“Kamu ni nak kawin dengan lelaki Gaza ke? Asik dengan Gaza..Gaza..Gaza... „
Aku tersengih dengan lamunan hati yang sayu..
“Awak, lupakan pasal Gaza sekejap. Stop semua kerja tu. Sekarang focus untuk periksa.”
Dalam hatiku membisik,
“Mana mungkin aku dapat melupakan tangisan anak kecil Palestin yang melaungkan penderitaan keseksaan mereka dibawah kerakusan algojo Zionis itu?”
Ketika peristiwa Freedom Frotilla pada bukan Mei lepas di mana Malaysia meruoakan antara sebuah negara yang terlibat dalam menghantar misi kemanusiaan ke gaza, aku menjadi tak keruan, hampir sepanjang masa menghadap skrin komputerku sambil mengulangi menekan butang ‘REFRESH” untuk mengetahui perkembangan twitter dan Facebook misi freedom frotilla. Doaku panjatkan sepanjang masa agar Allah melindungi pejuang-pejuang agamaNya. Hatiku sedih yang teramat sedih apabila mengetahui betapa kasihnya para sukarelawan bekorban meninggalkan keluarga tercinta demi mencapai matlamat menerobos tembok Gaza walaupun pada hakikattnya mereka sendiri mengetahui lambaian mereka kepada tanahait mungkin akan menjadi lambaian terakhir. Ada juga dikalangan mereka yang sanggup membelikan barang-barang mainan untuk kanak-kanak Palestin pada saat-saat terakhir sebelum berangkat. Oh, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.
Dalam pada itu….
Aku sangat-sangat kecewa melihat beberapa orang rakan aku yang tanpa segan silu meratah drumstick ayam KFC walaupun pada hakikatnya mereka mneyedari bahawa mereka telah menyumbangkan sebutir peluru untuk menembusi daging-daging mujahideen Palestin yang dahagakan syahid. Aku kecewa bila mana aku ingin menegakkan perkara yang haq, dikatakan aku sebagai seorang yang kolot dan tidak relevan. Hei, jangan tertipu dengan laungan manis semarak jihad dibibir, tapi lidahmu sedap meratah ayam KFC sehingga air liur meleleh!!! (ah,, pedasnya.. siapa suruh awak makan ayam goreng spicy??)
Selepas anda melihat gambar-gambar ini, adakah anda masih menginginkan cheese burger McD??
Beberapa orang sahabatku sering bertanya kepadaku mengapa aku sangat meminati seorang lelaki tua yang lumpuh , yakni Sheikh Ahmad Yassin ? aku sering meletakkan gambarnya menjadi profil Facebook ku termasuk gambar wallpaper handhone ku. Ye, aku mengaku aku telah jatuh cinta kepada mujahid ini. Aku mula menyanjugi beliau semenjak timbalan presiden badar di sekolahku, Kak Nadhirah memperkenalkan aku kepada beliau. Setelah mengenali susuk tubuh itu, hatiku menjadi luluh, lantaran mengenangkan betapa kerdilnya aku berbanding beliau. Malah boleh dikatakan seringkali apabila aku mengingati beliau , air mataku menitis mengenangkan renungan matanya yang mengharapkan umat Islam mendengar ratapan hatinya untuk terus menyambung perjuangannya demi Islam yang tercinta. Walaupun hanya memunyai lidah sahaja yang mampu berbicara, matanya buta, telinganya pekak, badannya lumpuh lantaran diseksa zionis laknatullah, namun semarak perjuangannya menggegarkan bumi Israel hingga menyebabkan beliau syahid dibom oleh Zionis dengan penghantaran peluru berpandu dari roket Apache semasa beliau dalam perjanalan pulang dari solat berjemaah. Pemerigian beliau ditangisi oleh seluruh umat Islam, perginya sekuntum bunga yang mengharumkan perjuangan jihad menegakkan agamanya di bumi Palestin. Malah, ketika jenazah as-Syahid ditemui, wajahnya berseri , walaupun tubuhnya hancur, namun jenazahnya harum mewangi ibarat haruman kasturi.. itulah tanda kekuasaan Allah kepada seorang pencinta keredhaanNya.
