Monday, December 27, 2010

It's The Final Countdown!!!

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.


Mungkin ini adalah post terakhir bagi tahun 2010 dan mungkin juga ini adalah post paling pendek dalam sejarah blog Ashabul Yamin ini.  Memandangkan saya kekeringan idea dek kerana debaran memasuki semester baru tahun depan .Sejujurnya saya mengaku, setiap kali membayangkan semester baru ini, seram sejuk rasa. jantung berdegup kencang. erk.... Entahlah, mungkin sahaja hati saya masih belum bersih untuk menadah ilmu Illahi. 


Imam Syafi`i berkata,
“Aku mengadukan perihal keburukan hafalanku kepada guruku, Imam Waki’ bin Jarrah. Guruku lalu berwasiat agar aku menjauhi maksiat dan dosa. Guruku juga berkata, ‘Muridku, ketahuilah bahwa ilmu itu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang-orang yang suka berbuat maksiat.’”
Ibn Al-Qayyim menulis bahwa,
Sesungguhnya ilmu adalah sinar yang diletakkan oleh Allah di dalam hati, sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut


tata 2010!!



Saya ingin kongsikan satu madah untuk dijadikan peransang bagi menyambut kedatangan 2011. Erk.. sila pakai cermin mata kerana saya khuatir warna merah menyala dan kegergasian madah ini bisa membutakan mata anda. erk... bisakah???


" Sesungguhnya sebuah pemikiran (fikrah) akan menang bila keimanan padanya kuat, keikhlasan untuk memperjuangkannya terpenuhi, semangat untuk menegakkannya bertambah, dan kesediaan untuk berkorban dan beramal untuk merealisasikannya selalu tersedia. " (Imam Hasan al-Banna)


akhirulkalam, saya kongsikan madah untuk sang mujahidah yang saya peroleh dari sahabat saya, Hamizah Sahat, si Hello Kitty yang comel lote, hehe.. 


Dirimu terhias dengan sebaik-baik ciptaan..
maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah,
jihad di jalan Allah..


Jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang,
cantik dipandang tapi susah dipegang..


Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam,
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah,
bertintakan darah dan air mata perjuangan,
dititip atas warkah kemuliaan,
dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan..




tata 2010!!


ahlan wasahlan 2011!!


p/s: jangan sesekali tanye saya pasal bola, antena rumah saya dicuri oleh penagih dadah, kami tidak mendapat siarah televisyen untuk menonton bola. huhu.. alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya.. huhu.. Shahrul Idlan Talaha?? ah, siapekah die itu? (blurr2.. erk.. )

Saturday, December 25, 2010

Inspirasi ~ Siapakah Penulis Yang Baik?

Siapakah Penulis Yang Baik?


(saya mungkin masih belum dapat mencapai tahap penulis yang baik, tapi insya Allah, moge Allah memberikan hidayah kepada saya untuk mencapainya kerana redhaNya.)









Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.


Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT


Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.


Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?


Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.




Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.


Tips 2: Kerendahan Hati

Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.


Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.


Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?


Tips 3: Dahagakan Ilmu

Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.


Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.


Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.


Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.


Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.


Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.


Tips 4: Disiplin


Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.


Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.


Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.




Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.


Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.


Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.


Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup



Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.


Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.


Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.


Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~


ms.langitilahi.com

Friday, December 24, 2010

Bagai Pinang Dikerat Dua...OMG! Sweeeeettttttt!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




"sweet giler korang..."
"semoge kekal hingga ke anak cucu.."
"cute giler!"
"OMG! hot babes..."
"tarik tertarik menarik kau mmg the BOOMMM!!"
"hensemnyer.... rase nak cubit2 je pipi tuh"
"ehm...ehm.. ade pape ke korang... alalala~"


saya rasa komen2 merapu sebegini tak asing lebih2 lagi di laman sesawang Facebook. Bilamana si gadis mengupload gambar seorang lelaki atau sebaliknya, atau mengupload gambar kenangan jiwang berkarat sweet+sour+spicy+stinky(erk... ape menda aku merepek ni?), akan berpusu-pusu la segala kengkawan mereka (yang xde keje asik dok stalk orang) untuk mengomen-ngomen gambar tersebut. Ehm.. kadangkala, saya susah jugak ingin memahami mengapa gambar tersebut perlu dipamerkan di Facebook. Ah! Mungkin sahaja mereka ingin menunjukkan merekalah the most sweet couple di dunia ini. Oh! Semoga bahagia ya! erkk...




