Sudah lama jari jemari saya tidak menari-nari di blog ini. Sudah berhabuk dah. Minta maaf blog-blog jiran, andai habuk blog saya mencemarkan blog anda. Jom tiup sikit habuk-habuk ni ke tepi. Fuuuhhh~
Maaf merepek sebentar. Sebelum saya teruskan kalimah perjuangan saya, izinkan saya memberi amaran terlebih dahulu bahawa apa yang bakal saya nukilkan ini bakal menyebabkan anda terjun bangunan tingkat 18. *angkat tangan tutup mata*
*****************************************************************
Luah hati seorang sahabat,
"Ana perlukan seorang ketua! Ana perlukan seorang pemimpin! Seorang lelaki yang benar-benar boleh memimpin!"
Aku terkelu seketika. Menatap wajahnya dalam-dalam. Disebalik sinar matanya itu tersinar sebuah pengharapan yang sangat besar untuk ummah ini. Disebalik suara mujahidah berlesung pipit itu, aku merasakan suatu bebanan yang ditanggung oleh dirinya lantaran bebanan tanggungjawab dakwah yang diperlu dipikul dengan segenap jiwanya. Namun api yang bersemarak pun boleh malap andai ada angin yang bertiup. Lantaran kekecewaan dengan lembiknya para mujahid di medan islami.
Aku menghidu keharuman wangian tarbiyyah yang mengalir di teratak ilmu ini. Melihat semakin ramai muslimat yang datang menunaikan solat jemaah di samping menadah titisan ilmu di surau, subhanallah, tiada pandangan yang lebih indah dari ini. Para muslimat sangat aktif dalam beraktivis menyebarkan fikrah dan dakwah, tidak mengira masa dan ketika, risalah kekasih agung, Rasulullah s.a.w ini perlu diteruskan.
Perjuangan bukanlah satu pilihan. Tapi ia suatu kewajipan. No excuse, okay!
Wadah-wadah perbincangan kritikal yang bukan sahaja berkisar tentang persoalan tipikal para muslimat malahan persoalan isu semasa seperti politik, tanggungjawab dakwah dan perjuangan gerakan Islam mesra mengisi atmosfera Kolej Akasia Sek. 18 ini. Aku bangga dengan ketelusan dan keterbukaan mereka dalam berbicara tentang isu-isu krtikal seperti ini. Alhamdulillah, semoga aku dan mereka akan terus beristiqomah dengan jalan ini.
Sementara itu, dalam keindahan tarbiyyah menghiasi suasana, masih ada insan-insan berjiwa gersang "seberang sana" yang sibuk mencurah perasaan suka-suki, bermimpi-mimpi berbaitul muslim, padahal jiwa masih belum marak terisi, wadduhh, apa korang ingat perjuangan ini hanya sekadar hobi? HAmboiii....
Maksiat lincah bertinju sana-sini, umat Syria berjuang antara menang atau mati, Palestin bertaruh nyawa membela bumi suci, korang pulak meriah bercintan-cintun pendam dalam hati?? Hei.. kamon la brother...
Di mana Saidina Umar dalam diri kamu wahai muslimin?
Aku melihat kuantiti muslimin yang berkecimpung dengan aktif di medan dakwah sangat sedikit. Dan aku merasakan, dalam kesedikitan ini, hanya beberapa orang sahaja yang layak mendapat pengiktirafan "umph!". Campur tolak dengan mereka yang tersungkur kerana muslimat? Jeng,jeng,jeng. Cuba kira.
Muamalat yang tidak terjaga yang dibawa bersama ke jalan dakwah, aku bimbang kalian (para muslimin) yang akan merealisasikan sendiri sabda Rasulullah s.a.w,
"Tidak ada fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
Berurusan dengan ajnabi melebihi yang sepatutnya, bergambar bersama mesra-mesraan gitu, aku khuatir, produk daie yang bakal dilahirkan melalui wadah ini. Wadah yang tidak diadun dengan acuan taqwa, bagaimana ingin melahirkan daie penerus risalah dakwah di zaman fitnah dajjal ini? Barangkali profesional sering dijadikan alasan untuk mendekati jiwa-jiwa yang gersang, erm, yap. Barangkali anda lebih profesional daripada syaitan yang sangat profesional dalam menjerat jiwa-jiwa gersang untuk terperangkap dalam jerat ikhtilat.
"Wahai umat manusia! sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan KAMI telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha mendalam Pengetahuan NYA." (Al-Hujurat : 13)
Mujahid Harapan?
