Saturday, December 24, 2011

Demi RahmatMu Yang Menyepi


Persis suara garau menghentak
Terkadang bangkit suara kusam
Terkadang bangkit suara segar
Hati juga yang bersuara
Menyeru muhasabah jiwa hamba
Kerasnya, lesunya, kelamnya
Menghembus nafas kecewa
Mencari-cara hati yang hilang
Pada Al-Qurannya, tiada
Pada solatnya, tiada
Pada tahajjudnya, tiada
Aduh! Menangis jiwa hamba
Berontak jiwa pendosa
Memanggil suara pendoa
Menyeru kasih pendamba
Tunduk pada penguasa
Pemilik agungnya cinta
Memeluk erat-erat kalamNya
Hambar kumandang dalam jiwa
Sungguh, ya Allah..
Berikan aku hati yang baru..
Jangan Kau sisihkan aku dari kasihMu.
Jangan Kau sisihkan aku dari jalan jihad kepadaMu
Kurniakan aku mata yang menangis keranaMu
Kurniakan aku jasadnya yang berlari keranaMu

Ya Allah, jangan kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata...
Hadirkan makna cintaMu dalam jiwaku,
Hadirkan rahmatMu dalam setiap langkahku,
Hadirkan hidayahMu dalam setiap detik hatiku,
Kau bimbinglah diri ini yang sangat mendambakan cintaMu....


-Hamba Faqir Ilallah-
-Sepi Mencari Diri-

Sunday, November 27, 2011

Perutusan Maal Hijrah PBAY : Ayuh Tajdid!!



(PBAY merupakan shorform kepada Penulis Blog Ashabul Yamin. agak perasan di situ)

Salam dakwah dalam helaan nafas kesegaran sentuhan tarbiyyah tasawuf, moge nafas ini segar terhela dari tubuhku sehingga nafasku yang terakhir,.

Tajuk sebenar bagi entri kali ini adalah :

Dilemma Pendakwah Muslimah





"Muslimah yang solehah itu ialah apabila ia datang, kehadirannya tidak dirasakan, dan apabila dia pergi juga pemergiannya tidak dirasakan.. " Kata seorang adik juniorku, Amirah kepadaku ketika kami bersembang-sembang sementara menunggu berbuka puasa.

Mata aku terkebil-kebil. Aku meminta beliau mengulangi ayat tersebut kembali. Bukanlah kerana aku tidak mendengarnya, tapi aku berusaha untuk menghadam maksud di sebalik kata-kata beliau.

"Hmmmmm... " Aku mendengus.

"Sebaik-baik wanita adalah dia tidak memandang dan tidak dipandang. " Kataku. Aku cuba untuk mengaitkan kata-kata beliau dengan hadis Saidatina Fatimah.

"Akak tak menafikan kata-kata Amirah tu. Tapi.. Barangkali apa yang nak dimaksudkan kat sini sebab pada diri wanita itu banyak fitnahnya. Tapi... Sejauh mana kesesuaian kita nak gunakan konsep ni pada zaman ni..? Dunia dakwah sangat-sangat memerlukan tenaga muslimah sebagai penyambung perjuangan. Akak risau, kalau seseorang muslimah itu terlampau rigid, syadid dalam prinsipnya, barangkali seseorang muslimah itu akan mengurangkan ketersampaian sentuhan dakwah dan tarbiyyah kepada insan-insan disekelilingnya. Barangkali kita tidak sedar dalam mana kita berdakwah, kita telah mengkhianati haq insan yang mendambakan sentuhan tarbiyyah hanya kerana keegoaan kita dalam membela prinsip."

Amirah mengangguk-ngangguk. Aku menyembung kata-kataku, sekadar ingin menambah perasa untuk meyakinkan lagi pandanganku.

"Lebih-lebih lagi... sekarang kita berada dalam era kekurangan tenaga dakwah ... " Sayu bunyinya.

Prinsip Yang Menyekat Dakwah

Aku suka untuk kongsikan pengalaman aku dalam arena dakwah, sekadar untuk menjadikan pengalaman aku sebagai pengajaran bagi diri aku sendiri. Kerana bagi aku, pengalaman adalah sebaik-baik guru yang mengajar kita tentang erti kehidupan.

Semasa aku mula-mula bretatih dalam mendalami mehnah dakwah, aku agak syadid dalam menjaga prinsipku dalam berikhtilat. Prinsip aku ini banyak membawa masalah bukan sahaja kepada diriku sendiri malah juga kepada muslimin yang ingin berurusan denganku. Akibatnya, banyak hal-hal perihal dakwah yang tergendala hanya kerana aku kurang menyenangi urusan muamalat yang tidak menenpati citarasa aku.

Prinsip ini aku teruskan sehinggalah aku memasuki PLKN. Bagi aku, PLKN banyak mengajar aku tentang erti dakwah yang sebenarnya. Jika aku tidak melalui transisi PLKN sebelum memasuki pengajian tinggi, barangkali aku mungkin tewas dalam meneruskan tanggungjawab dakwah. Mana tidaknya, pelbagai jenis ragam manusia boleh dlihat di sini. Ramai di kalangan mereka yang meninggalkan solat, ini tak masuk lagi ribuan kisah mereka yang kadang-kala menyerabutkan naluri daieku.

Suasana di PLKN yang beraneka ragam, pemikiran, agama dan budaya menjadi cabaran kepada muslimah di sana yang berusaha untuk memelihara ketegasan sebagai seorang muslimah. Lebih-lebih lagi dalam perihal aurat dan muamalat, rata-rata jurulatih di sini mengambil sikap enteng terhadap agama. Kecerdikan dalam berdiplomasi amat diperlukan untuk memahamkan jurulatih terutama aktiviti yang memerlukan kami untuk membuka aurat atau bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan. Untuk mengelakkan tindakan kami menjadi fitnah dakwah lebih-lebih lagi kepada non-muslim, menyebabkan aku yang pendiam berusaha membina keberanian untuk bercakap dikhalayak umum. Aku dan sahabatku, Zaiyan merasakan keperluan untuk kami berusaha untuk menonjolkan diri dengan matlamat dakwah.

Semasa berada di IPT, masih tersisa dalam diri aku untuk memelihara prinsip syadid dalam bermuamalat. Namun apabila aku dipertanggungjawabkan untuk memang banyak tanggungjawab, aku cuba untuk meneliti semula peribadi aku sebagai seorang daie muslimah. Akhirnya aku faham, aku perlu merevolusikan sudut pandangan aku. Bersikap profesional dalam berurusan namun pada masa yang sama sentiasa memastikan segala urusan dilaksanakan atas landasan taqwa. Keredhaan Allah perlu diletakkan lebih tinggi daripada keredhaan manusia.



Ini bukan lambang BN ye

Keperluan Memahami Fiqh Waqi' dan Fiqh Awlawiyat

Kedengarannya seperti kurang enak dilihat jika seseorang muslimah menonjolkan diri dalam arena dakwah. Suara, wajah, tindak-tanduk menjadi pameran di khalayak umum barangkali membawa risiko untuk menjerut hati yang berpenyakit untuk tergelincir dalam gelora nafsu insan yang bernama lelaki. Bukan itu sahaja, seorang muslimah itu juga akan mudah terdedah dengan duri-duri fitnah yang berpunca daripada perasaan iri manusia lain. Pujian-pujian dari manusia lain juga barangkali mendedahkan diri kepada penyakit hati yang dimurkai Allah sepeti riak, takbur dan ujub.

