Monday, June 20, 2011

Tekad Serikandi Agama..

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketensionan membuat issue report biology membuatkan saya ingin melepaskan lelah dengan meneroka ke alam forum. Sudah lama rasanya saya meninggalkan tabiat saya yang suka berforum setelah saya menyambung pelajaran di INTEC. Jika dulu, saya kadang-kala meluangkan masa dengan berforum di Jiwang.org <bukan forum jiwang ok!> dan iluvislam.com. Sekarang, saya merangkak semula ke alam ini tapi di alam yang baru. Yeay~! Di sini >>> klik2!! http://forum.saffmuslim.com/



Apa yang bestnya dengan forum ni? Hehe, ade sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Dalam forum ini , ada satu ruangan khas yang bernama Saff Muslimah.

SaffMuslim.com akan menyediakan satu ruangan khusus kepada para MUSLIMAH, iaitu kategori khusus yang hanya boleh diakses oleh para muslimah sahaja. Antara kelebihan ruangan ini adalah : 
1)      Bebas dari tatapan orang luar, khususnya lelaki. Anda boleh bermesra dan bermanja sesame sendiri tanpa perlu berasa risau apa pandangan user-user lelaki. 
2)      Sesi perkongsian dan luahan perasaan sesame Muslimah. Dapatkan nasihat dari kenselor khas, “Ummi” yang merangkap “ibu angkat” di SaffMuslim yang sedia membantu rakan-rakan muslimah, member nasihat mahupun pendapat kepada para pengguna muslimah.

Haha... bestkan? Bukan main enjoy saya dalam forum tersebut.. hehe..Oppsss..
Erk, ok! Cukup pasal promosi. Marilah sama-sama kta meriahkan SaffMuslim.com. Insya Allah, perkongsian yang matang antara forumer yang terdiri dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia memberi peluang kepada anda untuk menambahkan ilmu. Yeah~
Ok, sebenarnya saya ingin kongsikan beberapa ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kami, moge bermanfaat kepada kita semua khususnya muslimah yang dikasihi.



Tindakanku Bila Diuji Lelaki
Mohon maaf ya, imbuhan “ku” pada tajuk diatas bukan merujuk kepada saya, tapi saya tujukan kepada semua muslimah yang terase hidungnya gatal kerana terkena batang hidungnya. Saya bukanlah penulis bicara cinta yang baik, dan dalam blog-yang-tak-femes ini pon saya cuma menulis hanya satu entri sahaja yang membawakan focus cinta>>> Cintan-Cintun

Namun, kerana menyedari bahawa ramai rakan-rakan muslimah saya yang semakin kecundang dengan taktik lelaki-perasan-macho yang sering berusaha untuk mengambil kesempatan untuk menggugat iman seorang wanita, saya ingin kongsikan petikan ini :

1)    Ingat dan berpegang kepada prinsip, fikirkan masa depam yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah...!!

2)    Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran, segerakan beristighfar dan berzikir. Bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna.
3)    Apabila dia sering menelefon, kalau tidak angkat Nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tak faham Islam, mereka akan terasa hina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah yang terbaik, betulkan niat kerana Allah, berikan kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia takkan menghubungiku lagi. Kalau mereka ada hajat kebenaran, kenalkan mereka nama-nama pensyarah yang soleh dan berpotensi sebagai pendidik.

AWAS !!! Pastikan kau sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar kau tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir.

Ingatlah Allah takkan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang kau cuba sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai yang rosak peribadinya, mati hatinya.

Bangkitlah menjadi mujahidah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.

4)    Apabila dia ajak keluar, jangan sesekali keluar! Tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali urusan yang betul-betul penting.
5)    Apabila dia kerap sangat menelefon, bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi tak kena pada syariaat. Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tak bertempat. Nanti di salah tafsir.
6)    Apabila ditanya adakah diriku sudah berpunya, berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah untuk Allah semata-mata pada usia ini dan akan dipelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih oleh Allah untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.
7)    Apabila tak disangka-sangka dia dating menemuiku, cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya..!!!!