Pemergian Sheikh Ahmad Yasin bukanlah penamat kepada episod kebangkitan rakyat Palestin membebaskan Al-Quds, namun pemergiannya telah menyemarakkan lagi roh jihad pejuang agamaNya. Sahabat as-Syahid, Dr. Aziz Abdullah Rantisi, menyambung perjuangan beliau dengan siap-siaga menjulang api perlawanan. Perjuangan bukanlah untaian kata-kata indah yang dicurahkan di atas lembaran kertas, sedangkan jiwa kosong, sarat dengan penyakit kedekut, malas dan penakut. Tangisan Gaza adalah tangisan para mujahid di mana-mana belahan dunia Islam. Tangisan Gaza perlu disertai dengan kekuatan pencinta jihad, bukan hanya luahan rasa kasihan semata bersama dendangan lagu Inteam!!
Seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Aziz Rantisi ujian yang diterima oleh beliau sangat hebat. Menjadi lumrah seorang pejuang, bukan mudah untuk membeli syurga, harganya terlalu mahal, maka, nyawa, jiwa dan darahnya akan menjadi maharnya. Dr. Aziz Rantisi , seorang cendekiawan, doctor pakar pembedahan yang juga digelar doctor rakyat atas keprihatinan beliau dalam membela rakyat, Penjara tembok besi sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya. Beliau sering dipenjarakan oleh Israel atas dakwaan meredam kebangkitan anak-anak muda Pakestin dalam menentang penjajah Israel . Penjara bukanlah tembok bisu yang tidak berkutik, melainkan gobok pertapaan yang menguatkan semangat untuk terus berjuang. Dekad 1990-an telah merakamkan sejarah di mana beliau keluar-masuk penjara, malah pernah dibuang daerah ke kawasan perbukitan yang sangat sejuk apabila tiba musim sejuk, apatah lagi dipaksa duduk dalam khemah tanpa pemanas dan alat-alat keperluan lain. Meskipun beliau seorang doctor pakar dengan kelulusan Master di Universiti Iskandariah Mesir, kemewahan bukanlah terkandung dalam kamus hidup beliau keran hidupnya sudah dibaiahkan dengan rasa kecintaan kepada perjuangan jihad membebaskan bumi Al-Aqsa.
As-Syahid Aziz Rantisi "aku telah bersedia untuk kesyahidan.. Aku merindui Sheikh Ahmad.. Perjuangan ini telah kusediakan penjara dan darahku sebagai taruhan.. “ Rantisi perlahan mengucapkan tugu keazaman". |
Perjuangan seorang mujahid bukanlah dibentangi dengan permaidani merah yang indah untuk mempersilakan langkahan dengan kebanggaan, namun perjuangan seorang mujahid perlu dibentangi dengan permaidani serpihan kaca, sakitnya kaki yang melangkah diiringi dengan keuutuhan kepercayaan kepada janji-janji Allah.
Syeikh Ahmad Yassin bersama sahabatnya, Dr. Aziz Rantisi |
Aku meneliti hatiku sendiri. Ye, aku menyedari aku tidak setanding dengan mereka. Namun aku mengharap, warisan perjuangan mereka akan terus menghiasi ruang hidupku untk terus thabat di jalan ini. Ye, jalan ini mewajibkan aku untuk merasa sakit, perit, penat, letih, tapi syurga Allah menjadi matlamat, malu sungguh rasanya untuk aku mengungkapkan sebutir rasa rintihan kalimah putus asa dalam perjuangan ini. Ya Allah, pilihlah aku menjadi mujahidah terpilih untuk kau sertakan dalam perjuangan meraih keredhaanMu.. hadirkanlah rasa cintaku kepada perjuangan ini… kasihanilah diri ini yang mengharap secebis rasa kasih sayangMu…
Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana ala ddinik wa ala thoatiq…
P/s : fyi, sy tengah exam… huhu.. rabbi yassir wa la tu a'ssir ya Karimmm..
No comments:
Post a Comment