Hal ini memperlihatkan keperluan sesorang daie muslimah untuk memiliki kefahaman yang jelas terhadap realiti suasana di sekeliling supaya peluang dakwah dapat dilihat dari pelbagai sudut dan method (Fiqh Waqi'). Pertimbangan antara maslahah perlu diteliti secara jelas supaya sesorang daie terpandu untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Rujuk : Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan)

Sebagai contoh, sekadar memberikan huraian bagi beberapa pertimbangan maslahah:

·Maslahat akhirat di utamakan dari maslahat dunia.
Keredhaan Allah lebih dikehendaki berbanding manfaat duniawi seperti pujian, harta, wanita dan sebagainya.


·Maslahat yang dinikmati oleh ramai diutamakan dari maslahat yang hanya dinikmati oleh seorang atau   kumpulan yang lebih kecil.
Dakwah secara umum lebih diutamakan dakwah kendiri atau hanya melibatkan kelompok kecil.

·Maslahat yang yakin boleh dicapai diutamakan dari maslahat yang kurang yakin.
Kefahaman mad'u yang lebih jelas terhadap Islam(pasti) lebih diutamakan berbanding manfaat terhindar dari fitnah manusia.(kurang pasti)


·Maslahat yang lebih besar kesannya diutamakan dari yang kecil kesannya.
Dakwah kepada kelompok yang kurang arif tentang agama lebih diutamakan dari kelompok yang sedia arif tentang agama.


·Maslahat yang boleh berkekalan diutamakan dari maslahat yang terputus dan cepat hilangnya.

·Maslahat yang berkaitan perkara pokok dan asas diutamakan dari maslahat berbentuk ‘syakliah’ (bentuk dan rupa). 


·Maslahat masa depan yang diyakini diutamakan dari maslahat semasa yang lemah. 

Memetik kata Yusuf Qaradhawi :


"Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya."





Fiqh Dakwah Dalam Menangani Cabaran Sekular

Aku sangat tertarik dengan pendekatan Yusuf Qaradhawi dalam ijtihad-ijtihad beliau yang pada pandangan aku sangat sesuai untuk menangani cabaran sekular pada abad ini. Antara pandangan beliau yang menarik perhatianku adalah dalam fiqh dakwah. Tekanan arus globalisasi zaman moden menuntut kepada penilaian semula pemikiran konservatif yang menyekat keterlibatan wanita dalam masyarakat. Antara pandangan beliau berkenaan tuntutan muslimah mengenakan niqab: 

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita  yang memudahkan  wanita untuk  membentuk keperibadiannya.” 
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya  menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.” dipetik dari blog Fatimah Syarha : Berniqab atau Tidak Berniqab?
Pandangan Yusof Qaradhawi berkenaan kemaslahatan muslimah untuk tidak berniqab dalam berdakwah dilihat lebih sesuai untuk dipraktikkan pada zaman sekular ini kerana melihat membuka wajah akan lebih menggalakkan komunikasi yang berkesan. Oleh sebab itu seseorang wanita wajib membuka wajahnya apabila memberikan kesaksian. Oh, jangan salah faham di sini, aku tidak mengatakan berniqab itu tidak baik pada zaman ini, tidak2.. Niqabis dan bukan niqabis masing-masing mempunyai tuntutan dakwah yang tersendiri selagi mana kedua-duanya berpaut pada syariat Allah dan mengharapkan keredhaan Allah pada setiap amalannya, maka, aku mengatakan aku bersetuju pada kedua-duanya bergantung kepada realiti sesuatu tempat.


Muhasabah Maal Hijrah

Sesungguhnya, bukanlah muslimat sahaja yang perlu difokuskan di sini. Bahkan, muslimin dan muslimat itu sangat perlu berkolaborasi dalam arena dakwah.

Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin wanita setengah mereka menjadi penolong kepada setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat ma'ruf dan menegah daripada berbuat kemungkaran” - at Taubah:71

Betapa ramai orang Islam yang melalaikan diri mereka dari tanggungjawab dakwah lantaran kekhuatiran mereka pada beberapa perkara yang hanya bersifat peribadi yakni tidak cukup ilmu,terlampau takut akan rasa riak dalam hati dan juga bimbang ada yang membenci. Jangan sampai kita menzalimi sahabat-sahabat yang mendambakan sentuhan tarbiyyah hanya kerana kita takut akan pandangan manusia lain terhadap kita. Bayangkan, sekiranya para daie lalai dari tanggungjawab ini, maka sudah tentu segala tanggungjawab kepimpinan dalam sesuatu persatuan atau organisasi akan bertukar tangan kepada mereka yang kurang faham dengan tuntutan syariat. 

Sabda Rasulullah : 

"Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya (yang tidak layak), maka tunggulah berlakunya hari kiamat"

Kadangkala kita sering keliru antara ketakutan kita pada Allah dan ketakutan kita pada manusia. 
Kadangkala secara tidak sedar hati kita berbangga kerana diri yang terhindar dari fitnah selepas meninggalkan tanggungjawab dakwah. 

FITNAH muamalat, dapat dihindari sekiranya seseorang muslimah itu mempunyai prinsip yang tegas, profesional yang dipautkan pada landasan taqwa kerana taqwalah yang membentuk akhlak kelas pertama.Tundukkan pandagan, elakkan berduaan melainkan bertemankan mahram, dan elakkan pergaulan yang tidak berguna. PUBLIC, PURPOSEFUL. LIMITEDdipetik dari cucumberr.wordpress.

Teguhkanlah langkah jihad untuk menuju ke arah mardhotillah, jangan mundur andai dikeji, dan jangan pula maju andai dipuji. Latihlah diri untuk memiliki imunisasi terhadap pujian dan kejian dengan amalan tarbiyyah hati. Mari kita teliti hadis Rasulullah s.a.w :

"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)




p/s : sama2 muhasabah diri, ayuh berhijrah , berevolusi demi Illahi! Wallahu A'lam bi ssowab..

Tuesday, November 22, 2011

Nyah Kau Futurrrrrr.... !!

bismillah.

Salam dakwah dalam kesegaran hembusan helaaan nafas kerinduan tarbiyyah, moge nafas ini tetap segar terhela dari tubuhku sehingga nafas yang terakhir. Oh, sudah hampir seminggu saya bercuti, namun blog ni masih belum diupdate lg. Syabas Hayati! Kau memang pemalasssssss... -_-"

Oh tidak2.... sy nak update blog la ni!

**************************************************

Seronok Ustaz menceritakan pengalaman beliau semasa terlibat dalam gerakan dakwah semasa zamannya bergelar mahasiswa dahulu.

"Masa dulu, ana seorang sahaja lelaki dalam persatuan dakwah ana! Semuenye muslimat. Ala, biasa la tu, lelaki memang selalunya sedikit terlibat dalam hal macam ni"

Aku tersentak. Bukan untuk menafikan kenyataan itu. Tapi terkejut, kerana bicara hatiku sememangnya benar. Tentang perihal "sedikit" itu. Ah, ini masanya untuk aku koreksi realiti ini.

"Kenapa ustaz????, " potong aku dalam kerancakan ustaz berbicara.

"Hah? Kenapa ape?"

"Kenapa muslimin ni tak ramai yang nak terlibat dalam gerakan dakwah, atau spesifiknya lagi jemaah?"

"Entahlah, ana pon kurang pasti. Tapi ana rase puncanya ialah sebab lelaki ni kebanyakannya tidak suka terikat dengan sesuatu"

"Ohhhhhhhh.. " aku terdiam berfikir. Cuba untuk menghadam refleksi realiti.