<dipetik dari novel Seindah Mawar Berduri, Fatimah Syarha Mohd Nordin>

Pesan salah seorang forumer SaffMuslimah kepada muslimat :

Biarlah kita diketawakan kerana mengikut syariat Allah, asalkan tidak diketawakan oleh syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah. 
Sekali wanita tergoda, gugurlah wardah di syurga, sekali wanita ternoda, berdekah-dekah syaitan di neraka.

Sabarlah.. kita di dunia tak lama... Mengeluh.. Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi syurga, kita berehat sepuas-puasnya...


Monday, June 13, 2011

Cinta di Langit Gaza

Kadangkala kita lupa bahawa kita lah yang paling memerlukan kemaafan rakyat Palestin.
Pecah peti suara mereka mendambakan perhatian dunia,
Putus salur darah mereka mendambakan syurga akhirat,
Perang kita dengan mereka berbeza medan.
Mereka, antara peluru dan batu,
Kita, antara rajin dan malas,
Jiwa kita ditambat dengan cinta dunia.
Jiwa mereka ditambat dengan cinta akhirat..
Maafkan aku duhai sang pendamba syahid..

Ya Allah, saksikanlah penyaksian permohonan kemaafan ku ini.
Bersama teman-teman seperjuangan, Aziza, Anis Nadyra, Afiqah Isa, dan Alif.

Cinta Di Langit Gaza.

http://mybelovedpalestine.blogspot.com/

Sunday, June 12, 2011

Teori Darwin Yang Begitu Menyampahkan

Menjadi seorang pelajar A Level bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pada hakikatnya jadual kami kurang padat berbanding dengan pelajar International Baccelorate(IB). Anda mahukan bukti? Sila bandingkan kawan anda yang mengambil A Level dan IB, antara mereka yang manakah lebih kerap online FB? Jangan pula anda membandingkan dengan pelajar matrikulasi, sudah tentu mereka lebih padat!Namun, kestressan dan tekanan tetap wujud, bukan sahaja disebabkan sistem pelajarannya yang agak mencabar, tetapi saya juga dipaksa mempelajari sesuatu yang amat menyampahkan saya....... TEORI DARWINISME!!!!

Charkes Darwin si Tua

Mahu atau tidak, saya dipaksa untuk menelan segala teori merepek yang dikemukakan oleh Charles Darwin yang pada asasnya ialah satu fahaman yang berkenaan dengan teori evolusi. Teori yang mengatakan bahawa semua benda hidup berasal daripada benda-benda tidak hidup secara kebetulan itu telahpun ditolak dengan suatu pengiktirafan bahawa alam ini telah dicipta oleh Tuhan. Hugh Ross, seorang ahli astrofizik Amerika telah menjelaskan hal tersebut seperti berikut :
“Ateisme, Darwinisme, dan segala falsafah isme yang muncul dari falsafah-falsafah abad ke-18 hingga ke abad ke-20-an telah didirikan di atas dasar tekaan semata-mata, suatu tekaan salah yang mengatakan bahawa alam ini adalah infiniti. Keajaiban telah membawa kita secara berdepan dengan sebab – atau penyebab –melampaui/terselindung /sebelum alam ini dan segala apa yang terkandung di dalamnya, termasuklah kehidupan itu sendiri. “
(Hugh Ross, The Fingerprint of God, hal. 50)

Fahaman Darwinisme telah melakar bencana yang maha dahsyat kepada dunia kerana Darwinisme menjadi asas kepada ideologi komunisme, fasisme dan komunisme. Teori Darwinisme  ini juga menjadi batu loncatan kepada Zionis untuk merealisasikan misi mereka dalam menakluk dunia kerana intipati Darwinisme yang menafikan kewujudan Tuhan. Hal ini menepati citarasa Zionis yang disebut dalam Protokol Yahudi.

Protokol Yahudi No. 4, Petikan No. 2 : SEMUA AGAMA DIMUSNAHKAN
”Ada ketika kebebasan mungkin tidak mendatangkan sebarang bahaya dan diterima oleh sesebuah negara tanpa mendatangkan mudharat kepada kemakmurannya. Namun, sekiranya ia berasaskan kepercayaan kepada Tuhan, ikatan persaudaraan yang erat, tidak bersalahan dengan konsep kesaksamaan yang sememangnya bertentangan dengan undang-undang semulajadi, ia mampu mewujudkan ketaatan. Melalui kepercayaan sebegini, manusia diselubungi oleh perasaan mempunyai pelindung dan berasa puashati serta rendah diri di bawah bimbingan agama mereka.
Ini adalah sebab mengapa kita perlu merosakkan semua kepercayaan, mencarikkan prinsip ketuhanan oranh bukan Yahudi. Ia meliputi segenap aspek kepercayaan dan sudut kerohanian. Lalu, meletakkan segalanya dalam bentuk kiraan atau fizikal yang boleh dilihat dan bersifat kebendaan.”