Cerita Gambar Itu...






Encik Angau : Pergh.. patut aa budak ni kerek dengan ak.. rupanya dah ade.. bla la weh... 
Encik Sporting : Fuyyo.. sweet giler.. kan bagus ak dapat awek camtu gak..
Encik Slumber : Pergh.. ceh.. dah maju budak ni.. bagus2!! Go! Go! Go! Ale3x~! (ala2 lagu bola)
Encik Lelaki beriman akhir zaman : Astaghfirullah.. kenapa dia macam ni.. dulu aku ingatkan die ni gadis baik.. rupa2nya @$&%&*.. (saya pon xpaham ape dalam hati itu)
Encik Bertaqwa : Astaghfirullah, jauhkanlah sahabatku ini dari terjatuh ke jerat syaitan..selamatkanlah dirinya ya Allah..


p/s: antara segala Encik2 kat atas ni, rasa2nya mana satu yang boleh jadi calon suami paling baik? Ah! ape aku merapu ni? Lu pikirla sendiri ! Erk.. kalau lelaki dalam gamba tu.. lain cerita pulok la ye.




Maaf, bukan niat di hati saya untuk mengata pemilik gambar tersebut, first sekali, saya ingin berbicara tentang mereka yang syok sendiri yakni penonton yang tak diundang bak kata nenek2 kita, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong (betol x peribahasa ni)  tetapi saya hanya ingin mengajak kamu untuk berfikir, untuk meneliti akan satu hakikat disebalik sabda Rasulullah , 



Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith;
Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
Aik.. macam kenal punyer hadis. Oh, memangla kenal. Dah Pakcik Sasbadi, DBP, Fajar Bakti banyak kali habaq kat kita akan pesanan Rasulullah ini. Tapi... tapi.. Uh! Ke mana perginya pesanan itu? Masuk telinga kanan tembus telinga kiri? Meh kita ulangkaji sat. Mana tau kerajaan nak suruh budak A Level amik balik SPM ka? (Oh! Tidakkkkkkkkkkk!)
Berdasarkan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu; 
Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan.
Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat.
Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan kemaksiatan tersebut.
Pencegahan terhadap perbuatan mungkar dan maksiat menerusi hati merupakan selemah-lemah iman. Jika tidak ada sedikit pun di dalam hati seseorang perasaan benci terhadap kemungkaran dan kemaksiatan tersebut, maka itu adalah tanda seseorang itu telah tiada imannya.  Jadi, kalau hati kita merasa sweet benar melihat gambar dua sejoli berkepitan tersebut, rasa-rasanya ape cerita ya? 
"Oh! Ala,, kami komen je sweet, tapi hati kami benci dengan maksiat diorg buat tu cik Zinnirah oit! Ko mane tau hati kitorang?? Bla la weh.. Chow!"
Ok beb... bak kata orang, dont judge people by their comments... Alright..Semoga Allah melindungi kita..
Mungkin kita masih ingin menegakkan benang yang basah dengan berpendirian bahawa kita masih mempunyai iman, dengan membenci perbuatan maksiat tersebut. Tapi sejauh manakah kelemahan iman itu meneruskan progressnya? 
Dan bagi mereka yang suka-suki komen pada gambar sweet geli geleman itu, rasa-rasanya Encik Permata Iman di mana ya ketika itu?
Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”

ape lagi kau merepek ni Zinnirah.. tadi cakap pasal gambar.. ni dah pegi majlis maksiat pulok ni. kau ingat kitorang ni kaki joli kat kelab buih ke? 


Apekah ade bedanya jika kamu melihat gambar tersebut di skrin laptop dengan mata kamu dengan kamu melihat maksiat tersebut depan mata kamu di parti cengkerama? Bila mana diyakini maksiat itu wujud maka secara automatiknya maksiat itu wujud di situ! (gambar edit2 copy paste dikecualikan). Jadi, apabila kamu redha dengan gambar tersebut, secara rasminya jatuhlah talak bahawa kamu redha akan maksiat tersebut! (ya Allah lindungilah kami...) atau dalam erti kata lain kamu dua kali lima sama dengan sepuluh dengan pelaku maksiat tersebut! 

