Sunday, December 12, 2010

Kisah Aku, PLKN dan Tipah Tertipu

Assalamualaikum wbt..

(post ini ditulis secara santai. mode lepak please...)

macho tak kami??? 


Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan


Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia


Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama


Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan


Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

Pengalaman semasa di PLKN banyak memberi memori kenangan yang manis. Saya ingat pertama kali saya mendapat tahu saya telah terpilih untuk mengikuti latihan PLKN. Ketika itu, semua pelajar di sekolah saya kecoh membicarakan tentang siapa yang terpilih untuk mengikuti kursus PLKN. Saya tidak terfikir langsung bahawa saya akan terpilih dan saya juga amat berharap bahawa saya tidak akan terpilh. Iyela, saya bukan di kalangan mereka yang tabah untuk berkawad berjam-jam dan berjemur di bawah panas terik untuk menggoreng diri. Saya juga bukanlah di kalangan mereka yang berbadan sasa ibarat Superman ataupun Wonder Woman yang hanya petik jari sambil mengunyah swing gum apabila diperintahkan untuk melakukan kerja-kerja lasak. (Saya lebih suka menjadi James Bond versi beriman dan bertaqwa). Huh! Tapi saya rasa heran pula apabila saya boleh tertarik untuk menyertai Silat Gayong. Sebenarnya, saya ingin mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti kawad kaki. Argh! Saya memang bencikan kawad kaki. (Baris......! Baris sedia!! Luruskan barisan..... satou! duao! satou!)
Tak suka! Tak suka!



        Tapi... keadaan di PLKN telah mengubah segalanya. Hatta walaupun saya telah menamatkan latihan , di rumah saya sering berlagak kawad kaki di hadapan kakak dan ibu saya. (Argh! lantaklah.. bukan korang nampak pon). Apabila ibu saya memanggil saya, saya akan melapor diri di hadapannya seperti melapor diri di hadapan jurulatih. Saya, tuan!!!!  Mengapa sikap saya boleh berubah terhadap kawad kaki? Dulu saya bukan main benci , tapi sekarang saya sangat suka, cinta, rindu sampai terbawa-bawa hingga ke mimpi pula! Oh!

    

        Haaa.. Ada satu perkara yang membuat saya amat tertarik dengan kawad kaki. Apa dia? Aktiviti kawad kaki amat memerlukan kesepaduan tenaga, komitmen, dan disiplin yang tinggi daripada semua ahli dalam sebuah pasukan kawad. Walaupun hanya seorang sahaja yang mencuba untuk mengambil sikap sambil lewa dalam melakukan formasi kawad, ia akan mengakibatkan seluruh formasi pasukan kawad menjadi tidak teratur. Akibatnya, bukan sahaja pasukan tersebut akan dimarahi oleh jurulatih, malahan menjadi bahan jenaka pasukan lain. Saya yang memang kurang mahir dalam aktiviti yang saya benci+cinta=bencinta ini sering menjadi spoiler dalam pasukan saya. Tu la zinnirah.... dulu kat sekolah tak nak belajar kawad.... padan muka!!!

Ibrah Daripada Kawad Kaki.

      
          Sebuah pasukan kawad kaki boleh diibaratkan sebagai sebuah kelompok masyarakat. Apabila kamu menjadi salah seorang anggota pasukan kawad kaki, ia sekaligus telah meletakkan satu tanggungjawab dan bebanan di bahu kamu untuk berusaha mencapai keseragaman dalam setiap aturan langkah dan kesepaduan suara yang garau. Selain itu, seorang anggota pasukan kawad kaki juga akan terikat dalam setiap peraturan yang menyekat diri daripada sebarang aktiviti yang membawa istilah kebebasan. Kebebasan? Iye, dalam konteks kawad kaki, kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan bergerak dan bersuara. Jika seorang anggota dengan sesuka hatinya bergerak walau hanya selangkah ke hadapan, belakang, kiri atau kanan, atau dengan sesedap rasanya meluahkan suara yang kurang merdu tanpa arahan jurulatih, maka akan hancurlah seluruh pasukan terrsebut. Tetapi berlainan pula dengan konteks masyarakat , kebebasan yang disekat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni ialah kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan memilih dan sebagainya. Seperti kawad kaki, walau hanya seorang sahaja yang melanggar garisan kebebasan ini, ia akan meruntuhkan kerukunan sebuah masyarakat. Kebebasan dalam masyarakat disekat oleh sistem berperaturan. Bayangkan hidup tanpa berperaturan, mana mungkin kehidupan yang harmoni dapat diwujudkan? Tiada peraturam, tiada undang-undang, tiada polis, tiada hakim, tiada tentera......(polis entry, 1,2 jaga, polis mati pencuri jaga!)

