Friday, December 24, 2010

Bagai Pinang Dikerat Dua...OMG! Sweeeeettttttt!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




"sweet giler korang..."
"semoge kekal hingga ke anak cucu.."
"cute giler!"
"OMG! hot babes..."
"tarik tertarik menarik kau mmg the BOOMMM!!"
"hensemnyer.... rase nak cubit2 je pipi tuh"
"ehm...ehm.. ade pape ke korang... alalala~"


saya rasa komen2 merapu sebegini tak asing lebih2 lagi di laman sesawang Facebook. Bilamana si gadis mengupload gambar seorang lelaki atau sebaliknya, atau mengupload gambar kenangan jiwang berkarat sweet+sour+spicy+stinky(erk... ape menda aku merepek ni?), akan berpusu-pusu la segala kengkawan mereka (yang xde keje asik dok stalk orang) untuk mengomen-ngomen gambar tersebut. Ehm.. kadangkala, saya susah jugak ingin memahami mengapa gambar tersebut perlu dipamerkan di Facebook. Ah! Mungkin sahaja mereka ingin menunjukkan merekalah the most sweet couple di dunia ini. Oh! Semoga bahagia ya! erkk...




Cerita Gambar Itu...






Encik Angau : Pergh.. patut aa budak ni kerek dengan ak.. rupanya dah ade.. bla la weh... 
Encik Sporting : Fuyyo.. sweet giler.. kan bagus ak dapat awek camtu gak..
Encik Slumber : Pergh.. ceh.. dah maju budak ni.. bagus2!! Go! Go! Go! Ale3x~! (ala2 lagu bola)
Encik Lelaki beriman akhir zaman : Astaghfirullah.. kenapa dia macam ni.. dulu aku ingatkan die ni gadis baik.. rupa2nya @$&%&*.. (saya pon xpaham ape dalam hati itu)
Encik Bertaqwa : Astaghfirullah, jauhkanlah sahabatku ini dari terjatuh ke jerat syaitan..selamatkanlah dirinya ya Allah..


p/s: antara segala Encik2 kat atas ni, rasa2nya mana satu yang boleh jadi calon suami paling baik? Ah! ape aku merapu ni? Lu pikirla sendiri ! Erk.. kalau lelaki dalam gamba tu.. lain cerita pulok la ye.




Maaf, bukan niat di hati saya untuk mengata pemilik gambar tersebut, first sekali, saya ingin berbicara tentang mereka yang syok sendiri yakni penonton yang tak diundang bak kata nenek2 kita, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong (betol x peribahasa ni)  tetapi saya hanya ingin mengajak kamu untuk berfikir, untuk meneliti akan satu hakikat disebalik sabda Rasulullah , 



Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith;
Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
Aik.. macam kenal punyer hadis. Oh, memangla kenal. Dah Pakcik Sasbadi, DBP, Fajar Bakti banyak kali habaq kat kita akan pesanan Rasulullah ini. Tapi... tapi.. Uh! Ke mana perginya pesanan itu? Masuk telinga kanan tembus telinga kiri? Meh kita ulangkaji sat. Mana tau kerajaan nak suruh budak A Level amik balik SPM ka? (Oh! Tidakkkkkkkkkkk!)
Berdasarkan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu; 
Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan.
Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat.
Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan kemaksiatan tersebut.
Pencegahan terhadap perbuatan mungkar dan maksiat menerusi hati merupakan selemah-lemah iman. Jika tidak ada sedikit pun di dalam hati seseorang perasaan benci terhadap kemungkaran dan kemaksiatan tersebut, maka itu adalah tanda seseorang itu telah tiada imannya.  Jadi, kalau hati kita merasa sweet benar melihat gambar dua sejoli berkepitan tersebut, rasa-rasanya ape cerita ya? 
"Oh! Ala,, kami komen je sweet, tapi hati kami benci dengan maksiat diorg buat tu cik Zinnirah oit! Ko mane tau hati kitorang?? Bla la weh.. Chow!"
Ok beb... bak kata orang, dont judge people by their comments... Alright..Semoga Allah melindungi kita..
Mungkin kita masih ingin menegakkan benang yang basah dengan berpendirian bahawa kita masih mempunyai iman, dengan membenci perbuatan maksiat tersebut. Tapi sejauh manakah kelemahan iman itu meneruskan progressnya? 
Dan bagi mereka yang suka-suki komen pada gambar sweet geli geleman itu, rasa-rasanya Encik Permata Iman di mana ya ketika itu?
Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”

ape lagi kau merepek ni Zinnirah.. tadi cakap pasal gambar.. ni dah pegi majlis maksiat pulok ni. kau ingat kitorang ni kaki joli kat kelab buih ke? 