********************************************************

NoStaLgIa Bulan PaHit





Aku mengimbau kenangan semasa aku mula-mula bertapak dalam arena dakwah. Segalanya bermula apabila aku memegang jawatan sebagai seorang ahli BADAR di sekolah menengah dahulu. Bukan mudah untuk memegang jawatan ini. Hakikatnya, kami para BADAR dipandang sebagai "polis moral" di sekolah. Aku cube mengenal perit jerih perjuangan dakwah. Menegakkan amar makruf nahi mungkar hakikatnya bukan sekadar mencanang laungan "jangan itu", "jangan ini" tapi ia juga memerlukan kekuatan perlaksanaan kata-kata dalam medan praktikal individualistik. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Hasan al-Banna. Sangat pedas.

"Perjuangan ialah perlaksanaan kata-kata."



Kami sering dijadikan ukuran dalam mengukur sesuatu amalan kebaikan dan keburukan. Aku sering berfikir, apekah mereka ingat aku ini seorang nabi? ah, sudah tentu bukan, aku hanyalah manusia biasa. Lebih-lebih lagi ketika itu aku masih lagi melalui fasa transformasi ke arah seseorang yang lebih baik. Pernah satu ketika, aku tersasul menyebut perkataan "Bengong", padahal sebenarnya aku sudah biasa menyebut perkataan ini dahulu. (sekarang tak biasa dah)

"Apelah diorg ni! Benggggggggggggg.... " Belum sempat aku menamatkan kata-kata.

Kawan lelaki sekelasku menyampuk,

"Ape ni Badar cakap bengong neeehhhhhhhh"

Saya menunduk malu. Bukan salah tegurannya itu. Yang salahnya ialah pada perkataan "Badar"nya itu.

Seolah-olah, dosa dan pahala itu Allah bahagikan kepada kepada dua, yakni kepada para "Badar" dan juga "non-Badar".

Keadaan sebeginilah yang menuntut kami para Badar untuk sentiasa menjaga perlakuan dan perkataan. Kerana walau sedikit kuman kecacatan akhlak kami pasti akan dipandang serong oleh pelajar yang lain. Namun, menjadi lumrah seorang pejuang dakwah, tidak akan selamanya sunyi dari ujian kefuturan.

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa...
Satu hari, aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat seperjuanganku, juga ahli Badar.

"Hayati, macam mana ni, saya nampak Ikram (Bukan nama sebenar) tengah dating dengan Najwa (Bukan nama sebenar)... pegang tangan pulak tu! "

Berderau darah aku. Bukan senang hati aku untuk menyenangi maksiat. Dan juga bukan mudah bagi aku untuk menerima berita itu.

"Betul ke ni.... salah orang kotttttttttt"

"Betul, saya nampak dengan mata saya sendiri!"

Akhirnya, gemparlah satu sekolah tentang berita seorang badar yang couple... Memang berita itu benar, kerana aku sendiri telah melihatnya mereka berdating.

Aku terdiam. Menarik nafas dalam-dalam. Antara marah, malu dan geram.

Marah, kerana Ikram itu dahulu bukannya seorang lelaki yang sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dia seorang ahli Majlis Tertinggi Badar. Pada peringkat awal kami memegang tampuk pimpinan, beliau termasuk salah seorang aset dakwah kami berikutan kerana pengaruh beliau dalam kalangan golongan "gila-gila". <Note : bukan "gila">. Beliau juga mempunyai cara yang tersendiri dalam mendekati golongan dakwahnya.

Malu, kerana pelajar lain rata-rata pelajar ingin menghukum Badar secara kolektif. Hal ini kerana kami sering melakukan rondaan untuk mencegah pelajar dating, namun pada masa yang sama sahabat kami join sekaki dengan mereka yang dating.

"Perghhhh.. Badar pun dating apeeeeee", kata seorang pelajar.

"Cis. Cis. Cis." Aku mengetap bibir. Malu.

Geram, kerana aku merasakan kami, para Badar adalah punca hal ini terjadi. Kami lalai dalam melaksanakan haq-haq kami untuk menyemai dakwah kasih sayang antara kami sendiri. Kami membiarkan Ikram hanyut kerana pada mulanya kami menyangka "kekamcengan" Ikram bersama sahabat-sahabat K.O nya itu adalah untuk tujuan dakwah. Salah kami. Salah aku. Salah aku. Salah aku.

Setiap minggu, kami para Badar akan mengadakan usrah mingguan untuk kami mengukuhkan hamasah dalam dakwah dan juga menambahkan ilmu agama dalam persiapan menghadapi cabaran dakwah. Kami akhirnya mengadakan satu usrah khas dengan tujuan untuk memujuk Ikram untuk kembali ke pangkal jalan. Meninggalkan noda-noda jahiliyyah yang dilakukannya , dan kembali thabat dalam perjuangan. Walaubagaimana ikhlas pon niat kami, kami telah terlambat. Aku masih ingat lagi jawapannya pada malam itu. Hancur hati aku hanya Allah yang tahu.

"Mintak maaf la antum semua.. Ana sekarang dah jadi macam ni, dah tak bole buat ape lagi. Sekarang, rokok, setan dah jadi kawan ana... "

Sehingga akhir persekolahan , Ikram masih lagi bergelumang dalam noda jahiliyyahnya. Bukan mudah untuk memutuskan kontrak parasit hawa nafsu di hatinya.

*********************************************************

Aku teringat pernah seorang muslimin berbincang denganku mengenai perihal pentingnya tarbiyyah dalam perjuangan menegakkan Islam. Kata-katanya berapi. Seolah-olah, agaknya kalau di ajak untuk berperang di Palestin, agak2nya dia sanggup mati syahid waktu itu juga!


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Akhirnya, tewas juga muslimin itu. Hawa nafsu lebih dituruti berbanding perjuangan.

Bukan sekali aku menjumpai kes muslimin yang futur dalam dakwah, bahkan berkali-kali! Maaf, bukan tujuan aku untuk menyerang muslimin, namun setakat ini realitinya aku belum pernah lagi berjumpa dengan muslimah yang futur. Sudahlah keterlibatan muslimin dalam arena dakwah itu hakikatnya sedikit, malah, ramai pula yang futur! Moge aku terlindung darinya hingga nafasku yang terakhir. Pada pemerhatian aku, kebanyakan muslimin yang futur adalah kerana mereka couple. Ketika aku bertanya kepada sahabatku, Adibah (memang nama sebenar) tentang punca gejala futur dalam kalangan muslimin,

"Adibah, rase2nya salah lelaki ke perempuan ek? Saya rase salah muslimin...."

"Tak la Hayati.. Salah muslimat, kalau seorang perempuan tu tegas dengan prinsip diri dia, muslimin tak akan berani untuk menggangu hati dia... "

"Haah, betul gak ek..... "


Pemerkasaan Tarbiyyah Hati


Pernah seorang sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang doa yang serig diungkapkan oleh baginda Rasulullah, beliau menjawab,

“Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’” (Hadis Riwayat Ahmad)

Lihat, sedangkan Rasulullah, kekasih Allah, insan mulia yang maksum juga sentiasa berdoa agar hatinya thabat dalam agama Allah, sedangkan kita, manusia biasa dalam era kelazatan maksiat kini? Sedangkan, manusia abid beribadah puluhan tahun juga bisa tewas lantaran bisikan jahat syaitan yang menggodanya untuk melakukan zina.

Realitinya, bukan mudah untuk menjaga hati. Ia memerlukan kekuatan untuk bermujahadah. Bukan mujahadah sahaja. Tapi super duper mujahadah lah! Syaitan tidak akan putus-putus menggoda kita untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT dan syaitan akan melakukannya melalui pelbagai jalan, jalan kejahatan mahupun jalan kebaikan. Syaitan akan bermain-main dengan nafsu kita, menimbulkan rasa was-was, ataupun membuat kita rasa riak dan ujub dengan kebaikan yang kita lakukan.