Cerita Pasal Kebebasan


     Menerokai dunia yang diwarnai dengan keseronokan fatamorgana ini, mungkin tidak terlalu pesimistik untuk saya mengutarakan pendapat, bencana yang paling mengerikan yang menimpa manusia di seluruh dunia ialah idea "kebebasan" yang dibawa oleh konsep demokrasi. Idea ini telah mengakibatkan pelbagai malapetaka secara universal, serta merosakkan martabat masyarakat di negara-negara demokrasi yang menjengkelkan. Untuk mendukung konsep kebebasan, musuh telah merencana pelbagai agenda termasuk melahirkan pelbagai ideologi yakni -isme yang yang meracuni fikiran ummah secara perlahan ibarat virus AIDS yang menyerang pesakitnya bukan secara drastik. Perlu diketahui, musuh bukanlah ingin mengajak masyarakat khususnya orang Islam untuk memeluk agama mereka, TETAPI, apa yang mereka mahukan ialah untuk memisahkan kita daripada kehidupan beragama. Kerana apa? Kerana, dengan kehidupan beragama sahaja akan melahirkan naluri rasa bertuhan dalam setiap jiwa penganut agama. Kesedaran rasa diri bertuhan akan menyekat seseorang individu untuk melakukan kejahatan kerana rasa takut akan kemurkaan Tuhannya sekaligus akan berusaha untuk meningkatkan kemampuan dirinya melakukan perkara-perkara yang akan mengangkat darjat dirinya di hadapan Tuhannya. Antara virus ideologi yang sering diagung-agungkan di peringkat global ialah seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Feminisme... (ah! tak terungkap semuanya!)



       Sungguh, sudah berapa banyak hal atas nama demokrasi disambut baik yang menjengkelkan sekaligus memuakkan, yang selalu dijajah oleh negara-negara demokrasi penjajah yang malangnya disambut baik oleh para pemimpin yang melabelkan tindakan mereka kononnya sebagai gerakan reformasi. Amerika, Britain dan Perancis selalu sahaja menggembar gemburkan nilai-nilai demokrasi dan Hak Asasi Manusia (HAM) di mana-mana. Padahal pada waktu yang sama mereka jugalah yang memijak-mijak seluruh nilai kemanusiaan dan akhlak , mencampakkan seluruh hak asasi manusia dan menumpahkan darah pelbagai bangsa di dunia. Dalam masyarakat demokrasi, hubungan antara sesama manusia telah menjadi hancur lebur hasil dari pergaulan bebas tanpa batasan di antara lelaki dan perempuan yang tidak dilarang oleh undang--undang negara. Kerana itu, adalah fenomena wajar dan biasa dalam sesebuah masyarakat demokrasi jika kita menyaksikan di jalan-jalan , taman-taman, stesen-stesen dan sebagainya, hilangnya nilai malu dan maruah yang sangat tinggi nilainya. Juga, adalah fenomena biasa bagi para pemuda dan pemudi berduaan , berciuman, berpelukan dan....dan...ah! Semua ini mereka lakukan tanpa rasa malu dan bersalah sedikitpon kerana istilah "kebebasan" yang telah tersemat di minda mereka hasil corak lukisan indah para pembohong durjana.


Dasat sungguh... Oh! ada lagi dasat ka Nek Zinnirah? (sedap sungguh nama nenek ini). Uhuks...uhuks... iye cu, nenek sambung cerita ya... ehm..ehmmm...

ahhha? 