dan tak lupa pula kepada pemilik gambar tersebut.
"weh..kitorang mane ade pape.. kawan je la.. tak main la couple2 ni.. haram weh.. xtakot dosa ka?? "
Ok man... bagus hamba Allah ini. Tapi..tapi..tapi... Ya Allah..lindungilah kami..
Wahai sahabat2ku yang kucintai kerana Allah, sesungguhnya gambar yang kau banggakan itu sekaligus telah membuka pintu dosa fitnah kepadamu dan juga dosa2 kepada sahabat2mu yang menjadi penonton tanpa diundang itu.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Iye, mungkin kamu tidak couple, tapi tindakan kamu yang berkepitan bersama ajnabi telah menyebabkan sahabat2 yang lain membuat spekulasi2 yang bukan2 sehingga boleh membuka keaibanmu sendiri. Maka, sekaligus kamu telah menjebakkan diri di dalam sindrom "dosa berjangkit".




contoh, Encik Anakonda melihat gambar Encik Spiderman bersama Cik Catwoman. Lalu Encik Anakonda menyebarkan di dalam Harian Metro mengenai gosip terhangat Encik Spiderman dan Cik Catwoman. Padahal, En Spiderman dan Cik Catwoman tiada apa-apa hubungan. Akibat daripada mulut tak tau saman Encik Anakonda, Encik Batman , kekasih Cik Catwoman telah memutuskan hubungan cinta mereka. Manakala masyarakat Bandar Mulut Becok pula seperti diserang virus jangkitan Encik Anakonda, sibuk mereka cerita yang bukan2 mengenai En Spiderman dan Cik Catwoman sehingga timbulnya pelbagai fitnah. Akhirnya Cik Catwoman menjadi andartu kerana tiada siapa yang sudi menerima dirinya yang dianggap seperi kereta secondhand itu. 


Erk.. sadis sungguh cerita di atas. Iye, mungkin sahaja saya dianggao seperti menghiperbolakan perkara kecil, tetapi berbalik kepada pokok perbincangan kita ialah, MENYEBARKAN FITNAH dan MENYEBABKAN FITNAH merupakan dosa besar. Maka, bila saya kata dosa.... adik kecil di tadika itu akan berkata..


"eee... dosa, mati seksa, masuk api neraka! "


eh, bukan saya kata, adik2 kat tadika yang baru belajar ABC tu yang kata. Erk.. tapi kamu kata apa pula? Ah! Lu pikirla sendiri!

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r. ‘anha bahawa suatu malam Rasulullah s.a.w. terbangun daripada tidur lalu menyebut “Subhanallah” dan baginda bersabda:
“Berapa banyak fitnah yang telah turun pada malam ini! Berapa banyak khazanah yang telah dibuka pada malam ini!  Bangunlah wanita yang ada di dalam ruang lingkup ini kerana kebanyakkan wanita yang berpakaian di dunia ini akan bertelanjangan pada Hari Kiamat!”
(Bukhari Jilid 1, ms. 22)



Akhirulkalam, sekali lagi saya meminta maaf andainya saya ada menghiris hati mana2 pihak. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita mencari redhaNya.. WallahuA'lam. Insya Allah..

P/s: Argh! cuti nak abes! mana buku bio aku? erkkk.....


Rapuh - OPICK





detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup




meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta




detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu




Thursday, December 23, 2010

Berdosa Tapi Bergaya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


          "aiyyookkk.. tatayookk.. tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka!!!"
    
mencari cahaya..

         Saya rasa ayat ini tidak asing, bagaikan sebuah lagu mainan kanak-kanak hingusan ketika saya masih kecil. Iye, bila mana seorang rakan ingin menipu atau melakukan dosa, dengan muka poyonya saya akan menyanyikan lagu di atas dengan penuh perasaan besarta mata yang terbeliak besar. (erk.. unsur suspen) Namun, lagu tersebut secara tidak langsung telah mendidik saya dengan sebuah hakikat yakni menipu itu merupakan satu dosa. Dosa itu merupakan kesalahan yang sangat besar dan akan menyebabkan kemurkaan Allah lantas akan dihukum ke dalam neraka. Kerap kali manusia ingin menjustifikasikan bahawa golongan kanak-kanak itu masih mentah, masih tak reti mandi sendiri, makan kena suap dengan ibu, atau dengan erti kata lain kurang cerdik. Tetapi dalam melayari kealpaan kita sebagai manusia yang bersifat kerdil serta lemah ini, kita lupa, bahawa akal kita yang matang kadang kala lebih lembab dari seorang kanak-kanak dalam pengertian dosa. Oh! malulah kita wahai saudara-saudaraku yang macho! Oh! malulah kita wahai saudari-saudariku yang stylo! Barangkali hidung kita yang tinggi itu perlu ditundukkan kepada hidung hingusan si anak kecil! Oh! (mana nak sorok mukaku ini...??? argh! opsss.. saya tak de adik.. hehehe.... kantoi pulok anak bongsu yang manja! erk...)

