Sunday, December 19, 2010

Kit Kat...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selama beberapa hari ini saya terlalu banyak berfikir. Iye, mungkin sahaja anda boleh kategorikan saya sebagai seorang yang pemalas nak update blog kerana walaupun saya sedang berada dalam tempoh "cuti-cuti Malaysia" tapi saya masih tidak dapat meluangkan masa untuk menulis. Sedangkan post Ancaman Neo Mukazilah episod 3 belum lagi menjelmakan dirinya walaupun saya telah berjanji 2 minggu lepas. sedangkan Ustaz Hasrizal, Akh Hilal Asyraf , Dr. Faisal Tehrani yang sentiasa sibuk dengan tugasan yang menimbun tinggi masih dapat meluangkan masa untuk menulis sesuatu yang sangat bermanfaat untuk pembacanya setiap hari. Saya menjelajah di dunia maya, dan telah menemui banyak blog yang sangat bermanfaat untuk pembacanya. Kadangkala rasa diri sangat kerdil berbanding mereka.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Iye, mengapa saya masih berlegar-legar dalam mencari matlamat saya menulis blog ini? Blog saya bukanlah menawan seperti blog sahabiah yang lain yang dihiasi dengan bunga bewarna-warni, kata-kata hikmah yang sungguh syahdu, gambar-gambar yang sangat cute.. saya cuba menjadikan blog ini sebagai medium untuk saya bermuhasabah pada masa yang sama berusaha untuk mengajak para pembaca memanfaatkan penulisan saya dengan menggali iktibar. Setiap saat, setiap hembusan nafas kita di muka bumi ini adalah anugerah dari Allah yang tiada nilainya. Alangkah ruginya jika setiap tarikan nafas yang saya hembuskan tiap kali saya menulis blog tidak menjadi input kepada akaun kanan yang dicatat oleh Raqib. Saya berasa takut jika amalan ini menjadi sia-sia. Kerana apa? Kerana hati saya tidak diiringi dengan zikirullah, dan rasa takut ketika menaip setiap kalimah dalam setiap post saya. Setiap perlakuan, perkataan dalam kehidupan kita di atas muka bumi ini perlulah didasari dengan kehendak untuk mencapai ketinggian darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia! Saya berasa takut jika blog Ashabul Yamin ini menjadi input akaun kiri yang akan dibentangkan di Sidratul Muntaha di khalayak jutaan manusia saat perhitungan amalan di akhirat nanti. Mungkin juga amalan ini akan memberatkan lagi timbangan Mizan pada bahagian amalan kebaikan dan barangkali amalan keburukan. (naudzubillahimnzalik). Apa yang saya harapkan, setiap kalimah tinta yang saya nukilkan di dalam blog ini akan menjadi wasilah kebaikan agar perjuangan saya mencapai keredhaanNya dimakbulkan.


Saya merasakan hati saya masih belum bersih dari noda-noda jahiliyyah yang acapkali menjengah untuk menggigit sanubari ketaqwaan saya. Kadangkala syaitan berusaha untuk menjadikan setiap gigitan itu ibarat "love bites" kerana meninggalkan titik-titik hitam dalam hati tanpa rasa kesakitan, tetapi keseronokan yang diberikannya. Saya masih belum dapat memisahkan diri dari belenggu sifat mazmumah walaupun Maal Hijrah sudah 12 hari menjelma. Iye, saya hanyalah manusia biasa, bukan seperti Rasulullah , Kekasih Allah yang dipelihara hatinya dari sebarang noda jahiliyyah. Saya tidak mahu menjadi seperti "cakap tak serupa bikin" seperti mana Allah menyebut di dalam Al-Quran di dalam surah as-Sof:


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.    (as-Saf:2-3)

Ayat di atas benar-benar mengetuk hati saya berkali-kali. Sekiranya hati saya mempunyai pain receptor, barangkali mungkin saya sudah berguling-guling menahan kesakitan. Allah mengatakan bahawa Dia amat membenci manusia yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melakukannya. Saya telah meletakkan matlamat untuk mencari keredhaan Allah dengan menulis blog ini, tapi barangkali saya terlalu pantas meluahkan tinta tanpa menstrukturkan jalan-jalan untuk mencapai matlamat tersebut. Barangkali saya terlupa. Barangkali juga nafsu merenggut jiwa untuk melupakannya. Saya terlupa untuk meletakkan signboard TAQWA  pada jalan tersebut supaya jalan itu bersih dari kewangian bunga-bunga riak yang kembang mekar di tepian jalan menanti saya untuk memetiknya. Oh! Mengapa perlu saya berhenti untuk memetik bunga riak tersebut sedangkan saya tahu bunga itu akan layu? Mengapa saya melakukan sesuatu yang amat sia-sia? Bukankah perjalanan saya hanyalah pendek dan memerlukan tumpuan saya sebagai pemandu agar saya tidak tersalah jalan? Mungkin saya perlu berhenti sebentar untuk menservis kereta saya , mengisi minyak keikhlasan agar perjalanan menuju redhaNya menjadi lebih lancar.



Iye, itulah saya yang perlu saya lakukan. Muhasabah diri sebentar untuk mendidik nafsu agar tunduk kepada pengertian taqwa. Bukan sahaja dalam penulisan blog, tapi segenap aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam aktiviti-aktiviti tarbiyah dan dakwah. Kerana dakwah dan tarbiyah meliputi hampir seluruh lingkup kehidupan saya.

 ".....Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "
(Al-Hujurat: 13)


Wallahua'lam.

~Kit Kat~
~take a break~

Tuesday, December 14, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt.

(mode sedih)

Baru-baru ini keluarga saya dilanda pelbagai peristiwa suka-duka.

Bulan lepas, 2 orang abg saudara saya dan kakak saudara saya telah mendapat cahaya mata baru. Bertambah-tambah lah keceriaan dalam keluarga kami. Alhamdulillah...

Namun, mungkin ada hikmahnya. Langit tidak selalu cerah. Baru-baru ini saya telah kehilangan 2 orang ahli keluarga iaitu nenek dan ayah saudara saya. Nenek saudara saya menghembuskan nafas terakhir beberapa bulan lepas diikuti pakcik saudara saya pada hari Ahad lepas.


