Saturday, June 11, 2011

Bosnia : Jeritan Suara Derita Yang Dibisukan

sumber : Bosnian Genocide
sumber : Bosnian Genocide 
          Tahun 1992 barangkali memberi kesan yang sangat signifikan kepada saya dan juga generasi yang mengambil SPM pada tahun 2009 kerana pada tahun inilah kami pertama kali dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Pada tahun inilah juga kami pertama kali dapat melihat wajah ibu bapa yang membelai kami dengan penuh kasih sayang. Namun, siapa sangka, pada tahun inilah juga pertumpahan darah umat Islam paling dahsyat di dunia berlaku. Siapa dapat menyangka di suatu sudut kawasan yang bernama Malaysia tangisan bayi kecil bernama Hayati disambut dengan pelukan kasih erat dari ibu tercinta sedangkan di suatu sudut lain di kawasan yang bernama Bosnia dan Herzegovina tangisan bayi kecil yang baru lahir disambut dengan kematian ibunya yang mati dibunuh oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Masya Allah, betapa aku sering terlupa dalam memanjatkan kesyukuran kepada-Mu, hanya Engkau sahaja yang mengetahui akan kemampuan setiap hamba-Mu dalam menghadapi dugaan. Sungguh, bayi kecil itu merupakan hambaMu yang terpilih untuk diuji dengan penderitaan dalam perjuangan menagih syurgaMu….

Membaca kisah penderitaan umat Islam Albania di dalam buku Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam tulisan Harun Yahya menyebabkan nafas saya turun naik, berulang-kali saya menutup buku tersebut kerana tidak sanggup membaca episod penderitaan yang terlakar di muka surat seterusnya. Ibu saya sendiri tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar penderitaan umat Islam yang diseksa bagai binatang di Bosnia Herzegovina. Identiti Islam yang dimiliki oleh mereka telah menjadikan mereka sebagai korban kerakusan syaitan bertopengkan manusia yang dipelopori masyarakat ekstremis anti-Islam Serbia. Darah saya menggelegak apabila mengetahui PBB menyerahkan kuasa kepada tentera Serbia yang diketuai oleh Ratko Mladic untuk "menguruskan" rakyat Bosnia. Ye, menguruskan kata mereka. Penyerahan kuasa itu disambut oleh tentera Serbia dengan parti yang meriah atas kegembiraan mendapat "kuasa untuk membunuh".

Bosnia : Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia


pembersihan etnik Bosnia


Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kegerunan menguasai masyarakat Serbia kerana kebimbangan kebangkitan umat Islam Bosnia yang menguasai hampir 95% dari keseluruhan populasi Albania. Hal ini menyebabkan mereka merancang pelbagai strategi kotor serta kejam bagi melakar peta baru Balkan dengan menggunakan darah umat Islam Bosnia. Kemungkinan kemunculan kawasan umat Islam di tengah-tengah benua Eropah dikhuatiri membawa ancaman kepada meraka yang ketika itu diracuni dengan ideologi Fasisme dan Komunisme yang menafikan kewujudan Tuhan. Dendam rakyat Serbia terhadap umat Islam berikutan kekalahan mereka kepada Empayar Turki Uthmaniyah masih menyala.

Bosnia dan Herzegovina di kelilingi Croatia, Montenegro dan  Serbia. Kewujudan populasi Muslim ditengah-tengah peta Eropah didakwa memberi ancaman kepada mereka.

Berikutan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary , walaupun pada ketika ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyah. Namun ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Umat Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiayaan dahsyat yang bakal diterima di bawah system pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyah, serangan dan gangguan terhadap Umat Islam pun bermula. Penyeksaan terhadap mereka tidak pernah berhenti dan mencapai kemuncaknya pada tahun 1992, ketika saya dilahirkan. L

Apabila Perjanjian Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengistiharkan kemerdekaannya. Walaubagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut dan menjalankan penyembelihan selama 3 tahun bermula 1992 sehingga 1995. Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Keadaan begini merupakan situasi biasa yang terpaksa dihadapi seharian oleh rakyat Muslim Bosnia. Gambar ini ditangkap oleh Ron Haviv pada 31 Mac 1992 ketika keganasan Serbia di Bijeljina, yang membunuh 1040 orang awam Muslim Bosnia.



