Assalammualaikum wbt.
(mode sedih)
Baru-baru ini keluarga saya dilanda pelbagai peristiwa suka-duka.
Bulan lepas, 2 orang abg saudara saya dan kakak saudara saya telah mendapat cahaya mata baru. Bertambah-tambah lah keceriaan dalam keluarga kami. Alhamdulillah...
Namun, mungkin ada hikmahnya. Langit tidak selalu cerah. Baru-baru ini saya telah kehilangan 2 orang ahli keluarga iaitu nenek dan ayah saudara saya. Nenek saudara saya menghembuskan nafas terakhir beberapa bulan lepas diikuti pakcik saudara saya pada hari Ahad lepas.
Al-Fatihah |
Ketika saya pulang ke kampung untuk membantu menguruskan urusan pengebumian mereka, saya telah melihat suasana yang asing kerana sebelum ini saya belum pernah merasai "kehilangan". Iye, ini kali pertama. Alhamdulillah, kebanyakan ahli keluarga yang tinggal bersama nenek saya di kampung menuntut ilmu di pondok. Mungkin saya dan kakak sahaja yang berbeza dari keluarga nenek kerana mendapatkan ilmu ala-ala "dunia". Ketika itu, rumah arwah nenek dibanjiri oleh para huffaz dari pondok-pondok di mana abang-abang saudara menuntut ilmu. Kalau muslimin kebanyakannya berbaju jubah putih dan berserban. Kalau muslimat pula kebanyakannya berpurdah. (terasa segan pula kerana perbezaan saya dengan mereka). Suasana di rumah nenek sangat lain. Sangat tenang. Tiada televisyen. Tiada internet. Sepanjang masa ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang. Selama 7 hari 7 malam, beberapa orang hafiz membaca Al-Quran di kubur nenek dan pakcik. Sepanjang masa. Mereka tidur dan makan di situ. Sebab itulah saya tidak berpeluang melawat kubur nenek kerana pada ketika itu kubur tersebut ramai lelaki. Tidak manis kata kakak saudara saya. (beliau juga berpurdah)Saya akur sahaja.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
(Ali-Imran: 102)
"Dan (tiap-tiap) makluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu suatu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-Imran:145)
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Ali-Imran:185)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "
(al-Anbiya:35)
Ya Allah, tempatkanlah mereka di tempat orang yang beriman.. amin.. kami redha Ya Allah...
Post pendek sahaja. Otak blank. Saya tak tahu nak menulis apa sebenarnya. Maafkan saya.
p/s: indahnya berpurdah... hmmm..
No comments:
Post a Comment