Al-Fatihah

Ketika saya pulang ke kampung untuk membantu menguruskan urusan pengebumian mereka, saya telah melihat suasana yang asing kerana sebelum ini saya belum pernah merasai "kehilangan". Iye, ini kali pertama. Alhamdulillah, kebanyakan ahli keluarga yang tinggal bersama nenek saya di kampung menuntut ilmu di pondok. Mungkin saya dan kakak sahaja yang berbeza dari keluarga nenek kerana mendapatkan ilmu ala-ala "dunia". Ketika itu, rumah arwah nenek dibanjiri oleh para huffaz dari pondok-pondok di mana abang-abang saudara menuntut ilmu. Kalau muslimin kebanyakannya berbaju jubah putih dan berserban. Kalau muslimat pula kebanyakannya berpurdah. (terasa segan pula kerana perbezaan saya dengan mereka). Suasana di rumah nenek sangat lain. Sangat tenang. Tiada televisyen. Tiada internet. Sepanjang masa ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang. Selama 7 hari 7 malam, beberapa orang hafiz membaca Al-Quran di kubur nenek dan pakcik. Sepanjang masa. Mereka tidur dan makan di situ. Sebab itulah saya tidak berpeluang melawat kubur nenek kerana pada ketika itu kubur tersebut ramai lelaki. Tidak manis kata kakak saudara saya. (beliau juga berpurdah)Saya akur sahaja.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
                                                                                      (Ali-Imran: 102)


"Dan (tiap-tiap) makluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu suatu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur."                            (Ali-Imran:145)


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
                                              (Ali-Imran:185)


"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "
                                             (al-Anbiya:35)

Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat orang yang beriman.. amin.. kami redha Ya Allah...

Post pendek sahaja. Otak blank. Saya tak tahu nak menulis apa sebenarnya. Maafkan saya.


p/s: indahnya berpurdah... hmmm..

Sunday, December 12, 2010

Kisah Aku, PLKN dan Tipah Tertipu

Assalamualaikum wbt..

(post ini ditulis secara santai. mode lepak please...)

macho tak kami??? 


Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan


Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia


Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama


Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan


Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

Pengalaman semasa di PLKN banyak memberi memori kenangan yang manis. Saya ingat pertama kali saya mendapat tahu saya telah terpilih untuk mengikuti latihan PLKN. Ketika itu, semua pelajar di sekolah saya kecoh membicarakan tentang siapa yang terpilih untuk mengikuti kursus PLKN. Saya tidak terfikir langsung bahawa saya akan terpilih dan saya juga amat berharap bahawa saya tidak akan terpilh. Iyela, saya bukan di kalangan mereka yang tabah untuk berkawad berjam-jam dan berjemur di bawah panas terik untuk menggoreng diri. Saya juga bukanlah di kalangan mereka yang berbadan sasa ibarat Superman ataupun Wonder Woman yang hanya petik jari sambil mengunyah swing gum apabila diperintahkan untuk melakukan kerja-kerja lasak. (Saya lebih suka menjadi James Bond versi beriman dan bertaqwa). Huh! Tapi saya rasa heran pula apabila saya boleh tertarik untuk menyertai Silat Gayong. Sebenarnya, saya ingin mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti kawad kaki. Argh! Saya memang bencikan kawad kaki. (Baris......! Baris sedia!! Luruskan barisan..... satou! duao! satou!)
Tak suka! Tak suka!



        Tapi... keadaan di PLKN telah mengubah segalanya. Hatta walaupun saya telah menamatkan latihan , di rumah saya sering berlagak kawad kaki di hadapan kakak dan ibu saya. (Argh! lantaklah.. bukan korang nampak pon). Apabila ibu saya memanggil saya, saya akan melapor diri di hadapannya seperti melapor diri di hadapan jurulatih. Saya, tuan!!!!  Mengapa sikap saya boleh berubah terhadap kawad kaki? Dulu saya bukan main benci , tapi sekarang saya sangat suka, cinta, rindu sampai terbawa-bawa hingga ke mimpi pula! Oh!

    

        Haaa.. Ada satu perkara yang membuat saya amat tertarik dengan kawad kaki. Apa dia? Aktiviti kawad kaki amat memerlukan kesepaduan tenaga, komitmen, dan disiplin yang tinggi daripada semua ahli dalam sebuah pasukan kawad. Walaupun hanya seorang sahaja yang mencuba untuk mengambil sikap sambil lewa dalam melakukan formasi kawad, ia akan mengakibatkan seluruh formasi pasukan kawad menjadi tidak teratur. Akibatnya, bukan sahaja pasukan tersebut akan dimarahi oleh jurulatih, malahan menjadi bahan jenaka pasukan lain. Saya yang memang kurang mahir dalam aktiviti yang saya benci+cinta=bencinta ini sering menjadi spoiler dalam pasukan saya. Tu la zinnirah.... dulu kat sekolah tak nak belajar kawad.... padan muka!!!

Ibrah Daripada Kawad Kaki.

      
          Sebuah pasukan kawad kaki boleh diibaratkan sebagai sebuah kelompok masyarakat. Apabila kamu menjadi salah seorang anggota pasukan kawad kaki, ia sekaligus telah meletakkan satu tanggungjawab dan bebanan di bahu kamu untuk berusaha mencapai keseragaman dalam setiap aturan langkah dan kesepaduan suara yang garau. Selain itu, seorang anggota pasukan kawad kaki juga akan terikat dalam setiap peraturan yang menyekat diri daripada sebarang aktiviti yang membawa istilah kebebasan. Kebebasan? Iye, dalam konteks kawad kaki, kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan bergerak dan bersuara. Jika seorang anggota dengan sesuka hatinya bergerak walau hanya selangkah ke hadapan, belakang, kiri atau kanan, atau dengan sesedap rasanya meluahkan suara yang kurang merdu tanpa arahan jurulatih, maka akan hancurlah seluruh pasukan terrsebut. Tetapi berlainan pula dengan konteks masyarakat , kebebasan yang disekat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni ialah kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan memilih dan sebagainya. Seperti kawad kaki, walau hanya seorang sahaja yang melanggar garisan kebebasan ini, ia akan meruntuhkan kerukunan sebuah masyarakat. Kebebasan dalam masyarakat disekat oleh sistem berperaturan. Bayangkan hidup tanpa berperaturan, mana mungkin kehidupan yang harmoni dapat diwujudkan? Tiada peraturam, tiada undang-undang, tiada polis, tiada hakim, tiada tentera......(polis entry, 1,2 jaga, polis mati pencuri jaga!)

Cerita Pasal Kebebasan


     Menerokai dunia yang diwarnai dengan keseronokan fatamorgana ini, mungkin tidak terlalu pesimistik untuk saya mengutarakan pendapat, bencana yang paling mengerikan yang menimpa manusia di seluruh dunia ialah idea "kebebasan" yang dibawa oleh konsep demokrasi. Idea ini telah mengakibatkan pelbagai malapetaka secara universal, serta merosakkan martabat masyarakat di negara-negara demokrasi yang menjengkelkan. Untuk mendukung konsep kebebasan, musuh telah merencana pelbagai agenda termasuk melahirkan pelbagai ideologi yakni -isme yang yang meracuni fikiran ummah secara perlahan ibarat virus AIDS yang menyerang pesakitnya bukan secara drastik. Perlu diketahui, musuh bukanlah ingin mengajak masyarakat khususnya orang Islam untuk memeluk agama mereka, TETAPI, apa yang mereka mahukan ialah untuk memisahkan kita daripada kehidupan beragama. Kerana apa? Kerana, dengan kehidupan beragama sahaja akan melahirkan naluri rasa bertuhan dalam setiap jiwa penganut agama. Kesedaran rasa diri bertuhan akan menyekat seseorang individu untuk melakukan kejahatan kerana rasa takut akan kemurkaan Tuhannya sekaligus akan berusaha untuk meningkatkan kemampuan dirinya melakukan perkara-perkara yang akan mengangkat darjat dirinya di hadapan Tuhannya. Antara virus ideologi yang sering diagung-agungkan di peringkat global ialah seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Feminisme... (ah! tak terungkap semuanya!)