Beberapa kes penyeksaan di sana yang dlaporkan oleh umat islam kepada kenyataan Tribunal Perang Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan bahawa tahap penganiayaan yang telah dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada kisah yang diceritakan oleh seorang saksi yang bernama Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan melakukan demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kuran seminit selepas itu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan  ngeri tersebut , dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudia disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Dia kemudian menangis sekuat-kuatnya dan akhirnya segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.

Muslim Bosnia di Sebrenica terpaksa menjadi pelarian di atas tanah air mereka sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa keganasan penyembelih Serbia

            Badan kaku yang mati dibunuh kejam dibiarkan terbiar begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara meraka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka mereka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan di tempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.

            Besic menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya di Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa  di Hague yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.

Kesimpulan
Kekejaman ke atas umat Islam di Bosnia hanyalah secebis dari ribuan coretan kisah kesukaran yang di alami umat Islam. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk telah dialami oleh umat Islam pada zaman dahulu seperti yang dialami ketika zaman Musa dan Firaun. Sesungguhnya setiap ujian Allah itu berseni. Kekejaman musuh Islam yang dialami oleh umat Islam adalah untuk menguji keimanan seseorang. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia ini untuk meraih kenikmatan abadi di syurgaNya di Hari Akhirat nanti.

Allah berfirman:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu ujian sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah :2: 214)

p/s : saya sedang berusaha memperbaiki penulisan saya, mungkin dahulu penulisan yang agak kurang matang, dan kini saya berusaha untuk mencambahkan pemikiran kritikal menerusi penulisan yang lebih matang. Huhu.


Sunday, May 29, 2011

Keadilan Yang Sirna

Mendengar berita mengenai penangkapan Ratko Mladic, penjenayah perang yang bertanggungjawab dalam pembantaian rakyat Bosnia dalam misi pembersihan etnik untuk melakar peta berdarah Balkan. Kini, beliau sedang menjalani sesi ekstradisi bagi menghadapi tempoh pengadilan beliau di tribunal jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda.

Penjahat Perang Bosnia, Ratko Mladic Ditangkap di Serbia
Ratko Mladic

Penangkapan beliau membuatkan saya mengingati semula penangkapan bos beliau, yakni Radvan Karadzic, yang berjaya ditangkap pada tahun 2008 setelah menjadi buruan internasiaonal selama hampir 16 tahun. Saya menyelongkar semula di internet untuk mengingati semula memori penagkapan beliau. Memetik berita Utusan Malaysia, Julai 2008 :

Radvan Karadzic , 1994
Ketika beliau ditangkap, 2008
"Selepas 13 tahun hidup sebagai pelarian dia akhirnya berjaya ditangkap yang mebawa kepada tertutupnya salah satu buku tebal mengenai jenayah perang dan kemanusiaan paling kelam dalam sejarah moden ketamadunan manusia.Tentunya, dalam senarai penjenayah perang Bosnia, Radvan Karadzic merupakan antara nama paling atas sebagai manusia paling dikehendaki. 
Selepas menyamar sebagai seorang doktor berjanggut tebal dan putih serta berkaca mata hitam dan bertahun-tahun hidup bebas dengan identity baru, dia akhirnya berjaya ditangkap pada malam hari isnin lalu dipinggir Belgrade.Pihak berkuasa Serbia dikatakan menunggu beberapa minggu untuk menangkapnya selepas mendapat maklumat daripada perisikan asing mengenai penyamaran dan tenpat persembunyian lelaki ini. 
Sama ada pernah berada kesala tau tidak terhadap kejahatan yang dilakukan selama ini, dia kini menunggu hari untuk berdepan dengan pengadilan di hadapan tribunal jenahyah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda. 
Pastinya semua sudah maklum setiap pendakwaan yang diadakan tidak pernah membebaskan individu tertuduh dan nasib bekas Presiden Republik Serbia tidak susah untuk dijangkakan.Cuma bezanya kehidupan dia dipenjara kelak jauh lebih baik berbanding berpuluh-puluh ribu tahanaan yang merasai segala azab dan derita dunia semasa watak antagonis kemanusiaaan ini bermaharajalela. 
Sama ada hukuman yang akan diterima adil atau tidak, ia bukan lagi persoalan, sedangkan segala perilaku dan perbuatannya sepanjang 1992-1995 dianggap lembaran paling gelap dalam sejarah hitam dunia. 
Jika angka yang menjadi perkiraan, maka kira-kira 200 000 nyawa, kebanyakannya penduduk Islam Bosnia dan Croat telah menemui ajal secara kejam dan hina. Selain lebih 1.8 juta menjadi pelarian di tanah tumpah sendiri, dalam usaha dia melakar peta baru rantau Balkan dengan warna darah atas tahanan nasionalis sempit untuk mewujudkan sebuah negara untuk Bangsa Serbia. 
Andai sejarah menjadi saksi, maka Karadzic seorang doctor berfahaman nasionalis serta merupakan seorang penyajak , bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai paling besar selepas Perang Dunia Kedua. 
Di tangan lelaki kelahiran Petnjica di wilayah Montenegro ini, lebih 8,000 lelaki Islam dibunuh secara kejam di Sebrenica hanya dalam insiden tunggal pada Julai 1995, sekaligus mengangkat andaian kenapa dia selayaknya digelar ‘penyembelih Balkan.’ Demikian juga tindakan Karadzic bersama-sama komander tenteranya, Ratko Mladic melancarkan kepungan ke atas Sarajevo selama 44 bulan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk awam terbunuh. 
Sepanjang tempoh kepungan tersebut, pengganas Serbia telah menjadikan penduduk awam sebagai sasaran tembakan senjata berat dan penembak tepat dengan tujuan mendatangkan maut dan kecederaan, Tidak ada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat kekejaman yang dilakukan, namun sebagai Presiden Serbia pada masa itu, dia dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya merancang dan mengarahkan pembunuhan, pengusiran dan penyeksaan secara sistematik."
Keadilan Yang Sirna