Mungkin kalian tertanya-tanya, dimanakah titik persilangan antara teori ini kepada bencana yang berlaku di dunia? Titik persilangannya terletak kepada khayalan yang dibawa oleh Charles Darwin sendiri. Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih eropah merupakan bangsa paling maju dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah “hukum alam” yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau menulis :

Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti manusia) tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang  mana ia akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, seperti yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Caucasian (populasi manusia di Eropah, Utara Afrika, Asia Barat Asia Tengah dan Asia Selatan), dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorilla.
(Charles Darwin, The Descent of Man, edisi kedua, New York , Hal. 178)

Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan menggunakan konsep “perjuangan untuk terus hidup” (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih cekap menyesuaikan diri akan selamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.

Idea tidak saintifik ini dikenali sebagai Social Darwinisme  ini telah menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme, dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad ke-19 yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (Frederich Nietzsche, Heinrich von Treischke, Francis Galton) telah dipengaruhi hebat oleh teori ini, terutama sekali tentap konsep struggle for survival . Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama , merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka telah mendapat inspirasi daripada Social Darwinisme.

Sekarang, dapatkan anda melihat perkaitan antara teori yang merepek ini dengan bencana-bencana yang berlaku di dunia? Teori ini akan terus diperjuangkan oleh golongan yang mendahagakan kuasa dengan darah manusia lain meskipun terdapat banyak percanggahan fakta antara teori evolusi dengan penemuan saintifik moden. Dan saya, sebagai pelajar A Level, dengan sedihnya, perlu menganggukkan  kepala untuk memaham teori ini yang diajar dalam kelas. Note : Anggukan kepala tidak bermaksud setuju, mungkin juga bermaksud saya mengantuk! Huhu. L

Rujukan : 
Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam tulisan Harun Yahya, terbitan Jahabersa
Agenda Yahudi Menakluk Dunia tulisan Sabaruddin Hussein terbitan PTS

Saturday, June 11, 2011

Bosnia : Jeritan Suara Derita Yang Dibisukan

sumber : Bosnian Genocide
sumber : Bosnian Genocide 
          Tahun 1992 barangkali memberi kesan yang sangat signifikan kepada saya dan juga generasi yang mengambil SPM pada tahun 2009 kerana pada tahun inilah kami pertama kali dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah. Pada tahun inilah juga kami pertama kali dapat melihat wajah ibu bapa yang membelai kami dengan penuh kasih sayang. Namun, siapa sangka, pada tahun inilah juga pertumpahan darah umat Islam paling dahsyat di dunia berlaku. Siapa dapat menyangka di suatu sudut kawasan yang bernama Malaysia tangisan bayi kecil bernama Hayati disambut dengan pelukan kasih erat dari ibu tercinta sedangkan di suatu sudut lain di kawasan yang bernama Bosnia dan Herzegovina tangisan bayi kecil yang baru lahir disambut dengan kematian ibunya yang mati dibunuh oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Masya Allah, betapa aku sering terlupa dalam memanjatkan kesyukuran kepada-Mu, hanya Engkau sahaja yang mengetahui akan kemampuan setiap hamba-Mu dalam menghadapi dugaan. Sungguh, bayi kecil itu merupakan hambaMu yang terpilih untuk diuji dengan penderitaan dalam perjuangan menagih syurgaMu….

