Assalamualaikum wbt...
(Ade orang tegur saya, blog saya ni lawak, tak macam diri saya yang sebenar. so kali ini saya tulis dengan serius, jujur cakap, saya serius ni.. senyum pon tak.. sengih pon tak... yang korang sengih2 tu apehal... we must be serius k...!)
Fenomena Penyakit Ummat
Malam tadi saya merayau-rayau dalam Facebook untuk mencari penyakit. Ah, mencari penyakit? Iye, saya mencari penyakit umat Islam. Mula-mula saya merayau ke dunia bohsia, selepas itu ke dunia pondan, selepas itu ke dunia ateis, selepas itu ke dunia orang-orang yang wayarnya mungkin putus.. Saya ada juga berkenalan dengan seorang ateis. Seorang Melayu. Sempat juga saya mengirim salam sayang kepadanya. Saya juga mendapati ada kalangan golongan pendakwah siber yang berusaha untuk mendekati golongan pondan, bohsia dan ateis ini untuk menyedarkan mereka. Saya berasa amat kecewa kerana banyak pengguna facebook yang menghina golongan ini. Ada juga yang mengambil kesempatan. Ada juga seorang pondan yang mendakwa dirinya sering diugut, apabila dia ingin membuat laporan polis, dia telah dipersendakan kerana keadaan dirinya. Dan, ada juga dikalangan mereka yang mengambil kesempatan terhadap pondan ini adalah bekas pelajar sekolah agama! Ah! Saya berasa sangat kecewa. Sungguh! Saya tidak hairan, mengapa golongan2 ini amat sukar untuk kembali ke pangkal jalan. Ada dikalangan mereka yang sedar akan dosa laknat yang ditanggung. Mereka sedar, tahu, akan kisah kaum Lut. Tapi di mana silapnya? Fikir-fikirkan...
Dengarlah suara hati mereka..
Mereka ingin mencari jalan pulang...
Anda dengar???
Anda dengar jeritan batin itu...??
Di sebalik ketawa hilai itu..
Kau ingin terbang bebas..
Melayari kenikmatan palsu..
Dalam kegelapan..
Kau mencari setitik kasih..
Dalam hati hitam durjana..
Ingin saja kau berlari..
Dan mencari...
Ketenangan seorang hamba,
tapi kau tersungkur di lembah kehinaan...
Yang dicipta oleh manusia bertopengkan syaitan!
Ahhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
Masih adakah cahaya? |
Pencarian Sebuah Konklusi
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Penyakit ini seolah-olah menzahirkan bala kemurkaan Allah terhadap virus-virus yang dicetuskan sendiri oleh hamba-hambaNya. Rasa terharu saya semakin mencengkam jiwa apabila membaca statistik gejala sosial yang melibatkan orang Islam di negara ini. Apabila syariat Islam hanya dianggap sebagai penambah perisa di dalam kehidupan, maka, terimalah kemurkaan Allah dengan seluruh kehinaan ini. Anak luar nikah, dadah, kes dera, remaja lari dari rumah, penceraian.. ah! terlalu banyak. Adakah semuanya hanya berlaku dari punca "bapak borek, anak rintik" , atau sekadar hanya ingin merelakan statement "alaaa.. biasalah..umat akhir zaman.. dah tak boleh elak dah pon...".Sebelum kamu ingin mencari hala tuju tudingan jari telunjuk kamu, saya ingin membantu kamu untuk meneliti sebuah hakikat , pencarian duri dalam daging yang melanda ummat ini.
Neo-Muktazilah, Kedurjanaan Liberalisme Agama
Dr. Yusof Al-Qaradhawi telah menyatakan, umat Islam hari ini tidak berperang dengan pedang dan senjata sebaliknya berperang dengan menggunakan pemikiran. Saya ingin mengajak anda berfikir , untuk memberi pencerahan, untuk membezakan haq dan batil. Apakah kita sedar, bahawa keadaan ummat ini tidak ubah seperti zaman jahiliyyah? Menurut Sayyid Qutb dalam bukunya Jahiliyyah Abad 20, ciri-ciri khusus jahiliyyah moden ialah :
1) Kemajuan ilmu pengetahuan sedemikian tinggi hanya dipergunakan antara lain untuk menyesatkan manusia dari tuntutan Illahi dan menjerumuskan semua makhluk Allah ke dalam bahaya dan bencana.
2) Manusia bersikap sombong terhadap penciptaNya kerana silau melihat hasil-hasil yang dicapai di bidang ilmu pengetahuan dan kemajuan material. manusia menganggap dirinya tidak berhajat kepada Tuhan atau merasa dirinya telah menjadi Tuhan.
