Wednesday, January 25, 2012

Luahan Rasa Yang Tak Perlu Dilayan


Jiwa aku memanggil-manggil untuk aku menulis sesuatu yang lebih kritikal. Bukanlah bermaksud sekarang ini aku sedang meraikan musim berjiwang karat. Beberapa draf tulisan tersimpan dalam simpanan blog aku. Entah bilakah aku dapat menyempurnakan penulisan tersebut. Sedangkan harapan aku untuk menulis sesuatu yang berkisar tentang Revolusi Mesir pula sudah tinggal habuk yang bertandang tapi tidak dikumandang.

Aku ingin melakukan satu rekonstruksi terhadap cara penulisan aku supaya ia lebih matang, kritikal, komprehensif dan terbuka. Maka dengan itu, aku perlu memantapkan lagi pembacaan aku agar usahaku seiring dengan agenda yang dicanangkan. Huhu, banyak sebenarnya kerja aku ni.

Kesibukan aku lantaran tanggungjawab sebagai seorang pelajar sepenuh masa dan juga seorang anak sering aku jadikan alasan untuk menangguhkan agenda kerja dakwah aku. Padahal, hakikat seorang pendakwah sejati itu tidak akan pernah mengenal perit letih yang melatarbelakangi kehidupannya. Aduh!

kamu ni memang bajet perasan sibuk sangat lah. 

Sekadar luahan rasa. Moga aku terus istiqomah dalam jalan jihad ini. Wahai Cik Hayati sayang, bangkitlah dari tidurmu!! Bukankah syurga itu tidak begitu mengalu-ngalukan penonton yang budiman?


“Tempat penamatnya (khitam) ialah syurga yang berbau kasturi (misk), dan untuk itu (menikmati penamat yang penuh menyenangkan) maka berlumba-lumbalah wahai orang yang inginkan kesenangan (yang sedang berlumba-lumba)”
(Al-Mutoffifin: 26)

p/s : mungkin lagu background blog ini agak jiwang, erm, aku sebenarnya rasa sangat tenang bila mendengar lagu instrumental ini. Aku selalu mendengarnya ketika melakukan latihan matematik. Best pulak rasanya. :)





Tuesday, January 24, 2012

Jerawat dan Cinta

Salam dakwah dalam kesegaran hembusan helaaan nafas kerinduan tarbiyyah, moge nafas ini tetap segar terhela dari tubuhku sehingga nafas yang terakhir...

Al-kisah...

Pada suatu pagi yang indah, kelihatan seorang anak gadis bangkit dari kamar pembaringannya.

Cermin ditatap. untuk melihat sejauh mana kehodohan seorang hamba yang baru bangun tidur.

Adakah wajahnya mirip toyol?

Ataupun mirip hantu minyak.

Argh. Mungkin saja mirip Sizuka dalam cerita Doraemon. 

Mata digosok-gosok.

Biaq betik......

Gosok lagi.

Gosok lagi.

Gosok lagi.

Betul la. Sesungguhnya dia kini telah berada di alam realiti. Bukan lagi mimpi. Dan apa yang dilihatnya kini jiga merupakan sebuah realiti. 

Jerawat!!!!


credit to google image

Ah. Oh. Eh. Uh.

Jerawat. Lahirnya engkau pada pagi di permukaan kulit seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina ini.
Jangan bersedih. Barangkali aku menjadi hambaNya yang terpilih untuk menerima jerawat ini.

Mungkin saja jerawat ini dapat menghapuskan segala dosa khilafku yang lalu. (ni jerawat batu ye)
Mungkin saja jerawat ini dapat menutup pintu-pintu fitnah pada sekeping wajah ini.
Mungkin saja jerawat ini hasil daripada tindak balas bakteria-bakteria yang menjalankan amanahNya sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.

Ye, walaupun ia hanyalah sebiji jerawat batu.

Makna Sebiji Jerawat.
Saya bukan ingin berleter panjang hanya untuk bercerita tentang jerawat. Secara jujur, saya mengatakan, jerawat bukanlah sesuatu yang hodoh. Bagi saya, jerawat sangat comel. Sehingga menggoda saya untuk memicit-micitnya sehingga menyebabkan jerawat itu marah dan terhasil lah tompok-tompok.

Ape kes asyik cerita pasal jerawat ni??

