Sunday, May 29, 2011

Keadilan Yang Sirna

Mendengar berita mengenai penangkapan Ratko Mladic, penjenayah perang yang bertanggungjawab dalam pembantaian rakyat Bosnia dalam misi pembersihan etnik untuk melakar peta berdarah Balkan. Kini, beliau sedang menjalani sesi ekstradisi bagi menghadapi tempoh pengadilan beliau di tribunal jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda.

Penjahat Perang Bosnia, Ratko Mladic Ditangkap di Serbia
Ratko Mladic

Penangkapan beliau membuatkan saya mengingati semula penangkapan bos beliau, yakni Radvan Karadzic, yang berjaya ditangkap pada tahun 2008 setelah menjadi buruan internasiaonal selama hampir 16 tahun. Saya menyelongkar semula di internet untuk mengingati semula memori penagkapan beliau. Memetik berita Utusan Malaysia, Julai 2008 :

Radvan Karadzic , 1994
Ketika beliau ditangkap, 2008
"Selepas 13 tahun hidup sebagai pelarian dia akhirnya berjaya ditangkap yang mebawa kepada tertutupnya salah satu buku tebal mengenai jenayah perang dan kemanusiaan paling kelam dalam sejarah moden ketamadunan manusia.Tentunya, dalam senarai penjenayah perang Bosnia, Radvan Karadzic merupakan antara nama paling atas sebagai manusia paling dikehendaki. 
Selepas menyamar sebagai seorang doktor berjanggut tebal dan putih serta berkaca mata hitam dan bertahun-tahun hidup bebas dengan identity baru, dia akhirnya berjaya ditangkap pada malam hari isnin lalu dipinggir Belgrade.Pihak berkuasa Serbia dikatakan menunggu beberapa minggu untuk menangkapnya selepas mendapat maklumat daripada perisikan asing mengenai penyamaran dan tenpat persembunyian lelaki ini. 
Sama ada pernah berada kesala tau tidak terhadap kejahatan yang dilakukan selama ini, dia kini menunggu hari untuk berdepan dengan pengadilan di hadapan tribunal jenahyah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda. 
Pastinya semua sudah maklum setiap pendakwaan yang diadakan tidak pernah membebaskan individu tertuduh dan nasib bekas Presiden Republik Serbia tidak susah untuk dijangkakan.Cuma bezanya kehidupan dia dipenjara kelak jauh lebih baik berbanding berpuluh-puluh ribu tahanaan yang merasai segala azab dan derita dunia semasa watak antagonis kemanusiaaan ini bermaharajalela. 
Sama ada hukuman yang akan diterima adil atau tidak, ia bukan lagi persoalan, sedangkan segala perilaku dan perbuatannya sepanjang 1992-1995 dianggap lembaran paling gelap dalam sejarah hitam dunia. 
Jika angka yang menjadi perkiraan, maka kira-kira 200 000 nyawa, kebanyakannya penduduk Islam Bosnia dan Croat telah menemui ajal secara kejam dan hina. Selain lebih 1.8 juta menjadi pelarian di tanah tumpah sendiri, dalam usaha dia melakar peta baru rantau Balkan dengan warna darah atas tahanan nasionalis sempit untuk mewujudkan sebuah negara untuk Bangsa Serbia. 
Andai sejarah menjadi saksi, maka Karadzic seorang doctor berfahaman nasionalis serta merupakan seorang penyajak , bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai paling besar selepas Perang Dunia Kedua. 
Di tangan lelaki kelahiran Petnjica di wilayah Montenegro ini, lebih 8,000 lelaki Islam dibunuh secara kejam di Sebrenica hanya dalam insiden tunggal pada Julai 1995, sekaligus mengangkat andaian kenapa dia selayaknya digelar ‘penyembelih Balkan.’ Demikian juga tindakan Karadzic bersama-sama komander tenteranya, Ratko Mladic melancarkan kepungan ke atas Sarajevo selama 44 bulan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk awam terbunuh. 
Sepanjang tempoh kepungan tersebut, pengganas Serbia telah menjadikan penduduk awam sebagai sasaran tembakan senjata berat dan penembak tepat dengan tujuan mendatangkan maut dan kecederaan, Tidak ada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat kekejaman yang dilakukan, namun sebagai Presiden Serbia pada masa itu, dia dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya merancang dan mengarahkan pembunuhan, pengusiran dan penyeksaan secara sistematik."
Keadilan Yang Sirna

Mengapa saya mengungkit kembali sejarah silam ini? Pastinya saya mempunyai sebab yang sangat rasional dalam membangkitkan semula memori pahit bagi Umat Islam ini. Jika kita ingin mengatakan Radvan Karadzic dan Mladic sebagai kejam, tidak bertamadun, tetapi, jangan lupa, penjenayah perang terbesar pada abad ini masih lagi bebas dan semakin rancak merencana kekejaman seterusnya.