Aku bukanlah manusia yang tidak lari dari melakukan dosa. Belum tentu air mata yang ditaburkan ketika musim peperiksaan dan bulan Ramadhan itu cukup untuk memadamkan dosa-dosa yang menggunung tinggi. Aku masih lagi merangkak gaya siput babi, bertatih, untuk benar-benar tajarrud dalam dakwah. Aku sedar, betapa keterikatan seorang daie itu kepada Allah amat penting dalam perjuangan dakwahnya. Allah berfirman,


“Dan orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh mencari keredhaan)Kami,kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik! (Al-Ankabut 29:69)

Jika kita merujuk firman Allah di atas, kita akan sedar, bahawa janji Allah, Dia pasti akan tunjukkan jalan bagi hambaNya yang benar-benar ingin berjihad mencari keredhaanNya. Namun, kesungguhan itu bukan hanya bertakhta di hati, namun perlu dimanifestasikan pada pentas praktikal. Mentaliti perlu digariskan selari dengan kehendak hati yang mahukan redha Allah, agar bunga-bunga futur sepanjang perjalanan tampak kotor dalam pandangan kita senagai seorang hamba Illahi.

Ayuh sahabat, sahutlah seruanku, ayuh kita gapai mardhotillah! Kita bunuh segala bunga kefuturan yang mekar menguntum!

Kutahuuuuuuuuuuuu............

Jalan dakwah itu hakikatnya menempah susah....

tapi, bukanlah syurga itu tidak begitu mengalu-ngalukan penonton yang budiman????


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."  (Muhammad : 7)
Ya Muqollibal Quluub, Tsabbit Quluubana Ala dinik Wa Ala Thoatiq....


 p/s : Aku banyak mendapat teguran berkenaan post aku sebelum ini yang agak kasar, aku telah pon memadamkan entri tersebut. =) No worriesss...
Fiqh Dakwah Yusuf Qaradhawi memang mantoppppppp...

Friday, November 18, 2011

Salam Perpisahan Sahabatku..

salam dakwah dalam kesegaran nafas hembusan kemanisan ukhuwwah, moge nafas ini segar terhela dari tubuhku hingga hembusan nafasku yang terakhir.


semenjak beberapa bulan yang lalu, ada satu detik yang saya amat takut untuk memikirkannya. setiap kali berfikir, hati beristighfar. saya mencari kekuatan untuk melakar keredhaan. bukan mudah hati mencari kekuatan. saya tahu, saat itu akan tiba, untuk menuntut sebuah janji persahabatan. bertemu dan berpisah kerana redhaNya.

kini, saat itu sudah tiba.

berat.

sanggggggggggggggggaaaaaaaaaaaaaaaaaaattttt berat.

dalam dua-tiga hari, air mata saya asyik mengalir di pipi.

semasa saya menulis entri ini pon, mata saya kemerahan.

lebih-lebih lagi mereka merupakan sahabat seperjuangan saya.

saya tahu, ukhuwwah tidak perlu diperjuangkan.

kerana ia adalah akibat dari iman.

hati-hati yang saling mneyayangi kerana redhaNya.

meskipun saya merasakan saya masih sangat memerlukan rangkulan peluk mesra dari mereka.

saya masih sangat mendambakan gurau-senda dari mereka.

walaupun sesekali kami berbeza pendapat. hati terasa sakit. memendam rasa kurang di hati.

itu bukanlah kerana kekuarangan ukhuwwah kita.

tapi itu adalah jeritan iman kita yang sering sakit.

barangkali, perpisahan yang sementara ini adalah untuk merawat iman2 kita yang sakit itu.

imanku lah yang compang-camping itu.

ketahuilah wahai sahabat2ku, sesungguhnya saya sangat menyayangi kalian kerana Allah.

semoge perjuangan kita membantu agamaNya akan menjadi tali ikatan persaudaraan kita.

teruskanlah berjuang wahai sahabat, walau kalian berjauhan denganku, ingatlah, Allah sentiasa bersama kalian.

andai pertemuan kita hanya terhenti di sini, panjatkanlah doa, agar kita bertemu semula di syurgaNya.

sungguh, saya benar-benar mengharapkannya......................................

ya Allah, saksikanlah , bahawa kami benar-benar bersahabat kerana mengharapkan rahmat kasihMu....

kasihanilah kami ya Allah, jiwa-jiwa yang saling merindu keranaMu..... =(

Anis, Afiqah, Adzwin, Awanis, Nadhirah, Ain .....

ketahuilah, kenangan bersama kalian akan sentiasa terpahat di hati ini....


Sahabat -Devotees

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Tuesday, November 15, 2011

Telah Kupilih JalanMu..



seorg muslimah yg tak melayan lelaki apabila ditegur jgnlah kau kata dia sombong,
seorg muslimah yg tiada teman lelaki, jgnlah kau kata dia tak laku,
seorg muslimah yg tegas dlm memelihara prinsip aurat, jgn kau kata dia kolot,
seorg muslimah yg tak pandang kau tika bersemuka, jgn kau ingat kau hensem sgt sampai dia takut nak pandang, -_-"
tahukah kau wahai Adam, apa yg ada di sebalik sekepiing hati muslimah itu?
ketahuilah, dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu,
dia mahukan engkau ,menjadi mujahid yg sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu,
betapa dia sangat takut........ andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dlm menunaikan haq Allah..
betapa dia sangat takut........ andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dlm hatimu...
damaikanlah ombak di hatimu..
kerana ianya lumrah ujian..
yg menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu pdNya..
tekadkanlah janji di hati....

"Telah Kupilih JalanMu.. dan aku sebenar-benar yakin, cinta ini tidak akan pernah dikecewakan... "

Saturday, October 22, 2011

Bisikan

Dirimu berburuk sangka. Dirimu mencari salah jiwa. Dirimu mula menjarakkan sebuah titik mula yang telah tertulis kerna sebuah rasa hormat tentang takdir Tuhanmu yang Maha Agung. Bukankah engkau seindah-indah makhluk? Bukankah engkau semulia-mulia hamba?



Terbawalah hati itu. Mengalir pada terusan-terusan kesedihan. Engkau tidak mampu melihat apa yang terjadi. Pada sebuah jarak. Pada sebuah penantian. Namun di hati kecilmu, impian besar. Impianmu berharap benar. Akan takdir-Nya. Menyebelahi doamu.


Itulah sebuah kesetiaan. Saat dirimu gundah. Segera engkau memeluk kalimah cinta selamanya. Engkau luluhkan pada rasa yang takkan mampu engkau ceritakan pada sesiapa manusia bergelar hamba. 

Ya Tuhan...
Berikanku kekuatan... 


quoted from: doasepi.blogspot.com

Friday, October 21, 2011

CintaNya memanggilmu..

cintaNya menyapa lembut disebalik curahan air matamu.
sorotilah air mata itu.
ada kekuatan yang ingin diselami.
pada keutuhan janji-janjimu padaNya,
kau kata kau kuat.
kau kata kau sabar.
kau kata kau tabah.
mana buktinya???

barangkali keredhaanNya tersembunyi disebalik keperitan.
cintaNya berbisik dalam sanubarimu yang ditikam lembut.
Tuhanmu bersuara kepadamu dalam ujian itu.
Hiasilah ujian itu.
kerana ia adalah perhiasan cintaNya.

