Monday, January 16, 2012

Kerana Mahalnya Mahar Syurga


Mahalnya sebuah kebahagiaan haqiqi,
Maharnya bukan harta duniawi,
Tapi pada ikhlasnya pengorbanan diri,
Demi dan hanya untuk cinta Illahi.

Menangis hati seorang hamba,
Memilih simpang sulit kerana sebuah redha,
Demi melakar cinta agung di mahligai syurga,
Pada pasaknya tiang mujahadah rasa.

Kerana yakinnya pada sebuah janji,
Menjauhlah kerana mencari yang pasti,
Menguntumlah malu perisai hati,
Meski nada melankolik kumandang emosi,
Cukuplah Allah penghibur hati.

Menghijablah sebuah nama,
Kerana takut mengukir bait zina,
Kerana gerun pada pemilik segala cinta,
Kerana resah pada kesepian rahmatNya.

Bersabarlah jiwa pengharap redha,
Cinta halal itu berduri ranjaunya,
Maka berpautlah pada ayat-ayat cinta,
Bersujudlah pada Pemilik segala cinta,
Bertasbihlah pada perjuangan agama,
Bertautlah pada panji tarbiyyah anbiya'.

Wahai sang pendamba cinta, dambalah cinta Illahi sepenuh hatimu...

" Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat. "
(Hadis al-Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

-Hamba Faqir Illallah-
-Pengemis Redha Illahi-
-12:44 p.m-


3 comments:

  1. jazakillahu khairan kathiran.

    terima kasih ya ukhti atas ingatan

    moga2 kita semua diberikan kekuatan untuk terus bermujahadah,

    kerana mahalnya nikmat bernama syurga

    ReplyDelete
  2. akak mohon meng"copy" dan paste

    ReplyDelete
  3. maaf kak Nad.. lambat benar reply nye... silakan sahaje.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...