Tuesday, February 1, 2011

Belajarlah dari Sejarah

Assalamualaikum.


Ye, saya memang pemalas nak update blog. lebih suka stalk blog orang berbanding update blog sendiri. tapi kejadian yang berlaku di Mesir baru-baru ini menyebabkan jiwa saya meronta-ronta, menjerit..


 "Oh tidak!"
 "Oh tu la pasal.. "
"Yela. Patutla.. "
"Ooo.. Iye? hek elleh.. Pesal la. "
Masya Allah. Allahu Akbar!"


Aiseh.. saya rasa macam saya syok sendiri la pulak.
Maka untuk menukarkan syok sendiri kepada syok beramai-ramai, baiklah. Saya menulis.


Adakalanya kita perlu mengimbau kembali sejarah untuk mencelikkan mata-mata yang kuyu.




Lihat dulu kronologi Peristiwa Kebangkitan Rakyat Mesir. 


Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.



Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.





(kesian Azwin Rusnan, peristiwa rusuhan tersebut betul-betul berlaku sebelah rumah beliau. Bayangkan selama ini mereka tak penah melihat kereta kebal. Akhirnya menjelma sendiri depan mata bersama pemandu-pemandunya yang kurang macho.)




Mengapa kebangkitan ini berlaku?
Untuk menggulingkan pemerintahan diktator yang zalim. Secara umumnya, rusuhan ini adalah refleksi kepada kekecewaan rakyat berpunca daripada pemerintahan Mubarak yang menjadikan rakyatnya tertindas, banyak pengangguran , rasuah dan penyelewengan dalam pilihanraya umum. Pelbagai dasar yang diperkenalkan beliau terutamanya dalam ekonomi memperlihatkan seolah-olah me"anaktiri"kan rakyat sendiri ekoran daripada dasar buka pintu yang membenarkan limpahan pelaburan pelabur asing yang sekaligus menjadikan bumi Mesir lubuk emas kepada orang luar, dan bukan kepada anak sendiri. Pelabur asing terutamanya US memiliki peratusan yang sangat besar dalam penguasaan ekonomi Mesir melebihi rakyat Mesir sendiri. Tidak hairanlah, kita melihat pelbagai gerakan bawah tanah seperti Takfir wal Jihad yang begitu agresif dalam menentang pemerintah Mesir kerana kecurangan tangan-tangan mereka sendiri.




Ye, tidak dapat dinafikan, kebangkitan ini berlaku mungkin berpunca daripada rentetan Revolusi Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintahan Ben Ali. Dan tidak dinafikan konflik politik dalaman Mesir juga menjadi faktor penting .Kedua-dua kebangkitan secara asasnya mempunyai banyak persamaan. Ye, lantaran struktur pemerintahan, latar belakang pemerintah, dasar-dasar pemerintahan, dan struktur geografi yang lebih kurang sama. 


Ini merupakan revolusi besar- besaran Negara- negara di Timur Tengah untuk mengakhiri penindasan terhadap rakyat untuk beberapa dekad lamanya di bawah pemerintahan Presiden yang zalim. Revolusi bermula di Tunisia apabila seorang rakyatnya melakukan aksi berani dengan membakar diri kerana tidak tahan lagi dizalimi dan ditindas oleh pihak penguasa Tunisia. Kemudian, bagaikan api , semarak kemarahan ini merebak ke Algeria, Jordan, Yaman, dan juga.. Mesir.

Mohamed Bouazizi, seorang penjual sayur sering ditindas dan barang jualannya sering dirampas oleh pihak penguasa akibat tidak mahu membayar wang sogokan sehingga nekad membakar dirinya kerana sudah tidak tahan lagi diberi layanan sebegitu. Kematian Mohamed menjadi pencetus kepada rusuhan di Tunisia yang berjaya menjatuhkan pemerintahan kejam Zine El Abidine Ben Ali.


Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa. 2 orang membakar diri di depan bangunan Parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di Mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.



Dan. 


Ada sesuatu yang menarik yang boleh diongsi berkenaan Mesir. GDP nya meningkat saban tahun. Tidak hairanlah kita melihat kebelakangan 2-3 tahun ini kerajaan Mesir meraih banyak anugerah ekonomi antarabangsa yang memuji kerajaan mereka dalam menguruskan eonomi negara. Namun, sebaliknya, rakyat tidak memperoleh sebarang manfaat dari anugerah-anugerah ini. Kuasa beli rakyat marhaen semain mengecil. Bukan sahaja kadar pengangguran semakin meningkat, malah harga rumah di sana takkan mampu dibeli oleh golongan miskin dan pertengahan.


sekarang, tepuk dada, tanya hati, tepuk akal, tanya minda.


Tapi, saya adalah orang Islam. Maka saya perlu memakai kaca mata Islam dalam menilai segala sesuatu. Hmm. Di sini lah kita perlu menerokai hakikat.


Jatuhnya Ben Ali, Jamal Nasser, pembunuhan Anwar Saddat dan kini. Mubarak yang terkontang-kanting bersama Omar Suleiman. 


Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 42:
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)."




Jika tiadanya kaca mata Islam ini, maka, tidak ada perbezaan antara Revolusi Timur Tengah ini dengan Revolusi Perancis, Russia yang disusuli dengan kebinasaan dan kejatuhan kerajaan, kezaliman dan kerosakan manusia yang mengerikan. 






Maka, peringatan untuk pemimpin, jika kamu berlaku zalim, maka rakyat sendiri akan menghukum kamu.