Mengapa saya mengungkit kembali sejarah silam ini? Pastinya saya mempunyai sebab yang sangat rasional dalam membangkitkan semula memori pahit bagi Umat Islam ini. Jika kita ingin mengatakan Radvan Karadzic dan Mladic sebagai kejam, tidak bertamadun, tetapi, jangan lupa, penjenayah perang terbesar pada abad ini masih lagi bebas dan semakin rancak merencana kekejaman seterusnya.

Siapakah lagi kalau bukan algojo-algojo Rejim Zionis? Kekejaman mereka sudah jelas dan ternyata tercatat dalam sejarah.

11 Julai 1920 : Zionis membunuh lebih 400 rakyat Palestin di Ludd.

20 Ogos 1948 : Zionis membunuh 360 orang awam Palestin di Beit Daaris dalam usaha mengusir mereka dari bumi Palestin.

15 Oktober 1952 : Zionis membunuh lebih 156 penduduk kampung Qubaiyyah untuk menguasai dan menduduki kawasan tersebut.


16 September 1982 : Peristiwa penyembelihan umat Islam seramai 3,000 orang di Shabra dan Shatilla oleh tentera Zionis yang dipimpin oleh Ariel Sharon.

22 Julai 2002 : Tentera Zionis membunuh rakyat Palestin beramai-ramai di Hayy al-durj. Antara yang terbunuh ialah ketua Hamas cawangan Gaza, Syeikh Solah Syahadah.


12 Oktober 1956 : Zionis membunuh 275 penduduk Palestin di Khan Yunis untuk menawan kawasan tersebut.

Ini hanyalah senarai pendek dan cukup ringkas tentang kekejaman Zionis , jika ingin saya senaraikan semuanya, alamatnya sampai esok pon saya tak habis tulis, mungkin bukan esok, mungkin lusa, atau tulat, atau minggu depan. (kerana sanggggaaaaaaat banyak)

Namun, persoalannya ialah, mengapa kekejaman mereka seolah-olah direstui oleh masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi PBB yang hanya mampu melemparkan kutukan keras yang kaku tanpa reaksi fizikal yang mampu menamatkan episod penderitaan ini? Ariel Sharon, Shimon Peres, Ehud Olmert. Netanyahu, Ehud Barak, tidak pernah dihadapkan ke The Hague. Mungkinkah nyawa ribuan umat Islam yang terbunuh di Palestin sangat murah ibarat nyawa semut yang mati dipijak gajah? Hanya ingin menghalalkan pembunuhan ini dengan menggunakan alasan tragedi Holocaust merupakan alasan yang sangat rapuh kerana sesungguhnya Hitler telah mati dan tidak mungkin hidup kembali. Tapi, malangnya, rakyat Palestin yang terpaksa menanggung derita akibat kerakusan dan ketamakan Zionis.