Ape ni..??? semua nak salahkan aku! Cis.. syaitan punye pasal la! Ape pasal die goda2 aku???

Sesungguhnya Maha Pencipta yakni Allah Azza Wa Jalla telah banyak memberi peringatan kepada kita melalui kalamNya di dalam Al-Quran. Mari kita teliti dengan kecelikan mata seorang hamba yang hina. Insya Allah.

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.
  (Al-Baqarah : 208)


"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah mnejadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."
 (al-A'raf : 27)

"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah. "
(Al-A'raf :30)

".....dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan."
(An-Nisa: 38)


saya tertarik dengan artikel  yang bertajuk  Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa  hasil garapan saudara Leokid.  Maka saya sertakan di dalam post ini selepas meminta kebenarannya untuk sama-sama kita memuhasabahkan diri . Saya tidak dapat nafikan, kadangkala-kala saya juga sering tersilap langkah dalam mengemudi kehidupan.... Astaghfirullahaladzhim..

baikilah hatimu



1. Trend “menebus dosa”.

Menebus dosa, merupakan satu trend yang amat kabur untuk didefinisikan. Bagi menjelaskannya, mari saya bawakan beberapa contoh. Yang saya maksudkan dengan “menebus dosa” adalah seperti seorang yang tidak solat, namun rajin melakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah dan sebagainya. Dengan harapan, kebaikan yang dilakukan tersebut memadamkan dosa yang dilakukan. Ya, inilah “trend” yang saya maksudkan, iaitu trend “mempositifkan dosa”.
Dari sisi Islam, sebenarnya tidak ada yang salah pun. Sememangnya kebajikan itu menghapuskan kemungkaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 114,
“Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan (dosa).”
Namun yang dimaksudkan dengan “sayyi’at” (kejahatan) dalam ayat diatas tersebut adalah dosa-dosa kecil yang dilakukan diluar kesedaran @ tanpa sengaja, adapun dosa-dosa lain mestilah diiringi dengan taubat. Pendek kata, trend menebus dosa itu hanya ada disisi Islam dengan syarat pelakunya BERTAUBAT dari dosa tersebut terlebih dahulu.
Contohnya, trend ini wujud dalam kalangan sesetengah muslimah yang enggan mengenakan tudung. Mereka beralasan dengan berkata, bahawa “walaupun kami tidak bertudung, tapi hati kami baik, kami pun solat, dsb” Seolah-olah 1001 perbuatan baik mereka itu dapat memadamkan dosa keengganan mereka bertudung, dan tentulah ayat “don’t judge a book by its cover” menjadi hujah pembela mereka.
Trend ini merupakan trend bersifat defensive, iaitu tanpa usaha sebenar untuk bertaubat sebaliknya yang ada hanyalah usaha-usaha “simtomatik” untuk menyedapkan hatinya. Trend dosa ini amat berbahaya, kerana ia membuatkan para pelakunya berasa seolah-olah dalam “comfort zone”, “tidak apa”, justeru berlarutanlah ia dalam kemaksiatan dan dosa tersebut tanpa adanya usaha untuk bertaubat.
Allah telah awal-awal lagi memberi peringatan mengenai kewujudan trend ini, dalam firmanNya:
“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu.” [8:48]