       Terdapat di sesetengah negara peraturan-peraturan yang membolehkan hubungan seksual dan pergaulan lelaki dan perempuan dengan sebebas-bebasnya apabila masing-masing telah mencecah usia 18 tahun. Undang-undang itu ternyata tidak sekadar membenarkan hubungan seksual dengan lawan jenis, malah lebih dari itu dimana hubungan seksual sesama jenis telah "direstui" dengan mendukung martabat kononnya inilah "Cinta Sejati". Pelbagai perilaku seksual yang menyimpang dan abnormal telah memenuhi masyarakat demokrasi yang bejat ini. Homoseksual, lesbianisme serta pemuasan seksual dengan binatang (bestiality) begitu berleluasa. Bahkan berlaku parti seksual yakni penzinaan secara beramai-ramai sudah menjadi trend , padahal perilaku seperti ini tidak akan dijumpai di dalam kandang-kandang ternak sekalipun. (sedangkan kucing di kawasan rumah saya juga tahu rasa malu apabila sedang melakukan "maksiat" mereka akan menjauhi dari tempat "awam.. huhu..)

sopannya.... 


Abdullah bin Amr, dia berkata Rasulullah SAW berkata,
"Tidak akan terjadi kiamat sebelum orang bersetubuh di jalanan seperti keldai. Abdullah kemudian bertanya, "Adakah hal itu akan terjadi?" Beliau SAW menjawab, "Benar, sungguh hal seperti itu akan terjadi."
(Hadis direkodkan oleh Ibnu Hibban)

Seloka Tipah Tetipu 
*****************************************************
Penglipurlara Zinnirah Humaira ingin bercerita,
lagu Ruffedge jadi santapan aula seloka,
dengarkan ya....
"Kisah tipah ini satu pengajaran;
yang buat kita fikir, oh oh oh oh oh...
mulanya seperti kain yang suci
tapi dicemari dunia keji"
******************************************************
Dengarlah ini suatu cerita,
Cerita si Tipah si anak dara,
Akibat terbanyak makan buah "majalah mangga",
Satu hari Tipah testing2 berpakaian menjolok mata,
Ibu menjeling mata,
Ayah terkebil-kebil mata,
Teruna terbeliak mata,
Dara tersenyum manja.....
Teruna berdebar dada....
Sambil menyanyi lagu Ruffedge..
"Tarik-tertarik menarik kau memang the BOOOOMMMMMM!!!!"
Auuwwwwwwwwwww!!!!!!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
setelah di "bom"nya teruna terhadap si dara....
2 bulan berlalu indah sahaja....
tiba-tiba si dara termuntah-muntah merana,
si ibu tertanya-tanya...
"apa kono ekau jang????"
dara terkulai kurang manja di kaki ibunya..
sambil menyanyi lagu Ruffedge versi derita,
"Tipah tetipu tertipu tipu tetipah!"
"Tipah tetipu lagi!!!......"
si ibu menyambung lagunya..
"OOOOooooOOOOOoooooOOO...Tipah.................................."
***************************************************
Penglipurlara Zinnirah Humaira ingin membebel belaka,
kepada si Tipah jangan bermuram durja,
Keampunan Tuhan sentiasa terbuka,
tiada pernah tutup pintunya....
"Tipah, selamat hari jadi....
kau sudah kena
Kena tipu lagi, takde sape yang
boleh tolong
Melainkan tuan punya body.... (dan Allah subhanahu wataala)
lirik: thanx to Google Chrome.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
(Az-Zumar :53)




p/s : alhamdulillah.... walaupun post sy ini ditulis dengan agak lucu, namun tidak bermakna saya inginkan kamu bergelak ketawa tanpa memikirkan urusan ummah. sungguh, bukan niatku untuk menjadi pelawak. moge Allah redha.

3 comments:

  1. demokrasi..
    cth: diberi 2 calon yg bw prjuangan bbeza
    1. 1+1=2
    2. 1+1=5
    kalau 4 drpd 5 org pengundi pilih calon ke2, dia ttp akan menang..