Jika ingin menyebut tentang kekejaman mereka, mana mungkin kita melupakan sahabat Israel, yakni US. Jika kita menafikan hubungan Amerika dan Israel ia umpama kita menafikan kemunculan matahari di waktu siang dan kegelapan pada waktu malam. Lebih daripada 40 veto telah digunakan oleh Amerika di dalam perhimpunan-perhimpunan Majlis Keselamatan (Security Council) PBB jika ada saja usul untuk mengenakan tindakan terhadap keganasan Israel.

Di mana keadilan ini? Lidah yang mengungkap bicara persoalan tanpa berbekas di hati untuk melakukan sesuatu demi mengakhiri episod pengkianatan ini tidak cukup. Saudara-saudara, kita perlu melakukan sesuatu. Lakukan apa? Ah, bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri. Atau kata yang lebih manis bak kata ustaz saya, Ustaz Ridhauddin,  we have hugh task to do.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang berjihad dengan bersungguh di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)? "(Ali-Imran:142)

Tuesday, May 10, 2011

Cinta ini....

“Kamu ni nak kawin dengan lelaki Gaza ke? Asik dengan Gaza..Gaza..Gaza... „
Aku tersengih dengan lamunan hati yang sayu..

 “Awak, lupakan pasal Gaza sekejap. Stop semua kerja tu. Sekarang focus untuk periksa.”

Dalam hatiku membisik,
“Mana mungkin aku dapat melupakan tangisan anak kecil Palestin yang melaungkan penderitaan keseksaan mereka dibawah kerakusan algojo Zionis itu?”

Ketika peristiwa Freedom Frotilla pada bukan Mei lepas di mana Malaysia meruoakan antara sebuah negara yang terlibat dalam menghantar misi kemanusiaan ke gaza, aku menjadi tak keruan, hampir sepanjang masa menghadap skrin komputerku sambil mengulangi menekan butang ‘REFRESH” untuk mengetahui perkembangan twitter dan Facebook misi freedom frotilla. Doaku panjatkan sepanjang masa agar Allah melindungi pejuang-pejuang agamaNya. Hatiku sedih yang teramat sedih apabila mengetahui betapa kasihnya para sukarelawan bekorban meninggalkan keluarga tercinta demi mencapai matlamat menerobos tembok Gaza walaupun pada hakikattnya mereka sendiri mengetahui lambaian mereka kepada tanahait mungkin akan menjadi lambaian terakhir. Ada juga dikalangan mereka yang sanggup membelikan barang-barang mainan untuk kanak-kanak Palestin pada saat-saat terakhir sebelum berangkat. Oh, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Dalam pada itu….

Aku sangat-sangat kecewa melihat beberapa orang rakan aku yang tanpa segan silu meratah drumstick ayam KFC walaupun pada hakikatnya mereka mneyedari bahawa mereka telah menyumbangkan sebutir peluru untuk menembusi daging-daging mujahideen Palestin yang dahagakan syahid. Aku kecewa bila mana aku ingin menegakkan perkara yang haq, dikatakan aku sebagai seorang yang kolot dan tidak relevan. Hei, jangan tertipu dengan laungan manis semarak jihad dibibir, tapi lidahmu sedap meratah ayam KFC sehingga air liur meleleh!!! (ah,, pedasnya.. siapa suruh awak makan ayam goreng spicy??)

Selepas anda melihat gambar-gambar ini, adakah anda masih menginginkan cheese burger McD??














semarak jihad




Cintaku pada peminang bidadari syurga~

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Beberapa orang sahabatku sering bertanya kepadaku mengapa aku sangat meminati seorang lelaki tua yang lumpuh , yakni Sheikh Ahmad Yassin ? aku sering meletakkan gambarnya menjadi profil Facebook ku termasuk gambar wallpaper handhone ku. Ye, aku mengaku aku telah jatuh cinta kepada mujahid ini. Aku mula menyanjugi beliau semenjak timbalan presiden badar di sekolahku, Kak Nadhirah memperkenalkan aku kepada beliau. Setelah mengenali susuk tubuh itu, hatiku menjadi luluh, lantaran mengenangkan betapa kerdilnya aku berbanding beliau. Malah boleh dikatakan seringkali apabila aku mengingati beliau , air mataku menitis mengenangkan renungan matanya yang mengharapkan umat Islam mendengar ratapan hatinya untuk terus menyambung perjuangannya demi Islam yang tercinta. Walaupun hanya memunyai lidah sahaja yang mampu berbicara, matanya buta, telinganya pekak, badannya lumpuh lantaran diseksa zionis laknatullah, namun semarak perjuangannya menggegarkan bumi Israel hingga menyebabkan beliau syahid dibom oleh Zionis dengan penghantaran peluru berpandu dari roket Apache semasa beliau dalam perjanalan pulang dari solat berjemaah. Pemerigian beliau ditangisi oleh seluruh umat Islam, perginya sekuntum bunga yang mengharumkan perjuangan jihad menegakkan agamanya di bumi Palestin. Malah, ketika jenazah as-Syahid ditemui, wajahnya berseri , walaupun tubuhnya hancur, namun jenazahnya harum mewangi ibarat haruman kasturi.. itulah tanda kekuasaan Allah kepada seorang pencinta keredhaanNya.