       Sungguh, sudah berapa banyak hal atas nama demokrasi disambut baik yang menjengkelkan sekaligus memuakkan, yang selalu dijajah oleh negara-negara demokrasi penjajah yang malangnya disambut baik oleh para pemimpin yang melabelkan tindakan mereka kononnya sebagai gerakan reformasi. Amerika, Britain dan Perancis selalu sahaja menggembar gemburkan nilai-nilai demokrasi dan Hak Asasi Manusia (HAM) di mana-mana. Padahal pada waktu yang sama mereka jugalah yang memijak-mijak seluruh nilai kemanusiaan dan akhlak , mencampakkan seluruh hak asasi manusia dan menumpahkan darah pelbagai bangsa di dunia. Dalam masyarakat demokrasi, hubungan antara sesama manusia telah menjadi hancur lebur hasil dari pergaulan bebas tanpa batasan di antara lelaki dan perempuan yang tidak dilarang oleh undang--undang negara. Kerana itu, adalah fenomena wajar dan biasa dalam sesebuah masyarakat demokrasi jika kita menyaksikan di jalan-jalan , taman-taman, stesen-stesen dan sebagainya, hilangnya nilai malu dan maruah yang sangat tinggi nilainya. Juga, adalah fenomena biasa bagi para pemuda dan pemudi berduaan , berciuman, berpelukan dan....dan...ah! Semua ini mereka lakukan tanpa rasa malu dan bersalah sedikitpon kerana istilah "kebebasan" yang telah tersemat di minda mereka hasil corak lukisan indah para pembohong durjana.


Dasat sungguh... Oh! ada lagi dasat ka Nek Zinnirah? (sedap sungguh nama nenek ini). Uhuks...uhuks... iye cu, nenek sambung cerita ya... ehm..ehmmm...

ahhha? 


       Terdapat di sesetengah negara peraturan-peraturan yang membolehkan hubungan seksual dan pergaulan lelaki dan perempuan dengan sebebas-bebasnya apabila masing-masing telah mencecah usia 18 tahun. Undang-undang itu ternyata tidak sekadar membenarkan hubungan seksual dengan lawan jenis, malah lebih dari itu dimana hubungan seksual sesama jenis telah "direstui" dengan mendukung martabat kononnya inilah "Cinta Sejati". Pelbagai perilaku seksual yang menyimpang dan abnormal telah memenuhi masyarakat demokrasi yang bejat ini. Homoseksual, lesbianisme serta pemuasan seksual dengan binatang (bestiality) begitu berleluasa. Bahkan berlaku parti seksual yakni penzinaan secara beramai-ramai sudah menjadi trend , padahal perilaku seperti ini tidak akan dijumpai di dalam kandang-kandang ternak sekalipun. (sedangkan kucing di kawasan rumah saya juga tahu rasa malu apabila sedang melakukan "maksiat" mereka akan menjauhi dari tempat "awam.. huhu..)

sopannya.... 


Abdullah bin Amr, dia berkata Rasulullah SAW berkata,
"Tidak akan terjadi kiamat sebelum orang bersetubuh di jalanan seperti keldai. Abdullah kemudian bertanya, "Adakah hal itu akan terjadi?" Beliau SAW menjawab, "Benar, sungguh hal seperti itu akan terjadi."
(Hadis direkodkan oleh Ibnu Hibban)

Seloka Tipah Tetipu 
*****************************************************
Penglipurlara Zinnirah Humaira ingin bercerita,
lagu Ruffedge jadi santapan aula seloka,
dengarkan ya....
"Kisah tipah ini satu pengajaran;
yang buat kita fikir, oh oh oh oh oh...
mulanya seperti kain yang suci
tapi dicemari dunia keji"
******************************************************
Dengarlah ini suatu cerita,
Cerita si Tipah si anak dara,
Akibat terbanyak makan buah "majalah mangga",
Satu hari Tipah testing2 berpakaian menjolok mata,
Ibu menjeling mata,
Ayah terkebil-kebil mata,
Teruna terbeliak mata,
Dara tersenyum manja.....
Teruna berdebar dada....
Sambil menyanyi lagu Ruffedge..
"Tarik-tertarik menarik kau memang the BOOOOMMMMMM!!!!"
Auuwwwwwwwwwww!!!!!!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
setelah di "bom"nya teruna terhadap si dara....
2 bulan berlalu indah sahaja....
tiba-tiba si dara termuntah-muntah merana,
si ibu tertanya-tanya...
"apa kono ekau jang????"
dara terkulai kurang manja di kaki ibunya..
sambil menyanyi lagu Ruffedge versi derita,
"Tipah tetipu tertipu tipu tetipah!"
"Tipah tetipu lagi!!!......"
si ibu menyambung lagunya..
"OOOOooooOOOOOoooooOOO...Tipah.................................."
***************************************************
Penglipurlara Zinnirah Humaira ingin membebel belaka,
kepada si Tipah jangan bermuram durja,
Keampunan Tuhan sentiasa terbuka,
tiada pernah tutup pintunya....
"Tipah, selamat hari jadi....
kau sudah kena
Kena tipu lagi, takde sape yang
boleh tolong
Melainkan tuan punya body.... (dan Allah subhanahu wataala)
lirik: thanx to Google Chrome.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
(Az-Zumar :53)




p/s : alhamdulillah.... walaupun post sy ini ditulis dengan agak lucu, namun tidak bermakna saya inginkan kamu bergelak ketawa tanpa memikirkan urusan ummah. sungguh, bukan niatku untuk menjadi pelawak. moge Allah redha.

Thursday, December 9, 2010

...Ancaman Neo Muktazilah : Episod 2...



(sekian lama menyepi..  kini kembali.. maaf , saya menambil masa yang agak lama untuk menyiapkan post ini kerana mencari sumber... mode serius…)

Dr. Yusuf Qaradhawi pernah mengatakan di dalam tulisannya:

“Di antara masalah yang paling penting yang sering saya ingatkan dalam beberapa buku yang saya tulis ialah berkenaan usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dyakini kebenarannya tanpa ragu(musallamat) , dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini kebenarannya dan pasti (yaqiniyat) menjadi perkaya yang tidak pasti dan mengandungi pelbagai kemungkinan(muhtamalat) , yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas dan dapat mengikuti pendapat kanan atau kiri”.

Golongan liberal khusunya di Malaysia jarang mengakui mereka menganut fahaman liberal kerana itu kita perlu berhati-hati dengan setiap dakyah mereka. Bagaiman kita boleh mengenali mereka? Iaitu dengan kita mengenali fikrah atau pemikiran mereka, manhaj yang dibawa dan ciri-ciri yang ada pada mereka.