Apekah ade bedanya jika kamu melihat gambar tersebut di skrin laptop dengan mata kamu dengan kamu melihat maksiat tersebut depan mata kamu di parti cengkerama? Bila mana diyakini maksiat itu wujud maka secara automatiknya maksiat itu wujud di situ! (gambar edit2 copy paste dikecualikan). Jadi, apabila kamu redha dengan gambar tersebut, secara rasminya jatuhlah talak bahawa kamu redha akan maksiat tersebut! (ya Allah lindungilah kami...) atau dalam erti kata lain kamu dua kali lima sama dengan sepuluh dengan pelaku maksiat tersebut! 

dan tak lupa pula kepada pemilik gambar tersebut.
"weh..kitorang mane ade pape.. kawan je la.. tak main la couple2 ni.. haram weh.. xtakot dosa ka?? "
Ok man... bagus hamba Allah ini. Tapi..tapi..tapi... Ya Allah..lindungilah kami..
Wahai sahabat2ku yang kucintai kerana Allah, sesungguhnya gambar yang kau banggakan itu sekaligus telah membuka pintu dosa fitnah kepadamu dan juga dosa2 kepada sahabat2mu yang menjadi penonton tanpa diundang itu.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Iye, mungkin kamu tidak couple, tapi tindakan kamu yang berkepitan bersama ajnabi telah menyebabkan sahabat2 yang lain membuat spekulasi2 yang bukan2 sehingga boleh membuka keaibanmu sendiri. Maka, sekaligus kamu telah menjebakkan diri di dalam sindrom "dosa berjangkit".




contoh, Encik Anakonda melihat gambar Encik Spiderman bersama Cik Catwoman. Lalu Encik Anakonda menyebarkan di dalam Harian Metro mengenai gosip terhangat Encik Spiderman dan Cik Catwoman. Padahal, En Spiderman dan Cik Catwoman tiada apa-apa hubungan. Akibat daripada mulut tak tau saman Encik Anakonda, Encik Batman , kekasih Cik Catwoman telah memutuskan hubungan cinta mereka. Manakala masyarakat Bandar Mulut Becok pula seperti diserang virus jangkitan Encik Anakonda, sibuk mereka cerita yang bukan2 mengenai En Spiderman dan Cik Catwoman sehingga timbulnya pelbagai fitnah. Akhirnya Cik Catwoman menjadi andartu kerana tiada siapa yang sudi menerima dirinya yang dianggap seperi kereta secondhand itu. 


Erk.. sadis sungguh cerita di atas. Iye, mungkin sahaja saya dianggao seperti menghiperbolakan perkara kecil, tetapi berbalik kepada pokok perbincangan kita ialah, MENYEBARKAN FITNAH dan MENYEBABKAN FITNAH merupakan dosa besar. Maka, bila saya kata dosa.... adik kecil di tadika itu akan berkata..


"eee... dosa, mati seksa, masuk api neraka! "


eh, bukan saya kata, adik2 kat tadika yang baru belajar ABC tu yang kata. Erk.. tapi kamu kata apa pula? Ah! Lu pikirla sendiri!

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r. ‘anha bahawa suatu malam Rasulullah s.a.w. terbangun daripada tidur lalu menyebut “Subhanallah” dan baginda bersabda:
“Berapa banyak fitnah yang telah turun pada malam ini! Berapa banyak khazanah yang telah dibuka pada malam ini!  Bangunlah wanita yang ada di dalam ruang lingkup ini kerana kebanyakkan wanita yang berpakaian di dunia ini akan bertelanjangan pada Hari Kiamat!”
(Bukhari Jilid 1, ms. 22)



Akhirulkalam, sekali lagi saya meminta maaf andainya saya ada menghiris hati mana2 pihak. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita mencari redhaNya.. WallahuA'lam. Insya Allah..

P/s: Argh! cuti nak abes! mana buku bio aku? erkkk.....


3 comments:

  1. nice2... saya pun kesal, apabila buka fb/blog/ laman sosial yang lain, apa yang dilihat ialah gambar2 rakan yang XXX.. kesal dengan sikap pemuda pemudi sekarang. sepatutnya mereka menjadi pembela agama, bukannya penjatuh agama.
    kadang-kadang rasa seperti sudah gagal bila xdapat nak bawak kawan ke arah yg lebih baik.

    kisah hati tu, xsilap kakak usrah saya ada cakap yg walaupun kita punya luaran tak mencerminkan hati, tapi bagaimana hati kita akan reflect kehidupan/luaran kita..
    p/s: [ayat berterabur, maaf ye]

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. betul tu mizah.. entahle. sy buat post ni pon sbb kecewa. huhu.

    ReplyDelete
  3. syukran ya ukthi. Teringat zaman dulu kala, pabila ku hampir tersesat dengan permainan dunia... Alhamdulillah Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya ini. Adanya sokongan daripada sahabat2 yang kuat, insyaAllah ku juga begitu.

    Ya, memang susah kadang-kadang untuk menegur seseorang ke arah kebaikan, tapi kita perlu sentiasa berusaha kan? Tapi percayalah, berdasarkan pengalaman, mula2 memang "arghh!apa makcik ni merepek" , tapi-tapi bila sampai 1 masa, Allah da sentuh hati tuh...cair punya! (:

    wallahu'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...