Menjadi seorang pelajar A Level bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pada hakikatnya jadual kami kurang padat berbanding dengan pelajar International Baccelorate(IB). Anda mahukan bukti? Sila bandingkan kawan anda yang mengambil A Level dan IB, antara mereka yang manakah lebih kerap online FB? Jangan pula anda membandingkan dengan pelajar matrikulasi, sudah tentu mereka lebih padat!Namun, kestressan dan tekanan tetap wujud, bukan sahaja disebabkan sistem pelajarannya yang agak mencabar, tetapi saya juga dipaksa mempelajari sesuatu yang amat menyampahkan saya....... TEORI DARWINISME!!!!
Charkes Darwin si Tua |
Mahu atau tidak, saya dipaksa untuk menelan segala teori merepek yang dikemukakan oleh Charles Darwin yang pada asasnya ialah satu fahaman yang berkenaan dengan teori evolusi. Teori yang mengatakan bahawa semua benda hidup berasal daripada benda-benda tidak hidup secara kebetulan itu telahpun ditolak dengan suatu pengiktirafan bahawa alam ini telah dicipta oleh Tuhan. Hugh Ross, seorang ahli astrofizik Amerika telah menjelaskan hal tersebut seperti berikut :
“Ateisme, Darwinisme, dan segala falsafah isme yang muncul dari falsafah-falsafah abad ke-18 hingga ke abad ke-20-an telah didirikan di atas dasar tekaan semata-mata, suatu tekaan salah yang mengatakan bahawa alam ini adalah infiniti. Keajaiban telah membawa kita secara berdepan dengan sebab – atau penyebab –melampaui/terselindung /sebelum alam ini dan segala apa yang terkandung di dalamnya, termasuklah kehidupan itu sendiri. “
(Hugh Ross, The Fingerprint of God, hal. 50)
Fahaman Darwinisme telah melakar bencana yang maha dahsyat kepada dunia kerana Darwinisme menjadi asas kepada ideologi komunisme, fasisme dan komunisme. Teori Darwinisme ini juga menjadi batu loncatan kepada Zionis untuk merealisasikan misi mereka dalam menakluk dunia kerana intipati Darwinisme yang menafikan kewujudan Tuhan. Hal ini menepati citarasa Zionis yang disebut dalam Protokol Yahudi.
Protokol Yahudi No. 4, Petikan No. 2 : SEMUA AGAMA DIMUSNAHKAN
”Ada ketika kebebasan mungkin tidak mendatangkan sebarang bahaya dan diterima oleh sesebuah negara tanpa mendatangkan mudharat kepada kemakmurannya. Namun, sekiranya ia berasaskan kepercayaan kepada Tuhan, ikatan persaudaraan yang erat, tidak bersalahan dengan konsep kesaksamaan yang sememangnya bertentangan dengan undang-undang semulajadi, ia mampu mewujudkan ketaatan. Melalui kepercayaan sebegini, manusia diselubungi oleh perasaan mempunyai pelindung dan berasa puashati serta rendah diri di bawah bimbingan agama mereka.
Ini adalah sebab mengapa kita perlu merosakkan semua kepercayaan, mencarikkan prinsip ketuhanan oranh bukan Yahudi. Ia meliputi segenap aspek kepercayaan dan sudut kerohanian. Lalu, meletakkan segalanya dalam bentuk kiraan atau fizikal yang boleh dilihat dan bersifat kebendaan.”
Mungkin kalian tertanya-tanya, dimanakah titik persilangan antara teori ini kepada bencana yang berlaku di dunia? Titik persilangannya terletak kepada khayalan yang dibawa oleh Charles Darwin sendiri. Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih eropah merupakan bangsa paling maju dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah “hukum alam” yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau menulis :
Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti manusia) tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, seperti yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Caucasian (populasi manusia di Eropah, Utara Afrika, Asia Barat Asia Tengah dan Asia Selatan), dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorilla.
(Charles Darwin, The Descent of Man, edisi kedua, New York , Hal. 178)
Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan menggunakan konsep “perjuangan untuk terus hidup” (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih cekap menyesuaikan diri akan selamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.
Idea tidak saintifik ini dikenali sebagai Social Darwinisme ini telah menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme, dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad ke-19 yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (Frederich Nietzsche, Heinrich von Treischke, Francis Galton) telah dipengaruhi hebat oleh teori ini, terutama sekali tentap konsep struggle for survival . Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama , merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka telah mendapat inspirasi daripada Social Darwinisme.
Sekarang, dapatkan anda melihat perkaitan antara teori yang merepek ini dengan bencana-bencana yang berlaku di dunia? Teori ini akan terus diperjuangkan oleh golongan yang mendahagakan kuasa dengan darah manusia lain meskipun terdapat banyak percanggahan fakta antara teori evolusi dengan penemuan saintifik moden. Dan saya, sebagai pelajar A Level, dengan sedihnya, perlu menganggukkan kepala untuk memaham teori ini yang diajar dalam kelas. Note : Anggukan kepala tidak bermaksud setuju, mungkin juga bermaksud saya mengantuk! Huhu. L
Cuba kita lihat daripada sudut yang berbeza
ReplyDelete(link di bawah) :D
Adam sebelum adam - Ustaz Hasrizal
haziq, ak dah bace dh n analisis psl tu. mmg, ade sudut berbeza. yap. insya Allah, next post :)
ReplyDeleteKenapa perlu belajar teori darwin?
ReplyDeletesis Naurah, kerana ia sebahagian dr silibus A Level.. Pembelajaran A Level mengikut sistem antarabangsa, jadi mahu atau kami perlu lah mengikut haluan perspektif mereka. ;(
ReplyDelete