Antara bentuk fikrah atau pemikiran golongan liberal Islam ialah:

1)Mereka menganut fahaman pluralisme.

Pluralisme ialah fahaman di mana mengakui semua agama adalah sama yakni benar. Saya terkedu seketika apabila mengingati kenangan semasa saya di PLKN, seorang jurulatih beragama hindu mengajar kepada anak muridnya dengan mengatakan tidak perlu terlalu memikirkan tentang agama, kerana semua agama adalah sama yakni membawa kepada kebenaran. Kepercayaan sebegini adalah berbahaya, kerana sekaligus telah membawa satu kefahaman bahawa orang Islam tidak boleh mengiktiraf bahawa agama mereka sahaja yang benar.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.  “(Ali-Imran: 19)

Dengan fahaman inilah, lahirnya fahaman Pancasila di Indonesia. Penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul. Di Malaysia, penularan pluralisme dapat dilihat melalui:

1)Sambutan kongsi raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama. Perkara ini pernah mendapat teguran dari Mufti dan para ulamak dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak kerana bertentangan dengan Islam , namun golongan Islam Liberal menolak pandangan mereka dengan mencemuh mereka berfikiran jumud dan kolot. (Argh!)

2)Beberapa menteri Muslim serta NGO muslim iaitu SIS telah menyokong penubuhan Interfaith Council(IFC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama.  IFC telah dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar pada 21 Ogos 2001. Antara kandungan memorandum tersebut ialah:
  1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan kepada Mahkamah  Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  2. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi seorang muslim.
  3. Orang-orang bukan islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan murtad sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang mneukar agamanya dengan mmeluk agama Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak-anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memluk agama Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.
  8. Orang-orang bukan islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci dalam islam dalam percakapan dan sebagainya.
  9. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah diadakan. Program dakwah agama lain selain agama Islam hendaklah dibenarkan.
  10. Orang-orang yang mmebayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan untuk membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan oleh orang-orang bukan agama Islam.
  11. Sepatutnya Islam tidak tersebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. (Gulp!)

2)Mendesak agar hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia.

Dalam isu murtad seperti kes Lina Joy(Azlina Jailani) , golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama Islam tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk kepada keputusan mahkamah Syariah.


“Jadi, isu sama ada kita hendak beri dia kebenaran atau tidak, tidak sepatutnya timbul. Itu bukan hak manusia. Urusan iman adalah urusan Allah dan hamba-Nya. Sebagai manusia, kita boleh menasihati dan memujuk, tapi tidak boleh memaksa seseorang untuk beriman dengan Allah, atau untuk tidak beriman. Ini jelas dalam Islam - tiada paksaan dalam agama. "
 
"SIS tidak pernah menyuruh Lina Joy untuk keluar agama Islam, tetapi kami berpendapat, hasrat beliau harus dihormati. Tiada siapa berhak menghalangnya kerana Perlembagaan Malaysia telah jelas menjamin hak kebebasan beragama dan seperti yang saya katakan tadi, Islam jelas menyatakan bahawa tiada paksaan dalam agama.”
 

(ada banyak perkara menarik, mesti tengok! J)


Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujjah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Mereka manyalahtafsirkan ayat Allah yang berbunyi:

”Tidak ada paksaan dalam agama”
(al-Baqarah: 256)

Menurut ulamak-ulamak tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan islam , yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah. Orang Islam yang keluar agama Islam akan dikenakan hukuman berat di dunia dan di akhirat menurut Islam.

”Sesiapa yang menukar agamanya(murtad) maka hendaklah kamu membunuhnya”
(Riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas)

Menurut golongan IL, ayat Al-Quran tersebut bukan hanya terpakai kepada orang-orang bukan Islam bahkan orang Islam yang ingin murtad. Mereka mengiyaskan perbuatan murtad dengan memakan riba yang tidak dikenakan sebarang hukuman di dunia. Sebaliknya orang Islam perlu diberi kebebasan untuk murtad tanpa sebarang hukuman di dunia kerana telah ditetapkan hukuman bagi mereka di akhirat. Rujuk tulisan Naziree Md. Yusof bertajuk “Toleransi Beragama dan Kesesuaian Hukuman Murtad di Malaysia “, Jurnal KANUN (Mac, 2006)


3) Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan IL menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang teresbut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan(PBT) dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan(JAWI) suatu ketika dahulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras oleh SIS dan NGO-NGO yang lain. Mereka mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan tersebut dianggap berrcanggah dengan kebebasan hak asasi manusia.


Tindakan SIS juga menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan pendapat yang menentang isu pengharaman pengkid. Lihat ini.

“Jadi, SIS tidak mahu adanya wanita, terutama sekali remaja-remaja perempuan, dikacau dan diugut oleh pegawai-pegawai penguat kuasa yang tidak membuat pertimbangan betul. Kita tak mahu ada wanita ditahan, dan masuk lokap tak pasal-pasal.”


(ini belum masuk lagi artis-artis comel lote Malaysia yang di back-up oleh mereka setiap kali mereka ditangkap di pusat hiburan. Haisshh..)

4) Mendukung gerakan kebebasan wanita dan feminisme.

Antara perkara-perkara yang dituntut dalam gerakan ini adalah:

  1. Persamaan hak dalam penceraian.
  2. Menentang pemakaian yang menutp aurat yang didakwa sebagai kuno dan merampas hak kebebasan wanita.
  3. Persamaan hak dalam penceraian.
  4. Hak poligami lelaki perlu ditarik balik. (Gulp!)
  5. Menyeru wanita-wanita Islam agar mencontohi wanita-wanita barat.

Rujukan terlebih : http://www.musawah.org/

Di Malaysia, gerakan feminisme dijuarai oleh SIS dan juga beberapa individu pemimpin yang lain. Dalam isu Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan(Pindaan 2005) SIS dan beberapa kumpulan wanita lain telah menentang kuat undang-undang tersebut atas dakwaan kononnya ia menzalimi wanita. Sebelum itu, mereka juga menentang kuat Rang Undang-Undang Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemic kononnya ia menzalimi wanita yang dirogol. Namun setelah diselidiki, terdedahlah bahawa dakwaan mereka itu berpunca daripada prasangka buruk terhadap undang-undang syariah dan juga kejahilan mereka.


SIS juga terkenal dengan kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka. Kumpulan tersebut diberikan ruang yang luas untuk membentangkan citra pemikiran mereka yang tersendiri melalui media massa. Puak liberal ini sentiasa berkokok seolah-olah mereka kaum wanita tidak mendapat layanan yang sewajarnya yang diistilahkan sebagai “social apartheid”.





Rujukan: 
Islam Liberal dan Pluralisme Agama, Riduan Mohd Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, JUNDI Resources.
Islam Adil Untuk Semua, Abdul Hadi Awang, PTS Publication.