Siapakah lagi kalau bukan algojo-algojo Rejim Zionis? Kekejaman mereka sudah jelas dan ternyata tercatat dalam sejarah.

11 Julai 1920 : Zionis membunuh lebih 400 rakyat Palestin di Ludd.

20 Ogos 1948 : Zionis membunuh 360 orang awam Palestin di Beit Daaris dalam usaha mengusir mereka dari bumi Palestin.

15 Oktober 1952 : Zionis membunuh lebih 156 penduduk kampung Qubaiyyah untuk menguasai dan menduduki kawasan tersebut.


16 September 1982 : Peristiwa penyembelihan umat Islam seramai 3,000 orang di Shabra dan Shatilla oleh tentera Zionis yang dipimpin oleh Ariel Sharon.

22 Julai 2002 : Tentera Zionis membunuh rakyat Palestin beramai-ramai di Hayy al-durj. Antara yang terbunuh ialah ketua Hamas cawangan Gaza, Syeikh Solah Syahadah.


12 Oktober 1956 : Zionis membunuh 275 penduduk Palestin di Khan Yunis untuk menawan kawasan tersebut.

Ini hanyalah senarai pendek dan cukup ringkas tentang kekejaman Zionis , jika ingin saya senaraikan semuanya, alamatnya sampai esok pon saya tak habis tulis, mungkin bukan esok, mungkin lusa, atau tulat, atau minggu depan. (kerana sanggggaaaaaaat banyak)

Namun, persoalannya ialah, mengapa kekejaman mereka seolah-olah direstui oleh masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi PBB yang hanya mampu melemparkan kutukan keras yang kaku tanpa reaksi fizikal yang mampu menamatkan episod penderitaan ini? Ariel Sharon, Shimon Peres, Ehud Olmert. Netanyahu, Ehud Barak, tidak pernah dihadapkan ke The Hague. Mungkinkah nyawa ribuan umat Islam yang terbunuh di Palestin sangat murah ibarat nyawa semut yang mati dipijak gajah? Hanya ingin menghalalkan pembunuhan ini dengan menggunakan alasan tragedi Holocaust merupakan alasan yang sangat rapuh kerana sesungguhnya Hitler telah mati dan tidak mungkin hidup kembali. Tapi, malangnya, rakyat Palestin yang terpaksa menanggung derita akibat kerakusan dan ketamakan Zionis.

Jika ingin menyebut tentang kekejaman mereka, mana mungkin kita melupakan sahabat Israel, yakni US. Jika kita menafikan hubungan Amerika dan Israel ia umpama kita menafikan kemunculan matahari di waktu siang dan kegelapan pada waktu malam. Lebih daripada 40 veto telah digunakan oleh Amerika di dalam perhimpunan-perhimpunan Majlis Keselamatan (Security Council) PBB jika ada saja usul untuk mengenakan tindakan terhadap keganasan Israel.

Di mana keadilan ini? Lidah yang mengungkap bicara persoalan tanpa berbekas di hati untuk melakukan sesuatu demi mengakhiri episod pengkianatan ini tidak cukup. Saudara-saudara, kita perlu melakukan sesuatu. Lakukan apa? Ah, bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri. Atau kata yang lebih manis bak kata ustaz saya, Ustaz Ridhauddin,  we have hugh task to do.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang berjihad dengan bersungguh di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)? "(Ali-Imran:142)

Tuesday, May 10, 2011

Cinta ini....

“Kamu ni nak kawin dengan lelaki Gaza ke? Asik dengan Gaza..Gaza..Gaza... „
Aku tersengih dengan lamunan hati yang sayu..

 “Awak, lupakan pasal Gaza sekejap. Stop semua kerja tu. Sekarang focus untuk periksa.”

Dalam hatiku membisik,
“Mana mungkin aku dapat melupakan tangisan anak kecil Palestin yang melaungkan penderitaan keseksaan mereka dibawah kerakusan algojo Zionis itu?”

