Saturday, June 11, 2011

Bosnia : Jeritan Suara Derita Yang Dibisukan

sumber : Bosnian Genocide
sumber : Bosnian Genocide 
          Tahun 1992 barangkali memberi kesan yang sangat signifikan kepada saya dan juga generasi yang mengambil SPM pada tahun 2009 kerana pada tahun inilah kami pertama kali dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Pada tahun inilah juga kami pertama kali dapat melihat wajah ibu bapa yang membelai kami dengan penuh kasih sayang. Namun, siapa sangka, pada tahun inilah juga pertumpahan darah umat Islam paling dahsyat di dunia berlaku. Siapa dapat menyangka di suatu sudut kawasan yang bernama Malaysia tangisan bayi kecil bernama Hayati disambut dengan pelukan kasih erat dari ibu tercinta sedangkan di suatu sudut lain di kawasan yang bernama Bosnia dan Herzegovina tangisan bayi kecil yang baru lahir disambut dengan kematian ibunya yang mati dibunuh oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Masya Allah, betapa aku sering terlupa dalam memanjatkan kesyukuran kepada-Mu, hanya Engkau sahaja yang mengetahui akan kemampuan setiap hamba-Mu dalam menghadapi dugaan. Sungguh, bayi kecil itu merupakan hambaMu yang terpilih untuk diuji dengan penderitaan dalam perjuangan menagih syurgaMu….

Membaca kisah penderitaan umat Islam Albania di dalam buku Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam tulisan Harun Yahya menyebabkan nafas saya turun naik, berulang-kali saya menutup buku tersebut kerana tidak sanggup membaca episod penderitaan yang terlakar di muka surat seterusnya. Ibu saya sendiri tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar penderitaan umat Islam yang diseksa bagai binatang di Bosnia Herzegovina. Identiti Islam yang dimiliki oleh mereka telah menjadikan mereka sebagai korban kerakusan syaitan bertopengkan manusia yang dipelopori masyarakat ekstremis anti-Islam Serbia. Darah saya menggelegak apabila mengetahui PBB menyerahkan kuasa kepada tentera Serbia yang diketuai oleh Ratko Mladic untuk "menguruskan" rakyat Bosnia. Ye, menguruskan kata mereka. Penyerahan kuasa itu disambut oleh tentera Serbia dengan parti yang meriah atas kegembiraan mendapat "kuasa untuk membunuh".

Bosnia : Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia


pembersihan etnik Bosnia


Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kegerunan menguasai masyarakat Serbia kerana kebimbangan kebangkitan umat Islam Bosnia yang menguasai hampir 95% dari keseluruhan populasi Albania. Hal ini menyebabkan mereka merancang pelbagai strategi kotor serta kejam bagi melakar peta baru Balkan dengan menggunakan darah umat Islam Bosnia. Kemungkinan kemunculan kawasan umat Islam di tengah-tengah benua Eropah dikhuatiri membawa ancaman kepada meraka yang ketika itu diracuni dengan ideologi Fasisme dan Komunisme yang menafikan kewujudan Tuhan. Dendam rakyat Serbia terhadap umat Islam berikutan kekalahan mereka kepada Empayar Turki Uthmaniyah masih menyala.

Bosnia dan Herzegovina di kelilingi Croatia, Montenegro dan  Serbia. Kewujudan populasi Muslim ditengah-tengah peta Eropah didakwa memberi ancaman kepada mereka.

Berikutan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary , walaupun pada ketika ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyah. Namun ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Umat Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiayaan dahsyat yang bakal diterima di bawah system pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyah, serangan dan gangguan terhadap Umat Islam pun bermula. Penyeksaan terhadap mereka tidak pernah berhenti dan mencapai kemuncaknya pada tahun 1992, ketika saya dilahirkan. L

Apabila Perjanjian Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengistiharkan kemerdekaannya. Walaubagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut dan menjalankan penyembelihan selama 3 tahun bermula 1992 sehingga 1995. Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Keadaan begini merupakan situasi biasa yang terpaksa dihadapi seharian oleh rakyat Muslim Bosnia. Gambar ini ditangkap oleh Ron Haviv pada 31 Mac 1992 ketika keganasan Serbia di Bijeljina, yang membunuh 1040 orang awam Muslim Bosnia.



Beberapa kes penyeksaan di sana yang dlaporkan oleh umat islam kepada kenyataan Tribunal Perang Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan bahawa tahap penganiayaan yang telah dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada kisah yang diceritakan oleh seorang saksi yang bernama Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan melakukan demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kuran seminit selepas itu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan  ngeri tersebut , dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudia disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Dia kemudian menangis sekuat-kuatnya dan akhirnya segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.

Muslim Bosnia di Sebrenica terpaksa menjadi pelarian di atas tanah air mereka sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa keganasan penyembelih Serbia

            Badan kaku yang mati dibunuh kejam dibiarkan terbiar begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara meraka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka mereka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan di tempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.

            Besic menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya di Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa  di Hague yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.

Kesimpulan
Kekejaman ke atas umat Islam di Bosnia hanyalah secebis dari ribuan coretan kisah kesukaran yang di alami umat Islam. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk telah dialami oleh umat Islam pada zaman dahulu seperti yang dialami ketika zaman Musa dan Firaun. Sesungguhnya setiap ujian Allah itu berseni. Kekejaman musuh Islam yang dialami oleh umat Islam adalah untuk menguji keimanan seseorang. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia ini untuk meraih kenikmatan abadi di syurgaNya di Hari Akhirat nanti.

Allah berfirman:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu ujian sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah :2: 214)

p/s : saya sedang berusaha memperbaiki penulisan saya, mungkin dahulu penulisan yang agak kurang matang, dan kini saya berusaha untuk mencambahkan pemikiran kritikal menerusi penulisan yang lebih matang. Huhu.


1 comment:

  1. Ya Allah.. lindungi kami daripada kejadian seperti ini Ya Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...