Bersabarlah wahai jiwa yang lara.
Beristighfarlah.
Tunduklah demi doa-doamu yang sepi berkumandang.
Tunduklah demi penyucian hati seorang hamba.
Tiadalah sebuah pengorbanan itu berlagu indah.
Ia pastinya menuntut sebuah kesanggupan.
dan cintaNya memanggilmu dalam kealpaanmu.
duniamu kelam tanpa rahmat dariNya.
diamlah nafsu penggoda celaka!
diamlah akal pencari kotor dunia!

cintaNya menyapamu.
cintaNya memanggilmu.
sambutlah wahai hati yang sabar.
sambutlah pelukan rahmat dariNya.


bersabarlah wahai hati.
kerana Dia bersamamu.

Saturday, October 1, 2011

Bila Al-Quran Berbicara

bismillah..

salam dakwah dalam helaan kesegaran hembusan nafas sentuhan tarbiyyah naungan Al-Quran. moge aku menjadi hamba2Nya yg terpilih utk menghembuskan nafas ini sepanjang masa hingga ajal menjemputku.

apabila kita membaca Al-Quran, kadangkala ia boleh menjadi satu ketagihan, di mana kita sukar utk berhenti dan tetap ingin meneruskan membacanya. subhanallah, kalam apakah yg lebih indah dari kalam TuhanMu? indahnya petunjuk Illahi, segala petunjuk di dalam Al-Quran bukanlah hanya ditujukan kepada baginda sahaja, tapi juga ditujukan kpd org yang beriman khususnya para pejuang agamaNya. jadi, aku ingin kongsikan beberapa ayat yang aku rasakan ayat2 ini menjadi satu teguran Allah kepadaku yang bergelar daie.



tahukah kalian antara godaan yg paling berat yg akan dihadapi oleh para pendakwah? mereka pasti akan diuji dgn perkataan2 perkataan yg didakwahkan dgn ujian yg mungkin lbh berat drpd ujian yg dihadapi oleh insan2 yg didakwahkannya.

oleh itu, rendahkanlah hatimu..

"maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. " (An Najm : 32).
"dan rendahkanlah dirimu terhadap org2 yg beriman yg mengikutimu.." (as-Syuara':215)

dan bersabarlah kalian dlm menghadapi dugaan kefuturan.. krn sudah termaktub dlm Al-Quran, janjiNya kpd para pejuang agamaNya..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah :111)

dekatkan hatimu pd TuhanMu, jgn sesekali izinkan hatimu tunduk kpd nafsumu.. ayuh!

"dan barangsiapa yg berbuat sesuai dengan petunjuk (Allah), maka sesungguhnya itu untuk keselamatan dirinya sendiri, dan barangsiapa tersesat maka sesungguhnya (kerugian) itu bg dirinya sendiri." (Al-Isra':15)

Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. wanita... tegaskan dirimu, krn kita diciptakan utk mewarnai dunia dgn keindahan fitrah, bukanlah menjadi sumber fitnah.. :(

Kasih sayang.. kata seorg sahabat, Menang atau Syahid Adhwa',

"adalah satu benda yang paling sering dilupai seorang daie. Keinginan berdakwah yang hanya didorong oleh rasa takut dengan ancaman tuhan atau rasa pengharapan untuk nikmat syurga tidak dapat mengemudi corak dakwahmu ke jalan yang salim."

Biar hati kita menakung kasih sayang, menampung hati orang. tp hati2 dlm membawa risalah dakwah, biar jasad dan hatimu berjiwa jundi, tp nafsumu terdidik dengan jiwa sufi..

never surrender!!

kata Fatimah Syarha,
Islam ketandusan pemuda berjiwa pejuang,
Jika bukan kita, siapa lagi,
Jika bukan sekarang,bila lagi?

Ayuhh!!! 


~sekadar teguran utk diriku dan kalian yg bergelar daie..



p/s : pagi esok, aku menghadapi exam IELTS speaking. kemudian, deretan test dan assigments akan menyusul tiba. ya Allah, berikanku kekuatan..



"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:3)

Monday, September 19, 2011

Aku Bukan Malaikat

assalamualaikum..

salam dakwah dalam helaan kesegaran hembusan nafas sentuhan nikmat tarbiyyah.
moge nikmat nafas ini akan aku terus hembuskan hingga kahir nafasku.

sebentar tadi, satu peristiwa terjadi kepadaku. peristiwa ini mengetuk diriku berkali-kali.

sebentar tadi, erk, aku menjadi imam kepada jemaah muslimah di kolej wanita tempat ku menuntut ilmu. hmm, sejujurnya, ingin sahajaku menolak ajakan tersebut, kerana beberapa perkara.

1) aku mengalami batuk, dan untuk mengharapkan suara serak2 basah ini untuk menjadi imam, ia bakal membayangkan Ratu Rock Ella menjadi imam.
2) fikiran aku agak berkecamuk, kerana memikirkan sesuatu. (beselah, sudah feel wanita, banyak berfikir)

mahu atau tidak, jadi imam juga lah diriku.
peringatan, solatlah kalian dalam keadaan khusyuk, lebih2 lagi apabila anda menjadi imam.
ok, balik kepada cerita, aku telah melakukan kesilapan ketika mengimamkan solat isyak tadi. aku telah merasakan bahawa aku mengakhiri solatku pada rakaat ketiga yang sepatutnya aku bangkit untuk mengerjakan rakaat keemapat(solat isyak 4 rakaat kan?) kemudian, walaupun dalam hati aku timbul rasa keraguan kepada bilangan rakaatku, aku sekadar membiarkannya dan menantikan kalau2 ade makmum yang ingin menegurku untuk menambah lagi satu rakaat. kerana jika ade yg menegurku maka aku akan tambahkan rakaatku pada waktu tersebut juga. maka setelah bersalam-salaman, aku mendapati ade dlm kalangan mereka yang berbisik-bisik sesame sendiri, dan aku sedar, aku sememangnya telah melakukan kesilapan. seorg adik usrahku mendekatiku, dan berkata.

"akak, akak tadi solat 3 rakaat"
“waddduuhhh. Gawat2”
kemudian, aku menghimpunkan kembali muslimat, dan berkata.

"wahai muslimat, pada zaman Rasulullah, pernah satu ketika baginda memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat. setelah selesai solat, seorang sahabat baginda menegur baginda, "Ya Rasulullah, apekah engkau menerima wahyu yang mengatakan solat telah dipendekkan? " kemudian, baginda terus bangkit dan menambah 2 rakaat lagi untuk menyempurnakan bilangan 4 rakaat dan mengakhirnya dengan salam dan sujud sahwi."

kemudian aku memandang kepada mereka, dan menerangkan sedikit cara bagaimana ingin menggantikan rakaat tersebut dan kaedah menegur imam muslimah sekiranya berlaku kesilapan. ada di antara mereka mengatakan tentang bolehkan mufaraqah (tp aku kurg setuju kerana ia akan menghilangkan pahala jemaah, makmum masih bole berimamkan imam kemudian menambah terus rakaat yg kurg tanpa menghilangkan pahala jemaah), dan ade juga soalan2 lain. aku mohon maaf, kerana ilmuku hanyalah sedikit, ade beberapa soalan yang aku tidak mampu menjawab dan menyarankan kepada mereka untuk bertanyakan kepada ustaz.