3)Berbagai macam teori ilmiah yang menjerumuskan manusia kepada penyelewengan di bidang kemasyarakatan, ekonomi, psikologi dan bidang-bidang kehidupan lainnya.
4)Malapetaka akibat teori evolusi.
5)Kebebasan wanita.
Menjadi keperluan umat Islam untuk mengenali jahiliyyah di samping mengenali Islam. Jika mengenali Islam bertujuan untuk mengamalkannya, mengenali jahiliyyah pula bertujuan untuk untuk mengelak dirinya dari tertipu dengan pendakyah-pendakyahnya. Hal ini telah dinasihati Umar Al-Khatab dalam satu ucapannya:
"Akan terungkailah ikatan Islam satu-persatu dari seorang yang lahir dan membesar dalam Islam tetapi tidak mengenal Jahiliyyah."
Ancaman yang kita hadapi kini pada hakikatnya lebih bahaya daripada dakyah Kristian, Hindu atau mana-mana agama kerana ia datang dari umat Islam sendiri. Ancaman yang dimaksudkan ialah pemikiran Muktazilah Moden atau Neo Muktazilah.
Muktazilah ialah ideologi, atau fahaman yang meletakkan akal melebihi segala-galanya melangkaui Al-Quran dan As-Sunnah. Segala perkara boleh dipertikai tanpa had meskipun perkara tersebut telah diyakini atau Qat'ie yakni telah diterima secara umum mengikut pendapat fuqaha' dan Rasulullah sendiri. Kemuncak fahaman Muktazilah ialah ketika pemerintahan Al-Makmun pada zaman Abbasiyyah , di mana fahaman ini dijadikan sebagai mazhab rasmi negara. Manakala Neo Muktazilah bermaksud Muktazilah yang telah diberi nafas baru, atau dalam erti kata lain ialah Muktazilah Moden.
Dengan mengambil kesempatan dan kelalaian pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang beragama Islam ketika ini yang tidak sensitif terhadap kebejatan ummah dan tidak mampu bertegas dalam beberapa kes yang menggugat kepentingan Islam , golongan Neo Muktazilah ini semakin galak dan semakin rancak menjaja dan mencanang gagasan pemikiran liberal mereka dengan berselindung disebalik tuntutan hak kebebasan dan hak asasi. Buktinya seperti ini. Islam seolah-olah dijadikan platform untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Mereka dilihat seperti musang berbulu ayam dalam umat Islam. Hal ini kerana secara umumnya mereka dilihat seperti sebuah gagasan yang memperjuangkan hak asasi serta ingin melakukan pencerahan dalam agama, tetapi hakikatnya, nafsu dan akal mereka diangkat sebagai landasan ketuanan melangkaui Al-Quran dan Hadis.
"Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya".
(Al-Baqarah: 8-12)
Sister In Islam, salah satu gagasan pemikiran liberal |
Agenda tersembunyi kumpulan pemikiran Liberal terhadap Islam dan Umat Islam
Menurut Sheikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah Penyelesaian; jawapan kepada free thinkers):
Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda mereka tersendiri yang menjadi matlamat mereka :
1) Untuk menggugurkan agama sepenuhnya dari masyarakat iaitu memisahkan agama dari bidang pendidikan , menjauhkan syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi berasaskan riba'.
2) Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan roh, wahyu dan alam ghaib, dan dari segala yang ada kaitan dengan akhlak, aqidah dan keimanan kepada Allah.
3)Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan iltihad(ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.
Ke mana hala tujunya?? |
Melihat kepada permasalahan ini, sewajarnya, umat Islam tidak boleh mencari alasan untuk duduk bersantai sambil menghirup udara segar di tepi pantai (sikap tidak ambil peduli) sedangkan di belakang mereka terlalu banyak pisau menunggu untuk menikam keimanan mereka. Buanglah sikap "aku tak pedulisme" dalam diri, berfikirlah, dengan menggunakan neraca Islam, melalui kaca mata Al-quran dan As-Sunnah. Untuk post seterusnya, saya akan merungkaikan dengan lebih terperinci mengenai ancaman-ancaman Neo Muktazilah di Malaysia. Insya Allah.
sumber rujukan : Islam Liberal dan Pluralisme Agama , Riduan Muhammad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil, Jundi Resources.
masyallah ya sahabat..teruskan mnulis..alhamdulillah..
ReplyDeletemasalah sosial yg kita ini semua adalah berpunca dr msalah akidah yg setentunya lebih besar....kebejatan yg berlau semuanya adalah simptom jek...bkan punca...itulah manusia bila hilang tuhan dlm hati :(
Aku mungkin bukan pengkomen yang baik, but, keep wrting, sis! :)
ReplyDeleteinsya allah..terima ksh sudi singgah di blog yg tak seberape ni..
ReplyDelete