(PBAY merupakan shorform kepada Penulis Blog Ashabul Yamin. agak perasan di situ)
Salam dakwah dalam helaan nafas kesegaran sentuhan tarbiyyah tasawuf, moge nafas ini segar terhela dari tubuhku sehingga nafasku yang terakhir,.
Tajuk sebenar bagi entri kali ini adalah :
Dilemma Pendakwah Muslimah
"Muslimah yang solehah itu ialah apabila ia datang, kehadirannya tidak dirasakan, dan apabila dia pergi juga pemergiannya tidak dirasakan.. " Kata seorang adik juniorku, Amirah kepadaku ketika kami bersembang-sembang sementara menunggu berbuka puasa.
Mata aku terkebil-kebil. Aku meminta beliau mengulangi ayat tersebut kembali. Bukanlah kerana aku tidak mendengarnya, tapi aku berusaha untuk menghadam maksud di sebalik kata-kata beliau.
"Hmmmmm... " Aku mendengus.
"Sebaik-baik wanita adalah dia tidak memandang dan tidak dipandang. " Kataku. Aku cuba untuk mengaitkan kata-kata beliau dengan hadis Saidatina Fatimah.
"Akak tak menafikan kata-kata Amirah tu. Tapi.. Barangkali apa yang nak dimaksudkan kat sini sebab pada diri wanita itu banyak fitnahnya. Tapi... Sejauh mana kesesuaian kita nak gunakan konsep ni pada zaman ni..? Dunia dakwah sangat-sangat memerlukan tenaga muslimah sebagai penyambung perjuangan. Akak risau, kalau seseorang muslimah itu terlampau rigid, syadid dalam prinsipnya, barangkali seseorang muslimah itu akan mengurangkan ketersampaian sentuhan dakwah dan tarbiyyah kepada insan-insan disekelilingnya. Barangkali kita tidak sedar dalam mana kita berdakwah, kita telah mengkhianati haq insan yang mendambakan sentuhan tarbiyyah hanya kerana keegoaan kita dalam membela prinsip."
Amirah mengangguk-ngangguk. Aku menyembung kata-kataku, sekadar ingin menambah perasa untuk meyakinkan lagi pandanganku.
"Lebih-lebih lagi... sekarang kita berada dalam era kekurangan tenaga dakwah ... " Sayu bunyinya.
Prinsip Yang Menyekat Dakwah
Aku suka untuk kongsikan pengalaman aku dalam arena dakwah, sekadar untuk menjadikan pengalaman aku sebagai pengajaran bagi diri aku sendiri. Kerana bagi aku, pengalaman adalah sebaik-baik guru yang mengajar kita tentang erti kehidupan.
Semasa aku mula-mula bretatih dalam mendalami mehnah dakwah, aku agak syadid dalam menjaga prinsipku dalam berikhtilat. Prinsip aku ini banyak membawa masalah bukan sahaja kepada diriku sendiri malah juga kepada muslimin yang ingin berurusan denganku. Akibatnya, banyak hal-hal perihal dakwah yang tergendala hanya kerana aku kurang menyenangi urusan muamalat yang tidak menenpati citarasa aku.
Prinsip ini aku teruskan sehinggalah aku memasuki PLKN. Bagi aku, PLKN banyak mengajar aku tentang erti dakwah yang sebenarnya. Jika aku tidak melalui transisi PLKN sebelum memasuki pengajian tinggi, barangkali aku mungkin tewas dalam meneruskan tanggungjawab dakwah. Mana tidaknya, pelbagai jenis ragam manusia boleh dlihat di sini. Ramai di kalangan mereka yang meninggalkan solat, ini tak masuk lagi ribuan kisah mereka yang kadang-kala menyerabutkan naluri daieku.
Suasana di PLKN yang beraneka ragam, pemikiran, agama dan budaya menjadi cabaran kepada muslimah di sana yang berusaha untuk memelihara ketegasan sebagai seorang muslimah. Lebih-lebih lagi dalam perihal aurat dan muamalat, rata-rata jurulatih di sini mengambil sikap enteng terhadap agama. Kecerdikan dalam berdiplomasi amat diperlukan untuk memahamkan jurulatih terutama aktiviti yang memerlukan kami untuk membuka aurat atau bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan. Untuk mengelakkan tindakan kami menjadi fitnah dakwah lebih-lebih lagi kepada non-muslim, menyebabkan aku yang pendiam berusaha membina keberanian untuk bercakap dikhalayak umum. Aku dan sahabatku, Zaiyan merasakan keperluan untuk kami berusaha untuk menonjolkan diri dengan matlamat dakwah.