sebenarnya mafhum hadis yang aku ceritakan mungkin agak berbeza sedikit dengan teks sebenar, setelah ku cari gala ini mari, barulah kuterjumpe hadis ini. aku menyebut hadis ini dengan sekadar mengikut kadaran ingatanku kerana hadis ini pernah kubaca ketika membaca kitab Fiqh Sunnah karya Sayyid Sabiq di perpustakaan sekolah lamaku. (maafla, manusia mudah lupa). maka aku sertakan hadis sebenar di sini kerana aku khuatir aku mungkin menyeleweng dari mafhum sebenar hadis.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan)”. Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya: “Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.”Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yang dikatakan olehDzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.”Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir,sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit,lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali. (sujud sahwi)”(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Bukhari) 
 rujukan lanjut tentang perkara ini, bole rujuk di sini : Persoalan Solat

oleh kerana aku kurang pasti akan bolehnya menambah rakaat selepas kami berborak-borak (untuk aku menerangkan kepada mereka situasi yg sama pada zaman Rasulullah), kerana pada waktu itu aku fikir bahawa sahabat Rasulullah itu terus menegur baginda sebaik sahaja baginda selesai solat. tapi setelah merujuk kepada hadis di di atas, maka kita boleh dapati bahawa Rasulullah dan sahabat2 telah keluar dari masjid dan antara mereka pula ade yang telah berbual-bual. maka aku merasakan (Wallahu A'lam, ini berdasarkan ilmuku yang kerdil) boleh sahaja jika aku bersama makmum terus sahaja menambahkan satu rakaat yang tertinggal sebentar tadi dan menambah sujud sahwi pada akhir salam. tapi kerana kekhilafanku, aku meminta sahabat muslimah yang lain untuk menjadi imam untuk mengulangi solat isyak tersebut (sebanyak 4 rakaat la). kerana aku telah menjadi kurang yakin dengan diriku sendiri, bak kata orang, "kurang tsiqoh" la.

di sini, aku ingin memohon maaf dengan setinggi2 kemaafan kepada jemaah muslimah , kerana menyebabkan kalian terpaksa mengulang kembali solat jemaah isyak. mohon kalian agar segera menegur imam sekiranya kalian mendapati beliau melakukan kesilapan, meskipun dalam pakaian telekung.kerana aku kadang-kala menyedari ade kalangan imam muslimah yang mengenakan telekung yang jarang. memakai telekung yang jarang adalah tidak sah lebih2 lagi apabila imam yang akan mengimamkan solat jemaah tersebut,

aku agak terkilan juga mengapa setelah aku selesai mengerjakan solat, berzikir, membaca doa dan bersalam-salaman dengan para jemaah barulah ade seorang msulimah yang datang menegurku. itupon JUNIOR. adekah mereka menyangka aku ini Malaikat yang tidak akan membuat salah. oh, tidak. aku juga manusia. aku pasti akan melakukan kesilapan.

perkara yang berlaku pada hari ini mengingatkan aku pada artikel ini yang aku perolehi dari. Aku Bukan Malaikat
aku merasakan ada baiknya aku kongsikan artikel itu di sini untuk tatapan rohani agar jiwa sentiasa terpandu untuk mencari hidayahNya.

AKU BUKAN MALAIKAT.

Manusia biasa.
M.a.n.u.s.i.a.
Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1)Kelemahan
2) perasaan
3) kealpaan.
Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan.
Malaikat tiada belas kasihan.
Dan malaikat itu tidak lemah.
Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat ‘tsiqah’ dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhawat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
‘Dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!’
Tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.
Surah At-Tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu ‘mengkenakan’ baginda.
Kalau kita fikirkan,
‘ Helllo???? Rasulullah kot?? Takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? Kenalah toughkan?’
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan kaget, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak ‘mengenakan’ madu dia.
Dan kita berfikir: ‘ Hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? Takkanlah nak jeles??? Tolonglah! Dahlah jadi isteri Rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?’
Tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri Rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan ALlah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan Rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada Zainab. Satu hari bila Rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada Rasulullah; Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)’ . Sedangkan ketika itu Rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: ‘Aku haramkan madu untuk diriku!’
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga Rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datangnya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.
Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.
Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.
Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.
Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.
There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.
Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.
Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.
Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.
Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. Kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. Kita akan terus membaiki diri kita sendiri.
Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.
Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.
Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.
Berimbanglah.
I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves’
pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?’
Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATION MANUSIA.
Jadilah manusia, dan hargailah manusianya manusia itu.
Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.
Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.


******************************************************************


gambar sekadar hiasan. novel ni mcm best je. :D








Tuesday, August 30, 2011

Mencari Soleh dan Solehah?

"Aku sangka aku sudah berdakwah, tapi hanya menarik perhatian wanita. Ku sangka aku sudah menyampaikan, rupanya hanya meraih cinta lelaki.."
"Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya tiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang dicari atau wanita yang ingin dinikahinya maka ia akan mendapati apa yang ingin dituju... "

-copied from my fb friend  , Menang Atau Syahid Adwa'

*************Aku berfikir sejenak****************

aku terpana melihat biah solehah yg semakin menyinar..
aku kagum dgn perjuangan sahabat2 yg berhijrah.
mereka merelakan pandangan2 negatif yg terikat dgn calitan sejarah lampau.
tp aku khuatir, ade kalangan mereka yg melihat prospek "kesolehahan" dlm sudut yg sempit.
berhijrah bukanlah semata2 utk menyediakan diri sbg pasangan yg terbaik utk si dia yg menanti,
tp penghijrahan juge merupakan tiket penyerahan pengabdian diri utk berjuang demi Dia semata-mata..
sungguh, perjuangan ini sgt luaass..
mujahadah menjage hati dr memikirkan perihal cinta hnyela perkara yg sgt kecil dn tidak terbndgkn dgn soal2 lain seperti perihal umat Islam di Palestin, penyebaran dakwah, amar makruf nahi munkar..
setiap hari kita utk Islam, hari ini utk Islam, hari esok utk Islam dan seterusnya.. jika kalian benar2 memahami hakikat ini, sudah pastinya perihal soal hati ini hanya ibarat angin lalu sahaja. kerana hati kita lebih memikirkan tentang urusan umat Islam ,
berbanding si dia yang belum pasti menjadi milik kita.

aku hairan, jika berbicara tentang soal cinta,
meskipun bertitlekan islamic seperti Baitul Muslim,
pasti akan mendapat perhatian,
tapi, jika berbicara tentang isu umat Islam,
di Palestin, Somalia, Checnya, Nigeria, China,
amat sedikit dlm kalangan kalian yang benar2 prihatin..

sungguh, aku merasa terkilan...............

jika kita melihat kembali sejarah, sahabat2 baginda Rasulullah berhijrah dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam melalui jalan2 yg bertintakan darah, dan air mata perjuangan. malah, shbt2 Ansar sanggup menyerahkan isteri2 mereka kepada shbt2 muhajirin semata2 utk mengharapkan mardhotillah. tidak timbul akan perihal perjuangan utk mendapatkan isteri solehah yg berkepentingan sendiri. mengapa begitu? kerana pengharapan2 soal jodoh telah digantungkan sepenuhnya kepada Allah. mereka yakin, bahawa tiada yg lebih penting berbnding perjuangan utk menegakkan agamaNya. malah, Hanzalah misalnya, sanggup meninggalkan malam pertamanya semata-mata menyahut seruan berjihad meskipun Rasulullah telah memberi keizinan kpdnya utk menyertai perang Uhud pada keesokan hari. Tika isterinya meminta kpd beliau utk tidak meninggalkan dirinya, Hanzalah menjawab tegas,

"aku bukanlah orang yang suka memberikan alasan untuk merebut syurga Allah"


jika penghijrahan ini dipacakkan atas tapak perjuangan Islam,
maka hasilnya secara tidak langsung akan memberi impak kpd ummah,
tapi jika penghijrahan ini hanya dipacakkan atas pengharapan utk mndapatkan si dia,
maka, nantikanlah tuntutan2 keadilan yg akan dikemukakan di padang mahsyar nanti.


maaf, bukan maksudku salah utk kalian berubah demi si dia,
tapi, bukankah Allah itu tetap Hidup dan tidak akan mati?
Gantungkan segala pengharapanmu kepada Allah.
kerana kelak, setiap dari kita pastinya akan dipanggil pergi....

sesungguhnya, kitalah yang memerlukan Allah.
jika antara kita yang kufur, maka perkara itu tidak sedikitpun menjejaskan Allah.