Pemergian Sheikh Ahmad Yasin bukanlah penamat kepada episod kebangkitan rakyat Palestin membebaskan Al-Quds, namun pemergiannya telah menyemarakkan lagi roh jihad pejuang agamaNya. Sahabat as-Syahid, Dr. Aziz Abdullah Rantisi, menyambung perjuangan beliau dengan siap-siaga menjulang api perlawanan. Perjuangan bukanlah untaian kata-kata indah yang dicurahkan di atas lembaran kertas, sedangkan jiwa kosong, sarat dengan penyakit kedekut, malas dan penakut. Tangisan Gaza adalah tangisan para mujahid di mana-mana belahan dunia Islam. Tangisan Gaza perlu disertai dengan kekuatan pencinta jihad, bukan hanya luahan rasa kasihan semata bersama dendangan lagu Inteam!!


Seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Aziz Rantisi ujian yang diterima oleh beliau sangat hebat. Menjadi lumrah seorang pejuang, bukan mudah untuk membeli syurga, harganya terlalu mahal, maka, nyawa, jiwa dan darahnya akan menjadi maharnya. Dr. Aziz Rantisi , seorang cendekiawan, doctor pakar pembedahan yang juga digelar doctor rakyat atas keprihatinan beliau dalam membela rakyat, Penjara tembok besi sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya. Beliau sering dipenjarakan oleh Israel atas dakwaan meredam kebangkitan anak-anak muda Pakestin dalam menentang penjajah Israel. Penjara bukanlah tembok bisu yang tidak berkutik, melainkan gobok pertapaan yang menguatkan semangat untuk terus berjuang. Dekad 1990-an telah merakamkan sejarah di mana beliau keluar-masuk penjara, malah pernah dibuang daerah ke kawasan perbukitan yang sangat sejuk apabila tiba musim sejuk, apatah lagi dipaksa duduk dalam khemah tanpa pemanas dan alat-alat keperluan lain. Meskipun beliau seorang doctor pakar dengan kelulusan Master di Universiti Iskandariah Mesir, kemewahan bukanlah terkandung dalam kamus hidup beliau keran hidupnya sudah dibaiahkan dengan rasa kecintaan kepada perjuangan jihad membebaskan bumi Al-Aqsa.

As-Syahid Aziz Rantisi

"aku telah bersedia untuk kesyahidan.. Aku merindui Sheikh Ahmad.. Perjuangan ini telah kusediakan penjara dan darahku sebagai taruhan.. “ Rantisi perlahan mengucapkan tugu keazaman".



Menjadi ketua bukanlah untuk meraih kekayaan atau populatiti. Tetapi ia adalah segunung pengorbanan. Maha suci Allah yang Maha Mendengar rintihan hambaNya, beliau menemui kesyahidan pada 14 April 2004, bersama Akram Nisar dan Al-Ghurrah, iaitu dua anggota HAMAS yang sentiasa mendampingi Rantisi. Takbir dan laungan tayyibah menghantar mereka ke pusara. Air mata dunia Islam tidak mahu lagi ditahan dengan pemergian mutiara Al-Quds ini.


Perjuangan seorang mujahid bukanlah dibentangi dengan permaidani merah yang indah untuk mempersilakan langkahan  dengan kebanggaan, namun perjuangan seorang mujahid perlu dibentangi dengan permaidani serpihan kaca, sakitnya kaki yang melangkah diiringi dengan keuutuhan kepercayaan kepada janji-janji Allah.