Ketika peristiwa Freedom Frotilla pada bukan Mei lepas di mana Malaysia meruoakan antara sebuah negara yang terlibat dalam menghantar misi kemanusiaan ke gaza, aku menjadi tak keruan, hampir sepanjang masa menghadap skrin komputerku sambil mengulangi menekan butang ‘REFRESH” untuk mengetahui perkembangan twitter dan Facebook misi freedom frotilla. Doaku panjatkan sepanjang masa agar Allah melindungi pejuang-pejuang agamaNya. Hatiku sedih yang teramat sedih apabila mengetahui betapa kasihnya para sukarelawan bekorban meninggalkan keluarga tercinta demi mencapai matlamat menerobos tembok Gaza walaupun pada hakikattnya mereka sendiri mengetahui lambaian mereka kepada tanahait mungkin akan menjadi lambaian terakhir. Ada juga dikalangan mereka yang sanggup membelikan barang-barang mainan untuk kanak-kanak Palestin pada saat-saat terakhir sebelum berangkat. Oh, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Dalam pada itu….

Aku sangat-sangat kecewa melihat beberapa orang rakan aku yang tanpa segan silu meratah drumstick ayam KFC walaupun pada hakikatnya mereka mneyedari bahawa mereka telah menyumbangkan sebutir peluru untuk menembusi daging-daging mujahideen Palestin yang dahagakan syahid. Aku kecewa bila mana aku ingin menegakkan perkara yang haq, dikatakan aku sebagai seorang yang kolot dan tidak relevan. Hei, jangan tertipu dengan laungan manis semarak jihad dibibir, tapi lidahmu sedap meratah ayam KFC sehingga air liur meleleh!!! (ah,, pedasnya.. siapa suruh awak makan ayam goreng spicy??)

Selepas anda melihat gambar-gambar ini, adakah anda masih menginginkan cheese burger McD??














semarak jihad




Cintaku pada peminang bidadari syurga~

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Beberapa orang sahabatku sering bertanya kepadaku mengapa aku sangat meminati seorang lelaki tua yang lumpuh , yakni Sheikh Ahmad Yassin ? aku sering meletakkan gambarnya menjadi profil Facebook ku termasuk gambar wallpaper handhone ku. Ye, aku mengaku aku telah jatuh cinta kepada mujahid ini. Aku mula menyanjugi beliau semenjak timbalan presiden badar di sekolahku, Kak Nadhirah memperkenalkan aku kepada beliau. Setelah mengenali susuk tubuh itu, hatiku menjadi luluh, lantaran mengenangkan betapa kerdilnya aku berbanding beliau. Malah boleh dikatakan seringkali apabila aku mengingati beliau , air mataku menitis mengenangkan renungan matanya yang mengharapkan umat Islam mendengar ratapan hatinya untuk terus menyambung perjuangannya demi Islam yang tercinta. Walaupun hanya memunyai lidah sahaja yang mampu berbicara, matanya buta, telinganya pekak, badannya lumpuh lantaran diseksa zionis laknatullah, namun semarak perjuangannya menggegarkan bumi Israel hingga menyebabkan beliau syahid dibom oleh Zionis dengan penghantaran peluru berpandu dari roket Apache semasa beliau dalam perjanalan pulang dari solat berjemaah. Pemerigian beliau ditangisi oleh seluruh umat Islam, perginya sekuntum bunga yang mengharumkan perjuangan jihad menegakkan agamanya di bumi Palestin. Malah, ketika jenazah as-Syahid ditemui, wajahnya berseri , walaupun tubuhnya hancur, namun jenazahnya harum mewangi ibarat haruman kasturi.. itulah tanda kekuasaan Allah kepada seorang pencinta keredhaanNya.


Pemergian Sheikh Ahmad Yasin bukanlah penamat kepada episod kebangkitan rakyat Palestin membebaskan Al-Quds, namun pemergiannya telah menyemarakkan lagi roh jihad pejuang agamaNya. Sahabat as-Syahid, Dr. Aziz Abdullah Rantisi, menyambung perjuangan beliau dengan siap-siaga menjulang api perlawanan. Perjuangan bukanlah untaian kata-kata indah yang dicurahkan di atas lembaran kertas, sedangkan jiwa kosong, sarat dengan penyakit kedekut, malas dan penakut. Tangisan Gaza adalah tangisan para mujahid di mana-mana belahan dunia Islam. Tangisan Gaza perlu disertai dengan kekuatan pencinta jihad, bukan hanya luahan rasa kasihan semata bersama dendangan lagu Inteam!!


Seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Aziz Rantisi ujian yang diterima oleh beliau sangat hebat. Menjadi lumrah seorang pejuang, bukan mudah untuk membeli syurga, harganya terlalu mahal, maka, nyawa, jiwa dan darahnya akan menjadi maharnya. Dr. Aziz Rantisi , seorang cendekiawan, doctor pakar pembedahan yang juga digelar doctor rakyat atas keprihatinan beliau dalam membela rakyat, Penjara tembok besi sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya. Beliau sering dipenjarakan oleh Israel atas dakwaan meredam kebangkitan anak-anak muda Pakestin dalam menentang penjajah Israel. Penjara bukanlah tembok bisu yang tidak berkutik, melainkan gobok pertapaan yang menguatkan semangat untuk terus berjuang. Dekad 1990-an telah merakamkan sejarah di mana beliau keluar-masuk penjara, malah pernah dibuang daerah ke kawasan perbukitan yang sangat sejuk apabila tiba musim sejuk, apatah lagi dipaksa duduk dalam khemah tanpa pemanas dan alat-alat keperluan lain. Meskipun beliau seorang doctor pakar dengan kelulusan Master di Universiti Iskandariah Mesir, kemewahan bukanlah terkandung dalam kamus hidup beliau keran hidupnya sudah dibaiahkan dengan rasa kecintaan kepada perjuangan jihad membebaskan bumi Al-Aqsa.

As-Syahid Aziz Rantisi

"aku telah bersedia untuk kesyahidan.. Aku merindui Sheikh Ahmad.. Perjuangan ini telah kusediakan penjara dan darahku sebagai taruhan.. “ Rantisi perlahan mengucapkan tugu keazaman".



Menjadi ketua bukanlah untuk meraih kekayaan atau populatiti. Tetapi ia adalah segunung pengorbanan. Maha suci Allah yang Maha Mendengar rintihan hambaNya, beliau menemui kesyahidan pada 14 April 2004, bersama Akram Nisar dan Al-Ghurrah, iaitu dua anggota HAMAS yang sentiasa mendampingi Rantisi. Takbir dan laungan tayyibah menghantar mereka ke pusara. Air mata dunia Islam tidak mahu lagi ditahan dengan pemergian mutiara Al-Quds ini.


Perjuangan seorang mujahid bukanlah dibentangi dengan permaidani merah yang indah untuk mempersilakan langkahan  dengan kebanggaan, namun perjuangan seorang mujahid perlu dibentangi dengan permaidani serpihan kaca, sakitnya kaki yang melangkah diiringi dengan keuutuhan kepercayaan kepada janji-janji Allah.

 Syeikh Ahmad Yassin bersama sahabatnya, Dr. Aziz Rantisi

Aku meneliti hatiku sendiri. Ye, aku menyedari aku tidak setanding dengan mereka. Namun aku mengharap, warisan perjuangan mereka akan terus menghiasi ruang hidupku untk terus thabat di jalan ini. Ye, jalan ini mewajibkan aku untuk merasa sakit, perit, penat, letih, tapi syurga Allah menjadi matlamat, malu sungguh rasanya untuk aku mengungkapkan sebutir rasa rintihan kalimah putus asa dalam perjuangan ini. Ya Allah, pilihlah aku menjadi mujahidah terpilih untuk kau sertakan dalam perjuangan meraih keredhaanMu.. hadirkanlah rasa cintaku kepada perjuangan ini… kasihanilah diri ini yang mengharap secebis rasa kasih sayangMu…

Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana ala ddinik wa ala thoatiq…

P/s : fyi, sy tengah exam… huhu.. rabbi yassir wa la tu a'ssir ya Karimmm..

Thursday, May 5, 2011

Peminang Bidadari Syurga~

Pada 17 April 2004, pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2011 ini genaplah tujuh tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya, beliau dengan hati penuh harap berkata, “Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Allah. Inilah puncak harapanku..”
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache.”
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-Syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan rasulNya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah.
Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi. Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan.
Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.
Kelembutan as-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan, “Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?” Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar, “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT, “Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
As-Syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
Pengarah PACE 


p/s : Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...