2. Trend “mengecilkan dosa”

Ini juga satu trend yang berbahaya, timbul atas kesedaran untuk “menyedapkan hati” juga sepertimana trend yang pertama tadi. Dalam istilah lainnya, suka saya definisikan sebagai – “bersikap optimis dengan dosa”. Pelaku dosa tersebut cuba mengecilkan dosa yang dilakukan, dengan membandingkannya dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius. Bersikap optimis, sepertimana seorang pelajar yang mendapat C dalam peperiksaannya lantas berkata – “Ala, nasib baik tidak gagal” – dilihat agak biasa, namun apabila trend yang sama digunakan bagi menjustifikasikan dosa, akibatnya amat membencanakan.
Sebagai contoh, trend ini cukup banyak digunakan oleh para remaja yang bergelumang dengan kapel @ melakukan perkara terlarang dengan pasangan masing-masing. Kapel yang berpegangan tangan, contohnya, menyedapkan hati sendiri dengan berkata – “Ala pegang tangan je pun, bukan cium-cium”. Pasangan yang berciuman pula membandingkannya dengan dosa yang lebih serius, seperti – “Ala cium-cium je, bukan zina-zina pun”, sehinggalah ke peringkat yang lebih serius.
Peranan trend ini dalam membawa para remaja ke arah perzinaan amat hebat dan penting sekali. Natijahnya, sehinggakan dari sekecil-kecil dosa menunjukkan aurat kepada pasangan, membawa kepada zina, dan kini yang terbaru, membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Kerana apa? Kerana adanya trend “mengecilkan dosa” ini.
Atas sebab itulah, Allah telah awal-awal lagi memberi amaran mengenai trend ini dengan menggunakan kalimat “laa taqrabu” (jangan kamu menghampiri) zina dalam surah Al-Isra ayat 32. Allah tidak berkata “jangan berzina”, tetapi kalimat “jangan mendekati” membawa konotasi bahawa perbuatan zina itu bukannya perbuatan yang berlaku secara tiba-tiba dan segera, sebaliknya didahului oleh beberapa siri perbuatan “tak apa” yang lebih kecil. Siri perbuatan inilah yang saya maksudkan dengan trend “mengecilkan dosa”.
Selain dari contoh mengenai zina, banyak juga situasi lainnya yang turut mengaplikasikan trend ini. Contohnya, seseorang yang asalnya bertudung labuh, mula menyingkatkan tudung dan mendedahkan dada, dengan alasan “ala takpe, tetap menutup rambut”. Kemudiannya semakin serius sehingga menampakkan leher, berlengan pendek hinggalah akhirnya terus ditanggalkan tudungnya.

3. Trend “membiasakan dosa”

Trend ini juga tidak kurang hebatnya. Jika saya mendefinisikan trend sebelum ini sebagai “bersikap optimis dengan dosa”, maka trend “membiasakan dosa” ini pula saya definisikan sebagai “berdosa secara berjemaah”. Apabila sesuatu dosa diterima umum sebagai “tak apa”, maka beramai-ramailah umat Islam menjebakkan diri kedalamnya.
Mungkin akibat dari kefahaman yang telah diterapkan dalam minda sedari kecil bahawa “majoriti itu benar”, sesetengah pelaku dosa cuba menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dianggap majoriti bagi menyedapkan hati mereka. Dosa-dosa ini terdiri daripada dosa-dosa yang tersebar umum sehingga ke tahap sukar untuk dielakkan.
Sebagai contoh, dosa menghadiri ke konsert yang bercirikan kemaksiatan. Demi menyedapkan hati, pelaku dosa ini akan berkata kepada dirinya – “ala, ramai lagi yang join konsert tu”. Akibatnya pelaku dosa jenis ini sukar untuk dinasihati, kerana bagi mereka alasan itu sudah cukup kukuh. Malah ada yang berani pula mengatakan – “tak apa, at least tak masuk neraka sorang-sorang.”
Contoh satu lagi yang kian menampak dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan muslimah, adalah fesyen tudung bersanggul. Sungguhpun telah disampaikan teguran, namun alasan yang diberi “ramai lagi yang pakai macam ni”, merupakan satu contoh pengaplikasian trend ini bagi membenarkan perbuatan tersebut.
Sukar untuk membasmi trend dosa ini, kerana perlunya kepada usaha gigih para pendakwah untuk mengubah bukan sekadar kualiti, tapi KUANTITI pelaku dosa tersebut. Tambahan pula apabila para pendakwah ini yang berada di pihak yang minoriti, kerana suara minoriti itu sering dianggap suara kedua (underdog) yang tidak perlu didengari apatah lagi diterima. Benarlah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari ‘Abdurrahman B. Sannah))
Disebut Nabi dengan perkataan “ghuraba”, menunjukkan bahawa umat Islam yang mengamalkan Islam dengan baik dan betul serta menjauhi dosa-dosa itu merupakan pihak yang minoriti, dan sering dipandang serong oleh masyarakat. Contohnya, apabila seseorang enggan berkapel kerana ingin menjaga diri dari kemaksiatan, maka orang itu dianggap tidak mengikut perkembangan terkini, tidak laku, dan sebagainya. Apabila seorang muslimah enggan berjabat tangan dengan seorang muslimin, maka muslimah itu dianggap sombong. Apabila seorang muslimin enggan bertukar nombor telefon dengan muslimah kerana enggan berhubungan, maka muslimin itu dianggap jumud.
Mengikuti “kebiasaan orang ramai” tidak menyelamatkan seseorang itu daripada diazab berikutan dosa yang dilakukannya, kerana Allah itu Maha Adil dan tidaklah seseorang itu melakukan dosa melainkan akan dipertanggungjawabkan, hatta sebesar zarah, dan tiadalah dosa seseorang itu akan dipikul oleh orang lain sebagaimana firmanNya:
"Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja "(6:164)