“Wahai manusia, kamulah yang faqir(sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji” Surah Faatir ayat 15.

Dialah Pemberi Ketenangan. Dialah Pemberi Kekuatan. Dialah Pemegang Hati HambaNya.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu(agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu” Surah Muhammad ayat 7.

sungguh, peringatan ini ditujukan diri saya terlebih dahulu, kerana sayalah seorang hambaNya yang perlu diketuk-ketuk berkali-kali..

p/s :
Salam Aidilfitri~
Raya tahun ni saya tak balik kampung di Kelantan~
memang boring~
thanx to Encik Boring, kerana engkau blog ini terisi...

Friday, July 8, 2011

Berjuanglah Anakku!!!

Ibu     : Adik, adik mesti berjuang!! Berjuang dik, jangan berhenti, teruskan berjuang.. belajar sungguh-sungguh..! (air mata mengalir kebasahan di pipi)

Adik   : Ye mak, adik akan belajar sungguh-sungguh... Adik akan terus berjuang.. 

Hati Adik   : Wahai bondaku tersayang, ye, aku akan terus berjuang, tapi fahamilah kata Tuhan ibuku, aku hanyalah pinjaman untukmu.. aku akan terus berjuang.. untuk menghantarmu ke syurga wahai bondaku.. dan ketahuilah, inilah bukti cintaku untukmu...Restuilah perjuanganku.. Pinjamkanlah diriku untuk berjuang untuk Kekasihku dan Kekasihmu.. 








  • Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (QS. 64:15)











  • Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (QS. 64:17)





  • I love u mom..

    Wednesday, July 6, 2011

    Sharing is Kering :)

    Ini sesi utk meluahkan perasaan, sebenarnya saya kurang suka untuk meluahkan perasaan dalam blog. tapi kali ini izinkan saya. :)




    Semenjak dari kecil suasana sekeliling sy telah mengajar sy utk berdikari n berfikir secara kritikal. saya bukan lahir dari keluarga yang berpendapatan tinggi, malah boleh dikatakan keadaan keluarga saya semasa kecil agak daif. kehidupan kanak-kanak saya tidak sama seperti kanak-kanak lain yang ditemani dengan pelbagai mainan, anak patung yang menjadi teman mereka seharian. namun fitrah kanak-kanak itu menjadikan saya lebih kreatif utk menjadikan segala benda yang ada disekeliling utk dijadikan mainan. ubat nyamuk, kertas2, syiling2.. erkk..


    Apabila saya berumur 4 tahun, saya sudah pandai membaca walau pada hakikatnya ibu bapa saya kurang arif dalam membaca. ibu selalu mengajar saya mambaca huruf2 pada nombor plat kereta kerana kami keluarga yang kurang senang, nak membeli papan2 mainan tu manela mampu sangat.


    Ketika saya sekolah rendah bermula dari darjah 1,minat saya dalam membaca kadangkala merunsingkan ibu bapa saya kerana mereka kurang mampu untuk membeli buku2 untuk memenuhi minat saya. jadi, saya bertindak dengan berjimat cermat mengumpul wang saku seharian dengan harapan duit yang dikumpul itu dapat digunakan untuk membeli buku2 cerita yang saya mahukan. saya juga menjual sticker2 pokemon, doraemon kepada kawan2 sekelas untuk menambahkan pendapatan untuk mencapai hasrat saya. hehe. rase kelakar pon ade waktu tu. tapi jujur saya katakan, untung jual sticker nehhh...


    bila saya mengetahui perihal perpustakaan di sekolah saya yang sangat gempak, setiap hari saya akan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. saya masih ingat, antara buku yang paling saya minati ialah buku2 Siri Peperangan Dunia Pertama dan Kedua, Perang Teluk dan segala macam perang la. saya tak tahu bagaimana saya sangat meminati buku pasal perang2 ni sedangkan ketika itu saya baru sahaja darjah 3.mungkin sebab cita2 sy yg pertama ketika saya tadika ialah ingin menjadi seorang askar. sigh* setiap hari saya akan memnghabiskan membaca sebuah buku. mase tu saya memang berlumba-lumba nak dapat hadiah Nilam.. hehehehe.. (tapi sebenarnya ade yang lebih terer dari sy, huhuhu, sape lagi , si L H la.)


    semenjak dari kecil, saya sangat suka dengan cabaran. saya suka mencabar diri saya sendiri. saya tak tahu megapa, kalau saya dicabar oleh orang lain, lain kuat cabarannya, lagi kuat saya kan bangkit. setiap hari saya akan mencabar diri saya untuk berbasikal ke sekolah hanya dengan mangambil masa 5 minit. sebab itulah saya banyak kali hampir accident. ape kes beb..? dalam ape jua kerja yg  saya buat, saya akan anggapnya sebagai satu cabaran. walaupun saya dan keluarga sering dipandang rendah, saya tak mudah berputus asa. ibu selalu memberi nasihat kepada saya sejak kecil, tak pe kte susah2 sekarang, dah besar nanti kte akan senang insya Allah.


    antara perkara yang paling membuat saya bersyukur dalam kehidupan ialah saya tidak lahir dari keluarga yang senang-lenang. sejak dari kecil saya sudah dibiasakan dengan suasana berdikari, menguruskan segala urusan pendaftaran, yuran, dan sebagainya sendiri. (tp kdgkala dibantu ibu bapa). keadaan beginilah yang menjadikan saya lebih optimis, untuk memandang lebih jauh ke hadapan. sejak kecil saya mempunyai matlamat untuk mengubah masa depan keluarga saya. Alhamdulillah, ibu banyak mengajar saya, menjahit sejak saya darjah 2, memasak sejak darjah satu, walau ibu tidaklah berpendidikan tinggi, tapi ibu berusaha untuk memastikan kecemarlangan kami adik-beradik. saya ingat, setiap hari ibu akan mengayuh basikal mmembawa saya ke pusat tusyen. apetah lagi semasa kecil saya agak gemuk, menambahkan beban ibu saya. tapi ibu tak pernah mengeluh, dan mengatakan itu merupakan satu exercise bagi dirinya. betul juge, sebab selepas habis sekolah rendah, badan ibu naik secara mendadak. huhuhuhuhu


    alhamdulillah, keputusan yg boleh la nak dikatakan cemerlang, memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Kuala Klawang. bukan mudah untuk meneruskan kehidupan di MRSM, saya seolah-olah menjadi inferior sbb tengok semua orang pandai2 belaka. saya ingat lagi sebelum melangkah ke MRSM, saya memohon maaf kepada ibu bapa saya andai saya tidak mendapat nombor satu lagi setiap kali peperiksaan. tapi alhamdulillah, saya berjaya menamtkan pengajian di MRSMKK dengan sijil Tokoh Akademik dalam genggaman. Alhamdulillah Ya Allah..


    dengan keputusan 9A dalam PMR, saya berjaya untuk meneruskan pelajaran ke MRSM elit, yakni MRSM Tun Ghafar Baba. masuk sekolah ni memang lagi tension saya dibuatnya. semua orang memang hebat2 belaka ditambah lagi dengan student2 "Go-Go" yg sangat semangat dan cerdik. Student Go-Go ialah istilah yang kami berikan kepada student2 yang datang dari sekolah kementerian sebelum masuk ke MRSM. ade juge yang menggelar mereka student "Kemen". Hahaha.. lawak benar bunyi... sekali lagi sy merasakan inferiority yg sgt complex. namun alhamdulillah, saya berjaya mendapat straight 9A+ walau pada hakikatnya saya bulanlah dalam kalangan student yang terer2 dalam sekolah tu. tapi rezeki Allah itu berseni, mungkin juga ini hadiahNya atas kekuatan mengharungi kesukaran semasa di maktab. hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya beban yang ditanggung ketika itu hampir menyebabkan saya putus asa dalam kehidupan.. Allah mendengar setiap pengaduan saya kepadaNya pada setiap malam. jujur saya katakan, walaupun kesusahan pada ketika itu sangat perit, tapi saya benar2 merasakan kemanisan pelukan Allah ketika itu. subhanallah... Allahu Allah..


