Tuesday, March 13, 2012

Teringat Zaman Muda-muda






Salam ukhuwwah fillah wa mahabbah billah.. =)


Tiba-tiba hari ini saya rasa ingin kembali muda
(padahal masih muda, macho lagi bergaya, erk(-_-")
Sekadar coretan ringkas mengenai zaman muda-mudaku...
Peringatan : ini sekadar coretan santai ye! (^_-)



bersama rakan seperjuangan, BADAR 08/09 dan Abi Nizam dan isterinya.. eh, ade sorang hilang, cube teka sape? hehe
gambar : credit to Haziq

Antara ramai-ramai sahabat di MRSMTGB, rasanya manusia-manusia kat atas ni kot yang paling dekat di hati saya. =)
Rasa rindu pula ingin memekak di asrama mengejutkan sahabat bangun sahur dan subuh, mengadakan Halaqah Ilmu , Jana Taqwa dan Tazkirah Jumaat setiap minggu, dan berusrah bersama. Paling tak best walaupun ia suatu kewajipan, membuat rondaan amar makruf nahi mungkar di sekitar maktab. Paling best, bersihkan surau sama-sama. Walaupun letih, saat itulah kami main air di tandas, memekak menyanyi lagu nasyid di tandas,  ah, hilang kepenatan memerah otak seminggu di sekolah. Melihat wajah-wajah sahabat muslimat sahaja, hilang semua rasa kelelahan yang ada. :)


zaman skema-skema dulu.. 501 08/09

Dalam keriangan bersama rakan sekelas...
Dalam kelas, saya boleh dikategorikan sebagai makhluk yang paling diam. (rasanye laa)

bersama sahabat rakan seperjuangan... Atiqah, Hamizah, dan Syura. Gambar ketika Majlis Graduasi.

Inilah sahabat-sahabat yang bersama dengan saya ketika saya hampir jatuh.
Mereka hulurkan tangan, meminjamkan bahu kepada saya untuk menumpang nangis.
Kami juga selalu menyelinap keluar dari asrama senyap-senyap untuk tidur di surau untuk mengulangkaji pelajaran dan qiamullail sama-sama.
Nak diikutkan, kami telah melanggar peraturan maktab, nasib baik tak terkantoi dengan warden dan pakcik guard. :p



Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang amat aku rindui..
Atiqah, Hamizah, Hanim, Syura, Nazirah, Wawa, Ayush, Zati, Amirah, Zu, Azwin, 



jika cintaku pada kalian dpt dikumandangkan,
kuharap ianya berlagu tasbih,
kerana kerinduanku ini bersulamkan cahaya iman,
bukan mudah tautan ini putus walau jarak kte jauh terpisah..
kejauhan itu kedekatan terindah,
saat Tuhan berada di tengah..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Abu Bakar pada Rasulullah,
saat beliau sanggup menanggung kesakitan menahan kakinya dipatuk ular,
lantaran takut andai baginda terjaga dr tidurnya..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Thawban pd Rasulullah,
saat beliau menangis kesyahduan,
lantaran takut berpisah dengan baginda di syurga..

aku sedar, mungkin sahaja cintaku pada kalian tidak sehebat cinta Mus'yab bin Umair d Rasulullah,
saat beliau meninggalkan segala kemewahan dan kemasyuran lantaran cintanya pada baginda..

ya, cintaku ini barangkali tampak kerdil...
tapi ketahuilah sahabat....
izinkan aku melafazkan kata rindu....
bicara hati bukan mudah untuk dipendam sahaja..
akan aku anyam rindu ini menjadi hamparan perjuanganku..
kerna aku yakin, setiap pepisahan kerana Allah,
pasti akan diiringii pertemuan kerana Allah juga..
barangkali bukan di dunia fana.....
 
jika kta bertemu di syurga..
ingin sekali aku bertemu kalian,
dan menyatakan kepada penghuni syurga,
"inilah sahabat yg membawaku ke syurga"
wah, bahagianya tika aku membayangkan saat itu!
 
sungguh, kerinduan ini sangat mencengkam jiwa,
ya Allah, berilah kekuatan kpd kami,
jiwa-jiwa yg saling merindui keranaMu..

p/s : siapa "naik tangga" dulu jangan lupe ajak ye. :p

3 comments:

  1. Hayati...tiba2 hati kecil ini ingin menangis tatkala membaca kata2 awak yang sngt halus menusuk kalbu.sungguh,saya rindu sangat tarbiyyah n teguran drpd awak..Ya Allah,jika kami tidak dapat bertemu di dunia ini,temukanlah kami di syurga firdausMu..sesungguhnya kami bertemu dan berpisah keranaMu.
    P/s: insyaAllah, even saya jatuh tangga pn saya akan gitaw awak..hehee..

    ReplyDelete
  2. Teruskan istiqamah, walau ke mana kita mengembara.

    saya terjumpa blog ini selepas mencari beberapa bahan tazkirah.

    ex-Pres BADAR MSRM Jasin SPM01

    ReplyDelete
  3. Thanks and I have a super offer you: Where To Start Renovating House victorian renovation

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...