bandingkan dirimu dengan bunga matahari

4. Trend “membandingkan dosa”

Dan trend yang keempat ini juga merupakan sebuah trend yang cukup luas menular dalam kalangan masyarakat, remaja terutamanya. Jika trend sebelum ini menunjukkan kebiasaan membandingkan satu dosa dengan dosa lain, trend membandingkan dosa ini pula memfokus kepada kebiasaan membandingkan individu dengan individu yang lain.
Sebagai contoh, trend ini banyak digunakan oleh muslimah yang enggan bertudung, lantas membandingkan dirinya dengan perbuatan buruk muslimah yang bertudung. “Ala orang yang bertudung pun bukan bagus sangat, tengok suratkhabar, ada je kes ustazah berzina”, “orang bertudung kuat mengumpat” dan sebagainya adalah contoh ayat-ayat yang jahat yang menjadi ciri-ciri kepada trend melakukan dosa jenis ini.
Dari pengamatan saya, trend dosa ini merupakan trend yang paling jahat dan buruk, kerana bukan sahaja pelaku dosa itu melakukan dosa, malah mereka juga cuba memburuk-burukkan orang lain dan menimbulkan fitnah ke atas umat Islam keseluruhannya. Tindakan mereka ini seolah-olah untuk menepis dan mengalihkan perhatian terhadap dosa yang mereka lakukan, dengan “menolaknya” kepada orang lain agar kecacatan diri mereka dapat disembunyikan.
Begitulah juga contohnya perokok, apabila ia cuba menjustifikasikan tindakan merokoknya itu dengan berkata – “Ala, tok imam kat masjid pun merokok”. Malah kadang-kadang tanpa ada asas dosa pun, sesetengah golongan yang jahat niatnya mengambil kesempatan dengan trend ini untuk menjatuhkan dan melemahkan usaha yang dilakukan para pendakwah.
Contohnya, ayat-ayat seperti – “Nak guna dinar emas konon, riba pun tak terbanteras lagi.” “Sebelum ko nasihat aku, elok la ko nasihat roomate engko dulu” serta pelbagai lagi.
Trend jenis ini, cukup sukar untuk ditangkis dan dijawab oleh para pendakwah. Ini kerana, ia berkait rapat dengan kelemahan golongan pendakwah sendiri. Bahkan, ia mampu melemahkan semangat para pendakwah yang lembut jiwanya. Jika trend-trend dosa sebelum ini bersifat defensif, maka tidak salah kalau saya katakan trend ini adalah trend yang “offensif” iaitu bersifat menyerang.
Allah memberi amaran dengan panjang lebar kepada mereka yang gemar menggunakan taktik ini, sepertimana dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Namun harus diingatkan, bahawa trend ini wujud atas dasar kelemahan pada diri pendakwah. Oleh itu haruslah setiap pendakwah sentiasa bermuhasabah dan menjaga dirinya daripada menjadi fitnah ke atas nama Islam itu sendiri. Ya, manusia tidak sempurna, namun cubalah mengikuti sunnah dan akhlak Rasulullah, dan serahkanlah kepada Allah untuk menjaga diri kita dari keaiban.
Kesimpulannya, empat jenis Alasan untuk kekal melakukan dosa adalah,
1. Menebus dosa – melakukan kebajikan dan amalan-amalan kebaikan untuk menyedapkan hati bahawa sekurang-kurangnya kebaikannya itu membawa pahala kepadanya.
2. Mengecilkan dosa – membandingkan dosa yang dilakukan dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius yang mungkin terjadi, sekaligus membawakan tanggapan dirinya “masih selamat” dan masih “tidak apa”.
3. Membiasakan dosa - Meletakkan dirinya dalam kelompok majoriti yang turut melakukan dosa yang sama, agar membuatkannya berasa sedap hati bahawa dirinya tidak keseorangan dalam melakukan dosa tersebut.