JERAWAT DAN CINTA 

Macam takde kaitan. tapi bagi saya, memang kedua-keduanya mempunyai persamaan. Persamaannya di sini. Jerawat tidak boleh disentuh, dicubit, dirasa, digigit, dikopek, sebelum tibanya waktu ia benar-benar matang kerana ia akan menyebabkan terhasilnya parut yang amat sukar dihilangkan. (melainkan anda menggunakan Bio-Oil) Begitu juga dengan cinta. Cinta yang ingin saya sentuh di sini adalah dalam konteks cinta fitrah antara Adam dan Hawa. Ye, seperti kata Ustaz Pahrol Juoi :
"jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya" 
Perbandingan cinta dengan jerawat, kedua-keduanya memerlukan tempoh mujahadah, sebelum kedua-keduanya disentuh. Mungkin kelihatan merepek, kalau tidak, manakan kawan-kawan saya ketawa terbahak-bahak apabila saya mengemukakan perbandingan ini.

JERAWAT... jangan kau cemarkan dengan menyentuhnya dengan tangan yang kotor. Bakteria!!
CINTA... jangan kau cemarkan dengan menyentuhnya dengan tanpa melalui jalan syarak. Maksiat!!

Jika tidak....

JERAWAT : Parut luka
CINTA       : Parut cinta

Ye, ia pasti berparut. Melainkan jika anda menjaga jerawat tersebut dengan teliti, seperti menggunakan minyak T3, Bio-Oil, etc..etc, insya Allah, dengan izin Allah parut jerawat itu akan hilang. Dalam konteks cinta, parut cinta yang terhasil dari sisa bekas tindak-tanduk zina juga boleh dihapuskan dengan taubat dan air mata penyesalan.

Ye, bukan mudah untuk menahan diri dari menghampiri maksiat. Kerana itulah syurga itu amat mahal harganya...


Mahalnya sebuah kebahagiaan haqiqi,
Maharnya bukan harta duniawi,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya untuk cinta Illahi. 

Menangis hati seorang hamba,
Memilih simpang sulit kerana sebuah redha,
Demi melakar cinta agung di mahligai syurga,
Pada pasaknya tiang mujahadah rasa. 

Kerana yakinnya pada sebuah janji,
Menjauhlah kerana mencari yang pasti,
Menguntumlah malu perisai hati,
Meski nada melankolik kumandang emosi,
Cukuplah Allah penghibur hati. 

Menghijablah sebuah nama,
Kerana takut mengukir bait zina,
Kerana gerun pada pemilik segala cinta,
Kerana resah pada kesepian rahmatNya. 

Bersabarlah jiwa pengharap redha,
Cinta halal itu berduri ranjaunya,
Maka berpautlah pada ayat-ayat cinta,
Bersujudlah pada Pemilik segala cinta,
Bertasbihlah pada perjuangan agama,
Bertautlah pada panji tarbiyyah anbiya'. 

Wahai sang pendamba cinta, dambalah cinta Illahi sepenuh hatimu...


p/s : mencari jalan terbaik untuk tidak memegang jerawat. Argh! Geramnya... nak picit.. nak picit..

p/p/s : Kalau sesiapa yang kurang faham dengan gaya penulisan saya yang agak berbeza baru-baru ini, boleh baca post saya sebelum ni.. 



Sunday, January 22, 2012

Demi Melakar Sebuah Cinta Agung

Dengan nama Tuhan yang Husna..
Izinkah kalamku berbicara denganmu wahai sahabatku..

Pada sebuah rasa yang tersingkap,
Meski zahirnya hati tegap menghijab,
Namun fizikal merelakan fitnah meresap.

Naluri daieku menggertak,
Bukan pada cemburu pada kemanisan cintamu,
Tapi pada pasaknya sebuah kasih kerana Allah,
Takkan kubiar dirimu berada dijurang neraka.

Kenapa,
Sukar sangatkah?
Kau ekspresikan cintamu pada sebuah permandangan terhijab?
Pada Tuhanmu,
Dalam sujudmu,
Dalam tasbihmu,
Bukanlah kau semulia-mulia hamba?
Mengapa mesti kau memilih persimpangan berdosa?
Mengapa mesti kau hias nafsumu dengan nama agama?

Mudah sungguh engkau berdusta,
Menguntum mekar bait manisnya cinta,
Kau kata ini semua kerana redhaNya,
Apakau kau tahu Tuhan itu Maha Cemburu cintaNya?

Duhai sang pendamba cinta,
Jika kebahagiaan haqiqi yang kau mahukan,
Ketahuilah syurga itu mahal harganya,
Maharnya bukan nikmat duniawi,
Bukan juga pada topeng cinta islamik,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya kerana sebuah cinta Illahi.

Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh. Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka. 
Mungkin sahaja kesukaran sebelum tiba waktunya, takkan mampu merungkai makna keindahan selepasnya. Betapa kejelasan dan ketetapan sekeping hati, bukan kerna kerap sebuah pertemuan, namun kerna dekat sekeping hati menjauhi zina. Tatkala merindu hanya Tuhan bisa dengarkan. Tatkala mampu berbicara hanya doa mahu ia sampaikan. 
Betapa pertemuan dan perpisahan demi cinta dan takutkan Dia di atas sana, akan pasti bertemu kembali. Ia terpelihara sebelumnya. Malahan ia berbuah redha selepasnya. Berdoalah dan berusahalah. Semoga mencintai Tuhan, kan mendekatlah segala rasa suci yang terpelihara. 
Bukan Allah tidak mengetahui apa yang ada dalam hatimu.
Bukan Allah tidak mengetahui bayangannya selalu singgah dimindamu.
Bukan Allah tidak mengetahui rasa rindumu yang sering menggamit kalbumu..

Namun sahabatku,
Setiap fitrah itu ada peraturannya..
Supaya fitrah itu tersalur dengan mulia dan diredhainya..
Jadikanlah ujian ini sebagai lubuk pahala apabila diperisaikan dengan mujahadah.
Gagahkanlah hatimu..
Teguhkanlah langkahmu..
Kegagahan akan tercipta apabila dirimu berasa dinaungi cinta yang gagah.. cinta Allah..
Berdoalah suara-suara menjauh. Bertambahlah segala saksi. Bahawa bukan hanya malam yang melihat jiwa. Juga fajar dan setiap detik yang berusaha mengaminkannya. Andai nawaitu itu benar, andai jujurnya mampu mendiam, berdoalah terus berdoa. Dan hakikat jauh sebuah penantian, faktanya adalah 'ia sukar dan perit. Ia gundah bernada sama. Ia cemburu pada bahagia.'
Ayuhlah genggam tanganku.
Belajarlah untuk berkorban.
Bercintalah dengan kehidupan seorang hamba.
Bukankah Tuhan itu tidak akan pernah memungkiri janjinya?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia.
Maaf, bukan aku tidak faham hatimu,
Aku juga seorang wanita,
Aku punya naluri manusiawi,
Ingin mencinta dan ingin dicintai,
Tapi mana mungkin hatiku yang beristighfar bersatu dalam jiwa yang bernoda?
Saat waktu itu berdetak tanpa hentinya, maka berkorbanlah untuk sebuah harapan. Memendam dalam-dalam. Pada puncak sifat malumu tertinggi. Bergasak sudah pasti, pada rencah dunia yang mengemis harap dari hatimu. Dan dirimu beristighfar, memenuhi tiap jasad anggota dan jiwa hamba. DEMI dan HANYA Tuhanmu bersuara, berbicara, menyentuh mulia. Tunduklah demi penyucian jiwa yang menjauhi fana dunia. Bersabarlah duhai jiwa yang lara. Menetaplah doa-doa pada harap yang saban hari ikhlasnya sama.
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).


Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara. Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza. Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya.

Semoga dengan mujahadah ini, akan melakar sebuah cinta agung demi menempah sebuah mahligai syurga...

-Hamba Faqir Ilallah-
-Pengemis Redha Illahi-
-6.45 p.m-

p/s : Tulisan Italic adalah petikan dari blog ini : Saat Cintaku Bertasbih
p/p/s : gaya penulisan saya baru-baru ini agak berbeza ,mungkin kerana keadaan saya yang agak sibuk sekarang, saya kurang mempunyai masa untuk menulis sesuatu yang kritikal. Saya perbaharui penulisan saya lebih kepada penulisan puisi, kerana sebenarnya saya memang suka mengekspresi melalui puisi semenjak di bangku sekolah, tapi jarangkali saya pamerkan di blog. Penulisan puisi mengambil masa yang lebih singkat berbanding penulisan kritikal yang memakan masa berjam-jam lamanya.
p/p/p/s: post di atas mungkin agak emosional, meskipun ia berlatarbelakangkan peristiwa sebenar yang berlaku disekeliling saya, namun tidak bermakna pembaca boleh sekadar menjangka atau mereka cerita yang bukan-bukan tentang konflik yang saya alami. Erk, pendek kata, jangan salah faham sudah..
p/p/p/p/s: Saya menulis mengikut corak situasi dakwah semasa. Erk, bukankah sekarang musim kita berjiwang karat? Jangan bimbang, saya akan kembali normal dengan penulisan yang kritikal nanti...