Semasa berada di IPT, masih tersisa dalam diri aku untuk memelihara prinsip syadid dalam bermuamalat. Namun apabila aku dipertanggungjawabkan untuk memang banyak tanggungjawab, aku cuba untuk meneliti semula peribadi aku sebagai seorang daie muslimah. Akhirnya aku faham, aku perlu merevolusikan sudut pandangan aku. Bersikap profesional dalam berurusan namun pada masa yang sama sentiasa memastikan segala urusan dilaksanakan atas landasan taqwa. Keredhaan Allah perlu diletakkan lebih tinggi daripada keredhaan manusia.
Ini bukan lambang BN ye |
Keperluan Memahami Fiqh Waqi' dan Fiqh Awlawiyat
Kedengarannya seperti kurang enak dilihat jika seseorang muslimah menonjolkan diri dalam arena dakwah. Suara, wajah, tindak-tanduk menjadi pameran di khalayak umum barangkali membawa risiko untuk menjerut hati yang berpenyakit untuk tergelincir dalam gelora nafsu insan yang bernama lelaki. Bukan itu sahaja, seorang muslimah itu juga akan mudah terdedah dengan duri-duri fitnah yang berpunca daripada perasaan iri manusia lain. Pujian-pujian dari manusia lain juga barangkali mendedahkan diri kepada penyakit hati yang dimurkai Allah sepeti riak, takbur dan ujub.
Hal ini memperlihatkan keperluan sesorang daie muslimah untuk memiliki kefahaman yang jelas terhadap realiti suasana di sekeliling supaya peluang dakwah dapat dilihat dari pelbagai sudut dan method (Fiqh Waqi'). Pertimbangan antara maslahah perlu diteliti secara jelas supaya sesorang daie terpandu untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Rujuk : Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan)
Sebagai contoh, sekadar memberikan huraian bagi beberapa pertimbangan maslahah:
·Maslahat akhirat di utamakan dari maslahat dunia.
Keredhaan Allah lebih dikehendaki berbanding manfaat duniawi seperti pujian, harta, wanita dan sebagainya.
·Maslahat yang dinikmati oleh ramai diutamakan dari maslahat yang hanya dinikmati oleh seorang atau kumpulan yang lebih kecil.
Dakwah secara umum lebih diutamakan dakwah kendiri atau hanya melibatkan kelompok kecil.
·Maslahat yang yakin boleh dicapai diutamakan dari maslahat yang kurang yakin.
Kefahaman mad'u yang lebih jelas terhadap Islam(pasti) lebih diutamakan berbanding manfaat terhindar dari fitnah manusia.(kurang pasti)
·Maslahat yang lebih besar kesannya diutamakan dari yang kecil kesannya.
Dakwah kepada kelompok yang kurang arif tentang agama lebih diutamakan dari kelompok yang sedia arif tentang agama.
·Maslahat yang boleh berkekalan diutamakan dari maslahat yang terputus dan cepat hilangnya.
·Maslahat yang berkaitan perkara pokok dan asas diutamakan dari maslahat berbentuk ‘syakliah’ (bentuk dan rupa).
·Maslahat masa depan yang diyakini diutamakan dari maslahat semasa yang lemah.
Memetik kata Yusuf Qaradhawi :
"Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya."
Fiqh Dakwah Dalam Menangani Cabaran Sekular
Aku sangat tertarik dengan pendekatan Yusuf Qaradhawi dalam ijtihad-ijtihad beliau yang pada pandangan aku sangat sesuai untuk menangani cabaran sekular pada abad ini. Antara pandangan beliau yang menarik perhatianku adalah dalam fiqh dakwah. Tekanan arus globalisasi zaman moden menuntut kepada penilaian semula pemikiran konservatif yang menyekat keterlibatan wanita dalam masyarakat. Antara pandangan beliau berkenaan tuntutan muslimah mengenakan niqab:
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.” dipetik dari blog Fatimah Syarha : Berniqab atau Tidak Berniqab?