4. Membandingkan dosa – Menyatakan kelemahan dalam diri golongan yang tidak melakukan dosa tersebut, agar membawakan perasaan bahawa dirinya tidak inferior dan perasaan bahawa adalah sama sahaja sama antara yang melakukan dosa itu mahupun yang tidak melakukan dosa itu.
Sengaja saya menggunakan perkataan “kaedah” dan “trend” bagi menarik perhatian, namun tentulah yang paling tepat, empat perkara tersebut merupakan ALASAN kepada diri sendiri yang sering digunakan oleh kita.
Keempat-empat alasan di atas merupakan perangkap syaitan yang mempermainkan akal dan fikiran kita, agar kita menjustifikasikan dosa-dosa yang dilakukan sebagai “tidak apa” dan untuk berlepas diri dari dosa tersebut. Namun ingatlah, dosa-dosa itu tetap merupakan dosa, dan HANYA TAUBAT SEBENAR-BENAR PENGHAPUS DOSA. Walau sepandai manapun kita beralasan, namun ALLAH itu lebih pandai, dan hanya oleh Allah lah dosa kita akan dihitung.
kenapa saya katakan, membasmi alasan-alasan ini merupakan antara langkah awal dan vital yang perlu diambil? Ini kerana, alasan-alasan di atas merupakan benteng pertama yang menghalang seseorang pelaku dosa dari bertaubat.Benteng ini membuatkan pelaku dosa tersebut merasakan bahawa mereka tidak melakukan dosa. Sedangkan syarat pertama taubat, adalah mengakui dosa yang dilakukan!
Di dalam bidang psikologi, langkah pertama menyelesaikan masalah adalah mengakui kewujudan masalah tersebut. Individu yang gagal menerima hakikat dan enggan mengakui kewujudan masalah, merupakan individu yang digelar “delusional”.
Justeru itulah, individu yang gagal menerima hakikat dosa yang dilakukan, masih beralasan dan cuba membela diri sendiri, dan enggan mengakui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah satu dosa, merupakan individu yang delusional terhadap agama masing-masing. Apabila ini gagal, maka adalah mustahil individu tersebut untuk memulakan langkah taubat.
Pendek kata, seseorang itu perlu berhenti beralasan dengan kaedah-kaedah di atas ataupun apa jua alasan yang ada, barulah akan terbuka pintu hatinya untuk bertaubat!
Buat para pendakwah pula, keempat-empat alasan untuk kekal dalam dosa ini merupakan fenomena yang menjadi cabaran dalam amalan nahi mungkar di negara kita. Rata-rata jika kita tengok, kebanyakan para pendakwah mengambil jalan mudah memfokus kepada amar makruf semata, tanpa cuba melakukan nahi mungkar. Ini mungkin kerana jalan amar makruf itu disambut dengan paluan kompang, didalam bilik berhawa dingin, dipandang mulia oleh masyarakat dan sebagainya. Manakala jalan nahi mungkar pasti akan ditentang, disambut dengan kejian dan makian serta tohmahan dan fitnah.
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebarkan fitnah mahupun mendedahkan keaiban, namun cukuplah dianggap ia sebagai mendedahkan realiti yang ada dalam diri remaja kita agar kita sama-sama dapat memahami dan mencari solusi mengenainya. Sesungguhnya saya juga remaja, dan saya juga tidak terhindar daripada terperangkap dalam alasan-alasan di atas dari masa ke semasa. Mungkin apabila memahami alasan-alasan kekal dalam dosa di atas, kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran dan tentangan dalam usaha mencegah kemungkaran yang semakin membarah ini.
Wallahua’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...