Apa yang perlu dilihat dari kaca mata Islam melalui revolusi ini?


Ye, saya melihat runtuhnya sistem nasionalisme, kapitalisme dan sosialisme. 
Ye, saya melihat tertegaknya pemerintahan Islam yang mendaulatkan syariat Allah 100%.
Ye, saya melihat runtuhnya sekatan Rafah yang menghimpit rakyat Gaza.
Ye, saya melihat suara golongan ulamak lebih lantang daripada suara umarak dalam isu pemerintahan.




Ye, itu yang saya harapkan. 
Adakah itu hanyalah fantasi semata-mata?
Sudah tentu tidak.


Jika.


MEREKA, oH! KITA. 
meletakan sendi ketundukan kepada hakikat ketaqwaan untuk menjadi tunjang kepada episod kebangkitan ini.


bukan ketundukan kepada hakikat seperti:


"ah! kami lapar!"
"ah! makanan mahal!"
"ah! top-up takde!"
"ah! kerja takde. tanam anggur sahajalah."


ketundukan kepada hakikat ini sahaja  hanyalah akan mengundang kepada semarak api kebencian terhadap golongan pemimpin, lantas memberi kesempatan kepada musuh untuk menyuntik jarum kemusnahan.


Belajarlah daripada sejarah.


Kita melihat bagaimana Anwar Saddat yang pernah menjadi anggota Ikhwanul Muslimin akhirnya hanya menjadi boneka Israel selepas peristiwa Perang Yom Kipur iaitu perang antara Mesir, Syria dan Israel. Sebelum itu, beliaulah insan yang bertanggungjawan mengakifkan semula gerakan Ikhwanul Muslimin ekoran selepas kejatuhan Jamal Nasser. 




Pada 6 Oktober 1973, benteng bar Lev diruntuhkan oleh tentera Arab yang dianggotai oleh ramai gerakan ahli Ikhwanul Muslimin. Mereka berjuang bermati-matian. kereta kebal milik Israel dimusnahkan dengan mudah. Tentera islam menampilkan semangat juang yang luar biasa. Akhirnya, mereka berjaya mencapai kemenangan lebih besar apabila ribuan tentera Israel menyerah diri. 300 buah kereta kebal Israel dimusnahkan. Akhirnya, tentera Islam mencapai kemenangan mutlak.




Namun. walaupun kemenangan sudah digemgam erat, tapi peluang ini telah dilepaskan oleh pemimpin Arab yang bercakaran sesama sendiri. Presiden Mesir ketika itu, Anwar Saddat telah dipengaruhi janji-janji manis Henry Kissinger dengan mengeluarkan arahan untuk melarang kemaraan tentera Arab lebih jauh ke dalam wilayah Israel. Kerelaan Anwar Saddat menandatangani perjanjian damai dengan tentera Israel merupakan peristiwa yang paling memalukan bagi umat Islam. 


Dendam para pejuang terhadap Anwar akhirnya menyebabkan beliau dibunuh ketika acara perbarisan tentera pada tahun 1982. Hosni Mubarak juga berada ditempat kejadian. Bahkan beliau juga mendapat kecederaan dari kejadian tersebut.


Apabila beliau meninggal dunia, tampuk pemerintahan Mesir diganti dengan seorang lagi pemimpin yang bernama Hosni Mubarak. Beliau, yang mungkin takut perkara yang sama berulang, telah mengenakan tindakan dan dasar yang lebih keras terhadap pergerakan Islam dan memakaikan undang-undang tegas keapda tubuh negara Mesir.




Sebab itu saya asyik ulang. Belajarlah daripada sejarah. Kerana sejarah pasti akan berulang. Episod yang sama tapi insan berbeza.


Untuk mencuci kaca mata Islam yang kita pilih ini, maka saya lampirkan hadis ini. dari notes Facebook seorang saudara. 


“Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.”(Sahih Muslim no.1482 Jilid 3)




Belajar lah daripada sejarah. 
Walaupun kamu mendapat B+ dalam sejarah SPM. 


Wallahu A'lam.
p/s: ini hanyalah sekadar luahan pendapat dari saya , seorang hamba yang jahil, kerdil, lagi hina. 





2 comments:

  1. 2/2/2011
    Saya dapat berita dari tv.. Hosni Mubarak akan letak jawatan bulan 9 tapi dengan bersyarat. Dengan sebab itu, pemberontakan dari rakyat makin kuat..

    =.='

    Sesungguhnya Islam telah mengajar umatnya cara yang terbaik dalam setiap perkara termasuk dalam bidang siasah.Allah SWT yang maha mengetahui telah memberikan hambanya Islam yang lengkap dan sesuai dengan fitrah manusia.Islam itu seharusnya diamalkan dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-sebesar perkara seperti pemerintahan negara. Barulah negara akan aman sentosa.Barulah sejarah seperti zaman khilafah Islamiah akan berulang semula.. Kan kena belajar dari sejarah... seperti tajuk post sahabat yang disayangi kerana Allah ni.. (^_^)
    p/s: Menanti saatnya Islam akan menang dan umat Islam akan bersatu. Dalam waktu itu, diharapkan kita tergolong dalam orang yang memenangkan Islam. Amin (^_^)

    ReplyDelete
  2. hamizah.. sayang kamu kerana Allah juga. moge Allah satukan hati kita dalam perjuangan ini.. insya Allah. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...