Pandangan Yusof Qaradhawi berkenaan kemaslahatan muslimah untuk tidak berniqab dalam berdakwah dilihat lebih sesuai untuk dipraktikkan pada zaman sekular ini kerana melihat membuka wajah akan lebih menggalakkan komunikasi yang berkesan. Oleh sebab itu seseorang wanita wajib membuka wajahnya apabila memberikan kesaksian. Oh, jangan salah faham di sini, aku tidak mengatakan berniqab itu tidak baik pada zaman ini, tidak2.. Niqabis dan bukan niqabis masing-masing mempunyai tuntutan dakwah yang tersendiri selagi mana kedua-duanya berpaut pada syariat Allah dan mengharapkan keredhaan Allah pada setiap amalannya, maka, aku mengatakan aku bersetuju pada kedua-duanya bergantung kepada realiti sesuatu tempat.
Muhasabah Maal Hijrah
Sesungguhnya, bukanlah muslimat sahaja yang perlu difokuskan di sini. Bahkan, muslimin dan muslimat itu sangat perlu berkolaborasi dalam arena dakwah.
Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin wanita setengah mereka menjadi penolong kepada setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat ma'ruf dan menegah daripada berbuat kemungkaran” - at Taubah:71
Betapa ramai orang Islam yang melalaikan diri mereka dari tanggungjawab dakwah lantaran kekhuatiran mereka pada beberapa perkara yang hanya bersifat peribadi yakni tidak cukup ilmu,terlampau takut akan rasa riak dalam hati dan juga bimbang ada yang membenci. Jangan sampai kita menzalimi sahabat-sahabat yang mendambakan sentuhan tarbiyyah hanya kerana kita takut akan pandangan manusia lain terhadap kita. Bayangkan, sekiranya para daie lalai dari tanggungjawab ini, maka sudah tentu segala tanggungjawab kepimpinan dalam sesuatu persatuan atau organisasi akan bertukar tangan kepada mereka yang kurang faham dengan tuntutan syariat.
Sabda Rasulullah :
"Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya (yang tidak layak), maka tunggulah berlakunya hari kiamat"
Kadangkala kita sering keliru antara ketakutan kita pada Allah dan ketakutan kita pada manusia.
Kadangkala secara tidak sedar hati kita berbangga kerana diri yang terhindar dari fitnah selepas meninggalkan tanggungjawab dakwah.
FITNAH muamalat, dapat dihindari sekiranya seseorang muslimah itu mempunyai prinsip yang tegas, profesional yang dipautkan pada landasan taqwa kerana taqwalah yang membentuk akhlak kelas pertama.Tundukkan pandagan, elakkan berduaan melainkan bertemankan mahram, dan elakkan pergaulan yang tidak berguna. PUBLIC, PURPOSEFUL. LIMITED. dipetik dari cucumberr.wordpress.
Teguhkanlah langkah jihad untuk menuju ke arah mardhotillah, jangan mundur andai dikeji, dan jangan pula maju andai dipuji. Latihlah diri untuk memiliki imunisasi terhadap pujian dan kejian dengan amalan tarbiyyah hati. Mari kita teliti hadis Rasulullah s.a.w :
"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)
p/s : sama2 muhasabah diri, ayuh berhijrah , berevolusi demi Illahi! Wallahu A'lam bi ssowab..
salam yati,
ReplyDeletemabruk wa alfu syukran!
entry yg sgt bermanfaat utk para da'ie..
muslimah especially..
sama2 muhasabah dan berhijrah:)
Jazakillah khairan kathira.. sgt2 bermanfaat utk diri sy.. br trsedar, keegoan mmprtahan prinsip, krana kejahilan, my faults.. misunderstanding, kterbatasan ilmu dan kefahaman.. thnks ukhti..
ReplyDeleteSalam Cik Hayati :D
ReplyDeleteapa pandangan awak pada muslimin yang memandang keterlibatan muslimat di alam maya seolah-olah tidak menjaga dirinya.
ohh..
Maksud saya, muslimah itu sering mendapat tumpuan contoh FB sentaisa ada orang like, comment pun lelaki yang banyak komen, dah orang komen dia reply la dok.
Makanya muslimin ini melihat biarpun muslimat itu elok bertudung labuh, tetapi dia seperti seolahnya tidak menjaga ikhtilat di alam maya. Sebab : duk reply komen orang dan Fb bnyak muslimin like. Huhu