 Sekian. Bersambung di episod ke 3. Maaf, ingin sahaja saya teruskan, tapi apakan daya…
~sakit mata. Mata saya kabur. Nak meihat laptop ni pon berbisa sungguh. kalau ada kesilapan ejaan maafkan saya. Mungkin kifarah dariNya atas dosa-dosa yang dilakukan.  moga Allah redha. insya Allah.

Thursday, November 25, 2010

Ancaman Neo Muktazilah??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

(Ade orang tegur saya, blog saya ni lawak, tak macam diri saya yang sebenar. so kali ini saya tulis dengan serius, jujur cakap, saya serius ni.. senyum pon tak.. sengih pon tak... yang korang sengih2 tu apehal... we must be serius k...!)

Fenomena Penyakit Ummat

Malam tadi saya merayau-rayau dalam Facebook untuk mencari penyakit. Ah, mencari penyakit? Iye, saya mencari penyakit umat Islam. Mula-mula saya merayau ke dunia bohsia, selepas itu ke dunia pondan, selepas itu ke dunia ateis, selepas itu ke dunia orang-orang yang wayarnya mungkin putus.. Saya ada juga berkenalan dengan seorang ateis. Seorang Melayu. Sempat juga saya mengirim salam sayang kepadanya. Saya juga mendapati ada kalangan golongan pendakwah siber yang berusaha untuk mendekati golongan pondan, bohsia dan ateis ini untuk menyedarkan mereka. Saya berasa amat kecewa kerana banyak pengguna facebook yang menghina golongan ini. Ada juga yang mengambil kesempatan. Ada juga seorang pondan yang mendakwa dirinya sering diugut, apabila dia ingin membuat laporan polis, dia telah dipersendakan kerana keadaan dirinya. Dan, ada juga dikalangan mereka yang mengambil kesempatan terhadap pondan ini adalah bekas pelajar sekolah agama! Ah! Saya berasa sangat kecewa. Sungguh! Saya tidak hairan, mengapa golongan2 ini amat sukar untuk kembali ke pangkal jalan. Ada dikalangan mereka yang sedar akan dosa laknat yang ditanggung. Mereka sedar, tahu, akan kisah kaum Lut. Tapi di mana silapnya? Fikir-fikirkan...

Dengarlah suara hati mereka..
Mereka ingin mencari jalan pulang...
Anda dengar???
Anda dengar jeritan batin itu...??

Di sebalik ketawa hilai itu..
Kau ingin terbang bebas..
Melayari kenikmatan palsu..
Dalam kegelapan..
Kau mencari setitik kasih..
Dalam hati hitam durjana..
Ingin saja kau berlari..
Dan mencari...
Ketenangan seorang hamba,
tapi kau tersungkur di lembah kehinaan...
Yang dicipta oleh manusia bertopengkan syaitan!
Ahhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Masih adakah cahaya?


Pencarian Sebuah Konklusi


Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Penyakit ini seolah-olah menzahirkan bala kemurkaan Allah terhadap virus-virus yang dicetuskan sendiri oleh hamba-hambaNya. Rasa terharu saya semakin mencengkam jiwa apabila membaca statistik gejala sosial yang melibatkan orang Islam di negara ini. Apabila syariat Islam hanya dianggap sebagai penambah perisa di dalam kehidupan, maka, terimalah kemurkaan Allah dengan seluruh kehinaan ini. Anak luar nikah, dadah, kes dera, remaja lari dari rumah, penceraian.. ah! terlalu banyak. Adakah semuanya hanya berlaku dari punca "bapak borek, anak rintik" , atau sekadar hanya ingin merelakan statement "alaaa.. biasalah..umat akhir zaman.. dah tak boleh elak dah pon...".Sebelum kamu ingin mencari hala tuju tudingan jari telunjuk kamu, saya ingin membantu kamu untuk meneliti sebuah hakikat , pencarian duri dalam daging yang melanda ummat ini.


Neo-Muktazilah, Kedurjanaan Liberalisme Agama


Dr. Yusof Al-Qaradhawi telah menyatakan, umat Islam hari ini tidak berperang dengan pedang dan senjata sebaliknya berperang dengan menggunakan pemikiran. Saya ingin mengajak anda berfikir , untuk memberi pencerahan, untuk membezakan haq dan batil. Apakah kita sedar, bahawa keadaan ummat ini tidak ubah seperti zaman jahiliyyah? Menurut Sayyid Qutb dalam bukunya Jahiliyyah Abad 20, ciri-ciri khusus jahiliyyah moden ialah :

1) Kemajuan ilmu pengetahuan sedemikian tinggi hanya dipergunakan antara lain untuk menyesatkan manusia dari tuntutan Illahi dan menjerumuskan semua makhluk Allah ke dalam bahaya dan bencana. 
2) Manusia bersikap sombong terhadap penciptaNya kerana silau melihat hasil-hasil yang dicapai di bidang ilmu pengetahuan dan kemajuan material. manusia menganggap dirinya tidak berhajat kepada Tuhan atau merasa dirinya telah menjadi Tuhan.
3)Berbagai macam teori ilmiah yang menjerumuskan manusia kepada penyelewengan di bidang kemasyarakatan, ekonomi, psikologi dan bidang-bidang kehidupan lainnya.
4)Malapetaka akibat teori evolusi.
5)Kebebasan wanita.

Menjadi keperluan umat Islam untuk mengenali jahiliyyah di samping mengenali Islam. Jika mengenali Islam bertujuan untuk mengamalkannya, mengenali jahiliyyah pula bertujuan untuk untuk mengelak dirinya dari tertipu dengan pendakyah-pendakyahnya. Hal ini telah dinasihati Umar Al-Khatab dalam satu ucapannya:


"Akan terungkailah ikatan Islam satu-persatu  dari seorang yang lahir dan membesar dalam Islam tetapi tidak mengenal Jahiliyyah."

Ancaman yang kita hadapi kini pada hakikatnya lebih bahaya daripada dakyah Kristian, Hindu atau mana-mana agama kerana ia datang dari umat Islam sendiri. Ancaman yang dimaksudkan ialah pemikiran Muktazilah Moden atau Neo Muktazilah. 



 Muktazilah ialah ideologi, atau fahaman yang meletakkan akal melebihi segala-galanya melangkaui Al-Quran dan As-Sunnah. Segala perkara boleh dipertikai tanpa had meskipun perkara tersebut telah diyakini atau Qat'ie yakni telah diterima secara umum mengikut pendapat fuqaha' dan Rasulullah sendiri. Kemuncak fahaman Muktazilah ialah ketika pemerintahan Al-Makmun pada zaman Abbasiyyah , di mana fahaman ini dijadikan sebagai mazhab rasmi negara. Manakala Neo Muktazilah bermaksud Muktazilah yang telah diberi nafas baru, atau dalam erti kata lain ialah Muktazilah Moden.