 Syeikh Ahmad Yassin bersama sahabatnya, Dr. Aziz Rantisi

Aku meneliti hatiku sendiri. Ye, aku menyedari aku tidak setanding dengan mereka. Namun aku mengharap, warisan perjuangan mereka akan terus menghiasi ruang hidupku untk terus thabat di jalan ini. Ye, jalan ini mewajibkan aku untuk merasa sakit, perit, penat, letih, tapi syurga Allah menjadi matlamat, malu sungguh rasanya untuk aku mengungkapkan sebutir rasa rintihan kalimah putus asa dalam perjuangan ini. Ya Allah, pilihlah aku menjadi mujahidah terpilih untuk kau sertakan dalam perjuangan meraih keredhaanMu.. hadirkanlah rasa cintaku kepada perjuangan ini… kasihanilah diri ini yang mengharap secebis rasa kasih sayangMu…

Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana ala ddinik wa ala thoatiq…

P/s : fyi, sy tengah exam… huhu.. rabbi yassir wa la tu a'ssir ya Karimmm..

Thursday, May 5, 2011

Peminang Bidadari Syurga~

Pada 17 April 2004, pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2011 ini genaplah tujuh tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya, beliau dengan hati penuh harap berkata, “Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Allah. Inilah puncak harapanku..”
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache.”
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-Syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan rasulNya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah.
Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi. Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan.
Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.
Kelembutan as-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan, “Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?” Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar, “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT, “Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
As-Syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
Pengarah PACE 


p/s : Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.. 

Saturday, April 23, 2011

KISAH ASHABUL UKHDUD dari surah Al-Buruj.



Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. . Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut ;




Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir" 

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.
Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.



Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.


Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.


Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".


Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".
Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.
Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja
"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".

Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.
Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"
Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.


Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".
Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".
Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.
Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.
(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)



Berkata Ibnu Abbas kisah ini berlaku 70 tahun sebelum Nabi saw.
Semoga pemuda-pemudi Islam kita akan mengambil iktibar dan pedoman dari kisah yang hebat ini. 

Sunday, April 10, 2011

Pahit

KOMITMEN DALAM BERMUJAHADAH




"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. "  (Al-Ahzab : 36)


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah : 71)


Remember,


PUBLIC


PURPOSEFUL


LIMITED


p/s : report BIOOOOOOOOO... maaf, kekaratan otak melanda untuk menulis. 

Saturday, March 19, 2011

Iqrak!!

(Awas, artikel ini akan menyebabkan anda berasa sakit hati, penulis khuatir jika terdapat pembaca yang ingin terjun bangunan selepas membaca.)

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya kesal.

Saya rasa ralat.

Saya rasa poyo.

Saya rasa…

Rasa2 kenape ye??

Entahla. Kesal sungguh.

Mengapa???

Yela. Saya nak cerita la ni.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana telah mentakdirkan saya untuk berada dalam kelompok masyarakat yang dikurniakan akal untuk berfikir demi masa depan mereka.

Saat sebegini membuatkan saya teringat pada zaman persekolahan dahulu.
Di mana sahabat-sahabat bukan sahaja berlumba-lumba dalam mengejar kejayaan berukuran A+ semata-mata, tapi kejayaan mentaliti untuk pembangunan ummah.

Ye, kami berdebat, kami berkonflik, kami bercanggah.. oh! Mungkinkah saya termasuk dalam komuniti ‘KAMI” itu? Dulu saya sering kecewa kerana kebanyakan dari mereka yang mempunyai fikrah pemikiran kritikal adalah kaum muslimin. Saya kecewa kerana saya tiada teman untuk berbincang dan berkongsi pemikiran. Eh, ada juga..... macam Najwalhuda, Diana... terima kasih kerana sudi syok sendiri bersama saya. Waktu lapang saya bukan sahaja dihiasi dengan buku akademik semata-mata, saya juga akan ditemani buku-buku yang dapat mencorak pemikiran matang, kerana saya yakin, kejayaan bukan diletakkan secara mutlak berdasarkan ukuran A semata-mata. Otak manusia bukan seperti robot, disumbatkan segala fakta hanya untuk dimuntahkan ke kertas ketika peperiksaaan, tetapi otak kita juga memerlukan software yang mantap untuk diprogramkan bagi membentuk intetktualiti dan sahsiah diri.

