islam. Sibukkan dirimu dengan landasan cinta kepada Allah seperti usrah, tazkirah, ceramah, bahkan menuntut ilmu. Mengapa perlu melawan sesuatu yang sudah menjadi fitrah setiap manusia? Kita bukan malaikat. Agama Islam adalah agama yang indah kerana selaras dengan fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi. Bukan seperti pak paderi. (hakikatnya terdapat ramai kanak-kanak diseluruh dunia yang menjadi mangsa seksual pak-pak paderi) Bukan juga seperti pak sami.


ukhuwahfillah abadan abada.. antara satu rehlah kami..

Hakikat Cinta
Hakikat cinta sebenarnya adalah untuk Allah. Cinta kepada selain dari-Nya hanyalah dimensi cinta kepada-Nya.Islam itu sendiri adalah cinta. Cinta lahir dari syurga yang indah dan sepatutnya akan berakhir dengan keabadian cinta di syurga juga. 

Bagi seorang mukmin, cinta memiliki kedudukan yang tiada tara. Seorang mukmin tidak akan merasakan kemanisan iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta. Ia harus memiliki cinta sebagai syarat kesempurnaan iman, sebagaimana yang disabdakan kekasih Allah:

"Barang siapa yang mencintai sesuatu kerana Allah, dan membenci sesuatu kerana Allah maka sempurnalah imannya. " (HR. Abu Daud dari Abu Umamah)

"Cintailah Allah, kerana Dia yang mencurahkan nikmatNya kepadamu, dan cintailah aku kerana mencintai Allah, dan cintailah kaum keluargaku kerana mencintai aku" 
(HR. Tirmidzi dari Ibnu Abbas)

Iman dalam Islam itu juga ditegakkan di atas cinta dan didasarkan dengan kasih sayang. Rasulullah bersabda:
"Demi zat yang diriku berada di tanganNya. Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kamu sesuatu yag jika kalian melakukannya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! "
(HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW mengatakan bahawa ahli syurga itu bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat kepada iman, rukun dalam akidah dan asas dalam agama. Maka, iman berasaskan cinta, disempurnakan dengan cinta, dan tali pengikatnya yang paling kuat adalah cinta.
 Rasulullah pernah bertanya kepada Abu Dzar,
"Wahai Abu Dzar, apakah tali iman yang paling kuat?"
Dia menjawab,
"Allah dan rasulNya lebih mengetahui. "
Baginda bersabda, "Setia kepada Allah dan cinta kerana Allah"
(HR Baihaqi)


Bagaimana untuk meraih cinta ini? Sibukkanlah hatimu dengan mengingati-Nya. Sesungguhnya, hatimu itulah MIHRAB CINTA mu. Hiasilah ia dengan zikrullah. Bukankah dengan mengingatiNya jiwa akan menjadi tenang? 

Kadangkala, hati sering terlintas dengan lintasan2 nakal yang dibisikkan oleh Tok-Tok Syaitan. Bisikkanlah dalam hatimu, dengan sungguh2...
"Ya Allah! Kau bimbinglah hati ini yang sangat mendambakan cintaMu...."
Bisiklah kepadaNya.. Bukankah Dia Maha Mengetahui segala isi hati??

Jagalah mata-mata kalian. Kerana mata itulah pintu masuk ke dalam hatimu..
Dari mata turun ke hati..
Hati akan terus berbisik kepada mata..
Pandanglah! Kerana kau diciptakan untuk itu!!
Pandai sungguh mata bermadah...

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta: (credit to Cikgu Shah)

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin, cinta terhadap Allah itu tidak akan pernah dikecewakan.. 

"Ya Allah!
aku mohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu,
serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu"

amin..
(Doa Munajat Rasulullah kepada Kekasihnya Yang Maha Agung) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...