        Dengan mengambil kesempatan dan kelalaian pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang beragama Islam ketika ini yang tidak sensitif terhadap kebejatan ummah dan tidak mampu bertegas dalam beberapa kes yang menggugat kepentingan Islam , golongan Neo Muktazilah ini semakin galak dan semakin rancak menjaja dan mencanang gagasan pemikiran liberal mereka dengan berselindung disebalik tuntutan hak kebebasan dan hak asasi. Buktinya seperti ini.  Islam seolah-olah dijadikan platform untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Mereka dilihat seperti musang berbulu ayam dalam umat Islam. Hal ini kerana secara umumnya mereka dilihat seperti sebuah gagasan yang memperjuangkan hak asasi serta ingin melakukan pencerahan dalam agama, tetapi hakikatnya, nafsu dan akal mereka diangkat sebagai landasan ketuanan melangkaui Al-Quran dan Hadis.

"Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya".     
(Al-Baqarah: 8-12)


Sister In Islam, salah satu gagasan pemikiran liberal

Agenda tersembunyi kumpulan pemikiran Liberal terhadap Islam dan Umat Islam

Menurut Sheikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah Penyelesaian; jawapan kepada free thinkers):
Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda mereka tersendiri yang menjadi matlamat mereka :
1) Untuk menggugurkan agama sepenuhnya dari masyarakat iaitu memisahkan agama dari bidang pendidikan , menjauhkan syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi berasaskan riba'.
2) Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan roh, wahyu dan alam ghaib, dan dari segala yang ada kaitan dengan akhlak, aqidah dan keimanan kepada Allah.
3)Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan iltihad(ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.
Ke mana hala tujunya??

       Melihat kepada permasalahan ini, sewajarnya, umat Islam tidak boleh mencari alasan untuk duduk bersantai sambil menghirup udara segar di tepi pantai (sikap tidak ambil peduli) sedangkan di belakang mereka terlalu banyak pisau menunggu untuk menikam keimanan mereka. Buanglah sikap "aku tak pedulisme" dalam diri, berfikirlah, dengan menggunakan neraca Islam, melalui kaca mata Al-quran dan As-Sunnah. Untuk post seterusnya, saya akan merungkaikan dengan lebih terperinci mengenai ancaman-ancaman Neo Muktazilah di Malaysia. Insya Allah.




sumber rujukan : Islam Liberal dan Pluralisme Agama , Riduan Muhammad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, Jundi Resources.

Saturday, November 20, 2010

CinTan CinTun...

Dulu aku sendiri..
Kini masih sendiri..
Hadapi hidup ini..
Tiada tempat berlindung..
Tiada tempat mengadu..
Seperti burung kepatahan sayap...
ooooohhhhhhh.....!!!
(lagu ape ntah, sape ntah nyanyi, tadak ingat. tiba2 je terlintas kat kepala. hehe)






       Saya tersenyum sendiri apabila memikirkan persoalan cinta. Cinta. Yela. Cinta. hah! Part ni saya akan membicarakan perkara jiwang2. siapa yang menyampah atau geli-geleman, dengan segala hormatnya, pegila duduk jauh2.. shhhuuhhh!!!!


       Saya kehairanan melihat suasana di *****. Di sini, di sana, di situ, siti sana situ sini... (chewah, mcm lagu siti la pulok!) mata saya sering dicemari dengan pemandangan Romeo dan Juliet berkepitan. Tak kisahlah junior or senior, sama sahaja. Baru-baru ini jugalah, saya sering didatangi oleh rakan-rakan yang mahu meminta nasihat tentang pergolakan perasaan dalam jiwa mereka. Bukan sahaja rakan-rakan muslimah, muslimin juga kelihatannya sedang mencari-cari si Hawa untuk dijadikan penghibur hati di kala sunyi. Tapi ada juga kelihatannya sudah ingin mencari pemilik tulang rusuk sebelah kiri mereka. Oh! Amboi.. Progresif sungguh tuan2 hamba sekalian. Mahu kahwin bila? Poket berat sangat kah? Duit elaun ada? Berapa sangatkah tuan-tuan hamba sekalian? Dan..... soalan yang paling penting, siapakah yang dapat menjamin kesetiaan tuan2 hamba terhadap si Hawa? oh! Jangan bermain dengan api, nanti membakar diri tuan hamba! ee.. pesanan yang sama juga ditujukan kepada kaum Hawa ye!

       Untuk sahabat-sahabat saya, jujur saya nyatakan di sini, saya tak pernah kisah tentang seberapa banyak jam yang telah dihabiskan untuk kamu. Saya tak kisah jika kamu meminjam bahu saya untuk kamu jadikan sebagai sandaran. Percayalah, jika kamu bahagia, saya juga bahagia. Jika kamu sedih, saya juga sedih. Tapi saya akan lebih sedih jika kebahagiaan kamu berpunca dari sesuatu yang melanggar hukum-hukum cinta. Hukum cinta? Cinta pon ade hukum kah? Iye, cinta juga ada hukum. Hukum di sini ialah jika kamu telah meletakkan martabat cinta kamu melebihi dari martabat cinta terhadap Allah, maka kamu telah melanggar hukumNya. Nanti akan saya terangkan kepada kamu. Saya sayang kamu duhai sahabatku. Kerana Allah. Sungguh.


         Kadangkala saya hairan melihat diri saya sendiri, mengapa saya tidak mengalami apa yang sahabat-sahabat saya alami? Eh.. masa kecik2 dulu adalah sekali-sekala tersangkut.. itu lain ceritalah, itu masa saya main injit-injit semut dulu. Tapi sekarang, alhamdulillah, saya harap saya telah mencapai kematangan selaras dengan unur saya. (fyi, saya belum mencecah 20 tahun lagi yeee..) Saya menelaah hati saya sendiri....

Hmmmm...

       Alhamdulillah, saya sudah temui jawapannya. Saya tiada perasaan itu lagi kerana bukanlah saya seorang lesbian ye, tapi kerana saya sangat sibuk dalam mengurus tanggungjawab sehingga tiada masa untuk saya memikirkan tentang persoalan cinta. Dalam seminggu saya akan menghadiri 2-3 kali usrah, 2 kali latihan silat cekak Ustaz Hanafi, kelas saya dari pagi hingga petang, plus minus tanggungjawab saya sebagai hamba Allah. Setiap hujung minggu , masa free jarang sekali menjenguk saya. Selalunya hari Sabtu atau Ahad akan diisi dengan aktiviti rehlah. Alhamdulillah, walaupun dalam hati saya masih belum ada seorang Adam sebagai penghibur hati, tetapi kemanisan ukhuwah yang terjalin antara para sahabat yang solehah menjadi penyeri hidup saya. Kami saling mengasihi antara satu sama lain kerana Allah, bertemu kami kerana Allah, berpisah kami kerana Allah. Oleh itu, saya sering mengatakan kepada sahabat saya, cinta itu tidak perlu dilawan, tapi perlu dikawal. Kawallah dengan menggunakan landasan Islam. Sibukkan dirimu dengan landasan cinta kepada Allah seperti usrah, tazkirah, ceramah, bahkan menuntut ilmu. Mengapa perlu melawan sesuatu yang sudah menjadi fitrah setiap manusia? Kita bukan malaikat. Agama Islam adalah agama yang indah kerana selaras dengan fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi. Bukan seperti pak paderi. (hakikatnya terdapat ramai kanak-kanak diseluruh dunia yang menjadi mangsa seksual pak-pak paderi) Bukan juga seperti pak sami.


ukhuwahfillah abadan abada.. antara satu rehlah kami..