Monday, January 16, 2012

Kerana Mahalnya Mahar Syurga


Mahalnya sebuah kebahagiaan haqiqi,
Maharnya bukan harta duniawi,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya untuk cinta Illahi.

Menangis hati seorang hamba,
Memilih simpang sulit kerana sebuah redha,
Demi melakar cinta agung di mahligai syurga,
Pada pasaknya tiang mujahadah rasa.

Kerana yakinnya pada sebuah janji,
Menjauhlah kerana mencari yang pasti,
Menguntumlah malu perisai hati,
Meski nada melankolik kumandang emosi,
Cukuplah Allah penghibur hati.

Menghijablah sebuah nama,
Kerana takut mengukir bait zina,
Kerana gerun pada pemilik segala cinta,
Kerana resah pada kesepian rahmatNya.

Bersabarlah jiwa pengharap redha,
Cinta halal itu berduri ranjaunya,
Maka berpautlah pada ayat-ayat cinta,
Bersujudlah pada Pemilik segala cinta,
Bertasbihlah pada perjuangan agama,
Bertautlah pada panji tarbiyyah anbiya'.

Wahai sang pendamba cinta, dambalah cinta Illahi sepenuh hatimu...

" Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat. "
(Hadis al-Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

-Hamba Faqir Illallah-
-Pengemis Redha Illahi-
-12:44 p.m-


Saturday, January 14, 2012

Surat Sepi Sang Musafir Perjuangan

Hari ini aku menukil lagi,
Kutitip kalimah bicara hati berbekal iman,
Kumanifestasikan kefahaman kalam Tuhan,
Kuterokakan janji indah syurga idaman.

Siapa tahu,
Kuman parasit itu datang lagi,
Menghentak-hentak naluri abdi Illahi,
Kuterjang pergi ke mari lagi,
Mujur imanku memeluk seri.

Berulang kali letih memanggil diri,
Tulang belulang dikerah di medan Islami,
Lidah molek bermadah ukhrawi,
Jangan lupa aku juga manusia musuhnya iblisi.

kugagahkan langkah ini terus berlari,
kunafikan impresi agenda duniawi,
kucantaskan bunga futur mekar berseni,
kusuburkan zikirullah penghias hati,
kukucup indah refleksi syurgawi.

Ahhhh... bukan semudah itu menempah syurga..

Maharnya perit derita perjuangan,
Memujuk hati gersang mengenal Tuhan,
Menerjang kebatilan dengan kebenaran,
Relakan hati di medan cacian,
Ohh.. Inilah warisan juang Nabi junjungan.

Kupujuk hati, antara dua jadi pilihan,
Penghuni Jannatul Firdaus sekadar dipinggiran,
Atau Neraka Jahannam menjadi taruhan,
Kufahami, inilah sunnah musafir perjuangan.

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa."
Hadis 41 : 40 Imam Nawawi
-Hamba Faqir Ilallah-
-Sepi Pendamba Tarbiyyah-
-8.04 p.m-

Friday, January 13, 2012

Cukuplah bagiku Kau Ya Allah.


Duhai Tuhan yang memahami setiap bicara hati..
Dari pencilnya warkah nukilan kerdilnya seorang hamba..
Pada pendam sebuah doa,
Pada sabar sebuah usaha,
Pada tangis sebuah harapan,
Singkirkan bicara nafsu pada menetap bisikan iman,
Sungguh, kepada Kaulah tempatku berharap,
terkadang jiwa lesu menagih rahmat,
kelam rasa pencari yang fana,
gugurkanlah cinta dunia,
walau nestapa merenggut jiwa,
abadikanlah sebuah mujahadah,
resah keterpaksaan yang membungkam,
kerana mendamba keagungan mahabbah,
menyepilah bisikan rahsia,
pada kehalusan hembusan iman,
moga sepinya doa membuah hidayah,
lepaskan diri dari belenggu neraka,
mengucup janji penantian syurga,
pada mereka yang mengharap redhaNya.

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah..
Tiada yang lain dihatiku selainMu..
Cahaya kekasihMu ya Rasulullah..
Tiada yang kusembah melainkanMu Ya Allah..

Ya Allah..
Kurniakanlah ketenangan dunia dan akhirat..
Jauhkan daku dari azabMu..
Limpahkan daku Nur hidayahMu..

-Hamba Faqir Ilallah-
-11.42 p.m-
-Baiti Jannati-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...