Aku hampir sahaja tergelak, okay jujur, tak gelak, nangis sikit-sikit, apabila melihat sekumpulan muslimin yang berusrah dengan membawakan tajuk yang berkisar tentang persoalan yang mungkin agak berat. Dan akhirnya, usrah mereka bertukar untuk membicarakan tentang persoalan cinta. Kenapa ye? Katanya, topik itu agak berat. Seberat manakah itu? Mungkin sahaja lebih berat dari topik Calvin cycle dan Kreb Cycle. sila tanya Haji Google kalau tak tau. Mereka tau macam-macam.Mungkin sahaja mereka kekeringan poket untuk membeli bahan bacaan yang berat untuk membantu pengisian usrah. Yap. Mungkin sahaja kan?
Mungkin sahaja kaki mereka sangat berat untuk menyelongkar buku-buku pemikiran dinamik yang sangat berserabut di perpustakaan. Yap. Mungkin.
Mungkin sahaja otak mereka sudah berat terisi dengan pembelajaran akademik formal hinggakan tiada ruang kapasiti langsung untuk mereka mereka menghubungkaitkan neuron-neuron untuk pembelajaran kritikal. Main game boleh la. Yap. Mungkin kan?
Mungkin. Mungkin. Mungkin. Betapa banyak mungkin? Tolong sambung list saya andai ada lagi "mungkin".
Eh, ada lagi mungkin lah.
Mungkin sahaja mereka bersifat tawaduk dan zuhud, agar segala ilmu yang dipelajari membawa berkat dalam kehidupan mereka. Maklumlah, kita ni kena low-profile. Jangan menonjol sangat. nanti timbul fitnah. Tak baik tau. Dahlah mereka hensem-hensem. *nak muntah*
Ada antara kalian yang lebih zuhud dari Saidina Umar, sehingga syaitan-syaitan juga takut untuk menelusuri jalan-jalan yang dilalui oleh beliau?
Aisyah RA pada suatu ketika melihat sekumpulan pemuda yang berjalan dalam keadaan sangat lemah, pucat dan kelihatan malas. Beliau bertanya: “Siapakah mereka itu?” Para sahabat menjawab: “Mereka itu adalah kumpulan ahli ibadat.” Kemudian Aisyah RA berkata: “Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya Umar bin al-Khattab RA adalah orang yang lebih bertakwa dan lebih takut kepada Allah SWT berbanding mereka itu. Kalau beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat dan tangkas. Apabila bercakap, beliau dalam keadaan berwibawa, jelas kedengaran percakapannya dan apabila beliau memukul, pukulannya terasa sakit.”
Hah, itulah teguran Saidatina Aisyah kepada pemuda-pemuda Islam yang lemah longlai. Jadi, apa masalah dengan kalian??
Kalian sendiri sedia maklum betapa tinggi darjat kalian berbanding wanita di dalam Al-Quran sebagai pelindung wanita. Firman Allah dalam Surah Nisa': 34,
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana ALLAH telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka”.
Mengapa Allah memberikan darjat yang tinggi kepada kalian? Kerana kalian telah dikurniakan oleh ALLAH dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.
Ingat, bahawa kami (para wanita) adalah amanah bagi kalian. Peliharalah sifat malu yang ada pada kami, kerana itulah aset yang berharga yang ada pada diri seorang muslimat. Takutlah kamu akan beratnya amanah ini, seperti sabda Rasulullah,
“Takutlah kamu kepada ALLAH dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah ALLAH.”
(Hadis Yang Diriwayatkan Oleh: Muslim)
Bukan kemachoan kamu yang kami mahukan. Bukan ke"gentle"an kamu yang kami idamkan. Bukan ke"caring"an kamu yang umat ini kemarukkan. Mungkin sahaja benar sifat-sifat ini yang diidamkan oleh wanita, namun cara kamu memanifestasikannya di lubuk fitnah adalah salah! Serius aku kata, salah! *Geleng kepala* Astaghfirullah.
Tahu apa yang diidamkan oleh umat ini?
Mujahid yang tunduk pandangannya kerana hormatnya kepada waniita.
Masanya terisi dengan melunaskannya di atas titian Nabi.
Pembicaraan mereka adalah tentang “jihad”.
Mereka menuntut ilmu hingga terbukalah hijab yang menyelimuti hati mereka, hilang kegelapannya yang diganti dengan fajar tauhid dan terpancar di dalamnya matahari keyakinan.
Jalan di hadapan mereka menjadi terang benderang, malamnya laksana siang.
Hati dan jiwa mereka bangkit memperolehi al-Haq, dan meninggalkan selainNya.
Apa pasal macam high class gila taste kami ni??
Dah kata syurga tu mahal, dan harganya tidak lain dan tidak bukan adalah perjuangan dan pengorbanan untuk mengharap redhaNya.
"Tidaklah seseorang itu menjadi lemah atau terlambat di atas jalan ini kecuali kerana kecintaannya yang sedemikian besar pada kehidupan, keabadian serta kecintaannya pada pujian manusia dan usaha menjauhi kecaman mereka."
