Terlebih dahulu, seribu kemaafan saya ucapkan kerana penyakit kemalasan yang saya hidapi untuk mengupdate blog. Insya Allah, saya berada dalam proses untuk bermuhasabah, mencari matlamat hidup untuk melahirkan satu konklusi. Konklusi apakah itu? mintak maaf ye, bukan konklusi untuk mencari Mr. Right..hehe.. iye, saya sedang memikirkan corak apakah yang perlu saya lukis pada lukisan saya pada semester hadapan. Saya menyedari, semester hadapan merupakan semester yang sangat mencabar bagi diri saya. Saya akan dihujani dengan bebanan tugas dan tanggungjawab. Dan saya juga menyedari , cabaran terbesar bagi saya pada tahun hadapan ialah saya pastinya akan sering berada di persimpangan antara tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang ahli majlis tertinggi persatuan, seorang daie.. tapi sudah pastinya, garisan yang perlu saya lukis sebagai garisan asas kepada semua corak yang saya pilih adalah...
"SAYA SEORANG HAMBA ALLAH. "
"SAYA BERTUHANKAN ALLAH"
"SAYA MILIK ALLAH'
"HIDUP MATI SAYA KERANA ALLAH"
Inilah antara garisan asas yang saya pilih untuk lukisan saya nanti. Saya juga menyedari, saya perlu mempersiapkan diri saya, hati saya, untuk membeli harga keikhlasan untuk membayar segala pengorbanan saya di jalan saya akan pilih nanti. Iye, hidup kita banyak memerlukan pengorbanan. Tapi pengorbanan yanng diterima Allah perlukan keikhlasan hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, jiwa kita akan sentiasa tenang, redha akan segala ketentuanNya. Walaupun jalan yang kita pilih itu bukan dihiasi bunga berwarna-warni, rama-rama yang berterbangan di sana-sini dengan indah, bahkan dihiasi dengan duri dan serpihan kaca, namun, apabila keikhlasan dipancarkan ke dalam hati kita, percayalah, kemanisan hidayah akan membayar segala kepahitan yang dilalui. Best tak jalan ini??
"Jom pergi lepak kat Times Square jom! "
"Esok kita pergi Sunway Piramid nak?"
Memang indah lukisan di atas kan? Alangkah indahnya jika lukisan ini menghiasi lukisan hidupku. oh! Indahnya.. bagaikan di taman kayangan.. Wallaweh!!
Oh..Oh..oooooo.... Jangan tertipu dengan lukisan dunia..! Betul!! tak percaya? Tuan Pemilik Jari saya yang saya gunakan untuk meramas-ramas keyboard ni yang bilang begitu. Enggak mau percaya ? mari kita lihat surat-surat cintaNya...
(Al-An'am: 32)"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). "(Al-Ankabut :64)"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). "(Muhammad: 36)
Maaf ku tak bisa memilih dirimu..(Times Square, Sunway Pyramid, Rafi Bistro pon bole masukkan jugak!)
Kerna kuterhanyut mencintai Dia...
Inilah (bukan) salahku.. yang memberi ruang..
di dalam hatiku untuk mencintai Dia...
(maaf, tak tau la lirik dia betol ke tak? hehe..)
Seringkali saya nelihat gelagat rakan-rakan saya yang pulang lewat malam kerana pergi melepak bersama teman yang lain. Saya berfikir, ini bukanlah lukisan saya. Saya tak mahu lukisan ini. Wo Buyao! Wo Buyao!
Kerana apa? Inilah jawapan saya.
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
(As-Syams: 7-10)
Allah telah mengilhamkan setiap jiwa makhluk yang bernama manusia dengan dua ilham, ilham kefasikan dan ilham ketaqwaan. Pilihlah wahai manusia! Pilihlah! pokok kek ko la... mahu memilih Sunway Pyramid? Pilihlah! tapi adakah kamu mahu menjadi manusia yang rugi? Sudah tentu tidak! Jangan jadi orang yang rugi! Oh! Orang rugi yag saya maksudkan di sini ialah orang yang melepak tak tentu hala, tak sedar bila nak mati, tak sedar Raqib dan Atid sentiasa memerhati, asyik nak masuk akaun kiri sahaja! Bila lagi nak masuk akaun kanan??
Bahagia. Saya juga ingin bahagia. Namun, tahukah anda, kebahagiaan itu terletak pada redha Allah dan sebahagian lagi bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Cara berfikir? macam mana tu? Dari situlah keikhlasan memainkan peranan yang penting untuk mencari kebahagiaan..
"Allah tidak melihat banyaknya amalan kamu. Tapi Dia melihat keikhlasan kamu. Sedangkan ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.."
Dunia sebagai ladang
"Memandang dunia sebagai ladang, maka dunia adalah masa bekerja. Akhiratlah kampung kerehatan untuk jiwa-jiwa yang percaya kepada-Nya. Inilah yang mampu menggerakkan seorang manusia, menolak dirinya untuk mengisi kehidupannya dengan sesuatu yang bermakna buat dirinya, dan juga orang lain.
Selepas berjaya menundukkan rasa suka hendak bersenang lenang, di situlah baru datangnya rasa ingin berkorban. Nafsu ibarat penjara bagi jiwa. Bila ditundukkan nafsu itu, ibarat penjara jiwa itu berjaya dimusnahkan. Ketika itu, barulah kita mampu hendak berkorban. Dan perkara pertama yang perlu dikorbankan selepas nafsu adalah masa lapang."
(dipetik dari blog Langit Illahi, " Kesempitan Waktu Yang Menghidupkan" )
Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak mempunyai masa.. Sesungguhnya setiap tarikan nafasmu ibarat permata, maka hargailah setiap tarikan nafasmu.. siapa tahu, tarikan nafasmu pada hari ini ialah tarikan nafas yang terakhir?? Allaahuakbar!!
-SALAM AIDILADHA-
p/s: alhamdulillah, makin banyak korban tahun ni. lembu, kambing, unta sudah berkorban untuk perut kita. bila lagi kita ingin berkorban untuk Allah dengan IKHLAS??
manfaatkan hdup kita dgn mnyebarkan kalimah Allah...agar keringat-keringat yg mngalir itu bisa berbicara mempertahankan kita di akhirt kelak..
ReplyDelete:)