    ReplyDelete
  2. hm...mnarik....adakah islam n demokrasi suatu yg paralel?/atau suatu yg mngkin agenda barat semata-mata..sekiranya bukan demokrasi,sistem apakah yg terbaik??sistem islam??bagaimanakah sistem islam??sistem khalifah dan syura??bagaimanakah sistem khalifah dan syura??spt zaman2 dahulu..??

    pd hemah saya,sbnrnyer siste islam dlm politik masih belum dirungkai secara kemas oleh kebanyakan sarjana...apabila ada yg berbicara ttg sstem khalifah,apbla dtnya apakah sstem khalifah..mrk hnya kan mnjawab "seorg mnsia yg dilantik oleh sepakat syura,untk mengepalai kaum muslim"..namun persoalannya cukupkh begitu shj isu-isu politik islam akan selesai??bagaimanakah pemilihan ketua khalifah yg sebenar?atas dasar aper?bgaimana pula dgn isu yg lain yg bersngkut paut...

    ada yg mnyebut bhwa kita perlu blik ke zaman para shbat...ada benarnya..namun apabila kita menyusul semula sirah 4 khalifah agung itu,kita melihat setiap kali perlantikan mereka akan berlaku "pembaharuan" dlm sstem syura yg dipakai mengikut zaman mrk n keadaan mrk...namun untk era umat dunia hari ini sy msih belum jmpa sebarabg "pembaharuan" yg sempurna dan teliti dlm menyusun struktur politik islam..perlukah kita mengikut spt zaman uthmaniyah?atau abassiyah?mrk mnggunakan sstem monarki yg mngkin kurang sesuai dgn apa yg berlku pd hari ini....

    persoalan inilh yg gagal djwab oleh kita..inilah yg dibimbangkan oleh tokoh islam muhammad asad,mnjadi penyesalan mawdudi,maulana iqbal dan azad dlm mmbntuk pakistan...mrk mula mnyedari bhw mrk terburu2 untuk mngadakan ngara islam...tnpa asas dan perancangan yg mnyeluruh ngara islam yg trbina mngkin hnya akn tnggal nama..

    harap saudari jgn slah fham..sy juga mngimpikan ngara islam..dan sistem khilafah...krn krisis kesatuan umat islam hari ini ialah krisis pemimpin..sstem khilafah ialah sstem yg pling ideal(penyatuan berdasarkan ideologi,bukan bngsa)...namun tanpa pembaharuan(tajdid) yg betul dan teliti dlm mnyusun kerangka politik yg bkal trbina,ngara islam itu sndiri sukar untk mncapa tujuannya..n remember "islamic state is not a goal or an end in itself but only a means:the goal being the growth of community of people who stand for equity and justice,and....in accordance with the natural law(syariah) of god,islam"-muhammad asad,the principles of state and government in islam,islamic book trust,1980,pg 30..

    which mean,our task wouldn't stop until islamic state has become reality..we need to make sure it always n consistently following the shariah..

    anyway,nice post..sorry 4 the very long cmmnet..

    ReplyDelete
  3. oh.. thanx 4 ur comment imran.

    ye, mmg benar apa yg saudara nyatakan. bukanlah apa yang saya tuliskan dalam penulisan ini untuk menggesa pembentukan khilafah Islam. dan pada masa yg sama bukanlah untuk menyatakan secara seratus peratus amalan demokrasi itu adalah salah. amalan demokrasi boleh jua diamalkan dengan syarat pemimpin dan ummah perlulah bersepakat untuk membentuk cara hidup islam dan mengamalkan akhlak mulia. tapi konsep demokrasi yang menjadi keagungan masyrakat dunia ketika ini telah diselewengkan untuk kepentingan manusia2 tertentu dengan membawa prinsip kebebasan yang meletakkan martabat manusia melebihi martabat Allah. apa yang saudara nyatakan sama seperti apa yang ustaz saya pernah bgtau saya. iye, mmg banyak lagi persoalan perlu dicari jawapannya dalam merungkai hala tuju manakah yang terbaik untuk manifestasi penyatuan ummah, dan juga pencarian sistem yang meletakkan kedaulatan yang suci kepada Allah.

    wallahuA'lam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...