Kini, saya berada di IPT. Saya agak kecewa, walau saya dikelilingi oleh kelompok masyarakat yang mengejar kejayaan masa depan yang bukan kepalang, tapi saya melihat mereka tenggelam dalam pembudayaan intelektualiti. Erm, saya ulang, bukan semua ye. Saya kecewa jika ditegur membaca buku-buku kesayangan saya (yang macam untuk orang tua2 baca tuh) seperti membuang masa. Boleh kata, kadang-kadang saya merasakan jiwa saya menjerit, ingin sahaja membaling kritikan pedas kepada masyarakat yang malas membaca. Tapi, ingin saya katakan di sini, bukanlah saya bermaksud untuk menghasut kalian dengan hasutan supaya kalian mengenepikan report biology sepanjang 3000 perkataan atau meninggalkan buku Campbell setebal 5000 muka surat itu. Tapi saya teringin juga ingin menghasut kalian untuk meninggalkan game Counterstrike yang kalian habiskan masa berjam-jam hanya untuk menembak-nembak. Grrrr.. (saya tak penah main game, jujur cakap, old-skool benar kan? Ape aku kisah?)


Jujur saya kisah, sangat2lah kisah jika isu yang berlaku di Palestin kamu tak mau amik tau.

Jujur saya kisah, sangat2 kisah jika masalah yang berlaku di Jepun kamu tak mau amik tau.

Jujur saya kisah, sangat2 kisah jika isu yang berlaku di tanah Arab pon kamu tak mau amik tau.

Jujur saya kisah, jika kamu tak kenal siapa itu Hosni Mubarak, Ben Ali, Muamaar Gaddafi, Ismail Haniyeh, Mahmoud Abbas, erk.. Barack Obama???? Krkkk…..

Jujur saya kisah, jika kamu sudah tahu dahulu pasal Ayu Raudhah dah kahwin dengan Zakwan Adha sebelum saya tahu!!! (chewah!)

Hei.. saya tau kamu cerdik, pandai, geliga permata sakti..
Saya pon tak sehebat kamu…
Tapi sedarilah, setinggi mana ilmu yang dimiliki, andai tidak ditunjangi dengan matlamat untuk memberikan output kepada masyarakat, ke mana jua A* itu akan pergi.

Menurut statistik yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata Rakyat Malaysia hanya membaca 2 naskhah bahan bacaan dalam setahun. Berdasarkan hasil kajian tersebut, didapati bahawa rakyat Malaysia lebih gemar membaca bahan bacaan picisan seperti komik, novel, majalah hiburan dan sebagainya.

Mari kita lihat dan bandingkan bagaimana sarjana awal islam menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan mereka.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani mampu mengkhatamkan kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabrani yang mempunyai rubuan hadis hanya dalam jangka masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Ketika itu beliau berada dalam pengembaraan ekspedisi ilmu.
 Fairuz Abadi (wafat: 817H) ketika mengembara ke Damsyiq untuk mencari ilmu, beliau menghabiskan bacaan Kitab sahih Muslim dalam masa 3 hari sahaja! (buat pengetahuan, sahih Muslim lebih tebal daripada Kamus Oxford Dictionary). Hadis-hadis dalam kitab Muslim mencapai angka 7000 hadis. 
Imam Syafiee (wafat : 204 H) dikatakan apabila membaca sesebuah kitab, beliau akan menutup muka surat sebelumnya, bagi memberi peluang kepadanya mengingati segala yang telah dibaca pada muka surat sebelumnya dan juga untuk mengelakkan beliau menjadi terlalu cepat membaca.


Saya teringat akan pesanan Murabbi saya, Ustaz Ridha yang sering  mengingatkan kami, pelajarnya untuk membudayakan membaca dalam kehidupan. Dulu saya pernah memberi alasan kepada beliau kerana kekurangan kewangan dan kekangan masa menyebabkan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan buku-buku yang dapat mencambahkan kritikaliti pemikiran saya. Saya mencari solusi, argh! Mengapa harus saya mengeluh kepada perkara-perkara remeh seperti itu? Google ade. Yahoo ade, carilah e-book.. library sebesar White House tuh, berlambak buku… tunggu nak or tak nak je…

Ustaz Riduan Mohd Nor, diceritakan oleh Ustaz Ridha, beliau akan menulis sebuah buku setiap bulan. (saya ulang, menulis sebuah buku! Bukan membaca sebuah buku ye!) kalau kita ni, nak baca sebuah buku pon, erk… (argh, report berlambak, homework, assignment..bla..bla..bla…!! Krkkk…)  

Ustaz selalu pesan kepada saya,
Hayati, hanya orang sibuk sahaja ada masa.