Ingatlah, semakin sukar jalan yang ditempuhi ini, berbanggalah, kerana jalan ini semakin mirip dengan titian Nabi. :)
Waraqah bin Naufal pernah berkata kepada Nabi saw :
“Engkau pasti akan didustai, diusir dan disiksa.”
Kemudian baginda bersabda :
‘Tidak seorangpun yang datang sebagaimana yang aku perjuangkan kecuali ia akan mengalami keadaan serupa dengan apa yang ku alami.”
Keperluan Muslimat Berjiwa Besi
Namun, melihat kepada para mujahid yang kurang proaktif di medan ini, aku merasakan, penstrukturan semula prinsip aku perlu digariskan semula dengan merujuk Fiqh Dakwah yang sesuai dengan zaman fitnah ini.
Seperti apa yang dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal,
GADIS SEMASA adalah gadis yang hidup di era fitnah Dajjal.
Justeru, zaman memerlukan bukan wanita lemah lembut sopan longlai yang ’jinak’.
Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pemikirannya tajam. Namun tajamnya tidak sampai meluka!
Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pendiriannya teguh. Tetapi keyakinan dan teguhnya dia tidak sampai jadi taassub.
Kita memerlukan GADIS SEMASA yang pembawaannya degil. Tetapi degilnya tidak sampai tidak boleh diajar.
Jati dirinya tepat dengan pertimbangan semasa, di atas neraca Al-Quran, al-Sunnah, serta Fitrah kemanusiaan yang diperkasa.
Wah! Hebatnya Gadis Semasa! :)
*********************************************************
Alhamdulillah, ternukil jua apa yang terbuku dalam hati aku sejak sekian lama. Aku bukanlah seorang yang terbaik, aku juga masih merangkak dalam berjuang di medan tarbiyyah dan jahiliyyah. Namun, itu bukan penghalang bagiku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai player dalam medan dakwah. Seperti kata-kata Hasan Al-Basri ,
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan jua yang paling soleh dalam kalangan kamuu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseeorang itu menyampaikan dakwah apabila sempurna, maka tidak akan ada pendakwah, maka sedikitlah manusia yang mengambil peringatan. "
Salam juang kerana Ar-Rahim,
Zinnirah Humaira'
Bumi Tuhan
14/4/2012
p/s : tulisan ini adalah berdasarkan realiti di sekeliling saya. Harap maklum.
p/s : tulisan ini adalah berdasarkan realiti di sekeliling saya. Harap maklum.
Subhanallah. perkongsina yang menarik.
ReplyDeleteterkesan di sana sini.
mohon quote beberpa perenggan untuk entry akan datang :)
jazakillah ya ukht :)
bi amanillah, enshaallah
silakan ya akh. :)
Deletemoge membantu menjadi modal perjuangan.
seriously, kami pun menghadapi situasi yg hampir sama.
ReplyDeletetak tahulah nak cakap macamana.
sampaikan ada cadangan: bio la diorg kawen.
adeh!!
yati~aku rindu gila kat hang.
silalah mesej aku kerana hari tu semua no telah didelete dgn sengaja. huhu~
ko memang saje nak delete no ak kan?
Deleteceh.. hehe, insya Allah nnt ade mase ak mesej hang.
lagi sebulan ak ade exam A level ni, doakan ak ye. :) sayang hang <3
Salam yati.
ReplyDeleteLama x sembang2. Kat FB,yati kdg2 ada kdg2 xda.HP..slalu ja xda krdt kat uni ni.
Amat2 jelas ttg btapa berat tanggungjwb kita ni. Yg sy sedar,ramai yg rata2 byk idea,byk ja bincang itu ini sbg usaha dkwah, tapi gerak kerja/action x nmpak pun. am referring to myself as well. thanks for the post. reminder yg sgt diperlukan.
salam aziza. ingat kan sape la thefinaldefence ni :p
Deleteaziza... betul sgt ape yg jija cakap tu.
kalau kte nak merasa nikmat dgn tanggungjawab dakwah ni, kte kena bayangkan, seolah-olah kalau kte ada anak, yang berada dlm sebuah rumah yang terbakar. Pasti kte nak sangat selamatkan anak kte tu kan??
macam tu la dakwah. perasaan sayangkan umat Muhammad ni perlu kte tanam. jalan ni bukan mudah, tapi ia bukan satu pilihhan, tapi kewajipan yang Allah janjikan syurga bagi mereka yang ikhlas. insya Allah, semoga kte dan aziza thabat dan istiqomah sehingga nafas yg terakhir. salam sayanag kerana Ar-Rahim, Aziza Aini. =)
Ya Allah.. kau jauhkanlah aku dari fitnah wanita dan dajal~
ReplyDelete