Hakikat Cinta
Hakikat cinta sebenarnya adalah untuk Allah. Cinta kepada selain dari-Nya hanyalah dimensi cinta kepada-Nya.Islam itu sendiri adalah cinta. Cinta lahir dari syurga yang indah dan sepatutnya akan berakhir dengan keabadian cinta di syurga juga. 

Bagi seorang mukmin, cinta memiliki kedudukan yang tiada tara. Seorang mukmin tidak akan merasakan kemanisan iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta. Ia harus memiliki cinta sebagai syarat kesempurnaan iman, sebagaimana yang disabdakan kekasih Allah:

"Barang siapa yang mencintai sesuatu kerana Allah, dan membenci sesuatu kerana Allah maka sempurnalah imannya. " (HR. Abu Daud dari Abu Umamah)

"Cintailah Allah, kerana Dia yang mencurahkan nikmatNya kepadamu, dan cintailah aku kerana mencintai Allah, dan cintailah kaum keluargaku kerana mencintai aku" 
(HR. Tirmidzi dari Ibnu Abbas)

Iman dalam Islam itu juga ditegakkan di atas cinta dan didasarkan dengan kasih sayang. Rasulullah bersabda:
"Demi zat yang diriku berada di tanganNya. Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kamu sesuatu yag jika kalian melakukannya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! "
(HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW mengatakan bahawa ahli syurga itu bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat kepada iman, rukun dalam akidah dan asas dalam agama. Maka, iman berasaskan cinta, disempurnakan dengan cinta, dan tali pengikatnya yang paling kuat adalah cinta.
 Rasulullah pernah bertanya kepada Abu Dzar,
"Wahai Abu Dzar, apakah tali iman yang paling kuat?"
Dia menjawab,
"Allah dan rasulNya lebih mengetahui. "
Baginda bersabda, "Setia kepada Allah dan cinta kerana Allah"
(HR Baihaqi)


Bagaimana untuk meraih cinta ini? Sibukkanlah hatimu dengan mengingati-Nya. Sesungguhnya, hatimu itulah MIHRAB CINTA mu. Hiasilah ia dengan zikrullah. Bukankah dengan mengingatiNya jiwa akan menjadi tenang? 

Kadangkala, hati sering terlintas dengan lintasan2 nakal yang dibisikkan oleh Tok-Tok Syaitan. Bisikkanlah dalam hatimu, dengan sungguh2...
"Ya Allah! Kau bimbinglah hati ini yang sangat mendambakan cintaMu...."
Bisiklah kepadaNya.. Bukankah Dia Maha Mengetahui segala isi hati??

Jagalah mata-mata kalian. Kerana mata itulah pintu masuk ke dalam hatimu..
Dari mata turun ke hati..
Hati akan terus berbisik kepada mata..
Pandanglah! Kerana kau diciptakan untuk itu!!
Pandai sungguh mata bermadah...

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta: (credit to Cikgu Shah)

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin, cinta terhadap Allah itu tidak akan pernah dikecewakan.. 

"Ya Allah!
aku mohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu,
serta semua amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu"

amin..
(Doa Munajat Rasulullah kepada Kekasihnya Yang Maha Agung) 

Friday, November 19, 2010

Apabila Ulat Buku Goyang Kaki..

Assalamualaikum...

Saya nak buat satu confession. Saya ni memang gila buku. Sekali-sekala, kalau kamu jalan dengan saya, jika bosan dengan saya, campaklah saya di kedai buku. Sudah tentu saya tidak akan memarahi kamu. Bahkan kasih sayang saya terhadap anda akan bertambah-tambah. Jika mahu bagi hadiah (saya bilang jika) bagilah saya sebuah buku, jangan bagi bunga yang mudah layu, jangan bagi coklat yang mudah cair, jangan bagi gelang( oh! saya memang tak suka!).. Perkataan lepak bagi saya adalah melawat kedai buku. Saya suka ke kedai bukulebih2 lagi ke MPH di Mid Valley. oh! Seronoknya!!. Walaupun saya pergi dengan poket kosong, saya tetap akan membuat pekedai buku tersebut berasa muak melihat muka saya. (Mintak maaflah pakcik.. duit tak de.. huhu... nanti kalau saya jadi jutawan nanti, saya beli buku pakcik banyak2..hihi.. aminn..)

Alhamdulillah, peperiksaan akhir sem telah menutup tirainya. Maka, cuti-cuti Malaysia pula membuka tirainya.. yyeeeaahhh!!

Saya mula kebosanan pada hari pertama cuti. Asyik online sahaja. Membuang masa sungguh. Kemudian, saya pergi ke library INTEC utk memulangkan buku yang saya tak segan silu sungguh meminjamnya hampir sebulan. Setelah merayau-rayau di dalam library tersebut, saya membawa segunung buku untuk dibawa menghadap abang librarian yang manis tersenyum sambil menggoyang kaki. (mana tak nya, ramai budak cuti, tak de keja la!)

Alhamdulillah, baik hati sungguh tuan2 library INTEC yang sudi memberi saya peluang utk meminjam 15 buah buku 2 BULAN. 2 BULAN! rasa macam tak percaya. yela, selalunya pelajar hanya diberi masa selama 2 minggu sebagai tempoh pinjaman buku. Saya hampir sahaja menangis di situ kerana sungguh terharu. ~~


Untuk mencabar diri saya menjadi seorang ulat buku yang berkaliber pada cuti ini, saya ingin menyenaraikan buku2 yg saya target untuk habiskan membacanya pada musim cuti2 Malaysia ini. Semoga, pembaca2 juga dapat mencabar diri saya. yeah~!

Berat semua buku ini lebih berat daripada menangkat kucing saya yang sedang sarat mengandung. percayalah!

1) Tabiat ke Lapan, by Stephen R. Covey.

2) 7 Tabiat Orang Berkesan by Stephen R. Covey
Buku yang mencetuskan fenomena di peringkat antarabangsa!

3) Menuju Renaissance Islam by Israrul Harique

4) Good By To Shy by Leil Lowndess

Buku untuk merawat penyakit malu tak tentu pasal saya. huhu..

5)The EQ Edge, Emotional Intelligence and Your Success by Steven Stein


6)Armageddon 2012: Bencana Akhir Zaman, by Muhammad Alexander
Ni buku saya, beli kat Ole-Ole..