Membaca kisah penderitaan umat Islam Albania di dalam buku Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam tulisan Harun Yahya menyebabkan nafas saya turun naik, berulang-kali saya menutup buku tersebut kerana tidak sanggup membaca episod penderitaan yang terlakar di muka surat seterusnya. Ibu saya sendiri tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar penderitaan umat Islam yang diseksa bagai binatang di Bosnia Herzegovina. Identiti Islam yang dimiliki oleh mereka telah menjadikan mereka sebagai korban kerakusan syaitan bertopengkan manusia yang dipelopori masyarakat ekstremis anti-Islam Serbia. Darah saya menggelegak apabila mengetahui PBB menyerahkan kuasa kepada tentera Serbia yang diketuai oleh Ratko Mladic untuk "menguruskan" rakyat Bosnia. Ye, menguruskan kata mereka. Penyerahan kuasa itu disambut oleh tentera Serbia dengan parti yang meriah atas kegembiraan mendapat "kuasa untuk membunuh".

Bosnia : Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia


pembersihan etnik Bosnia


Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kegerunan menguasai masyarakat Serbia kerana kebimbangan kebangkitan umat Islam Bosnia yang menguasai hampir 95% dari keseluruhan populasi Albania. Hal ini menyebabkan mereka merancang pelbagai strategi kotor serta kejam bagi melakar peta baru Balkan dengan menggunakan darah umat Islam Bosnia. Kemungkinan kemunculan kawasan umat Islam di tengah-tengah benua Eropah dikhuatiri membawa ancaman kepada meraka yang ketika itu diracuni dengan ideologi Fasisme dan Komunisme yang menafikan kewujudan Tuhan. Dendam rakyat Serbia terhadap umat Islam berikutan kekalahan mereka kepada Empayar Turki Uthmaniyah masih menyala.

Bosnia dan Herzegovina di kelilingi Croatia, Montenegro dan  Serbia. Kewujudan populasi Muslim ditengah-tengah peta Eropah didakwa memberi ancaman kepada mereka.

Berikutan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary , walaupun pada ketika ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyah. Namun ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Umat Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiayaan dahsyat yang bakal diterima di bawah system pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyah, serangan dan gangguan terhadap Umat Islam pun bermula. Penyeksaan terhadap mereka tidak pernah berhenti dan mencapai kemuncaknya pada tahun 1992, ketika saya dilahirkan. L

Apabila Perjanjian Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengistiharkan kemerdekaannya. Walaubagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut dan menjalankan penyembelihan selama 3 tahun bermula 1992 sehingga 1995. Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Jumlah umat Islam yang telah dibunuh ketika itu melebihi 200 000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka, 50 000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh ribu yang lain daripada mereka telah lumpuh.

Keadaan begini merupakan situasi biasa yang terpaksa dihadapi seharian oleh rakyat Muslim Bosnia. Gambar ini ditangkap oleh Ron Haviv pada 31 Mac 1992 ketika keganasan Serbia di Bijeljina, yang membunuh 1040 orang awam Muslim Bosnia.



Beberapa kes penyeksaan di sana yang dlaporkan oleh umat islam kepada kenyataan Tribunal Perang Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan bahawa tahap penganiayaan yang telah dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada kisah yang diceritakan oleh seorang saksi yang bernama Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan melakukan demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kuran seminit selepas itu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan  ngeri tersebut , dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudia disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Dia kemudian menangis sekuat-kuatnya dan akhirnya segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.

Muslim Bosnia di Sebrenica terpaksa menjadi pelarian di atas tanah air mereka sendiri untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa keganasan penyembelih Serbia

            Badan kaku yang mati dibunuh kejam dibiarkan terbiar begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara meraka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka mereka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan di tempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.

            Besic menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya di Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa  di Hague yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.

Kesimpulan
Kekejaman ke atas umat Islam di Bosnia hanyalah secebis dari ribuan coretan kisah kesukaran yang di alami umat Islam. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk telah dialami oleh umat Islam pada zaman dahulu seperti yang dialami ketika zaman Musa dan Firaun. Sesungguhnya setiap ujian Allah itu berseni. Kekejaman musuh Islam yang dialami oleh umat Islam adalah untuk menguji keimanan seseorang. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia ini untuk meraih kenikmatan abadi di syurgaNya di Hari Akhirat nanti.

Allah berfirman:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu ujian sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah :2: 214)

p/s : saya sedang berusaha memperbaiki penulisan saya, mungkin dahulu penulisan yang agak kurang matang, dan kini saya berusaha untuk mencambahkan pemikiran kritikal menerusi penulisan yang lebih matang. Huhu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...