Duhai sahabat yang dikasihi...

Bacalah!
Dengan Nama TuhanMu Yang Maha Menciptakan!

Teringat pesanan sahabat saya, Hamizah Sahat, yang amat saya rindui:

"Untuk Hayati tersayang, kalau era keterlibatan kerja kita kita dalam kerja dakwah adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkan diri menjadi penyelesaian, pujuklah dirimu wahai pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua, sama ada menjadi penyumbang kepada penyelesaian, atau penawar diri kepada penyelesaian, bagi yang berjuang sekadar pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya syurga tidak begitu mengalukan penonton yang budiman" 

Wednesday, March 16, 2011

Duhai Teman..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
lame sungguh tak lepak2 kat blog sendiri. adoyai, yela, orang perasan sibuk.:p
bukan tak mau sentuh, tp tak tau pemender nak tulis.
sy jenis menulis secara spontan. takkan buat draft.
sebabtu kalau tengok paper exam sy soalan esei akan ada banyak strikethrough
so kalau tak de idea, mmg tak menulis la. Grrrr..eh! Krkkkkk






Ya Allah! 
tika Kau hadiahkan aku sahabat,
kau jadikanlah hatinya bersyukur atas kurniaanMu,
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku,
Tika Kau hadiahkan aku sahabat,
kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku,
peniup semangat juangku,
saling membantu memikul beban dakwahMu.
Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu,
teguhannya atas cinta kepadaMu,
dilindungi dari maksiat dan hal yang melalaikan dari mengingatiMu,
Ya Allah! bahagiakalah hatiku dan hati sahabat2ku dengan cinta kepadaMu.. 
amin...


kepada sahabat tersayang, teman seperjuangan di MRSMTGB, Syurafateha, Farahanim, Atiqah , Ayush, Hamizah, Amirah Azmi, Aisyah Fadir, Azwin, Zulaikha, dan Zati Nabilah, Najwalhuda... terime kasih kerana menjadi pendukung perjuanganku menegakkan agamaNya..


kepada Shafira, Aziza Aini(hah! tersedak hang!), Anis Nadyra, Afiqah Isa, Liyana Mardhiah, Adibah, Athirah zuhari, Ain Muhammad, Awanis, Kak Nad, Kak Azwa, Kak Sofiah, Kak Mariah, Kak Syafinaz.. erm, tak  terungkap semuenye.. moge Allah sentiase tautkan hati kita dalam Mihrab CintaNya ..


tak lupa kepada sahabat maya, yang amat kurindui kerana Allah, Siti Ruhayu dan Zaiyan Masturah, terima kasih kerana banyak mentarbiahku dengan hakikat cinta kepada Allah.. 


dan kepada Mahfuzah Zulkifli, terima kasih kerana memberi aku inspirasi untuk terus bertahan, untuk mencari kekuatan dari Allah, Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati.. kerana kita pernah merasai buruknya hitam, kerana itulah kita sedar betapa cantiknya putih.. (^______^)



Duhai teman..

aku ingin persahabatn kte laksana Rasulullah dan Abu Bakar,
dijalin kerana Al-Khaliq,
tulusnya hati mengharap redhaNya,
harta dikorban mengharap cintaNya,


aku ingin kita menyemai benih Hasan al-banna,
ukhuwah dijalin laksana untaian tasbih,
diratib utk mengingatiNya,
butiran zikir kumandang kasih,
penyatuan hati menjadi pembela..

andai kata kaki ini futur..
maka saksikanlah sahabat,
ingatkan daku,
janji2 kita..
mana mungkin Musa tanpa Harunnya,
mana mungkin juga aku tanpa kamu..

maafkan aku shbt,
ak tak sehebat Masyitah,
ak tak seteguh Zinnirah,
ak tak setabah Asiah,
ak hanya aku...
seorg insan yg bertatih mencari kekuatan..

andai kata aku lupa,
ingatkan ak dengan senyuman gagah kamu,
sehebat senyuman Syed Qutb berdepan tali gantung,
agar roh dakwahku tidak tersurut..


Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga.. amin.. 

p/s :sajak ini ditulis secara spontan selepas membaca puisi nukilan Shafira.erm, sweet tak? (kata Aziza) hehe. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...