7) PSQ: Rahsia Personaliti Unggul by Ahmad Amri Zainal Adnan

8) Being Boys Being Girls by Carrie Paechter

9) ESQ Power by Ary Ginanjar Agustian (buku ni best, tapi malas nak tangkap gambar)

10) Berani Gagal by Billi P.S Lim ( buku terlaris No. 1 di New Straits Times)

11)Nilai Cinta Menurut Al-Quran by Dr. Mahmud As-Syarif

12) Umar: Insan Yang Tajam Pemikirannya by Amran Kasimin

13) Filsafat dan Praktik Pendidikan Islam by Syed Naquib Al-Attas

14) Jerusalem Baru Kuasa Zionis Amerika by Michael Vollines Piper

15) Chicken Soup for the Couple's Soul ( buku ni memang best, tak boring langsung bila baca. wadduh! tapi bace cerita yang halal ye!)

16)Islam Liberal dan Pluralisme Agama by Riduan Muhammad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil (buku ni best!! saya beli kat Masjid Negeri Shah Alam)


Tolonglah.. Doakan saya habiskan buku2 ni.. Insya Allah.. Alang2 Ulat Buku Goyang Kaki di rumah..

Maaf, ku tak bisa memilihmu..

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu, seribu kemaafan saya ucapkan kerana penyakit kemalasan yang saya hidapi untuk mengupdate blog. Insya Allah, saya berada dalam proses untuk bermuhasabah, mencari matlamat hidup untuk melahirkan satu konklusi. Konklusi apakah itu? mintak maaf ye, bukan konklusi untuk mencari Mr. Right..hehe..  iye, saya sedang memikirkan corak apakah yang perlu saya lukis pada lukisan saya pada semester hadapan. Saya menyedari, semester hadapan merupakan semester yang sangat mencabar bagi diri saya. Saya akan dihujani dengan bebanan tugas dan tanggungjawab. Dan saya juga menyedari , cabaran terbesar bagi saya pada tahun hadapan ialah saya pastinya akan sering berada di persimpangan antara tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang ahli majlis tertinggi persatuan, seorang daie.. tapi sudah pastinya, garisan yang perlu saya lukis sebagai garisan asas kepada semua corak yang saya pilih adalah...


"SAYA SEORANG HAMBA ALLAH. "
"SAYA BERTUHANKAN ALLAH"
"SAYA MILIK ALLAH'
"HIDUP MATI SAYA KERANA ALLAH"





Inilah antara garisan asas yang saya pilih untuk lukisan saya nanti. Saya juga menyedari, saya perlu mempersiapkan diri saya, hati saya, untuk membeli harga keikhlasan untuk membayar segala pengorbanan saya di jalan saya akan pilih nanti. Iye, hidup kita banyak memerlukan pengorbanan. Tapi pengorbanan yanng diterima Allah perlukan keikhlasan hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, jiwa kita akan sentiasa tenang, redha akan segala ketentuanNya. Walaupun jalan yang kita pilih itu bukan dihiasi bunga berwarna-warni, rama-rama yang berterbangan di sana-sini dengan indah, bahkan dihiasi dengan duri dan serpihan kaca, namun, apabila keikhlasan dipancarkan ke dalam hati kita, percayalah, kemanisan hidayah akan membayar segala kepahitan yang dilalui. Best tak jalan ini??

"Jom pergi lepak kat Times Square jom! "
"Esok kita pergi Sunway Piramid nak?"



Memang indah lukisan di atas kan? Alangkah indahnya jika lukisan ini menghiasi lukisan hidupku. oh! Indahnya.. bagaikan di taman kayangan.. Wallaweh!!

Oh..Oh..oooooo.... Jangan tertipu dengan lukisan dunia..! Betul!! tak percaya? Tuan Pemilik Jari saya yang saya gunakan untuk meramas-ramas keyboard ni yang bilang begitu. Enggak mau percaya ? mari kita lihat surat-surat cintaNya...




"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"        
                                                                                (Al-An'am: 32)

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). "
                                                                (Al-Ankabut :64)
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). "
                                                                 (Muhammad: 36)


Maaf ku tak bisa memilih dirimu..(Times Square, Sunway Pyramid, Rafi Bistro pon bole masukkan jugak!)
Kerna kuterhanyut mencintai Dia...
Inilah (bukan) salahku.. yang memberi ruang..
di dalam hatiku untuk mencintai Dia...

(maaf, tak tau la lirik dia betol ke tak? hehe..)

Seringkali saya nelihat gelagat rakan-rakan saya yang pulang lewat malam kerana pergi melepak bersama teman yang lain. Saya berfikir, ini bukanlah lukisan saya. Saya tak mahu lukisan ini. Wo Buyao! Wo Buyao!
Kerana apa? Inilah jawapan saya.

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
                                                                                     (As-Syams: 7-10)

Allah telah mengilhamkan setiap jiwa makhluk yang bernama manusia dengan dua ilham, ilham kefasikan dan ilham ketaqwaan. Pilihlah wahai manusia! Pilihlah! pokok kek ko la... mahu memilih Sunway Pyramid? Pilihlah! tapi adakah kamu mahu menjadi manusia yang rugi? Sudah tentu tidak! Jangan jadi orang yang rugi! Oh! Orang rugi yag saya maksudkan di sini ialah orang yang melepak tak tentu hala, tak sedar bila nak mati, tak sedar Raqib dan Atid sentiasa memerhati, asyik nak masuk akaun kiri sahaja! Bila lagi nak masuk akaun kanan??

Bahagia. Saya juga ingin bahagia. Namun, tahukah anda, kebahagiaan itu terletak pada redha Allah dan sebahagian lagi bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Cara berfikir? macam mana tu? Dari situlah keikhlasan memainkan peranan yang penting untuk mencari kebahagiaan..

"Allah tidak melihat banyaknya amalan kamu. Tapi Dia melihat keikhlasan kamu. Sedangkan ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.."




Dunia sebagai ladang
"Memandang dunia sebagai ladang, maka dunia adalah masa bekerja. Akhiratlah kampung kerehatan untuk jiwa-jiwa yang percaya kepada-Nya. Inilah yang mampu menggerakkan seorang manusia, menolak dirinya untuk mengisi kehidupannya dengan sesuatu yang bermakna buat dirinya, dan juga orang lain.
Selepas berjaya menundukkan rasa suka hendak bersenang lenang, di situlah baru datangnya rasa ingin berkorban. Nafsu ibarat penjara bagi jiwa. Bila ditundukkan nafsu itu, ibarat penjara jiwa itu berjaya dimusnahkan. Ketika itu, barulah kita mampu hendak berkorban. Dan perkara pertama yang perlu dikorbankan selepas nafsu adalah masa lapang."
(dipetik dari blog Langit Illahi, " Kesempitan Waktu Yang Menghidupkan" )
Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak mempunyai masa.. Sesungguhnya setiap tarikan nafasmu ibarat permata, maka hargailah setiap tarikan nafasmu.. siapa tahu, tarikan nafasmu pada hari ini ialah tarikan nafas yang terakhir?? Allaahuakbar!!

-SALAM AIDILADHA-
p/s: alhamdulillah, makin banyak korban tahun ni. lembu, kambing, unta sudah berkorban untuk perut kita. bila lagi kita ingin berkorban untuk Allah dengan IKHLAS??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...