Aku melihat hari ini
Sebab ia adalah kehidupan, kehidupan daripada kehidupan
Dalam sekejap ia telah melahirkan berbagai-bagai hakikat daripada wujud
Nikmat pertumbuhan
Pekerjaan yang indah
Indahnya kemenangan
Kerana hari kelmarin tidak lebih daripada sebuah mimpi
Dan esok hari hanyalah bayangan
Namun, hari ini ketika aku hidup sempurna
Telah membuat hari kelmarin sebagai impian yang indah
Setiap hari esok adalah bayangan yang penuh harapan
Maka aku ingin melihat hari ini
Inilah salamku untuk fajar.
(Puisi Kalidasa, seorang penyair India)
Demi Tuhan! Engkau adalah junjunganku wahai Rasulullah, dan adapun aku ini hanya ingin meniti di atas titianmu.. |
Salam juang kuutus kepada sang fajar yang menjelang dinihari, meninggalkan diriku yang sepi menagih sebuah rahmat Illahi, yang dijanjikan kepada hamba-hambaNya yang benar ikhlas berjuang memperbaiki diri. Hari esok bakal menjelang tiba, memujuk jiwa yang bertarung antara kesangsian janji Tuhan kerana sandiwara pancaran duniawi, ataupun jiwa ikhlas mengabdikan diri hanya kerana redha Illahi. Oh, benar, dan sangat benar, betapa lemahnya jiwa seorang hamba, meskipun dikurniakan sekeping hati , namun juga dikurniakan kekerdilan tenaga untuk mengawalnya. Dan benar, betapa kebergantungan seorang hamba kepada Tuhanlah menjadi penentu segalanya yang menjadi rencah dunia yang fana.
Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah ‘Azza wa Jalla. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.” (HR. Muslim)
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan." (Al-Qalam : 48)
Ketakutan
Betapa ramai jiwa yang takut menghadapi dugaan yang mendatang. Kegagalan dalam peperiksaan, tidak dapat "fly", tidak dapat menyiapkan tugasan, dan pelbagai lagi rungutan pengadu yang kemelesetan.
Bukan hanya mereka.
Aku juga seperti mereka.
Aku memang penakut.
Bahkan, barangkali, jiwa ini juga sedang bertarung
Lalu, terbelengkalai segala tugas-tugas medan jihad islami, hanya kerana ingin memfokuskan segala aturan hidup demi sebuah pengabdian diri kepada medan peperiksaan dan juga untuk merealisasikan impian yang berbunga di dalam hati insan-insan yang tersayang.
Maka menguntumlah bibit-bibit keraguan kepada kepastian dan kebenaran janji Illahi kepada para pencinta perjuangan jihad di jalanNya.
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad : 7)
Bukan sahaja ketakutan itu semakin terserlah, namun kelihatannya seperti bibit-bibit ketakutan itu disempurnakan oleh sebuah manifestasi kegagalan insan-insan yang bergelar pejuang.
"Ah, apakah benar janji Illahi itu?"
"Ah, banyak benda nak kne study, tak de masa nak layan daurah tamrin ni semue!"
Betapa kerdilnya jiwa hamba yang mudah menyerah kepada sebuah ketakutan yang kelihatannya persis seperti sekecil kuman jika ingin dibandingkan dengan dugaan ibtila' para pejuang agamaNya. Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .
Siapa yang berani meragui janji Illahi? Kita tahu , hati yang meragui janji Illahi, itu merupakan persoalan jiwa-jiwa yang kemelesetan roh perjuangan.
Janji Tuhan itu memang benar.
Akulah manusia yang telah menzalimi diri sendiri. Kerana aku masih belum benar-benar melayakkan diri aku untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah kejayaan yang dijanjikan oleh Illahi. Jalan yang aku telusuri, belum benar-benar cukup untuk merembeskan peluh dan keringat untuk aku mengakui bahawa inilah titian Nabi.
Masa tidurku lebih panjang dari mereka.
Makan minumku lebih "grand" dari mereka.
Hatiku masih rancak mendeklamasikan parasit rohani.
Lidahku masih cergas menzikirkan kata-kata duniawi.
Jasadku masih lembab untuk pergi ke hati-hati manusia ke jalan Rabb ku.
Jasadku masih berkeringat meniti di titian yang sia-sia.
Dosa-dosaku melebihi pancaran taubatku.
Sandaran duniawiku melebihi kejaran akhiratku.
Ah! Ini semua salahku. Ampunkan aku wahai sahabat seperjuanganku. Ampunkan diri hambaMu ini Wahai Pemilik Jiwa Hamba....
Ya Tuhan,
Berikan aku kekuatan untuk membuktikan kebenaran janjiMu.
Berikan aku kebersihan hati untuk aku menadah cahaya ilmuMu.
Berikan aku keikhlasan untuk lebih banyak memberi dari menerima.
Berikan aku kegembiraan dalam merasai kehilangan dari kenikmatan.
Berikan aku cinta dari para pencintaMu.
Kerana di sisiMu lah yang lebih aku dambakan dari dunia dan seisinya...
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah THIQAH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya
(Sebuah petikan puisi yang diadaptasi dari Rukun Baiah Hasan Al-Banna)
Jiwa yang kemelesetan roh,
4.45p.m
4/2/2012
rndu kamu kerana Allah.....
ReplyDeletedri bdak yg x mtang
rindu kamu kerana Allah jugak fatin nasuha tersayang. =)
ReplyDeletesemoge kehangatan ukhuwwahfillah kita ddapat mecairkan salji2 kat Poland tuh.
yati!!!alhamdullilah...knal gak kn siapa anonymous tu...heeeeeeeeeeee
ReplyDelete