    dalam mengharungi kehidupan semase kecil hingga kini, saya telah melalui jutaan pengalaman yang banyak mengajar saya erti kehidupan. diherdik, dihina, seolah-olah menjadi perkara biasa dan membuatkan saya menjadi lali. bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kepada saya rakan2 yang banyak mendukung perjuangan utk membantu agamaNya. tanpe kalian, mungkin sahaja sy cepat tersungkur dalam perjalanan ini.


    pernah satu ketika, saya dihina oleh seorang pengarah kementerian ***** semasa saya ingin menguruskan satu urusan berkaitan pendidikan saya. beliau mengatakan saya tidak layak menjadi seorang doktor, ade la ceritanya, xdapat saya ceritakan semua. memang ketika itu, air mata saya jatuh beralun-alun, saya boleh lagi menahan ketika dihina sebegitu rupa, saya tidak dapat menahan kerana dia menghina saya dihadapan ibu saya. ibu saya memeluk saya erat, dan saya mengatakan, saya takkan berputus asa. alhamdulillah, berkat doa ibu, saya mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke India. alhamdulillah.. syukur ya Allah...




    akhirul kalam, mungkin kalian tertanya-tanya, apekah maksud saya menulis semua ini? maaf, jujur saya katakan,bukan maksud saya untuk berlagak, tapi saya ingin kongsikan kisah kehidupan saya kepada sahabat2 yang sering putus asa dalam melakukan sesuatu tanpa berusaha. bukanlah tabiat saya ingin menceritakan perihal hidup saya pada orang, sahabt2 yg mengenali diri saya pastinya lebih arif, saya memang tidak suka bercerita mengenai kisah kehidupan saya melainkan pada sahabat yang benar2 saya percaya. kerana ape ye saya kongsikan? mungkin sahaja ingin mengurangkan beban yang terpendam di sudut hati. mungkin sahaja ingin memotivasikan orang lain. ah! ape2 saja, yang penting, saya dan Allah sahaja yang tahu hikmat segala tindakan saya kan?






    Dari Watsilah bin Asqa, ia berkata; berbagialah karena sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, Allah berfirman:


    Allah berfirman, "Aku tergantung prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Apabila ia berprasangka baik kepada-Ku, maka kebaikan baginya, dan bila berprasangka buruk maka keburukan baginya." (HR. Ahmad dengan sanad hasan dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya).





    p/s : memang saje nak tulis kecik2.

    Monday, June 20, 2011

    Tekad Serikandi Agama..

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Ketensionan membuat issue report biology membuatkan saya ingin melepaskan lelah dengan meneroka ke alam forum. Sudah lama rasanya saya meninggalkan tabiat saya yang suka berforum setelah saya menyambung pelajaran di INTEC. Jika dulu, saya kadang-kala meluangkan masa dengan berforum di Jiwang.org <bukan forum jiwang ok!> dan iluvislam.com. Sekarang, saya merangkak semula ke alam ini tapi di alam yang baru. Yeay~! Di sini >>> klik2!! http://forum.saffmuslim.com/



    Apa yang bestnya dengan forum ni? Hehe, ade sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Dalam forum ini , ada satu ruangan khas yang bernama Saff Muslimah.

    SaffMuslim.com akan menyediakan satu ruangan khusus kepada para MUSLIMAH, iaitu kategori khusus yang hanya boleh diakses oleh para muslimah sahaja. Antara kelebihan ruangan ini adalah : 
    1)      Bebas dari tatapan orang luar, khususnya lelaki. Anda boleh bermesra dan bermanja sesame sendiri tanpa perlu berasa risau apa pandangan user-user lelaki. 
    2)      Sesi perkongsian dan luahan perasaan sesame Muslimah. Dapatkan nasihat dari kenselor khas, “Ummi” yang merangkap “ibu angkat” di SaffMuslim yang sedia membantu rakan-rakan muslimah, member nasihat mahupun pendapat kepada para pengguna muslimah.

    Haha... bestkan? Bukan main enjoy saya dalam forum tersebut.. hehe..Oppsss..
    Erk, ok! Cukup pasal promosi. Marilah sama-sama kta meriahkan SaffMuslim.com. Insya Allah, perkongsian yang matang antara forumer yang terdiri dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia memberi peluang kepada anda untuk menambahkan ilmu. Yeah~
    Ok, sebenarnya saya ingin kongsikan beberapa ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kami, moge bermanfaat kepada kita semua khususnya muslimah yang dikasihi.



    Tindakanku Bila Diuji Lelaki
    Mohon maaf ya, imbuhan “ku” pada tajuk diatas bukan merujuk kepada saya, tapi saya tujukan kepada semua muslimah yang terase hidungnya gatal kerana terkena batang hidungnya. Saya bukanlah penulis bicara cinta yang baik, dan dalam blog-yang-tak-femes ini pon saya cuma menulis hanya satu entri sahaja yang membawakan focus cinta>>> Cintan-Cintun

    Namun, kerana menyedari bahawa ramai rakan-rakan muslimah saya yang semakin kecundang dengan taktik lelaki-perasan-macho yang sering berusaha untuk mengambil kesempatan untuk menggugat iman seorang wanita, saya ingin kongsikan petikan ini :

    1)    Ingat dan berpegang kepada prinsip, fikirkan masa depam yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah...!!

    2)    Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran, segerakan beristighfar dan berzikir. Bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna.
    3)    Apabila dia sering menelefon, kalau tidak angkat Nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tak faham Islam, mereka akan terasa hina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah yang terbaik, betulkan niat kerana Allah, berikan kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia takkan menghubungiku lagi. Kalau mereka ada hajat kebenaran, kenalkan mereka nama-nama pensyarah yang soleh dan berpotensi sebagai pendidik.

    AWAS !!! Pastikan kau sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar kau tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir.

    Ingatlah Allah takkan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang kau cuba sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai yang rosak peribadinya, mati hatinya.

    Bangkitlah menjadi mujahidah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.

    4)    Apabila dia ajak keluar, jangan sesekali keluar! Tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali urusan yang betul-betul penting.
    5)    Apabila dia kerap sangat menelefon, bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi tak kena pada syariaat. Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tak bertempat. Nanti di salah tafsir.
    6)    Apabila ditanya adakah diriku sudah berpunya, berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah untuk Allah semata-mata pada usia ini dan akan dipelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih oleh Allah untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.
    7)    Apabila tak disangka-sangka dia dating menemuiku, cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya..!!!!



    <dipetik dari novel Seindah Mawar Berduri, Fatimah Syarha Mohd Nordin>

    Pesan salah seorang forumer SaffMuslimah kepada muslimat :

    Biarlah kita diketawakan kerana mengikut syariat Allah, asalkan tidak diketawakan oleh syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah. 
    Sekali wanita tergoda, gugurlah wardah di syurga, sekali wanita ternoda, berdekah-dekah syaitan di neraka.

    Sabarlah.. kita di dunia tak lama... Mengeluh.. Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi syurga, kita berehat sepuas-puasnya...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...